![]() |
http://haziq-cerdik.blogspot.com |
“Grrinnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggg……”
Jam loceng aku dah bunyi… Ini menandakan sudah patut aku
menghadap air yang sejuk untuk ku sajikan kepada tubuh ku untuk menampakkan
kebersihan sebelum pergi kerja.. Aku
toleh sebelah, rupanya isteri ku sudah lama bangun.. Air di pagi hari memang
cukup sejuk.. Lepas mandi “COMFIRM” mengigil lah… Dah siap mandi, aku break first…
“Morning Yunkkkkkkkkkkkkkk”..laungan suara isteri ku
terdengar dari dapur…
Aku baru sahaja berkahwin.. Dan kami pun masih belum
mempunyai anak kerana usia perkahwinan kami masih lagi “SEGAR”..
Dah siap break first , aku terus pergi pejabat.. Isteri ku
seorang suri rumah sepenuh masa.. Haha.. Jadi, aku lah seorang lah yang akan
menyara keluarga ku sendiri.. Setibanya aku di pejabat, ternampak sejambak
bunga “ROS MERAH” di atas meja ku..
“Siapa yang bagi bunga ni??”..Bisik ku ke dalam hati…
Terselit pulak sebuah helaian kertas di bunga ros ini.. Aku
membukanya dan terus membaca…
Kalau pun syurga itu indah, aku tetap pilih kamu…Kalau pun
hembusan angin itu menyegarkan, aku tetap pilih kamu, Kalau pun masa itu
adalah nya aku akan tetap pilih kamu…
Masa begitu cepat berlalu sehingga aku terlupa bahwa
engkau adalah hidup ku… Bagi ku, engkau adalah syurga ku, engkau adalah nyawa
ku dan engkau adalah masa bagi ku…
Ros merah ini lambang kasih abadi kita yang telah tersemat
sejak dahulu lagii… Aku masih ingat di kala itu, kamu memberikan ku sekuntum
ros putih, kerana masih tiada lagi isi cinta di dalam hati kita.. Tetapi
jambangan bunga yang seterusnya, kau hantar kan kepada ku iaitu “ros merah”…
Meski sukar buat ku, untuk melihat orang yang aku sayang
bersama orang lain… Namun apakan daya ku untuk melawan arus yang cukup deras
jika ku mahu harungi..
Akhir kata dari ku, simpanlah ros merah ini untuk mu di
dalam hati ku…
-faezah-
|
Rupanya jambangan bunga ros ini daripada kekasih lama
ku.. Memang aku tahu dia menderita di
sebabkan pernikahan ku.. Dia jatuh sakit di sebabkan pernikahan ku.. Mungkin
sudah tertulis bahwa dia bukan lah teman hidup ku selamanya..
Aku tahu perasaan dia… Aku tahu hati dia.. Dan aku tahu
kehendak dia.... Mungkin perasaan jujur ku ada berkata yang aku tahu, aku
sayang dia, aku tahu aku cinta dia, namun aku tetap tahu kerana dia aku terluka…
Dan aku terpaksa membuat haluan ku…
“Maafkan aku sayang.. Bukan aku tak sudi menerima mu, bukan
juga aku tak cinta kepada mu, dan bukan juga aku tak sayang kepada mu, namun di
atas sedikit kesilapan telah membuat aku memilih jalan ku ini… Aku sentiasa
mendoakan yang terbaik untuk diri mu sayanggg….” Bisik hati kecil ku….
p/s..cinta bukan
lah untuk dipermainkan.. ingatlah bahwa cinta memang wujud, cinta memang menyeronokkan, namun cinta tetap juga menderitakan.. bertanggungjawab lah dalam
memelihara cinta.. sekali tersilap, susah untuk berpatah kembali..Aku, Dia dan
Kamu
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com