Cinta Itu Menyakitkan…. Cinta Itu Menyeronokkan… Cinta Itu
Membutakan..
Di setiap satu hari mempunyai 4 dimensi waktu yang berbeza
dan mengenalkan kita kepada dunia. “ Pagi, Tengah Hari, Petang dan Malam.. Di
setiap ruang dimensi waktu ini tidak pernah terpadam memori indah di saat
bersama seseorang yang aku sayang..
Bermula dengan menjadi rakan di “FACEBOOK” aku
mengenalinya.. Mesra dengan pangilan “CANTIK” aku memangilnya.. Seorang yang
peramah dan tidak sombong.. Dia juga seorang yang mudah mesra dan suka
bergurau..
Semenjak aku mengenalinya di “FB” , aku tidak lagi bosan
seperti dulu.. Kebiasaannya aku buka “FB” “MACAM TAK PAYAH BUKA JE”.. Memang
tak ada sapa pun nak text.. Tetapi semenjak ada dia, bila aku buka “FB” memang
selalu text dengan dia je la… Sampai la satu hari tu, dia nak telefon aku.. Aku
pun apa lagi, bagi je la no telefon tu.. Orang dah nak, tak kan nak jual mahal
pulak… Lagi pun aku kawan dengan dia dekat “FB” memang dah lama, cuma segan je
nak mintak no telefon dia walaupun “NIAT TU DAH ADA”..huhu..
Sejak dari hari yang dia call aku tu, hubungan kami memang
dah mangkin rapat… Tapi sayang laa.. Dia dah ada BF “TEMAN LELAKI”.. Jadi niat di hati ni,
memang tak akan rampas awek orang la kan.. Aku dah tanam kuat-kuat dah prinsip “TAK
KAN RAMPAS AWEK ORANG” ni kat dalam hati.. So memang niat aku cuma nak berkawan
je la dengan dia.. Lagi pun dia ok… Benda yang paling penting dan aku suka
sangat saat aku berkawan dengan dia ialah, dia sangat menghargai dalam semua
benda.. Walaupun ianya satu hadiah yang tak bermakna pada orang lain..
Cerita aku dengan dia mangkin menjadi-jadi pada hari-hari
seterusnya.. Setiap malam aku mesti bergayut “ BUAT SUPER SAVERS” dengan dia…
Kadang-kadang satu jam tu macam tak cukup.. Aku tak tahu kenapa dan mengapa, aku rasa seronok sangat
bila dapat berbual dengan dia.. Tak cukup malam, setiap pagi, dalam pukul 10.30
je, aku mesti dapat call daripada dia dan benda ni berlaku setiap hari.. Kalau
pasal “MESSAGE” tu jangan cakap la.. Memang setiap saat tu terasa je nak “MESSAGE”
dia..
Bila dah lama-lama macam ni, kadang-kadang terasa jugak, aku
dah pendam satu perasaan yang aku sendiri pun tak dapat elak.. Ternyata
perasaan tu bukan datang dari aku seorang.. Dan ternyata perasaan tu terasa
bersama.. Yer.. “AKU DAH JATUH CINTA DEKAT DIA”.. Memang perasaan tu “WUJUD”..
Pada mulanya, banyak kali aku nak elak, tetapi aku tak boleh tipu diri aku
sendiri..
“ BENDA YANG AKU TAK BOLEH BUAT SAMPAI SEKARANG IALAH AKU
TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA”… Sampai sekarang…
Betul kata orang, kadang-kadang apa yang kita tak nak tu lah
akan berlaku pada hidup kita.. Memang betul pun… Pada mulanya memang aku Cuma mengangap
dia kawan sahaja tapi akhirnyaaaaaaaaaa…………???... Dalam pada masa yang sama, aku tak boleh nak
elakkan perasaan “CEMBURU” yang timbul bila berhadapan dengan situasi dia
terpaksa meluangkan masa bersama “TEMAN LELAKI” dia…
“ APA YANG PATUT AKU LAKUKAN ???” … Tak ada siapa pun
bersama aku “TIME AKU KENA FIKIR BENDA NI”.. Terasa macam lalui seorang-orang
je.. Perasaan ni sakit sendiri bila difikir-fikirkan.. Aku memang akui semua ni
salah aku sendiri.. Tidak patutnya aku memendam rasa sebegini.. “ TETAPI SIAPA
BOLEH ELAK?? .. SIAPA BOLEH TIPU??.. SIAPA BOLEH BATALKAN PERASAAN NI??...
huhhhh…. Selalu fikir benda ni, tetapi jawapannya tetap “ KOSONG”…
Bila dah jadi macam ni, aku nekad membuat keputusan.. Memang
aku ego bila dah buat keputusan.. Tapi aku buat untuk kepentingan bersama.. Aku
tak nak tengok dia terus tertekan untuk pilih satu antara dua… “SEBAB AKU
SAYANG DIA”.. Aku buat keputusan untuk tingalkan dia.. Biar dia benci dengan
keputusan aku, tetapi aku tahu dia akan ok kerana dia masih ada orang yang
disamping dia… “AKU YAKIN TU”… Itu sebab aku buat keputusan ni.. Cinta kami memang “FANTASI” tetapi ia
mengembirakan.. Hari-hari gelak ketawa bersama.. Bukan aku “EGO” tidak mahu
bersamanya.. Tetapi keputusan ku tidak akan pernah berubah untuk mengorbankan
cinta ku demi “KEBAHAGIAAN” dia..
Benda ni telah pun berlalu 5 tahun lepas.. Tetapi
kehilangannya sampai sekarang terasa… Rindu gelak tawanya… Sesaat pun tak
pernah lupa dia… Aku rasa sekarang dia pun dah tak ingat aku kottt… Tak apa lah…
Mungkin bukan jodoh aku disini bersamanya… Huhhh… Macam tak percaya je, aku
lepaskan benda yang aku sayang hanya kerana “CINTA”.. Semua ini ku lakukan kerana “ KEBAHAGIAAN KU
TERLETAK PADA KEBAHAGIAAN MU”…
“ I LOVE CANTIK”
“ I REALLY RINDU YOU CANTIK”
“ I NAK DENGAR SUARA YOU”
“ I WILL WAITING FOR YOU CANTIK WALUPUN BUKAN DISINI”..
“ I REALLY RINDU YOU CANTIK”
“ I NAK DENGAR SUARA YOU”
“ I WILL WAITING FOR YOU CANTIK WALUPUN BUKAN DISINI”..
“ AKU RINDU SETENGAH MATI, JANGAN MENANGIS UNTUKKU, KU UKIR
INDAH NAMA MU”
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogpost.com
sgt suke words tu "kebahagiaan ku terletak pada kebahagiaanmu.." nice entry.. =)
ReplyDeleteemm sedihnya...really good job bro,nice story
ReplyDeletesedihnye.. + sedih dgn background music nye.. hukhukhuk.. D;
ReplyDelete