Saturday, February 19, 2011

Hum Tum (Aku dan Kau) Bab 1:


Aku adalah seorang anak tempatan yang berusia 20 tahun. Namaku adalah Zarul. Aku mempunyai satu tabiat nakal yang suka mengusik perempuan. Ramai perempuan-perempuan yang selalu diusik oleh aku. Aku juga tidak pernah mengenali erti cinta, kerana bagiku, cinta adalah menyusahkan dan hidup bersuka-suka adalah satu jalan yang terbaik bagiku.

Di suatu hening pagi telah mengejutkan aku bahawa, hari ini aku akan pergi meninggalkan Malaysia untuk beberapa ketika selama pengajian ku di New York kelak. Aku mengambil tiket penerbanganku pada pukul 10 malam waktu Malaysia. Aku telah dihantar oleh kedua ibu bapaku ke lapangan terbang antarabangsa sebelum keberangkatan ku ke New York. Kini telah tiba masanya untuk aku menaiki penerbangan ku dan sekaligus mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia.

Semasa berada didalam kapal terbang, aku telah duduk bersebelahan dengan seorang perempuan melayu. Wajahnya mengambarkan dia seakan seusia denganku. Selama tiga jam kami telah duduk bersebelahan tetapi namanya pun aku belum tahu lagi. Aku memberanikan diri untuk menanyakan namanya. Akhirnya persoalan selama tiga jam yang terbuku dihati kini telah terjawab. Namanya adalah Heliza. Selepas salam perkenalan pertama kaliku dengan Heliza, hubunganku bersamanya agak sedikit tegang. Hal ini kerana, perangaiku yang suka mengusik perempuan telah aku lakukan padanya. Dari raut wajahnya menampakkan dia kurang selesa bersamaku. Bersama muka tebalku yang tidak pernah serik mengusik perempuan, aku teruskan mengusiknya. Selain itu, ini telah menguatkan keyakinanku untuk berhadapan dengannya. Walaupun baru pertama kali berjumpa dengannya, aku tidak pernah berputus asa untuk merapatkan diri dengannya. Walau disudut hanyalah ingin mengusik perempuan dan tidak pernah ada perasaan suka pun terhadapnya.

Sesudah sampai di New York, kami berdua pun berjalan bersama-sama sebelum masing-masing membuat haluan sendiri kelak. Hubungan kami memang agak tegang, tetapi aku masih tidak berputus asa untuk merapatkan diri dengannya. Kami berdua singgah disalah sebuah café di New York. Kami berdua telah jauh dari keluarga, dan hanya yang aku ada di New York adalah Heliza seorang. Hal ini kerana, aku tidak pernah kenal sesiapa pun di New York, begitu juga dengan Heliza.

Selepas lebih sejam kami berada di salah sebuah café di New York, kami akhirnya membuat keputusan untuk beredar dan menuju ke haluan masing-masing. Perasaan hampa terasa oleh aku, kerana aku tidak dapat menunaikan hajatku untuk rapat kepadanya. Semasa kami ingin membuat haluan masing-masing aku telah terpegang tangannya. Ini juga telah menimbulkan kemarahannya kepada aku. Suasana menjadi lebih tegang kerana kesilapan yang telah aku lakukan tanpa disengajakan itu menimbulkan kemarahan yang teramat sangat. Heliza yang sangat menjaga tatatertibnya ketika berkawan. Dia juga adalah seorang yang sangat menjaga kehormatan dan maruah diri dan keluarganya. Walaupun kami baru berkenalan, dari segi reaksinya telah mengambarkan peribadinya kepada diriku.

Tidak lama kemudian, selepas puas dirinya memarahiku, dia pun beredar. Belum sempat ku mengucap selamat tinggal kepadanya, dia pergi dan terus membisu. Hati nakal ku berbisik kepada ku bahawa perjalanan hidup masih panjang. Mungkin suatu hari nanti aku akan bertemu  dengannya semula. Tetapi benarkah ramalanku akan berjumpa dengan Heliza semula???




*nantikan kemunculan "Hum Tum" Bab 2 tidak lama lagiiii....


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww