Sunday, March 6, 2011

Realiti Hati Seorang Lelaki



Aku seorang lelaki. Kerana aku lelaki, aku menulis cerita ini. Realiti cerita ku ini ku paparkan bukan untuk tontonan, tetapi untuk menyampaikan kesedaran.

Aku seorang lelaki yang mudah disentuh perasaannya oleh wanita. Namun  tidak semua wanita ku izinkan untuk menyentuh hati dan perasaanku.

Aku seorang lelaki, tetapi kenapa dengan kelemahan yang aku ada wanita sering mempergunakan aku. Tetapi kenapa aku seorang lelaki, aku juga sering diperbodohkan seperti sampahhhhhhhhhhhhh.

Aku seorang lelaki, aku sangat setia pada cinta ku. Aku juga seorang lelaki, sangat sayang pada cintaku. Aku seorang lelaki yang mudah memahami cintaku…..

Aku seorang lelaki, tetapi kenapa hati ku sering dilukakan. Aku seorang lelaki, tetapi kenapa wanita sering mempergunakan ku tatkala kebosanannya.

Aku seorang lelaki, aku sayang pada wanitaku. Aku seorang lelaki, tetapi kenapa wanita yang aku sayang tidak mudah untuk setia sayang padaku.

Aku seorang lelaki, seringku berdoa kepada Tuhan supaya menunjukkan jalan bahagia ku. Kerana aku seorang lelaki juga, aku meminta supaya wanita tidak permainkan setiaku padanya…..


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww