Tuesday, December 21, 2010

Diriku Tidak Dihargai

“Hargai” adalah satu perkataan yang membawa maksud kepada pengorbanan yang dilakukan berbaloi dan tidak sia-sia atau erti kata lain, pengorbanannya diambil kira oleh orang lain. Tetapi bagaimana pula dengan “Tidak Dihargai”????... “Tidak dihargai pula membawa maksud kepada, sesuatu pengorbanan atau lain-lain yang dilakukan adalah sia-sia dan tidak berbaloi. Hal ini kerana, sesuatu perkara atau pengorbanan yang dilakukan dipandang remih dan tidak membawa erti besar kepada orang lain.

Topik aku kali ni pasal “Diriku Tidak Dihargai”… Aku nak ceritakan satu pengalaman kawan aku (Azi) bersama awek dia… Kawan aku ni (Azi)  seorang student kolej di Johor Bahru dan awek dia pulak seorang kerani kolej dekat Pagoh. Nak dipendikkan cerita, Azi ni dah cuti sem pada hujung tahun dan awek dia pulak macam biasa la kena kerja. Suatu hari ni, Azi berhasrat nak jumpa awek dia dekat pagoh. Rancangannya untuk berjumpa dengan awek dia tu selama dua hari dan dia ingin menginap dirumah makcik yang tidak begitu rapat dengannya selama dia di pagoh. Pada hari pertama dia sampai di pagoh, malam tu dia terus jumpa dengan awek dia. Ok la semua berjalan dengan lancar. Pada hari kedua pulak, dia dengan awek dia tak jadi jumpa disebabkan awek dia ada urusan kerja.. ..

Persoalannya: (???)
          1) Apakah yang patut Azi lakukan terhadap aweknya???
………………………………………………………………………………
  2) Benarkah pengorbanan Azi dengan pergi ke Pagoh tidak dihargai???
…………………………………………………………………………………………….
  3) Benarkah tindakan awek Azi dengan mementingkan kerjanya daripada berjumpa  dengannya???
………………………………………………………………………………………………

Dari mengikut pendapat aku, Azi perlulah mengambil satu keputusan yang waras untuk menentukan hubugannya bersama awek dia….. Soal pengorbanan Azi itu memanglah tidak dihargai, kerana aweknya lebih mementingkan kerjanya dari berjumpa dengan Azi… Sepatutnya awek Azi kenalah meluangkan masa bersama Azi kerana, Azi telah sangup berkorban untuk berjumpa dengannya walaupun jauhhh….

Apa kata ko orang pulakkkk?????????????

Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Sunday, December 19, 2010

Inilah Hidupku (Haziq)

Sedang ayam melontarkan suaranya kepada bumi yang menunjukkan pagi, aku masih lagi terkaku dikatil sambil disaksikan oleh kipas yang pula sedang menunggu untuk berehat apabila aku pergi mandi nanti....Bangun ku kesiangan dan mataku tidak pernah terbuka untuk melihat kecantikan Tuhan dipagi hari... Subuh ku hanyalah laluan masa yang tidak pernah ku hiraukan kewujudannya kerana aku terlampau taksub dengan mimpi tidurkuu....

Jam menunjukkan pukul 12 tengah hari dan pada ketika inilah permulaan hari yang baru dalam hidup ku, manakala orang lain pula sudah separuh hari perjalanan hidup mereka. Ketika itu jugalah aku mengadap dapur untuk mengisi perut ku dengan sarapan pagi yang ku gunakan diwaktu tengah hari... Asap rokok menyesuri keluar dari mulutku apabila aku sesudah makan. Dan selepas itu lah baru aku mandi. Hidupku mula segar dengan keselesaan yang luar biasa sesudah mandi...

Perjalanan hidupku diteruskan lagi dengan masa petangku dan pada ketika itu lah pengisian makan tengah hari bagi perutku dilaksanakan. Petang dalam hidupku biasanya disusuri dengan layanan tv dihadapan ku. Sebelum  maghrib menjelma tiba, aku menghabiskan masa ku dengan mengelap kereta untuk persiapan perjalanan dihari malam.

Apabila cahaya matahari bertemu dengan cahaya gelap maka jadilah suatu waktu yang dipanggil maghrib. Dan pada ketika inilah biasanya pembersihan diri kali ke dua dalam hari ku iaitu mandi. Menyusun atur aktiviti dirumah sementara menunggu pukul 10 malam untuk memulakan aktiviti melepak. Melepak adalah satu perkataan yang ku tunggu dalam hari ku kerana, kebosanan ku dirumah menemui tahap yang paling melampau.

Penutupan aktiviti lepak ku biasanya dalam pukul 2 atau tiga pagi. Sesudahnya diriku menemukan rumah kembali, biasanya tanganku tidak akan pernah tidak untuk membuka laman facebook untuk hariku. 30 minit berlalu untuk aktiviti facebook ku, aku pun melabuhkan tirai badanku keatas bantal. Disusuri angin kipas yang asyik meniup sayu disebelah telinga ku dan lalu membuat ku tertidurrrrrrrr......


(kisah benar harian hidup ku oleh mohd khuzarul haziq)
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Tuesday, December 14, 2010

Mampukah Aku

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan tipu helah serta khayalan fikiran telah mengajar aku banyak erti kehidupan..Pengajaran yang aku lalui ini banyak membuka mata hatiku untuk meneruskan masa depanku. Sejak dari kelahiran ku banyak pengalaman yang telah aku kumpul dan sentiasa tersemai atau tersimpan didalam diriku.. Sepertinya kekecewaan atau pun kebahagian.

Kekecewaan sentiasa berlaku dalam hidup kita dan sentiasa lah kita mengambil iktibar dan keputusan yang kedepan untuk mengurangkan kekecewaan yang sentiasa bermain didalam diri ini...Kekecewaan juga kadang-kadang berpunca dari seseorang yang kita sayang dalam hidup kita.

Persoalannya mampukah aku, dia, dan kamu melupakan kekecewaan yang sedang berlaku, akan berlaku, dan tengah berlaku???... Dan mampukah untuk melupakan seseorang yang aku sayang???

Aku adalah manusia biasa yang mempunyai hati, naluri dan pemikiran yang lemah untuk mengharungi masa kekecewaan ku.. Contohnya, jika aku menyangi seseorang tetapi seseorang itu tidak menyangi aku dan dia sentiasa menipu perasaan ku tetang sayangnya dia terhadap diriku. Apakah yang patut aku lakukan??? Mengambil keputusan untuk memetuskan hubungan itu memanglah mudah tetapi aku juga tidak akan boleh menipu diri aku sendiri yang aku tidak akan boleh melupakan dirinya. Tetapi bagaimana pula dengan dirinya yang tidak mempedulikan aku???

Kesimpulannya, aku menemui jalan kebuntuan dalam kehidupan ku untuk mengambil tindakan terhadap kekecewaan yang berlaku ke atas ku... Sesiapa yang boleh membantu aku untuk terus cuba menjawab persoalan terhadap diri aku tadiiiiiiii?????

Wednesday, December 1, 2010

Adilkah Keatas Diriku

di berikan aku peluang untuk merasai perasaan sayang dan cintaaaa...tidak dinafikan sangat bermakna perasaan ini dan hati ku akan kOsong jika tidak di penuhi dengan perasaan-perasaan iniiiii...berterima kasih aku keatasnya kerana telah mengisi ruang hidOp ku dengan perasaan-perasaan sebegini...

tetapi ada satu perkara yang tidak memenuhi perasaan-perasaan yang aku ada tadiii...jika aku menyangi seseorang itu, dan beliau tidak menyangiku, apakah erti sayang ituuuu??? dan jika aku cinta kepada seseorang itu, tetapi seseorang itu tidak mencintai aku, apakah makna cinta ituuu...???

wajarkah aku memberOntak, tunjuk perasaan sambil membawa sepanduk, buat lapOran dibalai pOlis dan lain-lain lagi laaaaa....???siapa yang bOleh tOlong aku dalam membuat perasaan aku menjadi sempurna??? 

persOalan nye, adilkah terhadap diriku yang mencintai seseorang dan menyangi seseorang itu, tetapi seseorang itu tidak mencintai aku dan menyangi akuuuu???

aq buntuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, November 21, 2010

Cerita Seram Aku

Nak dipendikkan cerita, sebab kalau panjang nanti aku jugak yang malas nak salinnnn... Nama aku Haziq... Bab nama ni aku paling menyirap sangat dan terbakar sangat bile orang selalu panggil aku bukan Haziq tapi Rosyam Nor… Erm nak wat macam mana knn hak oranggg… Aku reda dengan ketentuan Ilahi yang selalu menyebelahi aku atau dekat sebelah aku, didepan aku dan kadang-kadang di belakang aku. Sebelum ko orang semua muak baca cerita pasal Rosyam Nor niii, baik aku cerita pasal diri aku yang ko orang nak tahu sangat, ingin tahu sangat, ingin nak tahu sangat, ingin nak tahu-tahu sangat, ingin nak tahu-tahu-tahu sangat dan lain-lain yang sama dengan tahu sangat tadi tu lahhhh….

Pada suatu hari, malam jumaat la kn, sebab kalau malam isnin tak berapa nak seram sangat, so malam jumaat jugak lah aku nak cerita nii… Aku baru balik daripada rumah kawan akuuu… Bukan lepak laaa, tapi tolong bapak dia betol kan skate bord bapak dia lahhh… Dengan bapak-bapak dia sekali aku betol kan… Ada ke dah tua-tua sebok nak main skate bord….. Balik dari rumah kawan aku tadi, dengan menngunakan motor kriss bernombor flat JGD **** edaran Tan Chong Motor sdn bhd, aku pulang ke rumahhhhh…. Dalam perjalanan pulang kerumah ni, dalam tiga suku lagi aku nak sampai dekat rumah tiba-tiba motor aku mati tiba-tiba…. Suasana mula seram sejuk dekat perut aku, sebab aku lapo sebenar nyaaa… Kalau nk ikut kan, aku memang penakut orang nyaa….Tapi tak peeee…. Aku memberanikan diri dengan menanggalkan tali pinggang keledar di seluar akuuuuu “opsss londih sudahhh” aku pun turun motorrrr…..

Dengan keadaan sekeliling aku ni hutan, membuat kan aku rasa sangat scary  atau takutttt(kepada org2 yg lembab BI laaaa)….Tiba-tiba ada satu suara mengilai dari satu dahan pokok  yang tinggi di belakang aku seakan-akan suara hantu Pontianak yang sedang menguji suara untuk ke uji bakat Idola Kecil….. Aku masih lagi terkaku disituuuu… Dengan perasaan takut menyelubungi diriiii… Terdengar pula bunyi dahan patahhhh…Di susuri dengan suara “ ADUIIIIIIIIIIIIIIIIIII”….mungkin hantu tadi jatuh pokok agak nyaa….Aku toleh je belakang, aku nampak hantu yang diberi nama Pocong…. Pocong lelaki yang aku jumpa ni baik sangattt….Terlihat aku dahi muka Pocong itu stem 50sen dan disudut kiri nya ada alamat : No33, Kubur Nombor Lima Dari Kiri, Neraka Terakhir, 999999 Alam Barzakh Darul Makmur……. Rupa nya pocong ni tercicir daripada postman laaa…kesian dia….meh ikuti perbualan aku dengan diaaaaaa:

Aku: mana asal usul kO wahai pOconggg????
Pocong: adui abang niiiiii…tanye bek2 x bOleh kee??? Sakit ati jiwa dan raga sye tauuuuuuuu…auuuu
Aku: aikkkk…. Dah macam bapOk da ni aku tngOk kOo…..
Pocong: alahai abg nii… mne de sye bapOk bangggg… nme sye je BapOk bin Sazali Samadddd
Aku: aa ye la dah kne da nme kO ngan bapak kO 2… kO ni tngh susah hati knnn???
Pocong: mne abg thuuu niii???? ngintai sye erhh???? ala malu sye cm ni tau bangggggg…..
Aku: alaaaaa biase laaa…kt status facebook kan kO de tulisssssss……..

Sebenarnya banyak lagi yang aku berbual dengan Pocong tadiiii walaupon aku tahu Pocong tadi tu kaki kecing gakkk… Ada ke dia cakap aku suka kencing berdiri dan bapak aku kencing menariiii…Pocong tadi sempat gak betol kan moto akuuu tapi tak hidup jugak pon moto aku, malah kepale dia yang aku jotosss…… Dia cakap moto aku tu dah rosak teruk dahhh…..sama ada tayar aku pancit atau aku yang lupa nak keluarkan duit nak isi minyakkkk kata nya….Bengang aku dengan Pocong tadiiii sebab dia ketawakan aku sampai terkoyak kain kapan dekat perut diaaaa…mesti kena beli dan balut yang baru punya…Tapi tak pee…Kebaikkan dia sampai sangop tolak motor aku sampai umahh…Terima kasih Pocongggg…. Engkau lah satu-satunya Pocong yang baik pernah aku jumpa diantara Pocong-Pocong nakal yang pernah aku jumpa…Sebab kebanyakkan Pocong yang aku jumpa, semuanya nakal-nakal.. Kejap-kejap gelitik perot orang je kerja Pocong lain tuuuu…….Sebelom ni de jugak hantu-hantu lain yang aku jumpa, Kuntilanak, Toyol, Pontianak, Punti Anak Luar Nikah lah, dan Punti-Punti yang belum ada anakkkkkkkk……

Kesimpulan yang aku dapat dari cerita aku sendiri adalah, jangan lah selalu mengabiskan duit-duit nenek kita, atuk kita, sedara mara kita dan sedara mara yang ada bau-bau bacang… Selain itu, kita juga mestilah saling hormat menghormati antara hantu dan manusia, manusia dan hantu, pokok dan hantu, hantu dan ikan ( termasOklah ikan keli, ikan kekik mak ilOi2 ikan sadin n lain2 ikan lagiiii)…..Tuntasnya jaganlah suka menipu orang dengan cerita-cerita karut macam cerita aku niiii…. “sayangilah hantu-hantu sebagai mana kite menyangi lipas, cicak dan juga kumbangggg”……

All created: Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com

Sunday, November 14, 2010

Aku Seorang Sepi



video yg mengisahkan perjalanan hati yg ditukar cara penyampaian nyeee...semua hasil kerja dilakukan oleh aku sendiri... jangan main2 productiOnnnnn..INSTEDTSTUDIO lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Saturday, November 6, 2010

Sayang Aku Dekat Akak 2

Sayang aku terhadap akak masih belum pudar seperti batu terdampar ditengah lautan tanpa pergerakkan. Walaupun aku sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, aku juga tidak boleh menipu diri aku sendiri yang aku masih menyangi akak sepenuh hati ku. Kadang-kadang, aku sendiri mengetepikan perasaan sayang ku terhadap keluarga aku kerana aku masih sayang terhadap akak.

Anak aku Lina semangkin membesar dan kini usianya telah masuk ke awal dua tahun. Dan tidak lama lagi, dia bakal menjadi seorang kakak, kerana isteri ku Syuhada mengandung dua bulan. Umur ku kini mencecah ke 31 tahun. Perkerjaan ku bertambah berat kerana, bapa mentuaku telah menyerahkan syarikatnya kepada aku dan Syuhada. Kini kami berdua berkerja dibawah satu bumbung yang sama di Kuala Lumpur. Masa aku banyak ku habiskan dipejabat sahaja. Kadang-kadang, pejabat itu dah ku ibaratkan sebagai rumah. Huhu

Kandungan isteriku sudah masuk tiga bulan dan Doktor menasihatkan supaya isteriku banyak berehat dirumah. Sejak daripada itu, aku menguruskan syarikat dengan sendiri serta dibantu oleh staf-staf lain. Pada keesokkan harinya, dalam keadaan kelam kabut aku bersiap untuk pergi ke pejabat,kerana mahukan persiadaan untuk menghadiri meeting besar pada jam 9 pagi nanti. Meeting ini, biasa mengumpulkan semua pengurus-pengurus  syarikat di Kuala Lumpur ini. Apabila masuknya aku ke bilik meeting itu, terjumpanya aku dengan seorang perempuan yang mirip seperti akak aku. Kerana malukan untuk bertegur, ku tunggu sehingga selesai meeting.

Meeting yang dijalankan di Syarikat aku, telah berjalan dengan lancar. Perasaanku masih tertanya-tanya, siapakah perempuan yang mirip kepada akak aku. Aku memberanikan diri untuk bertanya kepadanya. Perasaan ku mula berdebar-debar. Soalan aku akhirnya terjawab, kerana perempuan itu adalah akak aku. Aku masih ingat lagi saat terakhir kami berjumpa, dan waktu itu aku baru berusia 20 tahun. Dipendekkan cerita, dulu akak aku selalu mengggelarkan aku tak matang, kerana sifat ku yang kuat merajuk keatas dirinya. “tpi x pe la kakkkk, sye sbenarnye sje2 je nk mnje2 ngan akakkkk”… “ ermm kakk… tu cite lme laaaa… sye skang da jdi s’org ayah tauuu n anak sye da nk msuk dua da ponnnnn”….Perbualan aku dengan akak, tidak bergitu lama. Kalau nak diikutkan masa tak sampai 30 min jugak aku bersimbang dengan akak. Nak buat macam mana. Mungkin akak banyak kerja agaknya.

Dari segi riaksi muka, perbualan, senyuman, telah mengambarkan akak tidak lagi seperti dulu. Akak dah banyak berubah. Aku berbual dengan akak aku pun, secara serius je. Tidak lagi ku dengar gelak ketawa akak seperti dulu. Kali ni, akak aku tak ada pun selit satu dua gurau dia dekat aku. Sedih sangat. “ cm ni ke akak layan syeee??? sye rndu tau kt akakkkkk..” Aku baru sedar yang rupanya masa telah berubah. Dan akak juga telah banyak berubah.

Seminggu kemudian, aku telah merancang untuk berjumpa dengan akak kat sebuah tempat. Telah tiba dimana hari untuk aku berjumpa dengan akak aku. Tapi isteriku Syuhada tidak tahu langsung pun. Kandungannya pula telah hampir ke sembilan bulan. Patutnya aku banyak menghabiskan masa dengannya, tapi aku merancang untuk berjumpa dengan akak aku pulak. Kini, sudah hampir satu jam aku menunggu akak tapi kelibat akak pon tak ada. Masa terus berjalan, sehingga dua jam lamanya aku menunggu akak aku. Ternyata, akak aku telah mengecewakan aku. “smpai ati akak x nk jmpe sye erkkk…errmmm”.. Ketidakhadiran akak, seperti yang aku inginkan, menyebabkan kekecewaan, hampa, dan sebagainya didalam diri ini.

Andai dapat ku undurkan masa, aku takkan lepaskan akak dari tangan aku, aku takkan pejamkan mata kalau akak dekat depan aku, aku akan sentiasa berada didepan akak. Ermm. Tapi semua itu dah terlambat. Akak dah berubah. Akak dah tidak macam dulu lagi. “ sedih sye kak, akak x thu pe yg sye rse, derite nye sye bile akak lupe kn syeeee”. 11 tahun aku tak jumpa dengan akak, satu khabar berita pun aku tak tahu. Ingatkan akak macam dulu lagi. Rupanya yang dulu tetaplah jadi kenangan dan yang sekarang biarlah ku lalui. Tetapi kenapa mesti kenangan yang lama sentiasa ku terbayang didalam diri. “ini lah mkne nye sye cyg kt akak tau kakkkk…cos 2 la sye asik ingt kt akak jeeee…akak x leh ke cyg kt sye cm dlu akak ckp yg akak cyg kt sye jugakkkkk….??.. aaaaaaaaaakkkkkkkkaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkk!!!”…. Terbayang selalu kenangan terindah aku dengan akak. “ sye suke sngt tngOk akak ketawa…hehehe…cos klau akak ketawa akak mesti ttOp mlOttttt…huhu…tpi skrg, sedikit senyuman pun akak x bgi kt syeee…ermmm….”

Pada suatu hari, isteri aku mengadu sakit perut. Mungkin kandungannya sudah sampai ke penghujung. Aku bergegas balik kerumah daripada tempat kerja. Kerana risaukan isteri ku, aku pulang dengan keadaan kelam kabut. Sampai je dirumah, aku tengok isteri aku dah terbaring di lantai rumah tanpa membuka mata dengan disaksikan oleh Lina iaitu anak perempuan aku yang hanya mampu menangis. Dengan cepat aku mendukung isteri ku Syuhadah ke kereta dan diikuti oleh Lina. Aku telah memandu kereta dengan laju, kelam kabut, kerana ingin cepat sampai ke hospital. Aku risau sangat akan terjadi apa-apa dekat isteriku, kerana aku telah banyak melakukan dosa padanya. Tapi dia setia menungguku untuk berubah untuk mencintainya sepenuh hatiku. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat, kereta aku telah bertembung dengan sebuah lori yang telah melanggar lampu isyarat. Pelanggaran itu menyebabkan kereta aku terbalik. Waktu itu, aku hanya dengar jeritan serta tangisan kesakitan Lina sahaja dan itu hanyalah sekejap sahaja. “ maafkan ayah erh Lina cOs ayah x jge Lina betOl2…” isteriku pula memang tidak sedarkan diri dari rumah tadi.. Erm. “maaf kn sye erh cyg cOs sye selalu tidak jujur dengan awak, sye slalu buat dOse ngan awak”.

Aku masih lagi terperangkap didalam kereta dengan keadaan aku yang parah. Aku hanya mampu berserah menunggu ajalku datang tiba. Didalam fikiran aku, hanyalah terbayang akak. Dimana akak aku sekarang? Adakah dia masih ingat aku macam mana aku ingat dekat dia walupun ajalku aku akan menyusur tiba sekejap lagi? Erm. “ akak haziqqq… sye sakit sngt kak skang nii…sye dh x tahan da ni….t akak dOa kn keluarga sye erhhh…akak jgn lupe kt sye tauu…walaupun kite punye hubungan x bpe lme kak, tpi sye tetap cyg kt akak smpai skang cOs akak lah orang pertama yg pernah membuatkan sye bhagia, tersenyum, dan mcm2 lgi yg akak buat untuk syeeee…akak ingt x yg sye pernah jnji ngan akak yg sye akan blanje akak mkan bile sye da kje ttt…??? sOry erh kak cOs sye x sempat nk tunaikan jnji syeee….” Kini ajalku telah tiba. Tak sangka ajalku tiba dalam keadaan aku masih mempunyai dosa yang tidak terkira. Maafkan aku semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Sunday, October 31, 2010

Sayang Aku Dekat Akak

Aku adalah seorang juruaudit disalah sebuah syarikat di tempat aku, iaitu di Kluang. Kerja aku adalah mengaudit akaun syarikat dan sebagainya. Umur aku adalah 29 tahun dan aku sudah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Syuhada. Isteri aku ini lagi muda setahun dari aku dan dia berkerja sebagai akauntan ditempat aku jugak di Kluang. Kami telah mempunyai seorang anak yang berusia  6 bulan, hasil dari pada perkahwinan kami yang berlangsung pada umur aku 27 tahun. Dan anak aku adalah seorang perempuan dan namanya adalah Lina.

Pada sebelas tahun yang lepas aku telah menyambung pengajian disalah sebuah kolej di Kota Tinggi. Pada masa itu juga, aku tidak pernah kenal isteri iaitu Syuhada. Pada hari pertama aku mula mendaftar di kolej aku, aku telah berjumpa dengan seorang pensyarah perempuan dan entah kenapa dan mengapa, aku seolah-oleh tertarik dengannya. Namanya adalah Miss Lina, atau lebih dikenali ngan Miss Lin. Dikolej ku, dia telah mengajar aku subjek akaun. Setiap kali dia mengajar didalam kelas, dan setiap kali itu jugak la aku berangan. Sedar tak sedar rupanya aku memang da jatuh cinta dengan pensyarah aku. Tapi aku tak berani nak bagi tahu dia. Sem satu aku terus berjalan sehinggalah aku dah sem dua. Sem dua ni aku berani untuk luahkan perasaan aku terhadap dia. Ternyata aku ditolak bulat-bulat olehnya kerana alasannya aku terlalu muda. Aku memang betul-betul hampe gila waktu tu. Siapa yang rapat dengan aku mesti tahu punyalah.

Tapi aku masih rapat dengannya, sehingga aku menggelarnya akak aku. Aku memang sayang dekat dia, tapi aku pun tak boleh nak paksa dia terima aku. So dia aku angapkan sebagai akak aku dan dia pun sering mengambil berat terhadap peribadi aku. Aku dah sem tiga sekarang, hubungan aku dengan pensyarah (akak) aku mangkin rapat, dan kami sering jumpa jika ada masa terluang. Dalam pada masa yang sama aku masih menyimpan perasaan terhadapnya. Kadang-kadang aku luahkan jugak dekat dia, tapi dia akan tukar topik dan lain-lain supaya aku tidak bercakap benda yang sama kepadanya.

"Ya Allah, aku tak tahu bagaimana seseorang manusia seperti hamba mu ini sudah jatuh cinta dan terpaksa melupakan hajatnya". Aku memang sayang padanya dan tidak mampu untuk melupakan cinta ku padanya. Tidak ketinggalan, aku turut, memberitahu kepada kedua orang tua ku tentang perasaan aku terhadapnya. Tetapi kedua orang tua ku tidak berapa sokong dengan hubungan aku bersama akak  aku tadi, kerana bimbang aku masih mentah untuk memimpin orang yang lagi tua dari ku. Tetapi aku tak ambil kisah sangat apa yang orang tua aku cakap, kerana ni soal perasaan aku dan aku yakin dengan diri aku sendiri. 

Dua sem kemudian, dan saat ini aku sudah pun berada di sem lima, dan sem ini jugak, sem terakhir aku disini. Saat-saat manis bersama kakak aku akan menjadi kenangan disini, dan mungkin tidak lagi seperti dulu. Sedih rasanya untuk meninggalkan tempat yang penuh dengan kenangan. Walaupun kami masih lagi seperti akak dan adik, aku tetap bahagia dengan hubungan kami, kerana akak aku tidak pernah terlepas dari kasih sayangnya pada aku.Pada saat terakhir kami berjumpa sebelum berpisah, aku masih ingat lagi, waktu tu aku jalan kaki, tiba-tiba aku salah pakai selipar. Selipar aku sebelah warna merah dan sebelah warna ungu. Huhhhh...Akak aku ketawa besar waktu tu.. Ermm.. Tapi aku hanya mampu melebarkan senyuman, kerana aku tahu, lepas ni aku mesti menangis dengan perpisahan kami. Walau macam mana pun aku paling bahagia bila tengok akak aku ketawa. Tak pe lah. Mungkin bukan rezeki aku untuk memiliki teman hidup seperti akak aku, untuk sepanjang hidupku. Menangis aku waktu dalam perjalanan aku balik Kluang, dan aku pun tak tahu sebenarnya, kenapa aku boleh menangis seteruk itu, kerana sedangkan kami masih boleh berjumpa lagi. Ermmmmm...

Hubungan aku dan akak aku dah semangkin rengang. Akak aku pun dah jarang call atau msg aku macam dulu lagi. Bila aku msg, akak tak reply, dan bila aku call, akak tak jawab. Ada jugak la akak aku jawab, tapi sekadar mengatakan yang akak bz..Huhhhh... Aku memang da jangka dari dulu lagi yang hubungan kami akan berakhir seperti ini. "akak x thu ke yg sye rindu ngan gelak ktawe akak, ngan senyuman akak, ngan gurauan akak???? akak da xde ambik thu pasal sye knnn??? sye da tak terurus kakkk skang nii kakkk... hidup sye tunggang langgang kak"....dah macam mayat hidup aku waktu tu. Kadang-kadang aku termenung dan menangis seorang-seorang. Puas ibu aku menasihatkan aku tapi aku tetap macam tu jugak.

Empat tahun kemudian, aku adalah pelajar semester akhir yang masih lagi mengambil jurusan perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku masih ingat lagi pesanan akak aku " belajar rajin-rajin, stdy smart n not stdy hard, n akak jugak nak jugak sye berjaya cm akak knnn???"...Ermm.. Tapi aku dah tak dengar lagi perkataan tu sepanjang aku menjalankan pengajian aku di Universiti ini. Sepanjang dekat Universiti ini, aku tak ada kawan,kerana semua orang pelik dengan sikap aku. Dengan keadaan pakaian aku yang selikih, rambut panjang, dan mata sentiasa bengkak je. Menangis, rasa nak bunuh diri, macam-macam aku fikirkan, setelah akak aku tiada disisi aku. Ada juga aku call akak aku, tapi dah tak dapat. Mungkin akak aku da tukar no. Dari saat, hinggalah ke tahun, aku masih menyimpak akak aku didalam hati ku. Ermmm

Kini aku telah kerja di sebuah firma sebagai seorang juru audit. "akak haziq, sye dah berjaya sekarang, tapi akak tak tahu kan??". Kini aku berusia 24 tahun, aku sudah mempunyai pendapatan sendiri, dan aku berhasrat untuk menjejaki akak aku.  Dah hampir empat tahun aku tak berjumpa dengan akak aku. Aku ingat lagi, gelak ketawa terakhirnya sewaktu aku salah memakai selipar. Setiap kali aku mengingatkan saat itu, berlinang air mata aku ini keluar. Aku tekad untuk pergi ke Kolej semula untuk berjumpa dengan akak. Sepanjang perjalananku ke Kolej, aku telah mengalami kemalangan. Kereta aku rosak, tapi aku hanya cedera ringan.  Tanpa mengagalkan rancangan aku, aku teruskan perjalanan ke Kolej dengan menaiki Teksi. Sampai sahaja di Kolej, aku terus mencari akak dengan menanyakan kepada salah seorang pensyarah yang tidak aku kenali, dan mungkin dia pensyarah baru di Kolej aku itu. Tapi alangkah kecewanya aku, kerana akak tidak lagi berkerja disitu.

Dalam keadaan keluar dari kawasan Kolej dengan basah muka, kerana diliputi dengan air mata, aku terus pergi ke Johor Bahru untuk mencari akak dirumah. Kekecewaan kedua timbul, kerana rumah akak sudah tidak ditinggal oleh sesiapa. Terduduk aku di bekas halaman rumah akak aku, sampai maghrib aku menangis depan rumah akak aku. Tak siapa yang tahu betapa sayang aku kepada akak aku, biar bergalih tahun, bergalih tempat, aku tetap simpan akak dekat dalam hati aku. Dengan keadaan hampe aku pulang ke Kluang.

Dua tahun berlalu, dan akak masih lagi didalam hati aku. Kini aku berusia 26 tahun. Perasaan aku tidak pernah berubah untuk mencintai akak dan menyangi akak. Aku ingat lagi yang aku pernah berjanji dengan akak yang aku akan sayang akak sampai bila-bila. Tapi akak aku selalu bercakap kepada aku, yang setiap manusia akan berubah dan mungkin aku akan berubah. Tapi sayangnya akak aku yang berubah dan bukan lah aku. Setiap perjalanan hidup ku penuh keperitan dan penderitaan aku terhadap akak aku masih lagi berjalan sedangkan akak aku ntah ke mana.

Umur aku menjelang 27. Ibu telah menjodohkan aku dengan seorang anak rakannya yang berasal dari Kedah. Aku terima je, kerana aku tidak mahu menghampakan kehendak ibu. Isteri ku adalah seorang yang lengkap ciri-cirinya yang disenangi oleh ibu. Tapi memang tidak menafikan bahawa isteriku memang sempurna bagi diri ku. Dia telah banyak mengubah hidupku. Aku semangkin pulih dari sikap aku yang pendiam dan tidak suka bercampur orang. Aku kembali riang seperti sembilan tahun lepas. Umurku kini menjelang kepada penghabisan  28 tahun dan kini isteri ku sudah melahirkan anak perempuan dan ku namakan dia Lina. Nama ini sempena nama akak aku. Aku cuma nak bagi tahu yang aku tidak pernah lupakan kenangan aku bersama akak aku, walaupun hanya beberapa ketika, dan walaupun aku sudah berkahwin. 

Anak aku berusia enam bulan dan dan aku sudah masuk ke umur 29 tahun. Kenangan aku terhadap akak masih lagi didalam ingatan. " akak nk thu x, yg sye masih cyg akak tau, sye masih rindu akak tau, kadang2 sye masih menangis tauu, tapi isteri sye x thu pOnnn.... macam mne la keadaan akak sekarang erhhh??... akak dah kawin ke blOm erkk??? sye nk sngt jmpe akak, akak x t'pk nk jmpe sye keeee??? sye dOa kn akak bhagia je la erhhhh....sye cyg akak syeeeeeeeeeeeeee"ermmmm



Thursday, October 28, 2010

28 Oktober 2010

hri ni aq de exam gelagat...cm xnk ciOt lak cOs pe yg aq bce x bpe nk klua sngttt..pe2 pOn mintak2 la result nye t okkk...

time exam tdi lak gelang aq kne rampas...ngan akak aq sendiri lak 2..ermmm...da la aq cyg gelang 2..aq ingt lgi aq beli gelang 2 kt melaka ngan 3 orang kwn aq yg lenn...sume de gelang 2..tpi skang aq s'Org je yg xde gelang 2..sOry kwnnnnnnnn2...

ermmm...aq sdih sngttt..smpai skang bile tngOk tngn aq, aq teringat gelang aqq...aghhhhhhh.... x leh idOp ciOt tnpe gelang aq cm 2...gelang 2 da cm aksesori tetap aq n die sntiase melekat je setiap kali aq klua dri bilikkkk....tpi skangggggggggggggggggggggggggg

akak tlg la pulangkan blik gelang sye tdiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
ermmmmmmm...
buntuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, October 24, 2010

Kecewa 24 Oktober

sedih, marah, geram n semua ade lahhh...da la ssh nk jmpee...bayangkan aq blik dari hri rabu untuk jmpe die, tpi hri sabtu bru dpt jmpeee..bayangkan bpe hri aq kne tngu untuk jmpe diee??? ermm.. yg paling kecewa hri ni laa....blih lak die nk keluar ngan kwnn n then aq jugak kne tinggallll...aq da agak daaa...upe nye aq je yg yek2 cyg kt dieee...ciOt tOl laa....

klau cite pasal hati terbakar ni da lme aq mengamOkkkk...... aq ni da cm pe dahhh...yek2 sngt pk yg die cyg kt aq, upe nyeeeeee.......... ok2...aq x kisah ps ni lau x dpt jmpe lgi laaaa...aq menyesal balik bandar penawar kejar die, tpi die buat x thuuu jee....aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... aq nak mati lau org yg aq cyg buat aq cm niiiiiiiiiiii....aq nak matiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...!!!!!!!

Thursday, October 21, 2010

Welcome To The Black Parade Guitar Chord

G            D
When I was a young boy,
Em             D
My father took me into the
Am      C              D       (Dsus optional)
city to see a marching band.

            G             D
He said, "Son when you grow up,
      Em          D             Am          C              D
would you be the saviour of the broken, the beaten and the damned?"
        G         D
He said "Will you defeat them,
    Em            D          Am               C                  D
your demons, and all the non believers, the plans that they have made?"
        G            D
Because one day I'll leave you,
   Em        D            
A phantom to lead you in the
Am          C             D
summer, to join the black parade."

INSTRUMENTAL: (G,D,Em,D,Am,C,D) PLAY 1ST VERSE AGAIN

VERSE 2: STRUM FAST
G                   D             Em            D
Sometimes I get the feeling she's watching over me.
Am                C                  D (Dsus)
And other times I feel like I should go.
G                      D                   Em            D
And through it all, the rise and fall, the bodies in the streets.
Am                      C               D
And when you're gone we want you all to know.

G            D
We'll carry on,
Em          D
We'll carry on
                  Am           C
And though you're dead and gone believe me
      D
Your memory will
G      D
carry on
Em         D
We'll carry on
          Am            C
And in my heart I can't contain it
         D
The anthem won't explain it.

G                D             Em         D
A woman sends you reeling from decimated dreams
     Am         C               D
Your misery and hate will kill us all.
G                     D
So paint it black and take it back
Em                     D
Lets shout it loud and clear
Am             C
Defiant to the end
           D
We hear the call

G         D
To carry on
Em          D
We'll carry on
                 Am             C
And though you're dead and gone believe me
       D
Your memory will
G     D
Carry on
Em           D
We'll carry on
                 Am           C
And though you're broken and defeated
D
Your weary widow marches

Em                             Am
On and on we carry through the fears
Ooh oh ohhhh
Em                         Am
Disappointed faces of your peers
Ooh oh ohhhh
C                         D
Take a look at me cause I could not care at all

G
Do or die
D
You'll never make me
Em                 D
Because the world, will never take my heart
Am           C
You can try, you'll never break me
D                D
You want it all, you wanna play this part

G                
I won't explain or
D
Say I'm sorry
Em             D
I'm unashamed, I'm gonna show my scar
Am            
Give a cheer, for all the broken
D
Listen here, because it's who we are

G                D
I'm just a man, I'm not a hero
Em              D
I'm just a boy, who's meant to sing this song
Am             
I'm just a man, I'm not a hero
D    D        D
I -- don't -- care

       G          D
We'll carry on
       Em         D
We'll carry on
Am                         C
And though you're dead and gone believe me
D
Your memory will

G        D
Carry on
Em          D
You'll carry on
Am                           C
And though you're broken and defeated
D
Your weary widow marches on


We'll carry on
We'll carry on
We'll carry on
We'll carry
We'll carry on

G           D
(Do or die You'll never make me
Em                 D
Because the world, will never take my heart
Am            C
You can try, you'll never break me
       D                    D
You want it all, you wanna play this part)

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww