http://haziq-cerdik.blogspot.com/ |
Balik daripada jamming aku terus kemas gitar n barang-barang aku semua. Lepas tu aku terus lah baring ke katil. Waktu baru menunjukkan pukul 11.15pm. Tapi oleh kerana dah terlampau penat, aku pun baring je la. Ada jugak lah aku berbual dengan budak bilik aku. Sedari tak sedar je dah pukul 12 lebih. Lanpu bilik memang dah matikan dah. Tak lama lepas tu aku pun tidur.
Ceritanya bermula setelah aku tidur. Aku dikejutkan dengan
satu peristiwa yang terjadi kepada diri aku. Aku mimpi yang aku telah mati. Dan
aku sekarang hanyalah roh yang tidak berada di jasadku lagi. Aku hanya dapat
menatap mayatku sendiri. Aku takut gila waktu tu. Aku nampak orang sekeliling
aku sedang tunggu untuk proses memandikan jenazahku. Dah lah rasa takut, aku
menangis sekali kerana aku tak sangka yang aku mati di usia remaja. Tak sempat
nak berubah, mintak maaf dengan family, kawan-kawan dan orang yang dekat dengan
aku. Perasaan takut tu tak hilang lagi. Aku belum bersedia lagi untuk
menghadapi semua ni. Tetapi takdir telah menentukan. Waktu aku sedang
perhatikan jenazah ku, banyak kali aku gosok mataku, untuk membuktikan itu semua
adalah mimpi. Tetapi kematianku adalah realiti. Perasaan aku takut aku memang
tak terkata.
Bayangkan, aku boleh nampak orang-orang disekeliling jenazah
aku, tetapi mereka tak nampak roh aku. Aku memang takut gila. Menangis aku
seorang-seorang. Lepas ni aku akan dihantar untuk mengadap Allah punya. Amalan tak
cukup, dosa berlambak-lambak. Dalam hatiku, kalau lah aku diberi kesempatan
untuk hidup balik, mesti aku akan berubah. Tapi sayangnya, semua itu tak kan
berlaku kerana kita hidup didunia ini adalah sekali sahaja.
Tiba-tiba aku terjaga. Dan sekeliling aku gelap.
Perlahan-lahan aku bukak mata dan aku nampak tempat tidur aku lagi. Aku toleh
kanan untuk pastikan yang kawan-kawan aku ada. Ternyata mereka masih ada
dibangku katil. Rupanya aku hanya mimpi. Terima kasih Allah kerana kau telah
berikan ku kesempatan untuk mengubah hidupku dimasa akan datang. Perasaan takut
aku masih tak hilang lagi setelah aku terjaga daripada mimpi ku. Tak lama
kemudian aku terus sambung tidurku kembali kerana disekeliling ku menampakkan
pagi ku masih di usia mentah.
Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku mimpi dan mimpinya
benar-benar menguji aku. Ingatlah kita sebagai manusia, sesungguhnya kita akan
dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa sahaja. Tak kira kita ada dosa, tak
ada dosa ke n apa-apa je lah. Aku kongsikan mimpi aku ni untuk kebaikkan keatas
diri anda semua dan bukan lah untuk menunjukkan yang diri aku bagus sangat.
Sesungguhnya manusia semua adalah sama. Semua kehendak kita untuk jadi baik
atau jahat.
Aku, Dia dan Kamu
sme laa kte wlupwn mmpi berbeza
ReplyDeletehuhu...kite kne beringat-ingt kkkkkkk....smOge kite dilindungi Nyeeeeeeeee.....
ReplyDeletesecara tuntasnya, ALLAH itu MAHA PENYAYANG dan MAHA PENGAMPUN.....DIA dah beri petunjuk dan kesempatan untuk perbetulkan amalan kita sebelum dijemput-NYA.....jaga solat kerana solat itu tiang agama....
ReplyDeletehuhu...thanks cik suhana yg cOmey n sngt disayangi oleh diri iniiiiiii....sentiasa dOa2 kn sye kkkkkkkkkk
ReplyDeleteermmm......renung-renungkan dan selamat beramal....
ReplyDeleteermmm....renung2kan dan selamat beramal...
ReplyDeletenk renung pe nyeeee???? kecian la kt syeeeeee...ermmmmm
ReplyDeletePetunjuk yg Allah berikan :).. moga dimanfaatkan dari petunjuk itu :)
ReplyDeletethanksssssss.....smOge kite sama2 di rahmati n diredai oleh Nya...
ReplyDelete