Tuesday, May 22, 2012

Kebahagian Ku Terletak Pada Kebahagiaan Mu



Cinta Itu Menyakitkan…. Cinta Itu Menyeronokkan… Cinta Itu Membutakan..

Di setiap satu hari mempunyai 4 dimensi waktu yang berbeza dan mengenalkan kita kepada dunia. “ Pagi, Tengah Hari, Petang dan Malam.. Di setiap ruang dimensi waktu ini tidak pernah terpadam memori indah di saat bersama seseorang yang aku sayang..

Bermula dengan menjadi rakan di “FACEBOOK” aku mengenalinya.. Mesra dengan pangilan “CANTIK” aku memangilnya.. Seorang yang peramah dan tidak sombong.. Dia juga seorang yang mudah mesra dan suka bergurau..

Semenjak aku mengenalinya di “FB” , aku tidak lagi bosan seperti dulu.. Kebiasaannya aku buka “FB” “MACAM TAK PAYAH BUKA JE”.. Memang tak ada sapa pun nak text.. Tetapi semenjak ada dia, bila aku buka “FB” memang selalu text dengan dia je la… Sampai la satu hari tu, dia nak telefon aku.. Aku pun apa lagi, bagi je la no telefon tu.. Orang dah nak, tak kan nak jual mahal pulak… Lagi pun aku kawan dengan dia dekat “FB” memang dah lama, cuma segan je nak mintak no telefon dia walaupun “NIAT TU DAH ADA”..huhu..

Sejak dari hari yang dia call aku tu, hubungan kami memang dah mangkin rapat… Tapi sayang laa.. Dia dah ada  BF “TEMAN LELAKI”.. Jadi niat di hati ni, memang tak akan rampas awek orang la kan.. Aku dah tanam kuat-kuat dah prinsip “TAK KAN RAMPAS AWEK ORANG” ni kat dalam hati.. So memang niat aku cuma nak berkawan je la dengan dia.. Lagi pun dia ok… Benda yang paling penting dan aku suka sangat saat aku berkawan dengan dia ialah, dia sangat menghargai dalam semua benda.. Walaupun ianya satu hadiah yang tak bermakna pada orang lain..

Cerita aku dengan dia mangkin menjadi-jadi pada hari-hari seterusnya.. Setiap malam aku mesti bergayut “ BUAT SUPER SAVERS” dengan dia… Kadang-kadang satu jam tu macam tak cukup.. Aku tak tahu  kenapa dan mengapa, aku rasa seronok sangat bila dapat berbual dengan dia.. Tak cukup malam, setiap pagi, dalam pukul 10.30 je, aku mesti dapat call daripada dia dan benda ni berlaku setiap hari.. Kalau pasal “MESSAGE” tu jangan cakap la.. Memang setiap saat tu terasa je nak “MESSAGE” dia..

Bila dah lama-lama macam ni, kadang-kadang terasa jugak, aku dah pendam satu perasaan yang aku sendiri pun tak dapat elak.. Ternyata perasaan tu bukan datang dari aku seorang.. Dan ternyata perasaan tu terasa bersama.. Yer.. “AKU DAH JATUH CINTA DEKAT DIA”.. Memang perasaan tu “WUJUD”.. Pada mulanya, banyak kali aku nak elak, tetapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri..

“ BENDA YANG AKU TAK BOLEH BUAT SAMPAI SEKARANG IALAH AKU TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA”…  Sampai sekarang…

Betul kata orang, kadang-kadang apa yang kita tak nak tu lah akan berlaku pada hidup kita.. Memang betul pun… Pada mulanya memang aku Cuma mengangap dia kawan sahaja tapi akhirnyaaaaaaaaaa…………???...  Dalam pada masa yang sama, aku tak boleh nak elakkan perasaan “CEMBURU” yang timbul bila berhadapan dengan situasi dia terpaksa meluangkan masa bersama “TEMAN LELAKI” dia…

“ APA YANG PATUT AKU LAKUKAN ???” … Tak ada siapa pun bersama aku “TIME AKU KENA FIKIR BENDA NI”.. Terasa macam lalui seorang-orang je.. Perasaan ni sakit sendiri bila difikir-fikirkan.. Aku memang akui semua ni salah aku sendiri.. Tidak patutnya aku memendam rasa sebegini.. “ TETAPI SIAPA BOLEH ELAK?? .. SIAPA BOLEH TIPU??.. SIAPA BOLEH BATALKAN PERASAAN NI??... huhhhh…. Selalu fikir benda ni, tetapi jawapannya tetap “ KOSONG”…

Bila dah jadi macam ni, aku nekad membuat keputusan.. Memang aku ego bila dah buat keputusan.. Tapi aku buat untuk kepentingan bersama.. Aku tak nak tengok dia terus tertekan untuk pilih satu antara dua… “SEBAB AKU SAYANG DIA”.. Aku buat keputusan untuk tingalkan dia.. Biar dia benci dengan keputusan aku, tetapi aku tahu dia akan ok kerana dia masih ada orang yang disamping dia… “AKU YAKIN TU”… Itu sebab aku buat keputusan ni..  Cinta kami memang “FANTASI” tetapi ia mengembirakan.. Hari-hari gelak ketawa bersama.. Bukan aku “EGO” tidak mahu bersamanya.. Tetapi keputusan ku tidak akan pernah berubah untuk mengorbankan cinta ku demi “KEBAHAGIAAN” dia..

Benda ni telah pun berlalu 5 tahun lepas.. Tetapi kehilangannya sampai sekarang terasa… Rindu gelak tawanya… Sesaat pun tak pernah lupa dia… Aku rasa sekarang dia pun dah tak ingat aku kottt… Tak apa lah… Mungkin bukan jodoh aku disini bersamanya… Huhhh… Macam tak percaya je, aku lepaskan benda yang aku sayang hanya kerana “CINTA”..  Semua ini ku lakukan kerana “ KEBAHAGIAAN KU TERLETAK PADA KEBAHAGIAAN MU”…

“ I LOVE CANTIK”
“ I REALLY RINDU YOU CANTIK”
“ I NAK DENGAR SUARA YOU”
“ I WILL WAITING FOR YOU CANTIK WALUPUN BUKAN DISINI”..
“ AKU RINDU SETENGAH MATI, JANGAN MENANGIS UNTUKKU, KU UKIR INDAH NAMA MU”


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogpost.com





Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww