![]() |
http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Di ketika malam ku ditaburi
kesunyian malam yang amat dingin. Angin sentiasa bertiup kencang cukup telah
membuktikan malam yang amat dingin. Aku adalah aku yang ditaburi bayangan hitam
yang telah melakar sejarah penceritaan pencintaan hati ku ini.
Di hati aku ada kamu.. Di
hati kamu tiada aku. Teringat selalu bayangan kamu yang tidak pernah ter “DELETE”
dalam minda ku… Kerana bagi ku “CINTA BUKAN LAH SUATU PERMAINAN” walaupun aku
masih lagi di usia mentah ku. Sehingga kini ku masih sayang pada mu. Mungkin
tidak pernah akan kamu menyedarinya kerana hati mu telah jatuh di gengaman yang
lain.
Mungkin ini lah cinta..
Selepas sekian lama kamu menghilang, kini aku telah mampu untuk jalani hidup
berserta senyum ku. Namun tidak pernah aku terlupa kamu, kerana “HATI SAYA ADA
AWAK”..
Di saat aku termenung
seorang diri, aku di sampuk dengan teguran orang tua ku menceritakan anak
perempuan teman mereka yang telah duduk di hadapan rumah ku kini telah kembali
semula untuk menetap di sini. Dari kerancakkan cerita mereka membuktikan bahawa
mereka amat menyukai anak rakan mereka itu. Kalau tak silap nama perempuan tu ialah, Zatul
Najiha.
Zatul Najiha lebih mesra
di panggil Jieha, semangkit rapat dengan keluarga ku. Di setiap pulang kerja
ku, tidak pernah tidak orang tua ku menceritakan pasal Jieha. Aku memang tidak
pernah melihat wajahnya. Aku hanya mampu membayangkan wajahnya melalui
penceritaan orang tua ku sahaja.
Hari semangkin hari
berlalu pergi. Setiap hari ku hanya dibayangi dengan penceritaan mengenai
Jieha. Walau aku tidak pernah mengenalinya, tetapi aku tahu cerita akan
dirinya. Orang tua ku seolah-olah memberi isyarat ke atas diri ku untuk cuba
mengenali diri Jieha kerana mereka amat menyukai Jieha.
Setelah sekian lama aku
mengenali Jieha dengan hanya melalui penceritaan orang tua ku, kini aku telah
jatuh cinta pada dirinya. Memang tidak pernah sekali kami bertemu namun, kini
aku telah mula sentiasa memerhatikan Jieha di setiap pulang kerjanya.
Namun sehingga kini aku
tidak berani untuk melafazkannnya kepada Jieha. Dua tahun berlalu pergi aku
hanya mampu memendamkan nya. Aku tidak berani untuk melafazkan cinta untuk kali
kedua ku. Fikiran ku kini di belunggu perasaan serba salah ku kepada diri ku
yang hanya mampu menahan kesesakkan cinta yang hanya mampu di pendam sahaja.
Apa yang mampu ku
lakukan?? Apa yang patut aku lakukan??? Sejujurnya memang aku tak mampu untuk
melafazkan cinta buat kali kedua ku.. Diri ku semangkin di propagandakan oleh
perasaan cinta ku sendiri. Jika aku terus begini, masihkah aku mampu boleh
tersenyum di dunia hadapan ku????
Dunia tolong la aku untuk
saat terakhirnyaaaaa……
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com