Thursday, July 7, 2011

Belanjawan Fleksibel


Forum: Anda Rasa Anda Bijak

MOHD KHUZARUL HAZIQ BIN MOHD SALAM         : PENGERUSI (Perlakon)
MUHAMMAD HAFIQ BIN ABDUL TALIB                   : PANEL 1 (Usahawan Perkilangan)
MUHAMMAD AKHMAL BIN SHAFEE                      : PANEL 2 (Pensyarah Akaun)
NORAINI BINTI ISHAK                                            : PANEL 3 (Penceramah Politik)

            Situasi berada di sebuah studio di tv6. Siaran ini dilancarkan secara langsung pada pukul 9 malam. Rancangan ini di beri tajuk “ Anda Rasa Anda Bijak”. Seperti biasa, pengerusi majlis akan memulakan mukadimahnya terlebih dahulu kepada penonton di studio dan di rumah serta memperkenalkan tiga orang panel yang hadir di dalam rancangan ini.

Haziq   : Assalamualaikum… Salam 1 Malaysia kepada anda semua penonton di rumah    mahupun di studio. Terima kasih kerana setia untuk menonton rancangan bual bicara serta pendapat yang dapat dikongsikan bersama. Bagi penonton di studio, selamat datang kerancangan ini iaitu rancangan no 1 di Malaysia, rancangan “Anda Rasa Anda Bijak. Bersama dengan saya sekarang ini, tiga orang ahli panel yang dijemput khas ke studio ini khas untuk anda semua. Saya memperkenalkan ahli panel kita yang pertama iaitu seorang usahawan muda dalam bidang perkilangan yang telah mendapat gelaran Dato pada baru-baru ini dan beliau adalah, Dato Muhammad Hafiq Bin Abdul Talib. Apa khabar Dato?
Hafiq   : Ya, Khabar baik.
Haziq   : Terima kasih Dato kerana dapat hadir kerancangan ini. Saya akan memperkenalkan ahli panel kita yang kedua, seorang pensyarah akaun dari UITM Segamat Johor dan beliau pernah menerima anugerah pensyarah akaun terbaik. Selain daripada subjek akaun, beliau juga ada mengajar beberapa subjek lain. Seorang yang berpengalaman iaitu,  Encik Muhammad Akhmal Bin Shafee.
Akhmal : Ya, Terima Kasih kerana menjemput saya datang ke rancangan ini.
Haziq   : Sama-sama Encik Akhmal. Dan yang terakhir ialah seorang penceramah politik yang kita jemput khas dari Kelantan. Beliau juga pernah berkerja di sebuah organisasi di ibu kota sebelum menjadi penceramah. Beliau juga berpengalam dalam pelbagai bidang. Puan Noraini Binti Ishak. Selamat datang ya puan ke rancangan ini.
Noraini : (mengangguk kepala sambil senyum) yerr
Haziq   : Penonton dan hadirin yang dikasihi sekalian. Pada hari ini kita akan membincangkan mengenai sebuah isu semasa yang bertajuk belanjawan fleksibel. Encik Akhmal. Saya ingin mempertanyakan satu soalan terlebih dahulu. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan? Secara ringkas.
Akhmal : Terima kasih tuan pengerusi majlis. Belanjawan. Belanjawan adalah satu kaedah penting dalam perakaunan pengurusan yang digunakan secara meluas oleh perniagaan, jabatan, organisasi mahupun individu. Selain itu, segelintir masyarakat juga ada menggatakan bahawa belanjawan ini merupakan satu alat untuk menjimatkan wang. Mengikut teorinya, terdapat banyak pendapat yang boleh ditafsirkan mengenai belanjawan. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah, belanjawan adalah berbelanja sehingga satu tahap yang dibenarkan.
Haziq : Terima kasih ya Encik Akhmal diatas pandangan beliau mengenai belanjawan.  Dengan rasa rendah dirinya, saya ingin meminta pandangan daripada ahli panel kita yang seterusnya iaitu, Dato Hafiq mengenai kegunaan belanjawan ini. Apa itu kegunaan belanjawaan yang boleh Dato terangkan kepada penonton di rumah mahupun di studio?
Hafiq : Bismillahirahmanirrahim.. Terima kasih tuan pengerusi majlis. Terdapat banyak pandangan yang mengatakan tentang kegunaan belanjawan oleh masyarakat. Saya ingin mengambil sikit sahaja daripada pandangan-pandangan masyarakat kita untuk dikongsikan bersama. Kegunaan belanjawan yang pertamanya adalah untuk merancang dan mengawal kos dan hasil atau sumber perniagaan lain.  Selain itu, belanjawan juga digunakan sebagai kayu pengukur untuk mengukur prestasi organisasi. Kebiasaannya, kedua-dua kegunaan belanjawan ini diterapkan pada masa sekarang. Walaupun banyak lagi kegunaan belanjawan yang penting mengikut pendapat, tetapi, antara dua yang telah saya sebutkan tadi banyak yang diamalkan pada zaman moden kita ini. Begitulah serba sedikit pandangan daripada saya. Terima Kasih.
Haziq : Sama-sama Dato Hafiq. Demikian pendapat yang telah disampaikan oleh Dato Hafiq tadi. Sekarang ini, ingin saya menanyakan kepada ahli panel kita yang terakhir iaitu seorang penceramah politik seperti yang saya katakan tadi. Puan Noraini. Boleh puan terangkan beberapa ciri sistem kawalan belanjawan yang sentiasa berlaku pada abad ini. Mengikut pendapat Puan.
Noraini : Assalamualaikum. Terima kasih tuan pengerusi. Ingin saya kaitkan didalam organisasi kerana organisai akan lebih tahu mengenai belanjawan ini. Ciri sistem kawalan belanjawan yang pertama adalah, menetapkan matlamat dan objektif organisasi yang dapat dicapai dan munasabah. Antara yang lain pula adalah, memberi dan mengagihkan tanggungjawab kepada pegawai.
Haziq   : Terima kasih diatas pandangan oleh Puan Noraini itu. Sungguh ringkas tapi padat dengan isinya yang dinyatakan oleh Puan Noraini. Terima Kasih sekali lagi ya Puan.
Noraini : Sama-sama
Haziq   : Ingin saya menanyakan satu soalan lagi kepada salah seorang daripada ahli panel kita mengenai belanjawan bahan mentah. Boleh salah seorang dari ahli panel kita untuk memberi pandangan tentang belanjawan bahan mentah ini.
Hafiq : Izin kan saya
Haziq: Sila kan Dato.
Hafiq : Belanjawan penggunaan bahan mentah dapat membantu pihak pengurusan untuk membuat ramalan mengenai kuantiti bahan mentah yang diperlukan bagi memenuhi keperluan jabatan pengeluaran. Mengikut daripada pengalaman saya selama menguruskan kilang saya yang terletak di Batu Pahat, kebiasaannya, perkerja saya akan membuat ramalan terlebih dahulu dalam belanjawan penggunaan bahan mentah. Hal ini kerana, kejadian seperti keperluan bahan mentah tidak mencukupi akibat tidak menguruskan belanjawan syarikat dengan betul. Selain itu, ramalan terhadap kuantiti bahan mentah yang diperlukan harus dibuat agar bahan mentah sedia ada untuk digunakan apabila diperlukan.
Haziq   : Terima kasih Dato. Pandangan yang Dato huraikan tadi dapat diambil isinya kepada semua usahawan supaya mereka lebih teliti dalam penggunaan belanjawan bahan mentah ini. Seterusnya, saya ingin mengajukan satu soalan kepada Encik Akhmal. Apakah pendapat Encik Akhmal mengenai belanjawan buruh langsung?
Akhmal : Belanjawan buruh langsung. Mengikut dari pengalaman saya selama saya mengajar dalam subjek buruh, belanjawan buruh ini lebih tertumpu kepada penyediaan bagi mengenalpasti kuantiti buruh yang akan terlibat dan jumlah jam buruh yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu unit pengeluaran seperti yang dirancangkan oleh organisasi. Selain itu, kategori pekerja sama ada mahir atau tidak mahir perlu berganding untuk mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, untuk menyediakan belanjawan buruh langsung pihak pengurusan perlu mencadangkan jumlah jam buruh yang diperlukan untuk menyiapkan setiap unit keluaran. Itu sahaja pandangan saya berdasarkan pengetahuan saya.
Haziq   : Demikianlah pandangan daripada seorang pensyarah yang berpengalaman dalam mengajar pelbagai subjek dan terutamanya  adalah subjek perakaunan. Soalan saya yang terakhir, ingin saya tujukan kepada penceramah politik kita iaitu Puan Noraini. pandangan Puan mengenai belanjawan belian bahan.
Noraini : Berdasarkan pengalaman saya semasa saya berkerja disebuah organisasi dahulu, belanjawan belian bahan mentah mempunyai tujuannya tersendiri. Tujuan utama dalam penyediaan belanjawan belian bahan adalah, untuk menunjukkan kuantiti bahan mentah yang perlu dibeli bagi memenuhi keperluan bahan oleh jabatan pengeluran. Apa yang saya tahu, belanjawan ini biasanya akan disediakan oleh jabatan belian.
Haziq   : Demikianlah pandangan daripada semua ahli panel kita yang hadir pada hari ini. Apa yang dapat saya tuntaskan disini belanjawan yang positif amat penting terhadap masyarakat, organisasi dan banyak lagi. Ia bagi menjamin masa yang akan datang jika belanjawan ini diuruskan sebaik mungkin. Baiklah. Hadirin yang dihormati sekalian, kita sudahpun sampai di penghujung rancangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel kita pada hari ini.
Hafiq, Noraini, Akhmal : (senyum sambil mengangguk)..
Haziq : Tidak lupa juga kepada penonton-penonton dirumah mahupun di studio. Jangan lupa pada hari dan waktu yang sama dalam rancangan “Anda Rasa Anda Betul”… Assalamualaikum… Terima Kasih
            Semua ahli panel dan pengerusi masih duduk di kerusi sambil berbual, tetapi suara tidak dapat didengar oleh penonton dan dalam pada masa yang sama lagu tema untuk akhir rancangan dimainkan.

                             THE END
Aku, Dia dan Kamu

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww