Friday, March 4, 2011

Inilah Hariku


 Dengan berbekalkan sarung tangan, helmet pinjam n jaket hitam yg sudah kOyak, aku pOn panaskan enjin mOto sambil bakar rOkokkk…jam menunjukkan pkOl 12 lebih dengan niat dihati x pergi sembahyang jumaat kerana balik kluangg… Aku ditemani dua tiga orang budak-budak lain yang masing-masing nak balik jb dan mersing… Kesimpulannya separuh jalan je la aku dengan dia org semuaaa..

 Yang aku nak cerita ni, start perjalanan aku dari kota ke kluang la ni… Dari petronas kota tinggi, aku dah kelihatan awan hitam yang berarak… Sejenak ku berdoa didalam hati supaya dilindungi Tuhan daripada hujan diturunkan kepada orang yang ingkar akan arahannya. Aku tekad untuk meneruskan perjalan. Masjid kota tinggi yang nak mengala ke kluang penuh sangat orang…hehehe.. Terok betOl aku ni.. 5 minit aku lepas dari masjid 2, hujan pun turun dengan lebatnya… Tak pasal-pasal kena patah balik aku dan terus cari kedai yang terdekat. Tujuan aku cari kedai sebab aku nak mintak plastic untuk bungkus leptOp aku daripada kena hujan..Nak dipendikkan cerita, ada satu kedai india ni, aku nak mintak plastic dengan dia, aku menggunakan cara politik dengan membeli jajan dulu dari kedai dia n baru lah aku mintak plastic… Sedang aku bungkus leptOp aku, de pulak seorang apek tua ni pau rOkok aku sebatang… perhhh…. Tak pasal-pasal rokok aku melayang sebatang… Tak pe lah cOs apek 2 pOn cm x sihat je knnn…

Hujan masih belOm berhenti, aku tekad untuk redah hujan, cOs aku memang da basah ckit da pOnnn… Tak lama lepas 2, da nk sampai sempang air terjun kota tinggi, kelihatan orang ramai baru balik dari sembahyang. Tiba-tiba pulak kawasan 2 tak hujan. Nampak sangat Tuhan nak uji aku cOs x pergi sembahyang. Aku teruskan lah perjalanan aku, tak lama kemudian, hujan sekali lagi membasahkan ku.. Belom sempat aku nak rasa panas, sekarang dah sejuk balik. Mengigil aku atas motor tadi. Oleeh kerana terlampau sejuk, target aku sekarang nak sampai rumah dengan cepat la knnnn…. Aku perah motor aku habis-habis tadi walaupun hujan-hujan… Bayangkan paling slow aku bawah da dekat 110k/m dan paling laju pulak aku bawak tadi dekat la jugak meter motor aku dekat 160k/m..

Dah laju macam 2, tentu-tentulah aku banyak memotong kenderaan-kenderaan dekat depan aku. Ada lori la, kereta la, pancuan 4 roda la… Yang paling aku ingat sekali, waktu aku potong lori tadi lah.. Dah lah hujan, gelap pulak 2, jalan tak rata lagi, lopak air pun banyak la kn… Aku potong lori ni, lori ni pulak ikut suka dia je nk elak-elak lobang, yang aku dekat tepi dia tengah memotong ni dah takut, dengan air percikkan dari tayar dia semua terpelanting dekat aku. Yang paling aku risau adalah, ramai kereta tak bukak lampu time-time hujan macam ni. Takut jugak aku, manalah tahu tiba-tiba ada kereta muncul waktu aku belOm selesai memotong lagi. Banyak kali jugak aku terkena tadi dengan lori-lori ni… Hati mesti kental kan cOs 2 la aku sangup bawak motor walaupun hujan. Banyak jugak lah aku hampir berhadapan dengan maut tadi. Mujurlah umur aku masih panjang.

Selesai berhadapan dengan jalan kelapa sawit antara kota tinggi dan kluang. Kini aku dah nampak Bandar kluang. Kesejukkan aku masih belOm hilang walaupun waktu aku sampai kawasan kluang tadi hujan dah berhenti. Tekad sangat nak cepat sampai, semua lampu isyarat aku langgar. Walaupun kawasan Bandar 2 banyak kenderaan, itu sama sekali tidak mematahkan semangatku untuk membawa laju.

Kini hampir lima minit lagi aku nak sampai rumah, ada satu kerata depan aku ni tiba-tiba berhenti tengah jalan cOs kereta depan dia nak masuk simpang secara mengejut. Yang aku pulak dah dekat sangat dengan kereta depan aku 2. Aku apa lagi la, dengan menggunakan sepenuh tenaga, aku tekan la brek kaki.. Nampaknya still x berjaya memberhentikan motor aku, cOs tayar belakang aku still terserit. Aku pun tekan brek tangan pulak tanpa melepaskan brek kaki. Hasilnya tetap x berjaya cOs jalan licin. Sikit lagi aku nak tersondol dengan kereta depan aku 2, aku pun elak teros ke kanan dengan banganya tanpa memikir kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Sedang aku dengan banganya sambil menggelak dalam keadaan mengejut, hampir jugak aku jatuh tadi, mujur kaki kiri sempat tahan dari jatuh. Sakit ibu jari kaki aku cOs terhentak dekat jalan. Lepas aku menggelak ke kanan je, kenderaan yang bertentangan dengan aku pun kena mengelak sikit, cOs klau tidak nanti aku yang terbang.

Kini aku dah selamat sampai dirumah aku. Kalau aku tak selamat sampai aku rasa ramai jugak yang akan rindu aku mengupdate blog kn… Maklumlah aku ni kan pandai buat cerita karut.. Ok lah.. Kalau aku ada masa nanti aku update blog aku dengan cerita-cerita yang best punye kkk…..Salammmmmm



Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww