http://haziq-cerdik.blogspot.com/ |
Setinggi langit, tinggi lagi cintaku pada mu. Seterang
matahari, terang lagi cintaku padamu. Kepingan-kepingan bunga sentiasa
mengelilingi ku tetapi ku tetap pilih kamu. Malam siang ku akan menjadi suram
tanpa kamu disisi. Lantas aku memutuskan untuk sentiasa bersamamu dalam buka
dan tutup mataku kerana aku akan sentiasa menyangimu.
Janjiku padamu akan sentiasa ku ingati bahawasanya aku akan
mencintai dan menyangimu. Ku kunci janji ku ini sekuat-kuatnya supaya aku akan
sentiasa menyangimu. Aku benar-benar menyangimu dan mencintaimu. Sumpahku juga
menyujud kepada bumi untuk membuktikan besarnya cinta dan sayang ku padamu.
Benar aku takkan boleh hidup tanpamu kerana kamu adalah
ibarat nyawaku yang memberi ku kesempurnaan untuk hidup. Realiti atau
fantasinya cinta dan sayang mu padaku tidak aku ketahui. Hati aku kuat
mengatakan bahawa kejujuran mu tidak memihak kepadaku. Aku kuatkan semangat
untuk terus memberi kamu peluang untuk mengubahnya. Namun jauh disudut hati ku
amat perit untuk meminta kejujuran mu.
Penghujung solatku sentiasa berdoa agar kamu dapat
menghantar sepenuh kejujuran dirimu padaku. Namun memang mudah bunga ditiup
oleh sang angin. Tinggal lah aku seorang diri bagai malam tanpa bintang. Tulusnya
cintaku padamu berpenghujung seperti ini. Ribuan keperitan dihati memandang
hina hati ini. Ya Allah berikan aku ketabahan.
Hati ini sentiasa berbisik jujur sendiri kerana ia adalah
ketulusan hati. Teringat janjimu padaku dan sentiasa aku teringat. Bila kamu
jauh dari sisiku sentiasa lah mengingati ku. Bila ku disamping mu peluklah
tubuhku. Bila kamu merindui aku, panggil lah nama ku kerana aku akan menemui
mu.
“Ketulusan Hati” ini sentiasa bermain di minda ini. Persoalannya,
maka akan kembali bunga yang ku sanjung itu??. Ya Allah redhai ketulusan hati.
Ya Allah, beri aku ketabahan.
Aku, Dia dan Kamu
yaaaa...ketulusan hati itu memang penting dalam melaksanakan perintah-NYA dengan jujur dan ikhlas.....jgn tinggalkan perintah-NYA atau ketulusan hati itu memang takkan dapat diperolehi sepanjang usia....
ReplyDeleteapa pOn x bOlehhhhh....
ReplyDelete