![]() |
http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Assalamualaikum….
Kehadapan bidadari ku yang jauh di sana. Dengan lafaz
Bismillah pembuka bicara. Aku sujud kepadaNya atas kesyukuran nikmat yang
diberikan olehNya..
Bidadari Ku..
Pulanglah beradu di pangkuan ku.. Seorang insan yang
sentiasa menanti mu sejak pertama kali bertemu dan sehingga kini… Tidak pernah
jemu memerhati mu dari bingkai kaca yang kau tingalkan dulu… Aku merindui wajah
asli mu di balik mata ku…..
Bidadari Ku…
Ingat kah dikau diwaktu remaja kitaa.???.. Betapa indahnya
hari ku bila sentiasa bersamamu.. Mata ku sekan tidak pernah terpejam kerana
ingin menatapi setiap ukiran senyuman di wajahmu.. Alangkah indahnya sekarang
jika itu mampu ku lakukan….
Bidadari Ku..
Ingat kah dikau sewaktu kita mengikat janji akan bersama
selamanya.. Kerana aku sudah jatuh hati pada sifat dan diri mu yang sentiasa
indah buat ku.. Mata mu juga sentiasa mencoret kejujuran yang jelas terpancar
untuk aku sendiri menilainya…
Bidadari Ku…
Saat kita lalui usia muda bersama, tidak pernah sekali aku
jemu untuk sentiasa menjadi penghibur mu.. Tidak pernah sekali juga aku untuk
sentiasa menjauh dari mu tika masalah menyelebungi mu.. Kerana aku tahu yang “
Aku Sayang Kamu”…
Bidadari Ku…
Jika cinta ini milik kita, aku akan sentiasa menjaga mu
walau disaaat senang mahu pun susah.. Aku percaya bahawa cinta kita tiada
nilainya jika dibandingkan dengan harta benda.. Antara kita sudah cukup juga
untuk saling melengkapi…
Bidadari Ku…
Kerana cinta juga, kita telah mengikat dan menjadikan suatu
perhubungan yang halal di sisiNya.. Raja bersama Permaisuri kesayangannya
diijabkabulkan.. Diketika itu, air mata
kegembiraan penuh mengalir di pipi kita berdua… Tidak lupa juga ku lakukan
sujud kesyukuran kepadaNya kerana menjodohkan kita bersama… Walau kita
menempuhi banyak duri tajam, kita tetap boleh bersama dan menjadi halal ketika
kini….
Bidadari Ku,
Saat berlari kamu, aku akan sentias mengejar mu.. Saat tidur
kamu, aku akan sentiasa mebelai mata jujur mu…
Saat makan kamu, aku akan sentiasa menemani mu.. Dan tidak lupa juga
tatkala solat, aku akan sentiasa mengimamkan mu.. Aku besyukur kerana aku ada
kamu wahai “ Bidadari KU”..
Bidadari Ku…
Atas kerana cinta dan sayang, kita bakal dianugerahkan orang
baru dalam hidup kita.. Kebahgian jelas terpancar disaat menerima berita
seperti itu.. Kini usia kandungan mu menghitung hari.. Aku bakal digelar “Ayah”
dan kau bakal digelar “Ibu”..Huhu..
Bidadari Ku…
Setelah kita menunggu, akhirnya kita dianugerah zuriat yang
sempurna olehNya.. Terlahirnya seorang puteri atas berkat doa yang sentiasa
dimakbulkan olehNya.. Puteri Nurdayana Syafiqah..
Bidadari Ku…
Kenapa setelah kita mencapai kejayaan kau pergi meninggalkan
ku.??. Kenapa setelah kita mencapai kebahgiaan, kau pergi meninggalkan ku..??..
Kenapa setelah kita mempunyai anugerah olehNya kau pergi meninggalkan ku..??..
Kenapa semua ini boleh berlaku??..
Bidadari Ku..
Aku percaya ini semua ujian buat ku.. Walaupun diketika, aku
tidak kuat untuk mengharunginya, tetapi aku terpaksa kerana dasar cinta aku memelihara
hidup ku dan anak kita dengan sebaiknya.. Andai dapat ku undurkan masa, aku
tidak mahu untuk melepaskan peluang untuk sentiasa memelukmu wahai “ Bidadari
Ku”…
Bidadari Ku..
Aku angap keperigan mu adalah suatu perngorbanan untuk aku..
Walaupun ianya membuatkan aku sedih tetapi aku tetap bangga dengan pengorbanan
mu.. Saat kamu melawan kesakitan melahirkan puteri kita, di situ juga nafas
terakhir mu terhembus…
Bidadari Ku…
Puteri Dayana Syafiqah, adalah anugerah mu kepada ku… Puteri
Nurdayana Syafiqah juga lah lambang pengorabanan mu buat ku.. Kini apa yang
mampu aku lakukan adalah berdoa supaya kebahgiaan mu di sana lebih terjamin…
Bidadari Ku…
Ketahuilah bahawa aku rindu akan kamu… Aku rindu akan senyum
kamu… Aku rindu akan gurau dan senda mu… Tangis ku kini sendiri.. Pelukan ku
hanya bersama puteri kita sahaja dan bukan kita bertiga.. Aku redha…
Ya Allah.. tolong sampaikan pesanan ku ini kepada bidadari
ku…
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
blognye pinky2..
ReplyDelete*winkwink =)
moga pesanan ini sampai..:D
ReplyDeletehuhu.. Aminn
ReplyDeletewah~
ReplyDeleteAgak sedih juga namun bidadari pasti menanti di pintu syurga.
ReplyDeletehuhu..
ReplyDeletebidadari ku..
ReplyDeletenicee :)
ReplyDeleteindah ;)
ReplyDelete