Tuesday, March 29, 2011

Mimpi Ku

http://haziq-cerdik.blogspot.com/
                                                            
Balik daripada jamming aku terus kemas gitar n barang-barang aku semua. Lepas tu aku terus lah baring ke katil. Waktu baru menunjukkan pukul 11.15pm. Tapi oleh kerana dah terlampau penat, aku pun baring je la. Ada jugak lah aku berbual dengan budak bilik aku. Sedari tak sedar je dah pukul 12 lebih. Lanpu bilik memang dah matikan dah. Tak lama lepas tu aku pun tidur.

Ceritanya bermula setelah aku tidur. Aku dikejutkan dengan satu peristiwa yang terjadi kepada diri aku. Aku mimpi yang aku telah mati. Dan aku sekarang hanyalah roh yang tidak berada di jasadku lagi. Aku hanya dapat menatap mayatku sendiri. Aku takut gila waktu tu. Aku nampak orang sekeliling aku sedang tunggu untuk proses memandikan jenazahku. Dah lah rasa takut, aku menangis sekali kerana aku tak sangka yang aku mati di usia remaja. Tak sempat nak berubah, mintak maaf dengan family, kawan-kawan dan orang yang dekat dengan aku. Perasaan takut tu tak hilang lagi. Aku belum bersedia lagi untuk menghadapi semua ni. Tetapi takdir telah menentukan. Waktu aku sedang perhatikan jenazah ku, banyak kali aku gosok mataku, untuk membuktikan itu semua adalah mimpi. Tetapi kematianku adalah realiti. Perasaan aku takut aku memang tak terkata.

Bayangkan, aku boleh nampak orang-orang disekeliling jenazah aku, tetapi mereka tak nampak roh aku. Aku memang takut gila. Menangis aku seorang-seorang. Lepas ni aku akan dihantar untuk mengadap Allah punya. Amalan tak cukup, dosa berlambak-lambak. Dalam hatiku, kalau lah aku diberi kesempatan untuk hidup balik, mesti aku akan berubah. Tapi sayangnya, semua itu tak kan berlaku kerana kita hidup didunia ini adalah sekali sahaja.

Tiba-tiba aku terjaga. Dan sekeliling aku gelap. Perlahan-lahan aku bukak mata dan aku nampak tempat tidur aku lagi. Aku toleh kanan untuk pastikan yang kawan-kawan aku ada. Ternyata mereka masih ada dibangku katil. Rupanya aku hanya mimpi. Terima kasih Allah kerana kau telah berikan ku kesempatan untuk mengubah hidupku dimasa akan datang. Perasaan takut aku masih tak hilang lagi setelah aku terjaga daripada mimpi ku. Tak lama kemudian aku terus sambung tidurku kembali kerana disekeliling ku menampakkan pagi ku masih di usia mentah.

Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku mimpi dan mimpinya benar-benar menguji aku. Ingatlah kita sebagai manusia, sesungguhnya kita akan dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa sahaja. Tak kira kita ada dosa, tak ada dosa ke n apa-apa je lah. Aku kongsikan mimpi aku ni untuk kebaikkan keatas diri anda semua dan bukan lah untuk menunjukkan yang diri aku bagus sangat. Sesungguhnya manusia semua adalah sama. Semua kehendak kita untuk jadi baik atau jahat.



Aku, Dia dan Kamu


Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww