![]() |
http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Hati selalu berbisik. Bahwa sunyi selalu ada. Cinta tidak
pernah ada. Sepi sentiasa menyelubungi. Diri sentiasa sendiri. Bagai malam
tanpa bulan dan bintang yang sentiasa menerangi alam. Menemani angin menjadi
kemestian bagi menjana diri ini untuk terus hidup. Tetapi diri tetap sentiasa
terasa sunyi. Doa ku sepanjang malam, agar Tuhan menurunkan seorang insan untuk
menghapus sepi di hari ku.
Akuuu… Aku adalah seorang lelaki yang sedang menuntut di
sebuah pengajian di Kuala Lumpur. Aku menyewa rumah bersama rakan-rakan ku.
Pada suatu hari, aku ada dengar berita yang ada seorang pensyarah baru di kolej
aku. Pensyarah perempuan. Rupanya pensyarah perempuan ni, sepupu kepada rakan
serumah aku. Patutlah kawan-kawan serumah aku selalu bercerita tentang
penysarah ni. Aku pun tak ambil tahu sangat lah, sebab aku ni orangnya tak suka
bercampur sangat. Nama penysarah tu, Ayu. Ayu Faezah. Umur dia atas aku setahun
je. 24. Tapi aku dengar, kawan-kawan aku pangil dia Ayu je. Aku pun tak pernah
tengok muka dia macam mana. Jadi kalau lalu sebelah memang tak kenal la kan.
Tiba suatu hari ni, pensyarah Ayu ni,buat rumah terbuka la
kan. Tapi aku malas nak datang. Aku tak suka keluar rumah sangat bila dekat
rumah sewa kolej aku ni. Waktu tu, aku tengah tengok tv dan tak siap apa-apa
lah. Kawan-kawan aku semua dah siap dekat luar rumah untuk bergerak. Entah
macam mana lah, kawan-kawan aku ni boleh paksa aku untuk pergi rumah si
pensyarah Ayu ni. Tak boleh buat apa-apa, aku ikut je la sekali.
Sampai je dekat rumah dia,baru aku tahu rupanya dia Cik Ayu
yang budak-budak ni selalu sebut. Waktu tu aku ingt lagi, dia pakai baju jubah.
Jubah ke?? Ye kot. Pertama kali aku pandang dia, aku betul-betul tertarik dia.
Seorang pun tak tahu. Aku diam je dan aku pun berbual macam biasa. Setiap
perkataan perbualan yang aku bualkan seperti menjadi tidak stabil. Jantung
sentiasa berdegup pantas seakan debaran menanti sang bidadari dari kayangan.
Hati berpuitis mengata kata diri mu tidak lagi sepi.
Selepas daripada hari tu, aku terus cuba merapatkan diri
dekat dia. Hati aku seperti terikat. Jauh mana dia terbang pasti aku terikut.
Aku dapat no telefon dia. Aku sentiasa perhatikan dia bila aku di kolej.
Memandang wajahnya adalah menjadi nafas bagi diri ku. Tapi aku tak berani nak
telefon dia. Aku ni pemalu sikit bila dengan perempuan. Aku rasa semua orang
dekat kolej kenal aku, yang aku ni pemalu. Aku msg je la dengan dia. Hari ke
hari aku mangkin rapat dengan dia.
Sehinggalah aku tamat pengajian di kolej aku. Hari terakhir
aku nampak dia ialah hari jumaat. Waktu tu, dia tengah lepak dekat café kolej.
Oh…Itu lah hari terkahir aku tengok dia dekat kolej ni. Huh.. Aku sedih sangat…
Kerana dalam diam, hati ku telah menimbulkan satu perasaan yang tak pasti kepada
dia. Sehingga diri ini berbisik, memiliki dia adalah menjadi kewajipan untuk
hidup ku . Walaupun aku seorang yang ada perasaan ini,. Tetapi aku sentiasa
berharap agar dia memiliki perasaan yang sama seperti aku.
Walaupun aku dah habis belajar, hubungan kami tak pernah
terputus. Malah semangkin rapat. Perasaan atau bayangan??? Aku sentiasa merasa
hubungan kami semangkin rapat. Sedangkan hakikatnya itu adalah pandangan dari
aku seorang. Oh angin, tolong sampaikan rasa cinta ini kepadanya. Aku tidak
mampu melakukan semua ini seorang diri. Tidur ku sentiasa di selubungi bayangan
wajahnya. Sedangkan dia seperti tidak tahu menahu apa-apa. Lakukan sesuatu
untuk diriku, tetapi aku tidak sanggup. Aku tidak mampu. Oh dunia, tolong lah
diriku ini untuk mengubah mimpi atau angan-angannya menjadi realiti.
Suatu hari, aku menerima berita dari dia, dia cakap yang dia
nak berkahwin. Hancur remuk, hatiiiii, perasaan, jiwaaa.. Tatkala membaca
ucapannya untuk berkahwin. Termenung aku seorang diri dengan perasaan hampa.
Peluang untuk ku memiliki dia telah tertutup. Angan-angan dan mimpiku tetap
sentiasa menjadi mimpi dan tidak akan pernah berubah walau sedetik angin
berjalan laju sekalipun. Berair mata ku. Tak seorang pun tahu. Banyak pasal dia
yang aku simpan dekat diri ni. Aku ingat lagi, waktu datang rumah dia, makan
nasi lemak dengan air oren. Dia cakap nasi lemak tu bukan dia yang buat tapi
air oren tu je yang dia buat. Aku tak kan lupa perkataan yang benar-benar
membuat aku ingin mengenali dirinya.
Saat aku menulis semua ini, di hadapan pintu masjid.
Menunggu tibanya dia untuk dinikahkan dengan pasangan hidupnya. Mungkin sebentar
lagi akan berakhir semua kisah ku ini. Walaupun perkenalan aku terhadap dia
tidak begitu lama, tapi aku akan kenang semua kenangan ni sampai bila-bila. Di
depan pintu masjid ini akan menjadi saksi kesedihan ku ini.
Ok laa.. Sekejap lagi dia mesti dah nak sampai. Aku nak
pergi basuh muka dulu. Nanti dia nampak pulak yang aku menangis bila tengok dia
nikah. Biar aku sendiri yang menyimpan semua ini. Ok. Assalamualaikum…
Mohd khuzarul haziq… (nukilan di
malam hari)
Aku, Dia dan Kamu….
http://haziq-cerdik.blogspot.com
http://haziq-cerdik.blogspot.com