|
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Benar kata orang cinta itu tak selalu memiliki. Cinta itu
juga tak selalu indah. Hanya yang bercinta sahaja tahu betapa siksanya cinta
apabila dipersiakan. Seharusnya cinta itu indah. Tapi megapa cinta menjadi
penyiksaan. Aku ingin dia dan aku mahu dia menemani hidupku. Tapi aku hanyalah
sang pencinta yang hanya terbang sendiri di langit biru yang tak bertepi.
Mulanya indah tetapi akhirnya penyiksaan. Mampukah aku melawan arus perasaan
cinta yang muncul tanpa diduga. Siapakah aku untuk membuang cintaku sendiri.
Aku hanyalah pemerhati sendiri. Awalnya ceritaku, apabila gadis
itu muncul di hadapan ku. Muka ku tersusun ketat kerana malu akannya. Tetapi
sebutir perkataan tidak mampu ku ucapkan kerana kehadirannya adalah sepintas
lalu. Aku tahu namanya. Aku tahu semua akannya, walaupun ku yakin dia tidak
pernah mengenaliku.
Sejak pandangan ku dikaburkan oleh kehadirannya, aku mula
menjadi sang pemerhatinya. Dari hari ke hari, aku tidak pernah terputus untuk
memerhati wajahnya dan memahatkan di dalam mindaku. Hatiku sering menyebut
namanya. Mataku sering memperlihatkannya. Tidurku hanyalah memimpinya
semata-mata. Aku menyimpan perasaan ini sendiri ku, walaupun amat berat jika
aku tidak mampu untuk meluahkannya. Realitinya memang aku tidak mampu untuk menyatakan
hasratku ini untuk memilikinya.
Setelah sekian lama aku mengikuti jejak gadis itu, hatiku
menjadi sering gila akannya. Mengapa tidak sangup untuk aku meluahkan semua
ini. Berat aku untuk memikirkannya. Cinta. Adakah apa yang kurasakan ini adalah
cinta???.. Tetapi mungkin kah?? Kerana cinta biasanya mesti Adam dan Hawa yang
saling mencintai. Tetapi gadis itu tidak pernah tahu akan sekian lama bahawa
aku memendam perasaaan akannya.
Aku terlambat. Aku memang terlambat untuk menunggu aku
bersedia menyatakan hasrat perasaanku kepadanya. Sehingga suatu hari aku
menerima berita akan penikahannya. Sunguh kecewa hati ini kerana aku tidak
sempat menyatakan hasratku. Biarpun dia tidak pernah mengenali diri ku, namun
aku akan sentiasa mengenalinya untuk seumur hidupku. Aku tidak boleh lagi
seperti dulu memerhatikan mu. Namun, pandagan ku tidak akan pernah kabur untuk
menyimpan wajahmu di setiap sudut walaupun hidupmu sudah dimiliki oleh orang
lain. Doa ku adalah untuk kebahagiaan mu sentiasa.
Tetapi aku rindu akannya sepanjang hidupku….huhhhhhhhhh
Aku, Dia dan Kamu,
http://haziq-cerdik.blogspot.com
|
sabar lah menanti
ReplyDeletebaru je masuk blog ni. tak berapa nak tao identiti blog ni.. sorry.. but.. kalau story kat atas tu benar.. just satu je pesanan untuk u..
ReplyDeleteAllah menemukan kita dengan cinta yang salah agar kita menghargai cinta yang lebih indah..
tq...
ReplyDeletebercinta x semestinya memiliki, ..Allah akan temukan kita dengan insan yang terbaik...(*_*)
ReplyDeleteinsyaAllahhhhhh
ReplyDeletedalam surah al imran"sesungguhnya ape yg kamu rase baek mgkin buruk n mgkin ape yg kte rase buruk kpada kite tapi realitinyer adalah yg terbaik utuk kite.sesungguhnya Allah itu maha mgetahui n bijaksana "...
ReplyDeletetq
ReplyDelete