Puasa = Ramadhan….
![]() |
http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Memang sinonim atau menjadi kewajipan kita sebagai umat
Islam untuk melakukan Ibadah puasa tidak kira di mana kita berada. Kalau dah
nama wajib tu, maknanya kalau tidak melakukannya maka dosa akan menemui kita
lah kan..
Bila masuk je bulan puasa, banyak betul ujian yang melanda
kepada diri kita, sama ada kita pandai mengatasinya atau tidak sahaja. Walau
macam mana besarpun ujian yang diturunkan kepada kita, kita tetap menjalankan
kewajipan dalan rukun Islam yang ketiga ini.
Ujiian Bulan Pose (kanak2)
1. Cepat dahaga dan lapar
2. Tak banyak pengalam dalam bulan Ramadhan
3. Pengaruh kawan2
4. Dan banyak lagi...huhu
Ujian Bulan Pose (dewasa)
1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu
1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu
Sebenarnya apa pun yang berlaku, kewajipan tetap
dilaksanakan lah. Aku suka mengambil contoh daripada keluarga aku lah. Daripada
ayah aku. Ayah aku berkerja bukannya duduk dekat dalam air cont atau bawah
bumbung yang ada kipas. Ayah aku berkerja sebagai pemandu lori, kerja dia bukan
setakat memandu lori, tapi dia juga turut terpaksa angkat besi, benda-benda
berat dan sebagainya di tengah panas. Namun belum pernah aku nampak dia ponteng
puasa.
Tuntasnya, aku nak simpulkan dekat sini, cabaran apa pun
yang datang kepada kita, kewajipan kita tetap diutamakan. Kalau puasa je pun
tak cukup. Jangan lupa sembahyang juga ya.
“Selamat Berpuasa Dari Aku, Dia dan Kamu”
Aku, Dia dan Kamu