Tuesday, January 18, 2011

"Aku dan Dia"

Tersentak ku dari lamunan syahdu yang melayani jiwa dan perasaanku... Waktu menunjukkan aku masih lagi di usia remaja... Terkenangku ketika lamunanku, bahawa sang sunyi ada berbisik kepada ku mengenai hitungan hariku... Bersabarlah dalam mengharungi hari-hari sunyi ku....Aku adalah insan yang lemahh... Sepi dihari ku sentiasa menyelubungiku...

Terkenang juga aku akan kisah silam ku bersama si dia.... Bahagia ku ketika itu bagai lilin yg ditiup tidak akan terpadam cahayanya... Gunung juga tidak mampu melawan ketinggian cintaku padanya... Merinduinya adalah satu kemestian dalam setiap saat ku... Aku mahu dia, aku ingin dia selalu ketika pejam dan buka mataku.. Wajahnya memperlihatku akan ada syurga disebalik senyumannya.... Ayu matanya juga mengingatkan aku bahawa cintanya pada ku juga amat besar dihatinya.... Satu jumaat telah mengikat cinta kami dihadapan suatu taman bunga indah ciptaan Ilahi.... Terpatrinya sebuah janji "Aku dan Dia".. 

Aku dan dia haruslah bersama selamanya.. Isi didalam janji kami juga ada menyatakan bahawa biar ajal yang mengambil hubungan kami berdua...

Ermmmmm......

Belum sempat ku menunaikan janji ku dimedan pelamin akhirnya kau mengundurkan diri dengan mengadap Ilahi.... Pemergian mu tidak disangka oleh ku kerana sang badannya tidak kuat lagi menangung sakit.... Aku hanya mampu berserah. Sesunguhnya Tuhan lebih menyangimu... Ku pinta pada sang angin supaya menyampaikan salam ku padanya. Aku sangat rindu padanya.. Sang tanah juga selalu menyaksikan muka ku dihujani akan air mataku saat ku pikirkan akan sejarah ku bersama dia..

Sesunguhnya ku sedar bahawa Aku adalah Aku dan Dia adalah Dia.... Tidak sangup ku menulis panjang akan kisah "Aku dan Dia" kerana ku tahu, ku tidak dapat menahan kesedihan ini...... Melayani persaan dihariku hanya mampu berakhir dengan linangan air mataku.... Ku tanam semua kenangan indah "Aku dan Dia" di dalam ruang sudut hatiku..

Sesungguhnya sebuah kasih sayang dan cinta tak semestinya harus memiliki..... Sentiasalah redha akan sesuatu yang terjadi...

Sekiannnnn....

Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/


Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww