Sunday, February 27, 2011

Pengorbanan Seorang Lelaki


Azi adalah seorang jurukamera yang berjaya. Dia sering mengambil gambar model-model dan sebagainya. Azi biasanya melakukan kerjanya diluar set dan didalam set. Sebagai jurukamera yang berjaya, dia sangat teliti akan kerjanya. Selain itu, dia juga sering menyimpan sendiri kesemua peralatan untuk menghasilkan sesuatu gambar dirumah. Termasuklah pencetak gambar dan sebagainya.

Pada suatu hari Azi telah ditugaskan untuk menjalankan kerjanya disuatu tempat. Sebaik tiba dilokasi kerjanya, Azi seperti biasa menyiapkan peralatan-peralatan yang mahu digunakannya. Setelah siap kesemuanya, Azi tidak akan membuang masa dengan terus mengambil gambar model –model yang akan disiarkan dimajalah. Sedang dia tekun melakukan kerjanya, tiba-tiba ada seorang gadis tempatan yang melintas dibelakang model itu. Gadis itu kelihatan terkejut. Dengan rasa penuh serba salah, gadis itu terus meminta maaf kepada Azi. Azi hanya senyum kecil dan memaafkan kejadian yang tidak disengajakan itu.'

Tetapi disebalik senyuman Azi itu mengambarkan sejuta harapan bahawa dia akan bertemu dengan gadis itu lagi. Pada hari berikutnya, Azi telah merancang untuk pergi kedai salon rambut untuk mengunting rambutnya. Seperti biasa pelanggan yang ingin mengunting rambut biasanya akan duduk dikerusi dahulu sebelum rambutnya digunting. Sedang asyik Azi duduk dikerusi, seorang gadis telah datang untuk mencuci rambutnya terlebih dahulu sebelum digunting. Gadis itu mencuci rambut Azi dengan penuh ke ikhlasannya atas dasar kerja. Tetapi suatu kejadian tidak disengajakan berlaku kepada Azi sekali lagi. Gadis yang mencuci rambut Azi tadi telah melakukan kesilapannya apabila mata Azi terkena sabun daripada tangannya. Azi amat terkejut kerana gadis yang mencuci rambutnya itu adalah gadis yang dijumpainya di suatu set pengambarannya ketika gadis itu melintas dibelakang model majalah itu. Sekali lagi gadis itu meminta maaf kepada Azi dengan rasa penuh kesalnya. Azi terketawa kecil kerana kelihatan dia amat suka sekali apabila dapat berjumpa dengan gadis itu semula.

Sejak daripada kejadian itu, Azi telah berkawan bersama gadis yang dikenalinya itu. Nama gadis itu adalah Heliza. Dia sering keluar bersama dengan Heliza terutamanya waktu makan dan sebagainya. Mereka memang kelihatan mudah mesra. Pada suatu hari, Azi telah membuat suatu sesi pengambaran dengan menjadikan Heliza sebagai modelnya. Tujuan pengambaran itu dilakukan adalah tanpa pengetahuan Heliza. Kemesraan hubungan antara Azi dan Heliza telah diketahui oleh seorang adik lelaki Azi yang tinggal bersama dengan Azi. Selama mereka berkawan juga tidak ada masalah besar yang timbul keatas hubungan mereka. Selain itu, Azi mempunyai hobi membawa motor diatas litar. Dan dia juga sering mengajak Heliza ke litar motor itu.

Pada suatu hari, Azi telah menjemput Heliza daripada tempat kerjanya dengan berjalan kaki. Rumah Azi dengan tempat kerja Heliza tidak terlalu jauh dan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Hari dimana Azi hendak mengambil Heliza itu adalah hujan. Azi hanya membawa satu payung sahaja dan terpaksa dikongsikan juga kepada Heliza. Setelah sampai dirumah Azi, Heliza menukar pakaiannya yang terkena hujan sebelum pulang dengan dihantar oleh Azi dengan menaiki kereta. Kerana terlampau minat mendalam kepada kamera, Azi tidak pernah terlepas untuk menangkap gambar Heliza, ketika Heliza berada didepan matanya. Ketika Azi sedang asyik menangkap gambar Heliza, kameranya terkena sedikit habuk. Azi telah meminta tolong kepada Heliza untuk mengambil kain untuk mengelap kameranya diatas rak. Rak itu biasanya penuh dengan peralatan kamera Azi. Ketika Heliza ingin mengambil kain untuk mengelap kamera Azi itu, tiba-tiba tangannya terlanggar sebuah botol yang berisi cecair pemadam gambar dan lalu tumpah keatas matanya.

Kesakitan itu membuatkan Heliza menjerit dan membuatkan Azi tersedar bahawa Heliza seakan-akan tertimpa kemalangan. Setelah Azi sedar kejadian yang menimpa Heliza, dia terus membawa Heliza ke hospital. Alangkah terkejutnya bahawa doktor mengatakan kedua belah mata Heliza tidak dapat diselamatkan. Hal ini bermakna, kejadian yang menimpa Heliza telah menyebabkan dia buta. Kecuaian itu juga telah dilakukan oleh Azi kerana tidak menutup botol yang berisi cecair pemadam gambar itu.

Kerana merasakan dirinya terlampau bersalah terhadap Heliza, dia membuat keputusan untuk mendermakan kedua belah matanya kepada Heliza. Keputusan yang Azi buat itu itu tidak berapa disokong oleh adiknya. Namun begitu, Azi tetap berkeras dengan keputusannya yang juga tidak diketahui oleh Heliza. Tanpa membuang masa, Azi menetapkan tarikh untuk proses pembedahan pemindahan matanya kepada Heliza. Masa yang ditetapkan untuk proses pembendahan pemindahan mata itu telah pun tiba. Namun, tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan pembedahan yang dilakukan itu pun telah berjaya dengan lancar.

Selepas 4 hari proses pembedahan pemindahan mata itu dilakukan, kini telah tiba hari untuk Heliza membuka balutan pada matanya. Setelah balutan itu dibuka, alangkah sedihnya kerana Azi tidak berada didepannya. Tanggapan Heliza bahawa Azi telah meninggalkannya kerana Heliza adalah seorang buta, namun Heliza tidak tahu kejadian yang sebenar. Setelah sebulan berlalu, Heliza sudah mula berkerja semula dan menjalankan rutin hariannya seperti biasa. Walaupun Azi telah lama meninggalkannya, Heliza sentiasa meningati Azi, dan kadang-kadang dia menangis seorang diri kerana tidak menyangkakan bahawa Azi sangup meninggalkannya kerana dia sedang sakit iaitu ketika disaat Heliza tidak dapat melihat.

Pada suatu hari, Heliza telah ternampak mukanya disuatu majalah. Dia amat teruja dan patut berterima kasih kepada Azi. Rupanya ini adalah satu hadiah kepada dirinya yang dilakukan oleh Azi sebelum Azi pergi meninggalkannya.

Hal ini menguatkan semangatnya untuk mencari Azi yang telah lama meninggalkannya. Heliza telah mengambil keputusan untuk berjalan-jalan  seorang diri ke tempat yang selalu dipergi olehnya bersama Azi, contohnya adalah seperti litar motor yang juga adalah satu antara hobi yanh Azi sentiasa lakukan. Sedang Heliza berjalan-jalan, alangkah terkejutnya dia kerana dia ternampak Azi sedang duduk seorang diri dengan ditemani sekeping gambar mereka berdua. Tiba-tiba pula gambar itu terbang dan Azi tidak dapat mencapainya. Hal ini kerana, Azi tidak dapat melihat kerana matanya sudah didermakan kepada Heliza dan dia juga tidak sedar akan kehadiran Heliza. Setelah kelihatan gambar mereka terbang, dengan mata yang hampir menitiskan air mata itu, Heliza mengambil gambar itu dan memulangkannya kepada tangan Azi. Azi mencapainya dan mengucapkan terima kasih kepada Heliza, lalu meninggalkan tempat itu selain ditemani dengan tongkatnya juga. Sebenarnya Azi tidak mengetahui identi siapa sebenarnya yang menolongnya mengambil gambarnya itu. Heliza hanya mampu menangis dan tidak mempu berkata apa-apa, kerana pengorbanan Azi terhadap dirinya adalah begitu besar. Malah ia juga berasa bersalah kepada Azi, kerana tanggapannya  bahawa Azi telah meninggalkannya kerana dia tidak dapat melihat adalah salah.





*sebarang cOment2 atau apa-apa cadangan yang nk diketengahkan boleh lah dihantarkan kepada Aku, Dia dan Kamu...


hak cipta: Aku, Dia dan Kamu

6 comments:

  1. hahhaha...bgOS2... aq suke org cm kOooo....kO da tngOk kn video nyeeeeee????

    ReplyDelete
  2. dahhhhhh.......
    1st tme ak tgk time uh form4 mse kem kepimpinan.....
    blk je dr kem truzz ak nyarik video ny....

    ReplyDelete
  3. best nyeeeeee....aq ingt aq s'org ug minat tdiiiiii.....

    ReplyDelete
  4. bnyk r ko sowg je.........
    ak poooooonnnnnn......
    lgu dye ak hafal auw

    ReplyDelete
  5. bgOs2....stu cOp diberikan untuk kOoo..bak kata cik rahilaaa

    ReplyDelete

kOmen laa...haa..tulis jee...walaupOn anda bukan seorang blOgger pOn, tapi anda pOn bOleh cOment jugakk..dah tulis??? ok..klau dah tq.cOment anda tidak akan dipaparkan sehinga sye membaca nyee dan sye akan membalas nyeee.... Aku, Dia dan Kamu.. >si blOgger yg supOrtingg....<

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww