Sunday, March 13, 2011

Selamat Malam Sayang


Realiti cinta aku terhadap mu tidak dapat dinilai oleh sesiapa kerana betapa agungnya dirimu didalam diriku.. Ku kunci hatiku buat mu, seorang insan yang bernama wanita.. Engkau tidak pegang pada kata-kata mu pada suatu ketika dahulu. Aku hanya dijadikan persinggahan.  Bulan yang dahulunya sentiasa menemani kita disaat berdua,  kini dapat diperhatikan olehnya aku seorang sahaja.

Selamat pagi cinta. Aku seorang yang sayang pada cintaku. Cintaku pada seorang insan yang bernama wanita, seorang insan yang aku sayangi. Titik permulaan sayang dan cintaku masih sehinga kini kerana dijaga erat olehku. Aku sentiasa mengenangmu dalam doaku sayang. Sedalam lautan, dalam lagi cintaku padamu. Walau engkau telah pergi meninggalkan ku.

Aku masih menyimpan kenangan kita berdua. Waktu itu engkau bagai bunga yang masih belum disentuh kuntumnya, dan aku hanyalah bagaikan kumbang yang kepatahan sayapnya kerana tersangkutkan oleh bunga-bunga yang lain. Walaupun hatiku pernah dilukai, engkau tidak kisah untuk mengubatinya. Kelihatan wajahmu memperlihatkan ku sejuta keikhlasan untuk sentiasa menemaniku.

Ketika itu, terasa bahagianya diriku ketika bersamamu. Ketika  matahari ingin menyelasaikan tugas terakhirnya  dan kita pula menyusuri pantai dengan disaksikan oleh matahari yang membuatkan sang petangku menjadi bahagia. Tidak mampu kubayangkan saat itu. Kerana kesedihan akan mengundang dirku.

Inginku jeritkan kepada dunia, aku lah sang setia pada cintaku padamu sayang. Namun apakan daya, engkau tetap tidak akan muncul dihadapan ku kembali. Mungkin Tuhan lebih menyangimu sayang. Tetapi kenapa disaat aku merasakan cinta yang sebenar oleh mu, aku hilang kembali cinta itu. Selepas aku disahkan memilikimu untuk perjalanan hidupku, kau hanya menjadikan ku persinggahan hidupmu.

Engkau tidak lagi diduniaku sayang. Titisan demi titisan air mata ku jatuh di pusara mu. Kesedihan ini sangat teruji hidupku didunia ini. Mampukah aku mengharungi hidupku tanpa mu sayang???. Kerinduan sering terpancar olehku terhadap dirimu, namun tidak ada sesiapa yang mempedulikannya.

Sentiasa aku mengingati saat manis kita bersama, saat malam mengakhiri hariku. Aku ingin mengucapkan selamat malam padamu sayang. Aku tidak akan pernah lupa akan kenangan kita bersama sayang.. Ermmm.. Salam dariku lelaki yang benar menyangimu…


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com



Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww