Sunday, December 18, 2011

Ros Merah Buat Mu


http://haziq-cerdik.blogspot.com


“Grrinnnnnnnnnnnnnnggggggggggggggggggggg……”
Jam loceng aku dah bunyi… Ini menandakan sudah patut aku menghadap air yang sejuk untuk ku sajikan kepada tubuh ku untuk menampakkan kebersihan sebelum pergi kerja..  Aku toleh sebelah, rupanya isteri ku sudah lama bangun.. Air di pagi hari memang cukup sejuk.. Lepas mandi “COMFIRM” mengigil lah… Dah siap mandi, aku break first…

“Morning Yunkkkkkkkkkkkkkk”..laungan suara isteri ku terdengar dari dapur…

Aku baru sahaja berkahwin.. Dan kami pun masih belum mempunyai anak kerana usia perkahwinan kami masih lagi “SEGAR”..

Dah siap break first , aku terus pergi pejabat.. Isteri ku seorang suri rumah sepenuh masa.. Haha.. Jadi, aku lah seorang lah yang akan menyara keluarga ku sendiri.. Setibanya aku di pejabat, ternampak sejambak bunga “ROS MERAH” di atas meja ku..

“Siapa yang bagi bunga ni??”..Bisik ku ke dalam hati…

Terselit pulak sebuah helaian kertas di bunga ros ini.. Aku membukanya dan terus membaca…
Kalau pun syurga itu indah, aku tetap pilih kamu…Kalau pun hembusan angin itu menyegarkan, aku tetap pilih kamu, Kalau pun masa itu adalah nya aku akan tetap pilih kamu…

Masa begitu cepat berlalu sehingga aku terlupa bahwa engkau adalah hidup ku… Bagi ku, engkau adalah syurga ku, engkau adalah nyawa ku dan engkau adalah masa bagi ku…

Ros merah ini lambang kasih abadi kita yang telah tersemat sejak dahulu lagii… Aku masih ingat di kala itu, kamu memberikan ku sekuntum ros putih, kerana masih tiada lagi isi cinta di dalam hati kita.. Tetapi jambangan bunga yang seterusnya, kau hantar kan kepada ku iaitu “ros merah”…

Meski sukar buat ku, untuk melihat orang yang aku sayang bersama orang lain… Namun apakan daya ku untuk melawan arus yang cukup deras jika ku mahu harungi..

Akhir kata dari ku, simpanlah ros merah ini untuk mu di dalam hati ku…
-faezah-
 
Rupanya jambangan bunga ros ini daripada kekasih lama ku..  Memang aku tahu dia menderita di sebabkan pernikahan ku.. Dia jatuh sakit di sebabkan pernikahan ku.. Mungkin sudah tertulis bahwa dia bukan lah teman hidup ku selamanya..
Aku tahu perasaan dia… Aku tahu hati dia.. Dan aku tahu kehendak dia.... Mungkin perasaan jujur ku ada berkata yang aku tahu, aku sayang dia, aku tahu aku cinta dia, namun aku tetap tahu kerana dia aku terluka… Dan aku terpaksa membuat haluan ku…

“Maafkan aku sayang.. Bukan aku tak sudi menerima mu, bukan juga aku tak cinta kepada mu, dan bukan juga aku tak sayang kepada mu, namun di atas sedikit kesilapan telah membuat aku memilih jalan ku ini… Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diri mu sayanggg….” Bisik hati kecil ku….





p/s..cinta bukan lah untuk dipermainkan.. ingatlah bahwa cinta memang wujud, cinta memang menyeronokkan, namun cinta tetap juga menderitakan.. bertanggungjawab lah dalam memelihara cinta.. sekali tersilap, susah untuk berpatah kembali..Aku, Dia dan Kamu





Aku, Dia dan Kamu         
http://haziq-cerdik.blogspot.com












Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww