Sunday, December 19, 2010

Inilah Hidupku (Haziq)

Sedang ayam melontarkan suaranya kepada bumi yang menunjukkan pagi, aku masih lagi terkaku dikatil sambil disaksikan oleh kipas yang pula sedang menunggu untuk berehat apabila aku pergi mandi nanti....Bangun ku kesiangan dan mataku tidak pernah terbuka untuk melihat kecantikan Tuhan dipagi hari... Subuh ku hanyalah laluan masa yang tidak pernah ku hiraukan kewujudannya kerana aku terlampau taksub dengan mimpi tidurkuu....

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan pada ketika inilah permulaan hari yang baru dalam hidup ku, manakala orang lain pula sudah separuh hari perjalanan hidup mereka. Ketika itu jugalah aku mengadap dapur untuk mengisi perut ku dengan sarapan pagi yang ku gunakan diwaktu tengah hari... Asap rokok menyesuri keluar dari mulutku apabila aku sesudah makan. Dan selepas itu lah baru aku mandi. Hidupku mula segar dengan keselesaan yang luar biasa sesudah mandi...

Perjalanan hidupku diteruskan lagi dengan masa petangku dan pada ketika itu lah pengisian makan tengah hari bagi perutku dilaksanakan. Petang dalam hidupku biasanya disusuri dengan layanan tv dihadapan ku. Sebelum  maghrib menjelma tiba, aku menghabiskan masa ku dengan mengelap kereta untuk persiapan perjalanan dihari malam.

Apabila cahaya matahari bertemu dengan cahaya gelap maka jadilah suatu waktu yang dipanggil maghrib. Dan pada ketika inilah biasanya pembersihan diri kali ke dua dalam hari ku iaitu mandi. Menyusun atur aktiviti dirumah sementara menunggu pukul 10 malam untuk memulakan aktiviti melepak. Melepak adalah satu perkataan yang ku tunggu dalam hari ku kerana, kebosanan ku dirumah menemui tahap yang paling melampau.

Penutupan aktiviti lepak ku biasanya dalam pukul 2 atau tiga pagi. Sesudahnya diriku menemukan rumah kembali, biasanya tanganku tidak akan pernah tidak untuk membuka laman facebook untuk hariku. 30 minit berlalu untuk aktiviti facebook ku, aku pun melabuhkan tirai badanku keatas bantal. Disusuri angin kipas yang asyik meniup sayu disebelah telinga ku dan lalu membuat ku tertidurrrrrrrr......


(kisah benar harian hidup ku oleh mohd khuzarul haziq)
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww