Wednesday, December 7, 2011

Aku Cinta Dia

http://haziq-cerdik.blogspot.com

Pentas cinta memang mendebarkan…  Ibarat memasuki pertandingan yang mungkin menjadi kejuaraan dan mungkin juga menjadi kekalahann… Perlu kan sokongan.. Perlu kan galakkan… Perlu ikhlas.. Dan yang paling penting ada lah kejujurann…

C.I.N.T.A….Cintaaa…semua orang boleh sebut cinta… S.A.Y.A.N.G.. Sayangg…semua orang juga boleh sebut perkataan sayangg…. Tapi apa maksud cinta tu??? Apa maksud sayang tuu…??? Setiap perhubungan pasti ada pergolakkan… Sama ada menjadikan perhubungan itu positif atau menjadi lebih negatiff…..


Nama aku Amir… Aku memang tak pandai bercinta.. Tak pernah tahu pun apa maksud sayang tuu.. Sebab pada aku, cinta mungkin wujud selepas bernikah kelak… Cinta di waktu muda adalah merugikan dan mensia-sia kan… Mungkin tangapan ku ini hanya betul pada pandangan aku sahaja, tetapi tidak pada orang lain….

Aku dah kerja… Umur aku sekarang 23 tahunnn… Masih tidak pernah bercinta.. Kerana pada aku “Muda Hanya Sekali”… Aku banyak menghabiskan masa bersama kawan-kawan… “ Enjoy sana, Enjoy sini”… Hidup macam ni memang seronok… Aku boleh pilih kawan mana yang aku suka…. Perempuan mana aku nak suroh teman tidur… Semua di hujung jari sahaja… Pada ku syurga adalah di waktu muda… So aku boleh buat apa yang aku nakk… Walaupun aku ni tak banyak duit, tapi aku ada perempuan-perempuan yang aku boleh kikis duit diaa…

Siang aku kerjaaa… Malam aku enjoy… Itu lah rutin harian ku…

“KAWIN???”

Masih terlalu awal untuk aku menempah nama sebagai seorang suami… Suatu hari, aku terpaksa di tukarkan tempat kerja di cawangan lain oleh syarikat aku…  Aku kuli… So ikot je la cakap bos… Aku kena tukar dekat Johor Bahru... Sampai je di tempat kerja aku di Johor Bahru, aku ada ternampak seorang awek ni…  “ CANTIK CIOTTTTTTT”…. Dia punya senyum dia.. Gelak diaa… aduhhh… Memandang kan di Johor Bahru ni, aku masih lagi tak ada kawan, perangai aku jadi sopan la sikit kann..

Awek yang aku cerita ni, nama dia Nurul..  Aku usha dia, dari jauh jew… Aku pandang-pandang dia… Ada satu hari ni, aku berani, aku letak no telefon aku atas meja dia, konon nya nak suroh dia contac aku laa… Aku tak mengharap pun… Sebab aku tahu, perempuan cantik macam dia mesti dah de teman lelaki punya… Mana nak layan lelaki muka “PECAH TEMBOK” macam aku ni…

Tapi tak sangka pulak, ada respon baik dari Nurul ni…  Sampai je rumah Nurul ni terus telefon aku…  Tapi tak berbual lama laa… Besok nya, aku keluar makan sama-sama…  Aku kenal Nurul, dia memang kelakar… Dia suka buat aku gelakk…. Dia baru je lepas putus dengan pakwe dia…  Aku tak kisah la apa sejarah dia, yang penting aku dah ada kawan dekat Johor Bahru ni…

Aku dah tak bosan lagii… Mula-mula aku kenal Nurul, memang aku suka tengok dia sebab dia cantik… Mungkin nafsu semata-mata… Tapi bila aku dah lepak lama-lama dengan dia, aku rasa macam lain je… Tak macam perempuan-perempuan yang aku kenal sebelum ni… Semuanya lebih kepada hiburan semata-mata… Tapi bila aku kenal Nurul, dia dah banyak mengubah aku ke jalan yang benar.. Hubungan aku dengan Nurul memang semangkin rapat…

Keluarga aku dah kenal dia…. Dan keluarga dia pun dah kenal aku… Banyak yang istemewa terhadap Nurul… Kalau aku cerita, mesti makan sebulan tak habis… Yang penting aku tahu Nurul jujur kawan dengan aku…. Walaupun perkenalan kami singkat, tapi reatinya, aku dah banyak berubahh… Aku dah tak mabukkk… Aku dah tak bertukar-tukar perempuan… Aku pernah cerita sejarah hidup aku dekat Nurul, tapi dia tak kisah semua tu, asal kan aku berubahh….

Aku tingalkan semua kejahatan aku… Aku tingalkan kawan-kawan aku.. Aku tingalkan syurga muda ku… Sampai kan aku kena kutuk dengan kawan-kawan aku sebab tingalkan dia orang semata-mata kerana perempuan…. Aku tak kisah semua tu.. Yang aku tau, aku sayang Nurul dan Nurul sayang aku… Sampaikan aku merasa, aku tak boleh hidup tanpa Nurul…

Tapi sayang… Cinta memang kejamm… Suatu hari, Nurul datang berjumpa dengan aku… “ Awak… saya nak putus dengan awak… saya tak boleh lupa pakwe lama saya”… Itu lah perkataan terakhir yang aku ingat sebelum dia beredar dari pandangan mata aku…

Aku memang betul-betul tak sangka…Kenapa semua ni boleh terjadi??? Kenapa setelah aku berubah semua ini harus berlakuuu…???? Dan kenapa mesti akuu???? Aku dah hilang semuanya hanya kerana seorang wanita ke????? Puas aku merayu, melutut, menangis… Sebab aku tau yang aku tak boleh hidup tanpa Nurul…

Aghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh….. Kejam nyeeeeeeeeeeeee……

Aku pernah terasa sampai nak bunuh diri, kerana aku tak tahan di cemuh oleh kawan-kawan aku kerana cinta kan Nurul dan meninggalkan “SYURGA MUDA” aku…. Kerana, dengan ada nya Nurul lah aku kenal cinta, aku kenal sayang, aku kenal rindu, aku kenal erti kehidupan yang sebenar…. Tapi kenapa semua ni boleh hilanggggg???????

Kerana tak dapat lupakan dia, sampai sekarang aku masih lagi ingat Nurul… Walaupun dia kelihatan bahagia, namun aku tidak pernah putus asa untuk memerhatikan dia, mengambil tahu pasal dia, dan menunggu dia untuk pulang bersama hubungan kami yang dulu… Aku tidak akan pernah lupa hubungan kami sampai bila… Aku jugak perbah berjanji tak kan berkahwin dengan perempuan selain Nurul… Aku pegang janji tu dan aku tunggu Nurul…..

“ CINTA BUKAN LAH SUATU PERMAINAN / LOVE IS NOT A GAME” -Aku, Dia dan Kamu-

Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com










Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww