Tuesday, December 21, 2010

Diriku Tidak Dihargai

“Hargai” adalah satu perkataan yang membawa maksud kepada pengorbanan yang dilakukan berbaloi dan tidak sia-sia atau erti kata lain, pengorbanannya diambil kira oleh orang lain. Tetapi bagaimana pula dengan “Tidak Dihargai”????... “Tidak dihargai pula membawa maksud kepada, sesuatu pengorbanan atau lain-lain yang dilakukan adalah sia-sia dan tidak berbaloi. Hal ini kerana, sesuatu perkara atau pengorbanan yang dilakukan dipandang remih dan tidak membawa erti besar kepada orang lain.

Topik aku kali ni pasal “Diriku Tidak Dihargai”… Aku nak ceritakan satu pengalaman kawan aku (Azi) bersama awek dia… Kawan aku ni (Azi)  seorang student kolej di Johor Bahru dan awek dia pulak seorang kerani kolej dekat Pagoh. Nak dipendikkan cerita, Azi ni dah cuti sem pada hujung tahun dan awek dia pulak macam biasa la kena kerja. Suatu hari ni, Azi berhasrat nak jumpa awek dia dekat pagoh. Rancangannya untuk berjumpa dengan awek dia tu selama dua hari dan dia ingin menginap dirumah makcik yang tidak begitu rapat dengannya selama dia di pagoh. Pada hari pertama dia sampai di pagoh, malam tu dia terus jumpa dengan awek dia. Ok la semua berjalan dengan lancar. Pada hari kedua pulak, dia dengan awek dia tak jadi jumpa disebabkan awek dia ada urusan kerja.. ..

Persoalannya: (???)
          1) Apakah yang patut Azi lakukan terhadap aweknya???
………………………………………………………………………………
  2) Benarkah pengorbanan Azi dengan pergi ke Pagoh tidak dihargai???
…………………………………………………………………………………………….
  3) Benarkah tindakan awek Azi dengan mementingkan kerjanya daripada berjumpa  dengannya???
………………………………………………………………………………………………

Dari mengikut pendapat aku, Azi perlulah mengambil satu keputusan yang waras untuk menentukan hubugannya bersama awek dia….. Soal pengorbanan Azi itu memanglah tidak dihargai, kerana aweknya lebih mementingkan kerjanya dari berjumpa dengan Azi… Sepatutnya awek Azi kenalah meluangkan masa bersama Azi kerana, Azi telah sangup berkorban untuk berjumpa dengannya walaupun jauhhh….

Apa kata ko orang pulakkkk?????????????

Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Sunday, December 19, 2010

Inilah Hidupku (Haziq)

Sedang ayam melontarkan suaranya kepada bumi yang menunjukkan pagi, aku masih lagi terkaku dikatil sambil disaksikan oleh kipas yang pula sedang menunggu untuk berehat apabila aku pergi mandi nanti....Bangun ku kesiangan dan mataku tidak pernah terbuka untuk melihat kecantikan Tuhan dipagi hari... Subuh ku hanyalah laluan masa yang tidak pernah ku hiraukan kewujudannya kerana aku terlampau taksub dengan mimpi tidurkuu....

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan pada ketika inilah permulaan hari yang baru dalam hidup ku, manakala orang lain pula sudah separuh hari perjalanan hidup mereka. Ketika itu jugalah aku mengadap dapur untuk mengisi perut ku dengan sarapan pagi yang ku gunakan diwaktu tengah hari... Asap rokok menyesuri keluar dari mulutku apabila aku sesudah makan. Dan selepas itu lah baru aku mandi. Hidupku mula segar dengan keselesaan yang luar biasa sesudah mandi...

Perjalanan hidupku diteruskan lagi dengan masa petangku dan pada ketika itu lah pengisian makan tengah hari bagi perutku dilaksanakan. Petang dalam hidupku biasanya disusuri dengan layanan tv dihadapan ku. Sebelum  maghrib menjelma tiba, aku menghabiskan masa ku dengan mengelap kereta untuk persiapan perjalanan dihari malam.

Apabila cahaya matahari bertemu dengan cahaya gelap maka jadilah suatu waktu yang dipanggil maghrib. Dan pada ketika inilah biasanya pembersihan diri kali ke dua dalam hari ku iaitu mandi. Menyusun atur aktiviti dirumah sementara menunggu pukul 10 malam untuk memulakan aktiviti melepak. Melepak adalah satu perkataan yang ku tunggu dalam hari ku kerana, kebosanan ku dirumah menemui tahap yang paling melampau.

Penutupan aktiviti lepak ku biasanya dalam pukul 2 atau tiga pagi. Sesudahnya diriku menemukan rumah kembali, biasanya tanganku tidak akan pernah tidak untuk membuka laman facebook untuk hariku. 30 minit berlalu untuk aktiviti facebook ku, aku pun melabuhkan tirai badanku keatas bantal. Disusuri angin kipas yang asyik meniup sayu disebelah telinga ku dan lalu membuat ku tertidurrrrrrrr......


(kisah benar harian hidup ku oleh mohd khuzarul haziq)
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Tuesday, December 14, 2010

Mampukah Aku

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu helah serta khayalan fikiran telah mengajar aku banyak erti kehidupan..Pengajaran yang aku lalui ini banyak membuka mata hatiku untuk meneruskan masa depanku. Sejak dari kelahiran ku banyak pengalaman yang telah aku kumpul dan sentiasa tersemai atau tersimpan didalam diriku.. Sepertinya kekecewaan atau pun kebahagian.

Kekecewaan sentiasa berlaku dalam hidup kita dan sentiasa lah kita mengambil iktibar dan keputusan yang kedepan untuk mengurangkan kekecewaan yang sentiasa bermain didalam diri ini...Kekecewaan juga kadang-kadang berpunca dari seseorang yang kita sayang dalam hidup kita.

Persoalannya mampukah aku, dia, dan kamu melupakan kekecewaan yang sedang berlaku, akan berlaku, dan tengah berlaku???... Dan mampukah untuk melupakan seseorang yang aku sayang???

Aku adalah manusia biasa yang mempunyai hati, naluri dan pemikiran yang lemah untuk mengharungi masa kekecewaan ku.. Contohnya, jika aku menyangi seseorang tetapi seseorang itu tidak menyangi aku dan dia sentiasa menipu perasaan ku tetang sayangnya dia terhadap diriku. Apakah yang patut aku lakukan??? Mengambil keputusan untuk memetuskan hubungan itu memanglah mudah tetapi aku juga tidak akan boleh menipu diri aku sendiri yang aku tidak akan boleh melupakan dirinya. Tetapi bagaimana pula dengan dirinya yang tidak mempedulikan aku???

Kesimpulannya, aku menemui jalan kebuntuan dalam kehidupan ku untuk mengambil tindakan terhadap kekecewaan yang berlaku ke atas ku... Sesiapa yang boleh membantu aku untuk terus cuba menjawab persoalan terhadap diri aku tadiiiiiiii?????

Wednesday, December 1, 2010

Adilkah Keatas Diriku

di berikan aku peluang untuk merasai perasaan sayang dan cintaaaa...tidak dinafikan sangat bermakna perasaan ini dan hati ku akan kOsong jika tidak di penuhi dengan perasaan-perasaan iniiiii...berterima kasih aku keatasnya kerana telah mengisi ruang hidOp ku dengan perasaan-perasaan sebegini...

tetapi ada satu perkara yang tidak memenuhi perasaan-perasaan yang aku ada tadiii...jika aku menyangi seseorang itu, dan beliau tidak menyangiku, apakah erti sayang ituuuu??? dan jika aku cinta kepada seseorang itu, tetapi seseorang itu tidak mencintai aku, apakah makna cinta ituuu...???

wajarkah aku memberOntak, tunjuk perasaan sambil membawa sepanduk, buat lapOran dibalai pOlis dan lain-lain lagi laaaaa....???siapa yang bOleh tOlong aku dalam membuat perasaan aku menjadi sempurna??? 

persOalan nye, adilkah terhadap diriku yang mencintai seseorang dan menyangi seseorang itu, tetapi seseorang itu tidak mencintai aku dan menyangi akuuuu???

aq buntuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww