Sunday, February 27, 2011

Pengorbanan Seorang Lelaki


Azi adalah seorang jurukamera yang berjaya. Dia sering mengambil gambar model-model dan sebagainya. Azi biasanya melakukan kerjanya diluar set dan didalam set. Sebagai jurukamera yang berjaya, dia sangat teliti akan kerjanya. Selain itu, dia juga sering menyimpan sendiri kesemua peralatan untuk menghasilkan sesuatu gambar dirumah. Termasuklah pencetak gambar dan sebagainya.

Pada suatu hari Azi telah ditugaskan untuk menjalankan kerjanya disuatu tempat. Sebaik tiba dilokasi kerjanya, Azi seperti biasa menyiapkan peralatan-peralatan yang mahu digunakannya. Setelah siap kesemuanya, Azi tidak akan membuang masa dengan terus mengambil gambar model –model yang akan disiarkan dimajalah. Sedang dia tekun melakukan kerjanya, tiba-tiba ada seorang gadis tempatan yang melintas dibelakang model itu. Gadis itu kelihatan terkejut. Dengan rasa penuh serba salah, gadis itu terus meminta maaf kepada Azi. Azi hanya senyum kecil dan memaafkan kejadian yang tidak disengajakan itu.'

Tetapi disebalik senyuman Azi itu mengambarkan sejuta harapan bahawa dia akan bertemu dengan gadis itu lagi. Pada hari berikutnya, Azi telah merancang untuk pergi kedai salon rambut untuk mengunting rambutnya. Seperti biasa pelanggan yang ingin mengunting rambut biasanya akan duduk dikerusi dahulu sebelum rambutnya digunting. Sedang asyik Azi duduk dikerusi, seorang gadis telah datang untuk mencuci rambutnya terlebih dahulu sebelum digunting. Gadis itu mencuci rambut Azi dengan penuh ke ikhlasannya atas dasar kerja. Tetapi suatu kejadian tidak disengajakan berlaku kepada Azi sekali lagi. Gadis yang mencuci rambut Azi tadi telah melakukan kesilapannya apabila mata Azi terkena sabun daripada tangannya. Azi amat terkejut kerana gadis yang mencuci rambutnya itu adalah gadis yang dijumpainya di suatu set pengambarannya ketika gadis itu melintas dibelakang model majalah itu. Sekali lagi gadis itu meminta maaf kepada Azi dengan rasa penuh kesalnya. Azi terketawa kecil kerana kelihatan dia amat suka sekali apabila dapat berjumpa dengan gadis itu semula.

Sejak daripada kejadian itu, Azi telah berkawan bersama gadis yang dikenalinya itu. Nama gadis itu adalah Heliza. Dia sering keluar bersama dengan Heliza terutamanya waktu makan dan sebagainya. Mereka memang kelihatan mudah mesra. Pada suatu hari, Azi telah membuat suatu sesi pengambaran dengan menjadikan Heliza sebagai modelnya. Tujuan pengambaran itu dilakukan adalah tanpa pengetahuan Heliza. Kemesraan hubungan antara Azi dan Heliza telah diketahui oleh seorang adik lelaki Azi yang tinggal bersama dengan Azi. Selama mereka berkawan juga tidak ada masalah besar yang timbul keatas hubungan mereka. Selain itu, Azi mempunyai hobi membawa motor diatas litar. Dan dia juga sering mengajak Heliza ke litar motor itu.

Pada suatu hari, Azi telah menjemput Heliza daripada tempat kerjanya dengan berjalan kaki. Rumah Azi dengan tempat kerja Heliza tidak terlalu jauh dan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Hari dimana Azi hendak mengambil Heliza itu adalah hujan. Azi hanya membawa satu payung sahaja dan terpaksa dikongsikan juga kepada Heliza. Setelah sampai dirumah Azi, Heliza menukar pakaiannya yang terkena hujan sebelum pulang dengan dihantar oleh Azi dengan menaiki kereta. Kerana terlampau minat mendalam kepada kamera, Azi tidak pernah terlepas untuk menangkap gambar Heliza, ketika Heliza berada didepan matanya. Ketika Azi sedang asyik menangkap gambar Heliza, kameranya terkena sedikit habuk. Azi telah meminta tolong kepada Heliza untuk mengambil kain untuk mengelap kameranya diatas rak. Rak itu biasanya penuh dengan peralatan kamera Azi. Ketika Heliza ingin mengambil kain untuk mengelap kamera Azi itu, tiba-tiba tangannya terlanggar sebuah botol yang berisi cecair pemadam gambar dan lalu tumpah keatas matanya.

Kesakitan itu membuatkan Heliza menjerit dan membuatkan Azi tersedar bahawa Heliza seakan-akan tertimpa kemalangan. Setelah Azi sedar kejadian yang menimpa Heliza, dia terus membawa Heliza ke hospital. Alangkah terkejutnya bahawa doktor mengatakan kedua belah mata Heliza tidak dapat diselamatkan. Hal ini bermakna, kejadian yang menimpa Heliza telah menyebabkan dia buta. Kecuaian itu juga telah dilakukan oleh Azi kerana tidak menutup botol yang berisi cecair pemadam gambar itu.

Kerana merasakan dirinya terlampau bersalah terhadap Heliza, dia membuat keputusan untuk mendermakan kedua belah matanya kepada Heliza. Keputusan yang Azi buat itu itu tidak berapa disokong oleh adiknya. Namun begitu, Azi tetap berkeras dengan keputusannya yang juga tidak diketahui oleh Heliza. Tanpa membuang masa, Azi menetapkan tarikh untuk proses pembedahan pemindahan matanya kepada Heliza. Masa yang ditetapkan untuk proses pembendahan pemindahan mata itu telah pun tiba. Namun, tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan pembedahan yang dilakukan itu pun telah berjaya dengan lancar.

Selepas 4 hari proses pembedahan pemindahan mata itu dilakukan, kini telah tiba hari untuk Heliza membuka balutan pada matanya. Setelah balutan itu dibuka, alangkah sedihnya kerana Azi tidak berada didepannya. Tanggapan Heliza bahawa Azi telah meninggalkannya kerana Heliza adalah seorang buta, namun Heliza tidak tahu kejadian yang sebenar. Setelah sebulan berlalu, Heliza sudah mula berkerja semula dan menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Walaupun Azi telah lama meninggalkannya, Heliza sentiasa meningati Azi, dan kadang-kadang dia menangis seorang diri kerana tidak menyangkakan bahawa Azi sangup meninggalkannya kerana dia sedang sakit iaitu ketika disaat Heliza tidak dapat melihat.

Pada suatu hari, Heliza telah ternampak mukanya disuatu majalah. Dia amat teruja dan patut berterima kasih kepada Azi. Rupanya ini adalah satu hadiah kepada dirinya yang dilakukan oleh Azi sebelum Azi pergi meninggalkannya.

Hal ini menguatkan semangatnya untuk mencari Azi yang telah lama meninggalkannya. Heliza telah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan  seorang diri ke tempat yang selalu dipergi olehnya bersama Azi, contohnya adalah seperti litar motor yang juga adalah satu antara hobi yanh Azi sentiasa lakukan. Sedang Heliza berjalan-jalan, alangkah terkejutnya dia kerana dia ternampak Azi sedang duduk seorang diri dengan ditemani sekeping gambar mereka berdua. Tiba-tiba pula gambar itu terbang dan Azi tidak dapat mencapainya. Hal ini kerana, Azi tidak dapat melihat kerana matanya sudah didermakan kepada Heliza dan dia juga tidak sedar akan kehadiran Heliza. Setelah kelihatan gambar mereka terbang, dengan mata yang hampir menitiskan air mata itu, Heliza mengambil gambar itu dan memulangkannya kepada tangan Azi. Azi mencapainya dan mengucapkan terima kasih kepada Heliza, lalu meninggalkan tempat itu selain ditemani dengan tongkatnya juga. Sebenarnya Azi tidak mengetahui identi siapa sebenarnya yang menolongnya mengambil gambarnya itu. Heliza hanya mampu menangis dan tidak mempu berkata apa-apa, kerana pengorbanan Azi terhadap dirinya adalah begitu besar. Malah ia juga berasa bersalah kepada Azi, kerana tanggapannya  bahawa Azi telah meninggalkannya kerana dia tidak dapat melihat adalah salah.





*sebarang cOment2 atau apa-apa cadangan yang nk diketengahkan boleh lah dihantarkan kepada Aku, Dia dan Kamu...


hak cipta: Aku, Dia dan Kamu

Monday, February 21, 2011

Surat Untuk Awak....



Awakkkkkkkkkkkkk….
Bukan niat dihati untuk melukakan awak,
Tidak terlintas dihati ini untuk melupakan awak,
Dan tidak terniat juga didiri ini untuk meninggalkan awak.

Awakkkkkkkkkkkkkkk…..
Saya tahu saya mempunyai kekurangan yang amat besar bagi awak,
Tetapi, ketahuilah yang saya sudah buat yang terbaik untuk hubungan kita,
Dan saya juga sering sangat memikirkan masa depan kita bersama…

Awakkkkkkkkkkkkkkk……..
Tetapi kenapa awak tidak sedar semua itu????
Kenapa awak juga sering menyalahkan diri saya ini dalam pelbagai masalah????
Dan kenapa tidak awak menyalahkan diri awak sendiri jika hubungan kita mempunyai masalah????

Awakkkkkkkkkkkkkkkkk……..
Bukan niat dihati ini untuk menyalahkan awak,
Tetapi saya cuba untuk memperbetulkan apa yang tidak betul didalam fikiran awak,
Dan saya juga ingin awak memahami diri saya sendiri seperti mana saya boleh memahami awak…

Awakkkkkkkkkkkkkkkkkk………….
Kadang-kadang juga awak tidak sedar yang saya sentiasa mengalah dalam hubungan kita,
Kadang-kadang juga saya sering dipersalahkan ketika ingin memperbetulkan keadaan,
Sedangkan jauh dihati mempunyai niat yang baik untuk hubungan kita sendiri.

Awakkkkkkkkkkkkkkkkk……………..
Bagaimana kita mahukan hubungan kita yang sentiasa bahgia untuk selamanya????
Kenapa tidak awak cuba memahami saya dalam mencatur kebahagiaan hubungan kita???
Siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan dalam hubungan kita ini????

Awakkkkkkkkkk………………………
Jujur dihati ini, memang menyangi dan mencintai awak,
Walau kita tidak dapat bersama, saya tetap akan simpan awak dalam hati saya,
Maafkan saya jika saya terpaksa mengalah dan mengundurkan diri dari hubungan kita,
Dan ini juga adalah satu langkah membuatkan kita sedar dimana salah kita dalam percintaan ini.



Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Saturday, February 19, 2011

Hum Tum (Aku dan Kau) Bab 1:


Aku adalah seorang anak tempatan yang berusia 20 tahun. Namaku adalah Zarul. Aku mempunyai satu tabiat nakal yang suka mengusik perempuan. Ramai perempuan-perempuan yang selalu diusik oleh aku. Aku juga tidak pernah mengenali erti cinta, kerana bagiku, cinta adalah menyusahkan dan hidup bersuka-suka adalah satu jalan yang terbaik bagiku.

Di suatu hening pagi telah mengejutkan aku bahawa, hari ini aku akan pergi meninggalkan Malaysia untuk beberapa ketika selama pengajian ku di New York kelak. Aku mengambil tiket penerbanganku pada pukul 10 malam waktu Malaysia. Aku telah dihantar oleh kedua ibu bapaku ke lapangan terbang antarabangsa sebelum keberangkatan ku ke New York. Kini telah tiba masanya untuk aku menaiki penerbangan ku dan sekaligus mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia.

Semasa berada didalam kapal terbang, aku telah duduk bersebelahan dengan seorang perempuan melayu. Wajahnya mengambarkan dia seakan seusia denganku. Selama tiga jam kami telah duduk bersebelahan tetapi namanya pun aku belum tahu lagi. Aku memberanikan diri untuk menanyakan namanya. Akhirnya persoalan selama tiga jam yang terbuku dihati kini telah terjawab. Namanya adalah Heliza. Selepas salam perkenalan pertama kaliku dengan Heliza, hubunganku bersamanya agak sedikit tegang. Hal ini kerana, perangaiku yang suka mengusik perempuan telah aku lakukan padanya. Dari raut wajahnya menampakkan dia kurang selesa bersamaku. Bersama muka tebalku yang tidak pernah serik mengusik perempuan, aku teruskan mengusiknya. Selain itu, ini telah menguatkan keyakinanku untuk berhadapan dengannya. Walaupun baru pertama kali berjumpa dengannya, aku tidak pernah berputus asa untuk merapatkan diri dengannya. Walau disudut hanyalah ingin mengusik perempuan dan tidak pernah ada perasaan suka pun terhadapnya.

Sesudah sampai di New York, kami berdua pun berjalan bersama-sama sebelum masing-masing membuat haluan sendiri kelak. Hubungan kami memang agak tegang, tetapi aku masih tidak berputus asa untuk merapatkan diri dengannya. Kami berdua singgah disalah sebuah café di New York. Kami berdua telah jauh dari keluarga, dan hanya yang aku ada di New York adalah Heliza seorang. Hal ini kerana, aku tidak pernah kenal sesiapa pun di New York, begitu juga dengan Heliza.

Selepas lebih sejam kami berada di salah sebuah café di New York, kami akhirnya membuat keputusan untuk beredar dan menuju ke haluan masing-masing. Perasaan hampa terasa oleh aku, kerana aku tidak dapat menunaikan hajatku untuk rapat kepadanya. Semasa kami ingin membuat haluan masing-masing aku telah terpegang tangannya. Ini juga telah menimbulkan kemarahannya kepada aku. Suasana menjadi lebih tegang kerana kesilapan yang telah aku lakukan tanpa disengajakan itu menimbulkan kemarahan yang teramat sangat. Heliza yang sangat menjaga tatatertibnya ketika berkawan. Dia juga adalah seorang yang sangat menjaga kehormatan dan maruah diri dan keluarganya. Walaupun kami baru berkenalan, dari segi reaksinya telah mengambarkan peribadinya kepada diriku.

Tidak lama kemudian, selepas puas dirinya memarahiku, dia pun beredar. Belum sempat ku mengucap selamat tinggal kepadanya, dia pergi dan terus membisu. Hati nakal ku berbisik kepada ku bahawa perjalanan hidup masih panjang. Mungkin suatu hari nanti aku akan bertemu  dengannya semula. Tetapi benarkah ramalanku akan berjumpa dengan Heliza semula???




*nantikan kemunculan "Hum Tum" Bab 2 tidak lama lagiiii....


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011

S.A.Y.A.N.G.

Sayangggggggggggggggggggg.....
Kau kata kau cinta pada kuuuuuuu.....
Tapi apa buktinya jika kau selalu tipu akuuuuu

Sayangggggggggggggggggggg.....
Kau kata cinta gunakan mataaaaaa....
TengOkkkkkk..... Kau tipu-tipu akuuuuuuu........
Jika cinta gunakan mata kenapa ada yang memanggil cinta butaaaaa.....

Sayangggggggggggggggggggg..........
Kau kata cinta gunakan akallllllllll......
TengOkkkkkkkk.... Kau tipu-tipu aku lagiiiiiiiiiiii...
Semalam sahaja aku nampak kau curang pada ku dengan keluar dating bersama orang gilaaaaaaaaaaaa....

Sayangggggggggggggggggggggg.....
Kau kata cinta perlu kn pengOrbanannnnn...
TengOkkkkkk...... Kau tipu-tipu-tipu aku lagiiiiiiiiiiiii....
Mana ada cinta perlu kn pengOrbanan dan aku masih belOm pernah nampak orang yang terkOrban kerana cinta.... tpi akhir nye aku yang kau korban knnnnnnnnnnnnnnnn

Sayanggggggggggggggggggggggg.....
Kau kata cinta mu adalah satu-satu nya untukkuuuuuuu...
TengOkkkkkkkk.... Kau tipu-tipu-tipu-tipu aku lagiiiiiiiiiiiii.....
Selain aku sebenar nye ada lagi yg kau cintaaaaa... kau cinta pada ikan, pokok-pokok... aku jelOussssss...

Sayangggggggggggggggggggggg....
Kau berjanji sehidup semati dengan kuuuuuuuuu.....
TengOkkkkkkkk..... Kau tipu-tipu-tipu-tipu-tipu aku lagiiiiiiiiiiiii.....
semalam kau telah pergi meninggalkan aku dan duniamu...rOh mu tidak lagi didalam jasad muuuu....
Aku benci kau sayanggggggggggggggggggggggggggggg


Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Wednesday, February 9, 2011

Gitar dan Batu Api

Ada sebuah cerita di suatu perkampungan yang terletak di New York. Terdapat dua orang remaja yang bergaduh sesama sendiri mengenai bidang yang diceburui oleh mereka. Seorang bernama “Mr. Haziq Gitar Electric” dan yang seorang lagi bernama “Mr. Haziq Gitar Tong”. Mereka berdua adalah seorang yang jenis meminati seni. Selain itu, terdapat juga “Batu Api”  yang menyelit dalam perbualan dan perbalahan mereka. Terdapat beberapa perbualan atau perbalahan mereka yang “Aku, Dia, dan Kamu” sempat ikuti. Dan ini semua khas untuk pembaca setia laman “Aku, Dia dan Kamu”.


Mr. Haziq Gitar Electric:  Wei zaman dah mOden laa…org semua men gitar pakai electric tpi kO je men   pkai tOng buruk kO 2…hahahaha

Mr. Haziq Gitar Tong   : Aq diturunkan ke dunia ni seperti ini, sO cm ni la aqq… jgn kO nk sindir perjuangan seni aq di dunia iniiii…ermmm

Batu Api                       :  Apa yg kO org gadOh2 niii??? jOm la kite g lepak kt dangdut…  mlm ni kn mlm jumaattttt…bek punyeeeee….. Saloma de tau mlm niiii….

Mr. Haziq Tong Electric : Diam la kO Batu Apiii…!!! kO mne thu pasal seniii… yg kO thu cume Saloma kO sahajaaaa…asal mlm jumaat sahaja dangdut kerja kO.. betOl2 kn la seluar kO dulu yg terkOyak tengahnyaaaa….

Mr Haziq Gitar Tong      : Wei jgn kO cOba untuk menukar tOpic mu itu… Perbalahan kita masih belOm tamattttt!!!!.... aq masih tersinggung dengan kata2 mu yg menusuk perutku iniiii….

Batu Api                            : Aku bOleh setle semua masalah kO org berduaaaa….ni kepale bapak kO “Mr. 
Haziq Gitar Electric” dan ini kepala bapak kO “ Mr. Haziq Gitar Tong…kalau kO org berani, pijak lah kepala bapak lawan kO orggg…

Mr. Haziq Tong Electric : Da 2 mne kpale bapak kO?????

Mr Haziq Gitar Tong      : A’ahh… Bapak kO xde kpale kee “Batu Api”???? Pinjam je lah kepala mak kO dluuuu….

Batu Api                        : Agak biadap kamu berdua ini.. Selama keturunan aku, belum ada lagi keturunan aku yang tiada kepala termasuklah bapak aku. Okkk… demi membuktikan yang bapak aku ada kepala, aku letak kepala bapak aku sekali….

Mr. Haziq Tong Electric : Bagusss2.. tpi nanti, kalau kepala bapak kite kne pijak, tubuh badannya masih ada lagi… Apa kata kite pijak satu badan sekali terusss…. ????

Mr Haziq Gitar Tong      : Aku setuju dengan kata2 kO…. Mulai sekarang kite berkawannnn..

Batu Api                         : cadangan yg bagus oleh kamu itu….tapi aq ada sedikit munsykil lahhhhhhhh ………………………………………………………………………………..

Cerita ini sampai disini sahaja kerana, aku tidak dapat menghafal dialog-dialog mereka lagi. Tuntasnya, semua dalam dialog diatas adalah seorang yang kurang didikan agama, patriotik dan ilmu ibadah. Perlu diberi penekanan disini mengenai anda yang sedang membaca, atau anda yang sedang makan, tidur, dan juga aktiviti-aktiviti lain seperti bersukannnnnn…….

*gambar diatas adalah gambar hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena dengan Mr. Haziq Gitar Electric, Mr. Haziq Gitar TOng dan Batu Api


Aku, Dia, dan Kamu

Monday, February 7, 2011

C.I.N.T.A....+.....

C.I.N.T.A.

C ~ Cinta yang datang dari hati....hal ini kerana, cinta yang datang dari hati akan melalui kawasan perut, seterusnya ke usus dan CINTA akan dilepaskan oleh angin melalui kawasan terdekatnya...dan itu lah erti cinta yang sejati................ 

I ~ Intai pasangan cinta anda dahulu dari rumah nye, walaupOn rumah die sebelah rumah anda... AMARAN!!! jangan intai pasangan cinta anda ketika die berada ditandassss.... Pengintaian juga bOleh dibuat dimana-mana anda suka...dan masa mengintai niat 2 kne betul dan ikhlasssss....

N ~ Nampak sangat lah kO org semua ni suke bce cite karut aq niiii...mne de CINTA nk kne intai... paling bangsat pOn CINTA kne teropOng dengan menggunakan teropOng DOREMI...x pOn pinjam dari DORAEMON....

T ~ Tak serik-serik lagi ke nk thu cite pasal CINTA niiii???hahaha...cikgu aq pernah berpesan, bercinta perlulah setiaaa....jika anda bercinta seramai empat orang wanita, maka setia lah kepada empat orang wanita tersebuttt...AMARAN!!! jangan sesekali curang dengan empat orang teman wanita anda... galakkan diberi kepada PENCINTA WANITA yang tegar punyeeeeeeeeee(laki sahaja)... kalau pmpuan cikgu aq lOm sempat cakap lgi n die dah buteeeeee...cian dieeeeeeeeeeee...................

A ~ Apa lagi yg kO org nkkk niiiiiii????? CINTA lah pada yang satu sudah lahhhh...jangan percaya sangat kate2 aq tdiiiiii....spe2 yg ingin berkenalan ngan aq leh la cOntact aq kt balai pOlis berhampiran kkk...(perempuan sahaja)...........

*tertakluk kepada terma dan syarat.......



Aku, Dia dan Kamu....
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww