Sunday, June 3, 2012

Salahkah Aku Mencintainya??



Assalamualaikum...

Hari ni aku nak kongsi satu cerita mengenai " SALAH KAH AKU MENCINTAINYA?? "

CINTA... Sebenarnya besar makna Cinta ni... Kalau nak diungkapkan satu persatu memang tak pernah habis.. Jujur aku katakan majoriti orang yang "BERCINTA" tidak tahu makna sebenar cinta.. Kalau aku cakap salah tolong betolkan kk... Cuba kau orang termenung dan memikirkan apa makna cinta.. Sebab ramai diantara kita cuma tahu menyebut perkataan "CINTA" je... Hakikatnya???

Ok.. Berbalik kepada tajuk cerita aku semula... " SALAH KAH AKU MENCINTAINYA??"..  Ceritanya bermula sejak aku tamat pengajian di kolej aku.... 1, 2, 3.. Ok.. Aku kenal dengan seorang perempuan nama dia Noura.. Mengikut hitungan, dia tua 13 hari daripada aku.. Mesra, Manja, Ambil Berat, Penyayang, Senang Bergaul, Jujur, dan banyak lagi lah... Bila orang dah baik dengan aku, aku 10 kali baik dengan orang tu.. So kami pon bercinta... Hari-hari bergayut.. Setiap masa, setiap saat... Kalau tak dapat dengar suara dia macam tak lengkap je..

Kami pernah jumpa walaupun sekali.. Tapi ia cukup bermakna seumur hidup aku.. Aku percaya yang dia memang jodoh aku, sebab dari segi keserasian, aku dapat rasa yang dia mampu bahagiakan aku.. Bila dah percaya ni, aku terus bawak jumpa keluarga aku, walaupun itu baru pertama kali kami berjumpa... Satu hari duduk rumah aku macam dah serasi dengan keluarga aku.. Best sangat kalau selalu dia dapat datang dan mesra dengan keluarga aku.. Dalam pada masa yang sama, dia pun bawak aku pergi jumpa keluarga dia pada keesokkan harinya selepas tidur dirumah aku.. Dalam sejarah aku, ini pertama kali aku jumpa keluarga perempuan yang aku kenal dan siap tidur rumah dia lagi.. Best.. Terasa macam dah kawin pulak.. Huhu...
Kenal dengan dia ni, aku selalu fikir jauh tentang hubungan kami.. Berangan nak kawin bila, berangan nak beli rumah dekat mana, berangan nak anak sepasang, berangan suruh dia kerja dekat kluang la...

Banyak sangat lah aku fikir pasal masa depan kami... Waktu aku tidur rumah dia, besoknya ada kenduri sedara dia dekat kampung sebelah.. Aku pun ikutlah sebab mak dia ajak.. Segan jugak sebenarnya... Sampaikan mak cik dia tanya "BILA NAK KAWIN?? " " NANTI NAK KAWIN JANGAN LUPA JEMPUT".. Sampai sekarang aku tak lupa perkataan tu.. Sampai kan berniat, mak cik dia tu lah orang pertama aku nak bagi kad jemputan nanti.. Jauhkan aku fikir???

Tapi, ada satu masalah hubungan kami.. Kami belajar tentang "KEJUJURAN"... Sebab aku nak terapkan kejujuran itu adalah kunci kebahagiaan.. Aku banyak cerita pasal kehidupan aku sebelum aku jumpa dia.. Aku tak lah baik sangat... Tapi aku ada usaha nak berubah demi kepentingan aku dan masa depan dia.. Bila dah terlampau jujur ni, rupanya kadang-kadang orang yang kita sayang pun tak sangup nak terima kita kerana kesalahan yang pernah kita buat.. Dia pun berat dan was-was dengan kita untuk percaya dengan kita.. Sebenarnya aku nak dia tahu dan menerima aku seadanya... Tapi terjadi sebaliknya pulak... Salah ke aku jujur???....

Dia pun pernah jujur dengan aku jugak... Jujur pasal kehidupan lama dia... Dia pernah cerita dia pun tak lah baik sangat... Tapi pada aku, ia dah jadi sejarah.. Kehidupan yang kita ada sekarang kena lah teruskan dan berubah menjadi yang lebih baik... Tak kira lah dia jahat mana dulu, aku boleh terima dia seadanya.. Itu lah cinta..

Satu hari, aku dapat tahu yang dia dah ada "TEMAN LELAKI".. Alasan dia, dia nak cari lelaki yang terbaik dalam hidup dia, sebab itu lah dia menduakan aku... Siapa tak marah bila kena macam ni.. Tuhan je la yang tahu.. Kaum lelaki di lakukan " UJIAN" untuk kepentingan sendiri.. Memang kami kerap gaduh, tapi pada aku ia gaduh biasa atau gaduh manja je la, dan ia mangkin merapatkan hubungan kami.. Tak tahu pulak, itu semua diambil kira dalam ujiannya itu.. Dalam pada masa yang sama, ia kehidupan aku dulu itu pun turut diambil kira dalam ujiannya.. Dalam hati aku cakap " TAHU AKU TAK JUJUR DENGAN DIA"... Tapi aku tak nak... Aku tak suka simpan dan lagi pun aku percaya dekat dia.. Tak tahu pulak dia ungkit... Aku bukan nak emosi, tetapi aku nak dia tahu betapa "KECEWA" nya aku orang yang aku percaya buat aku macam nie..

Seumur hidup aku, tak pernah terlintas pun nak menduakan "TEMAN WANITA" aku untuk melakukan kepentingan aku sendiri.. Jodoh semua ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang dengan cara yang betul.. Aku tahu aku tak "PERFECT" macam yang dia nak... Aku tahu aku berpijak di mana..Tapi aku cuma nak jadi diri aku sendiri... Aku tak nak buat-buat baik, buat-buat selalu jaga hati dia, buat-buat faham dia, buat-buat amek berat dekat dia... Aku tak nak mcam tu.. "AKU NAK JADI DIRI AKU SENDIRI"... Sekurang-kurangnya dia kenal aku sebelum kawin dan selepas kawin adalah aku yang tak berbeza.. Daripada aku buat-buat baik....

Last sekali, aku cadangkan dia buat pilihan, sama ada aku atau "TEMAN LELAKI" dia.. Bukan sebab aku nak desak dia..Aku tak nak, antara kami berdua menaruh harapan yang lebih tinggi lai.. Dan aku jugak nak dia tahu, betapa sakitnya hati seorang lelaki bila disakiti.. Sebab pada aku "LOVE IS NOT A GAME".. Tapi dia terus membisu tanpa buat keputusan... Dah nampak, memang dia tak boleh kehilangan "TEMAN LELAKI" dia hanya kerana " TEMAN LELAKI" dia lebih memahami dia daripada aku.. Aku berkorbankan cinta aku demi orang yang aku sayang.. Salah ke aku cemburu?? Salah Kah Aku Mencintainya??

Cerita nie sebenarnya dah lama berlaku..Berat jugak nak cerita.. Tapi aku nak, benda nie di jadikan pengajaran dalam menjalinkan perhubungan... Cinta memang senang dilafazkan tapi susah ditakrifkan...


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com










Tuesday, May 22, 2012

Kebahagian Ku Terletak Pada Kebahagiaan Mu



Cinta Itu Menyakitkan…. Cinta Itu Menyeronokkan… Cinta Itu Membutakan..

Di setiap satu hari mempunyai 4 dimensi waktu yang berbeza dan mengenalkan kita kepada dunia. “ Pagi, Tengah Hari, Petang dan Malam.. Di setiap ruang dimensi waktu ini tidak pernah terpadam memori indah di saat bersama seseorang yang aku sayang..

Bermula dengan menjadi rakan di “FACEBOOK” aku mengenalinya.. Mesra dengan pangilan “CANTIK” aku memangilnya.. Seorang yang peramah dan tidak sombong.. Dia juga seorang yang mudah mesra dan suka bergurau..

Semenjak aku mengenalinya di “FB” , aku tidak lagi bosan seperti dulu.. Kebiasaannya aku buka “FB” “MACAM TAK PAYAH BUKA JE”.. Memang tak ada sapa pun nak text.. Tetapi semenjak ada dia, bila aku buka “FB” memang selalu text dengan dia je la… Sampai la satu hari tu, dia nak telefon aku.. Aku pun apa lagi, bagi je la no telefon tu.. Orang dah nak, tak kan nak jual mahal pulak… Lagi pun aku kawan dengan dia dekat “FB” memang dah lama, cuma segan je nak mintak no telefon dia walaupun “NIAT TU DAH ADA”..huhu..

Sejak dari hari yang dia call aku tu, hubungan kami memang dah mangkin rapat… Tapi sayang laa.. Dia dah ada  BF “TEMAN LELAKI”.. Jadi niat di hati ni, memang tak akan rampas awek orang la kan.. Aku dah tanam kuat-kuat dah prinsip “TAK KAN RAMPAS AWEK ORANG” ni kat dalam hati.. So memang niat aku cuma nak berkawan je la dengan dia.. Lagi pun dia ok… Benda yang paling penting dan aku suka sangat saat aku berkawan dengan dia ialah, dia sangat menghargai dalam semua benda.. Walaupun ianya satu hadiah yang tak bermakna pada orang lain..

Cerita aku dengan dia mangkin menjadi-jadi pada hari-hari seterusnya.. Setiap malam aku mesti bergayut “ BUAT SUPER SAVERS” dengan dia… Kadang-kadang satu jam tu macam tak cukup.. Aku tak tahu  kenapa dan mengapa, aku rasa seronok sangat bila dapat berbual dengan dia.. Tak cukup malam, setiap pagi, dalam pukul 10.30 je, aku mesti dapat call daripada dia dan benda ni berlaku setiap hari.. Kalau pasal “MESSAGE” tu jangan cakap la.. Memang setiap saat tu terasa je nak “MESSAGE” dia..

Bila dah lama-lama macam ni, kadang-kadang terasa jugak, aku dah pendam satu perasaan yang aku sendiri pun tak dapat elak.. Ternyata perasaan tu bukan datang dari aku seorang.. Dan ternyata perasaan tu terasa bersama.. Yer.. “AKU DAH JATUH CINTA DEKAT DIA”.. Memang perasaan tu “WUJUD”.. Pada mulanya, banyak kali aku nak elak, tetapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri..

“ BENDA YANG AKU TAK BOLEH BUAT SAMPAI SEKARANG IALAH AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA”…  Sampai sekarang…

Betul kata orang, kadang-kadang apa yang kita tak nak tu lah akan berlaku pada hidup kita.. Memang betul pun… Pada mulanya memang aku Cuma mengangap dia kawan sahaja tapi akhirnyaaaaaaaaaa…………???...  Dalam pada masa yang sama, aku tak boleh nak elakkan perasaan “CEMBURU” yang timbul bila berhadapan dengan situasi dia terpaksa meluangkan masa bersama “TEMAN LELAKI” dia…

“ APA YANG PATUT AKU LAKUKAN ???” … Tak ada siapa pun bersama aku “TIME AKU KENA FIKIR BENDA NI”.. Terasa macam lalui seorang-orang je.. Perasaan ni sakit sendiri bila difikir-fikirkan.. Aku memang akui semua ni salah aku sendiri.. Tidak patutnya aku memendam rasa sebegini.. “ TETAPI SIAPA BOLEH ELAK?? .. SIAPA BOLEH TIPU??.. SIAPA BOLEH BATALKAN PERASAAN NI??... huhhhh…. Selalu fikir benda ni, tetapi jawapannya tetap “ KOSONG”…

Bila dah jadi macam ni, aku nekad membuat keputusan.. Memang aku ego bila dah buat keputusan.. Tapi aku buat untuk kepentingan bersama.. Aku tak nak tengok dia terus tertekan untuk pilih satu antara dua… “SEBAB AKU SAYANG DIA”.. Aku buat keputusan untuk tingalkan dia.. Biar dia benci dengan keputusan aku, tetapi aku tahu dia akan ok kerana dia masih ada orang yang disamping dia… “AKU YAKIN TU”… Itu sebab aku buat keputusan ni..  Cinta kami memang “FANTASI” tetapi ia mengembirakan.. Hari-hari gelak ketawa bersama.. Bukan aku “EGO” tidak mahu bersamanya.. Tetapi keputusan ku tidak akan pernah berubah untuk mengorbankan cinta ku demi “KEBAHAGIAAN” dia..

Benda ni telah pun berlalu 5 tahun lepas.. Tetapi kehilangannya sampai sekarang terasa… Rindu gelak tawanya… Sesaat pun tak pernah lupa dia… Aku rasa sekarang dia pun dah tak ingat aku kottt… Tak apa lah… Mungkin bukan jodoh aku disini bersamanya… Huhhh… Macam tak percaya je, aku lepaskan benda yang aku sayang hanya kerana “CINTA”..  Semua ini ku lakukan kerana “ KEBAHAGIAAN KU TERLETAK PADA KEBAHAGIAAN MU”…

“ I LOVE CANTIK”
“ I REALLY RINDU YOU CANTIK”
“ I NAK DENGAR SUARA YOU”
“ I WILL WAITING FOR YOU CANTIK WALUPUN BUKAN DISINI”..
“ AKU RINDU SETENGAH MATI, JANGAN MENANGIS UNTUKKU, KU UKIR INDAH NAMA MU”


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogpost.com





Saturday, March 24, 2012

Mencari Penghapus Jejak Mu

http://haziq-cerdik.blogspot.com

Hati sakit, hati luka, hati kecewa…
Bayangan luka sentiasa menghantui…

Aku hanya seranga yang mengintai ruangan kecil,
Angan ku, tidak aku kosongkan walaupun ianya suatu angan…

Dahulunya hanyalah mimpi, aku turut masukkan ke tahap angan diriku,
Hanya menunggu menjadi realiti di samping usaha mengejar pelangi indahku..
Hati ku dirantai kuat oleh perasaan ku terhadapnya…
Aku letakkannya sebagai yang indah dalam diriku..

Jalan cerita cinta tidak selalunya indah..
Pelangi yang menjadi harapan tinggi ku kini telah hilang..
Hatinya tidak lagi untukku…
Perasaan ku yang silap kerana, aku hanyalah penangkap bayangannya sahaja…

Kini aku sengsara oleh bayangannya…
Tidak mudah ku buang begitu sahaja…
Sentiasa merasakan aku hanya dibayangi oleh jejaknya…
Sekian lama aku mencari jalan untuk mencari bagaimana “Mencari Penghapus Jejakmu”




Aku, Dia dan Kamu..
http://haziq-cerdik.blogspot.com













Monday, February 6, 2012

Pesanan Untuk Bidadari Ku

http://haziq-cerdik.blogspot.com

Assalamualaikum….
Kehadapan bidadari ku yang jauh di sana. Dengan lafaz Bismillah pembuka bicara. Aku sujud kepadaNya atas kesyukuran nikmat yang diberikan olehNya..

Bidadari Ku..
Pulanglah beradu di pangkuan ku.. Seorang insan yang sentiasa menanti mu sejak pertama kali bertemu dan sehingga kini… Tidak pernah jemu memerhati mu dari bingkai kaca yang kau tingalkan dulu… Aku merindui wajah asli mu di balik mata ku…..


Bidadari Ku…
Ingat kah dikau diwaktu remaja kitaa.???.. Betapa indahnya hari ku bila sentiasa bersamamu.. Mata ku sekan tidak pernah terpejam kerana ingin menatapi setiap ukiran senyuman di wajahmu.. Alangkah indahnya sekarang jika itu mampu ku lakukan….


Bidadari Ku..
Ingat kah dikau sewaktu kita mengikat janji akan bersama selamanya.. Kerana aku sudah jatuh hati pada sifat dan diri mu yang sentiasa indah buat ku.. Mata mu juga sentiasa mencoret kejujuran yang jelas terpancar untuk aku sendiri menilainya…


Bidadari Ku…
Saat kita lalui usia muda bersama, tidak pernah sekali aku jemu untuk sentiasa menjadi penghibur mu.. Tidak pernah sekali juga aku untuk sentiasa menjauh dari mu tika masalah menyelebungi mu.. Kerana aku tahu yang “ Aku Sayang Kamu”…


Bidadari Ku…
Jika cinta ini milik kita, aku akan sentiasa menjaga mu walau disaaat senang mahu pun susah.. Aku percaya bahawa cinta kita tiada nilainya jika dibandingkan dengan harta benda.. Antara kita sudah cukup juga untuk saling melengkapi…


Bidadari Ku…
Kerana cinta juga, kita telah mengikat dan menjadikan suatu perhubungan yang halal di sisiNya.. Raja bersama Permaisuri kesayangannya diijabkabulkan..  Diketika itu, air mata kegembiraan penuh mengalir di pipi kita berdua… Tidak lupa juga ku lakukan sujud kesyukuran kepadaNya kerana menjodohkan kita bersama… Walau kita menempuhi banyak duri tajam, kita tetap boleh bersama dan menjadi halal ketika kini….


Bidadari Ku,
Saat berlari kamu, aku akan sentias mengejar mu.. Saat tidur kamu, aku akan sentiasa mebelai mata jujur mu…  Saat makan kamu, aku akan sentiasa menemani mu.. Dan tidak lupa juga tatkala solat, aku akan sentiasa mengimamkan mu.. Aku besyukur kerana aku ada kamu wahai “ Bidadari KU”..

Bidadari Ku…
Atas kerana cinta dan sayang, kita bakal dianugerahkan orang baru dalam hidup kita.. Kebahgian jelas terpancar disaat menerima berita seperti itu.. Kini usia kandungan mu menghitung hari.. Aku bakal digelar “Ayah” dan kau bakal digelar “Ibu”..Huhu..

Bidadari Ku…
Setelah kita menunggu, akhirnya kita dianugerah zuriat yang sempurna olehNya.. Terlahirnya seorang puteri atas berkat doa yang sentiasa dimakbulkan olehNya.. Puteri Nurdayana Syafiqah..

Bidadari Ku…
Kenapa setelah kita mencapai kejayaan kau pergi meninggalkan ku.??. Kenapa setelah kita mencapai kebahgiaan, kau pergi meninggalkan ku..??.. Kenapa setelah kita mempunyai anugerah olehNya kau pergi meninggalkan ku..??.. Kenapa semua ini boleh berlaku??..

Bidadari Ku..
Aku percaya ini semua ujian buat ku.. Walaupun diketika, aku tidak kuat untuk mengharunginya, tetapi aku terpaksa kerana dasar cinta aku memelihara hidup ku dan anak kita dengan sebaiknya.. Andai dapat ku undurkan masa, aku tidak mahu untuk melepaskan peluang untuk sentiasa memelukmu wahai “ Bidadari Ku”…

Bidadari Ku..
Aku angap keperigan mu adalah suatu perngorbanan untuk aku.. Walaupun ianya membuatkan aku sedih tetapi aku tetap bangga dengan pengorbanan mu.. Saat kamu melawan kesakitan melahirkan puteri kita, di situ juga nafas terakhir mu terhembus…

Bidadari Ku…
Puteri Dayana Syafiqah, adalah anugerah mu kepada ku… Puteri Nurdayana Syafiqah juga lah lambang pengorabanan mu buat ku.. Kini apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa supaya kebahgiaan mu di sana lebih terjamin…

Bidadari Ku…
Ketahuilah bahawa aku rindu akan kamu… Aku rindu akan senyum kamu… Aku rindu akan gurau dan senda mu… Tangis ku kini sendiri.. Pelukan ku hanya bersama puteri kita sahaja dan bukan kita bertiga.. Aku redha…  

Ya Allah.. tolong sampaikan pesanan ku ini kepada bidadari ku… 


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com











Sunday, January 15, 2012

Bayangan Cinta

http://haziq-cerdik.blogspot.com


Di ketika malam ku ditaburi kesunyian malam yang amat dingin. Angin sentiasa bertiup kencang cukup telah membuktikan malam yang amat dingin. Aku adalah aku yang ditaburi bayangan hitam yang telah melakar sejarah penceritaan pencintaan hati ku ini.

Di hati aku ada kamu.. Di hati kamu tiada aku. Teringat selalu bayangan kamu yang tidak pernah ter “DELETE” dalam minda ku… Kerana bagi ku “CINTA BUKAN LAH SUATU PERMAINAN” walaupun aku masih lagi di usia mentah ku. Sehingga kini ku masih sayang pada mu. Mungkin tidak pernah akan kamu menyedarinya kerana hati mu telah jatuh di gengaman yang lain.

Mungkin ini lah cinta.. Selepas sekian lama kamu menghilang, kini aku telah mampu untuk jalani hidup berserta senyum ku. Namun tidak pernah aku terlupa kamu, kerana “HATI SAYA ADA AWAK”..

Di saat aku termenung seorang diri, aku di sampuk dengan teguran orang tua ku menceritakan anak perempuan teman mereka yang telah duduk di hadapan rumah ku kini telah kembali semula untuk menetap di sini. Dari kerancakkan cerita mereka membuktikan bahawa mereka amat menyukai anak rakan mereka itu.  Kalau tak silap nama perempuan tu ialah, Zatul Najiha.

Zatul Najiha lebih mesra di panggil Jieha, semangkit rapat dengan keluarga ku. Di setiap pulang kerja ku, tidak pernah tidak orang tua ku menceritakan pasal Jieha. Aku memang tidak pernah melihat wajahnya. Aku hanya mampu membayangkan wajahnya melalui penceritaan orang tua ku sahaja.

Hari semangkin hari berlalu pergi. Setiap hari ku hanya dibayangi dengan penceritaan mengenai Jieha. Walau aku tidak pernah mengenalinya, tetapi aku tahu cerita akan dirinya. Orang tua ku seolah-olah memberi isyarat ke atas diri ku untuk cuba mengenali diri Jieha kerana mereka amat menyukai Jieha.

Setelah sekian lama aku mengenali Jieha dengan hanya melalui penceritaan orang tua ku, kini aku telah jatuh cinta pada dirinya. Memang tidak pernah sekali kami bertemu namun, kini aku telah mula sentiasa memerhatikan Jieha di setiap pulang kerjanya.

Namun sehingga kini aku tidak berani untuk melafazkannnya kepada Jieha. Dua tahun berlalu pergi aku hanya mampu memendamkan nya. Aku tidak berani untuk melafazkan cinta untuk kali kedua ku. Fikiran ku kini di belunggu perasaan serba salah ku kepada diri ku yang hanya mampu menahan kesesakkan cinta yang hanya mampu di pendam sahaja.

Apa yang mampu ku lakukan?? Apa yang patut aku lakukan??? Sejujurnya memang aku tak mampu untuk melafazkan cinta buat kali kedua ku.. Diri ku semangkin di propagandakan oleh perasaan cinta ku sendiri. Jika aku terus begini, masihkah aku mampu boleh tersenyum di dunia hadapan ku????

Dunia tolong la aku untuk saat terakhirnyaaaaa……

Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com












Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww