Wednesday, November 9, 2011

Cinta Dua Benua



Jeritan ayam di pagi hari…. “Kok Kok Kokkkkkkk….”… Benar-benar menyetap mimpi indah ku di malam hari..huhu.. Jeritan ayam tadi memang sudah memadai untuk aku tahu waktu untuk bangun tidur dan ke pejabat..

-“Huhhhhh.. ngantOk nyeeeee… bising betol lah ayam niiii..”-

Aku capai tuala dekat depan pintu bilik air dan terus pergi mandi..   –“ Erggggggg… sejOk nyeeee…”- ..  Macam ni lah rutin aku tiap-tiap pagi… Dah siap semua, aku pergilah panaskan enjin kereta yang belum habis bayar tu kejap sebelum nak gerak pergi pejabat…  Huhu.. Beli kereta “SECONDHAND” je… Tak mampu lagi nak beli kereta baru sebab aku pun baru je mula kerja… Ok lahh… Panas punya panas, aku pun terus gerak pergi pejabat… Rumah aku nak pergi pejabat memang tak jauh pun… Biasanya aku ambil masa 15 minit untuk sampai ke pejabat..

Sedang layan lagu “Lemak Manis” dekat radio kereta ni, tiba-tiba kereta aku buat hal lah pulak… -“Aduiiiiiiiiiii…. Dah la lambat nak pergi kerja ni..bOleh pulak engkau buat hal..aduii…”- .. Aku tengok jam kat tangan ni, lagi 10 minit lagi pukul lapan.. Adui dah la masok kerja pukul lapan.. Plan aku nak tingal dulu kereta dekat tepi jalan ni.. Pastu pergi kerja dulu.. Tapi tungu teksi pulak tak sampai-sampai.. Erhhh…  Mati aku macam ni kena marah dengan boss.. Tak lama lepas tu, ada sebuah kereta “BMW” berhenti dan parking kat depan kereta aku ni.. Pintu keretanya terbuka.. Seorang wanita berbangsa Inggeris keluar dari keretanya..

-“Encik.. ada apa-apa yang saya boleh tolong???”-..

Perhhh… Perempuan Inggeris ni pandai cakap bahasa Melayu tu.. Gugup jugak aku nak berdepan dengan dia ni.. Hehe..

-“ Saya nak ke pejabat ni.. Saya dah lambat… Boleh cik _____???”-
-“Cik Alisya.. Nama saya Alisya..”-
-“ k nama saya Fuad.. Boleh cik Alisya tolong hantar saya ke pejabat tak?? Sebab kereta saya ni rosak laaa…….”-
-“ Boleh..Bolehhhh… jOm lah naik kereta saya ni..”-

Wahhhh…. Best nya kalau semua orang baik macam dia.. Dia pun hantar aku pergi tempat kerja.. Kebetulan tempat kerjanya pun tak jauh dengan tempat kerja aku.. Sampai je tempat kerja, langkah seperti sedang di susun perlahan untuk keluar dari keretanya..

-“ Terima kasih yer cik Alisya..”-
-“Sama-sama…ni kad saya.. apa-apa hal boleh hubungi no ni yerr…”-

Bergetar tangan aku capai kad niii… Huhu.. Aku terus sumbat kad Alisya ni dekat poket aku, sambil aku berlari mengejar masa yang sangat pantas pada masa nii.. Nasib baik aku sempat sampai pejabat dengan bantuan Alisya ni.. Sedang aku duduk di ruangan meja pejabat aku ni, aku pun keluarkan balik kad yang Alisya bagi kat aku ni.. Baca dengan penuh ketilitian di setiap huruf di atas kad… Rupanya Alisya seorang pemilik restoran makanan yang sangat terkenal di kawasan ni.. Ohh.. Baru lah aku tahu.. Restoran tu pon dah lebih kurang lima tahun di bangunkan.. Tapi tak pernah tahu pulak pemilik restoran tu.. Rupa-rupanya Alisya ni pemilik restoran ni yang sudah berusia lima tahun ni.. Patut lah dia pandai berbahasa “MELAYU”.. Sebab dia dah lama jugak duduk Malaysia ni.. Walaupun bahasa “Melayu” dia tak berapa jelas, tetapi masih boleh difahami..

Restoran yang dimiliki oleh Alisya memang sangat terkenal.. Kerana restorannya menyediakan menu dari pelbagai jenis makanan.. “RESTORAN FAEFOOD”.. Ia sangat menjadi tumpuan ramai masyarakat yang berada di kawasan ini…Termasuk lah aku…

Kerja punya kerja, sekarang dah pukul lima petang dah.. Wahh… Masa untuk balikk.. Hehe.. Tetapi kepala masih pening memikirkan kereta aku yang masih tersadai di tepi jalan tadi.. Tapi aku dah telefon bengkil dah, untuk “MERAWAT” kereta aku yang “TERTIDUR” tiba di tepi jalan tadi.. So jawapnya aku kena balik menggunakan teksi la kann…Tengah tungu teksi, tiba-tiba aku ternampak kereta Alisya melintas depan aku.. Cepat-cepat dia patah balik sebab dia dah nampak aku.. Adui malunyaaaaa…. Erhhh.. Dia membuka tingkapnya seperti hendak mengatur bicara ringkas dengan ku…

-“ Hai Fuadd.. Jumpa lagi kita.. jOm lah kalau nak tumpang..”-
-“Erh tak pe ke?? Tak menyusahkan kee??”-
-“Tak pOnnn… jOm lahhh…”-

Dah dia pelawa macam tu, aku pun tumpang lah kereta dia untuk balik ke rumah..  Segan memang segan… Tapi Alisya ni memang peramah.. Kalau tengok dia berbual, walaupun tak sampai satu hari kenal, tapi dah macam lebih 10 tahun kenal.. Mungkin dia dah biasa berhadapan dengan ramai orang kot…  Huhu.. Soalan berbagai di tanyakan Alisya dekat aku untuk menjadikan topik berbual semasa perjalanan Alisya menghantar aku balik.. “DAH SAMPAI”.. Berbual punya berbual membuatkan masa itu bergerak pantas.. Sampai je rumah, Alisya pun terus balik.. Raut wajahnya menampakkan sejuta kepenatan.. Walaupun bicaranya disusun baik dan tidak melambangkan kepenatan seseorang ponn..

Biasanya sampai rumah, aku terus mandiii… Nak hilang kan penat tu sikit…Sebab tu lah kena mandi.. Tapi tak lama lepas tu, aku dapat berita dari bengkil yang betulkan kereta aku ni.. Dia cakap kereta aku tak boleh disiapkan malam ni.. Mungkin besok petang baru lah siap.. Aduiiiiiii… “Mengomel” aku seorang-seorang.. Kena naik teksi lah macam ni besok. Malasnya naik teksi sebab aku kena bangun awal sikit nanti… “Aduiiiiiiiiiiiiiii”…

“Gringggggggggggggggggggggggggggggg”(jam lOceng lama).. hahhhh… dah pukul tujuh pagi… Alamakk… Aku dah lambat ni… Nak-nak kereta pulak tak ada… “GELABAH AYAM” aku dibuatnya… Siap-siap semua, aku tutup dan kunci pintu rumah… Bila aku tengok luar geril rumah aku, aku nampak kereta Alisya dengan Alisya… Dia seoalah-olah macam tengah tungu aku je.. Mungkin lahhh..

-“mOrning fuad..jOm tumpang kereta saya sekali..”-
-“mOrninggggg…huhhh..buat susah-susah awak jew tungu saya..”-

Macam biasalah… Kalau dah naik kereta dia, memang kena buang lah sifat segan aku ni..  Sebab kalau berbual dengan Alisya ni, memang yang segan pon boleh terbuang segan dia… Termasuklah aku.. Sampai kat tempat kerja aku.. Dia sempat juga titipkan beberapa point penting untuk aku…

-“…t malam saya ada buat dinner untuk staf di Restoran saya.. awak jempot datang yer..”-..

Alisya memelawa aku untuk pergi Dinner di Restoranya.. Aku tidak mengeluarkan sebarang perkataan tetapi hanya “Mengenyit” mata kiri ku kepada Alisya dan terus berjalan memasuki pejabatt.. Dalam pejabat… Harapan aku, kereta aku nanti petang siap.. Petang ni aku balik kerja naik kereta.. Yahooo…. Aku tak payah lah nak tumpang Alisya lagii.. Tetapi dia ada pelawa aku untuk pergi restorannya malam ni.. Tak kan aku tak pergi pulakkk.. Alisya dah banyak tolong aku… Huhh… Malam ni aku kena pergi “Dinner” tu… Kalau tak nanti Alisya mesti kecil hati..

Waktu pergi dinner yang diadakan untuk meraikan kakitangan restorannya, aku rasa aku tak ada kena mengena pon dengan majlis ni.. Malu jee… Tetapi malam tu Alisya memang selalu tarik aku je untuk ikut ke mana dia pergi.. Aduiii… Aku dah macam “BALAK” dia dahhh.. Aku ikut je la.. Sebab dekat restoran dia tu, aku bukannya kenal siapa-siapa pun.. Makan pun sama-sama.. Malam tu memang “Hapy Gile” di buatnyaa… Alisya memang pandai berkawan dan melayan kawan.. Huh.. Walaupun baru kenal Alisya, tetapi jadi seorang kawan Alisya memang seronok..

Hari berlalu terlalu cepat… Alisya dengan aku semangkin rapat… Ada suatu hari pejabat aku mengadakan sebuah hari keluarga dekat “Port Dikson”.. Aku ajak Alisya sekali sebab dia “MERENYANG” nak ikut aku.. Aku kenalkan la Alisya ni dengan rakan-rakan sekerja aku… Habis satu pejabat perli aku “BECINTA DENGAN ORANG PUTIH”…Dengan bos aku pon masuk “Line” sekali perli aku… Nak buat macam mana… Sebab aku rasa bila aku bersama Alisya, hidup aku bahagia sangat.. Aku ni jenis tak banyak cakap sangat.. Bila berhadapan dengan dengan orang atau sebagainya, Alisya yang dahulunya mengeluarkan “SUARANYA”..Hehe..

“Bila hati berbicara, memilikinya adalah satu kewajipan untuk diri ku.. satu hari tidak bersamanya seperti merasa rindu setengah mati hidupku”…

Alisyaa… Walaupun aku dengan Alisya berlainan budaya, berlainan negara dan yang paling penting berlainan agama, ia tidak menghalang semangat kami untuk sentiasa bersama.. Aku pun kerja tak lah tinggi mana... Kalau nak dibandingkan dengan Alisya, dia usahawan muda.. Dia ada perniagaan restorannya sendiri yang terkenal… Tetapi itu pun tidak menjadi penghalang hubungan kami yang semangkin rapatttt…. Cinta kami adalah segalanya.. Jiwa kami adalah satu.. Hati kami perlu bersama…

Minggu ni aku aku dapat cuti dua hari.. Sabtu dan ahad.. Aku dah buat “Plan” nak kenalkan Alisya dengan keluarga aku di Johor Bahru.. Apa yang dirancang semua berjalan dengan lancar.. Alisya memang tak ada masalah pun kalau nk ikut aku balik Johor.. Sebab dia penah cakap yang dia pun teringin nak jumpa keluarga aku jugak.. Dekat Johor aku duduk rumah kawasan kampung.. Aku ni anak sulong.. Adik beradik ada tiga orang je… 

Hari yang dinanti telah tiba.. Hari Sabtu.. Kelihatan “BMW” Alisya sudah “Parking” di halaman rumah aku.. Waktu ni baru pukul lapan pagi.. Aku masih “Terkial-Kial” lagi nak pakai kasut..  Dia dah tunggu dekat dalam kereta.. Maklumlah… Kalau jalan jauh-jauh macam ni, memang aku biasa naik kereta Alisya je.. Lepas dah siap semua, bergerak lah kami ke kampung aku di Johor Bahru.. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru mengambil masa empat jam.. Kalau balik seorang-seorang memang “TEPU” lah jawabnya aku.. Nasib baik ada Alisya.. Dalam perjalan menuju ke Johor Bahru, aku berhenti di perhentian Pagoh.. Haha.. Aku dah tak tahan nak ke tandas.. So Alisya tungu je lah dekat dalam kereta.. Bila aku keluar dari tandas je, aku tengok Alisya dah tak ada dekat dalam kereta…

-“Aikkkkkk…. Mana pulak dia nie pergii?????”-

Tak lama lepas tu aku nampak dia tengah bermain dengan anak kucing dekat belakang kereta..  Huhu.. Entah apa-apa je Alisya ni.. Aku dah risau dah…Huhh… Kami pun meneruskan perjalanan ke Johor Bahru..

Huhhh… Sampai jugak ke Johor Bahru ni.. Jam menunjukkan 12 lebih.. Waktu-waktu makan tengah hari dah ni.. Memang dah baik da tu.. Sampai je rumah, semua ada… Memang best la kannn.. Ye laaa… Dah lama tak jumpa keluarga.. Jadi bila balik “Jarang-Jarang” macam ni, memang harapan nak jumpa semua lah kan.. Aku pun kenalkan juga Alisya dengan keluarga aku.. Semua “OK”  dengan Alisya.. Tetapi tengok reaksi muka salah seorang dari keluarga aku, mak aku tiba-tiba macam berpaling muka je dengan Alisya… Mak aku “PANDANG TAK PANDANG” je Alisya…

Tak sedap hati jugak aku macam ni.. Ye la… Aku tengok mak layan Alisya macam tu.. Tetapi keluarga aku yang lain semua tak ada masalah.. Nak-nak adik aku yang bongsu.. Ayu… Walaupun baru jumpa, Ayu cukup senang dengan Alisya.. Berbual punya berbual dengan keluarga, hari dah petangg… Masa memang cepat berlalu.. Petang ni aku rancang nak pergi berjalan-jalan pusing kampung.. Nak ajak Alisya sekali..  Ye laa… Asik duduk Bandar je.. Apa salahnya kalau “HIRUP” udara kampung sikitt…  Kami berjalan-jalan di tepi sungai.. Makan ais krim (memang “KEGEMARAN” kami).. Antara yang seronok di kampung ialah, suasananya yang di Bandar seperti Kuala Lumpur tak ada..Suasana yang aman, tenteram, hidup bermasyarakat dan lain-lain lagiii….

Hari dah pun maghrib.. Kami balik rumah.. Siap mandi, sembahyang dan makan apa semua.. Alisya terus masuk bilik.. Mungkin terlampau penat agaknya.. Tak lama lepas Alisya masuk bilik, mak aku pangil aku dari ruang tamu..  Aku rasa mak mesti ada sesuatu yang mahu dibualkannya.. Maklumlah dah lama aku tak balik Johor ni….

-“ Fuadddd… mak nak cakap sikitt… mak tak suka kau berkawan dengan budak Alisya tuu.. mak tahu kau rapat..tetapi mak memang tak suka menantu mak berdarah lain dari kita.. kau kena ingat tu.. banyak lagi perempuan lain dekat kampung ni yang mak boleh minangkan.. tak payah kau pilih si Alisya tu.. kau pun tak kenal keluarga dia.. entah dari mana dia.. kalau kau tetap nak pilih dia, kau jangan balik kampung ni lagi….keputusan mak muktamad….”-

Tak sempat aku nak cakap sepatah perkataan sekali pun.. Mak terus bangun dari “KERUSI MALAS” dan pergi dari ruang tamu.. Waktu tu kami berdua je yang berbual.. Ayah lepak dengan kawan-kawannya di warung hujung simpang rumah aku ni.. Adik-adik semua dalam bilik.. Waktu tu aku memang cukup “BUNTU” dengan keputusan yang mak telah buat… Mak tak pernah bersikap macam ni.. Mungkin dia tak suka perbezaan kami dengan Alisya agaknya..

Aku serba salah.. Aku serba salah dengan Mak.. Aku serba salah dengan Alisya.. Tetapi Alisya langsung tak tahu menahu apa yang mak cakap dengan aku.. Sebab dia pun dah tidur.. Aku nak rahsiakan dulu perkara ni dengan Alisya..  Aku takut kalau dia tahu perkara ni, “SEDIKIT SEBANYAK” akan “MEMBANTUTKAN” rancangan dia untuk memeluk Islam..

Hari dah hari ahad.. Besok dah kerja. Kena pergi kursus pulak tuuu. Huhh.. “Penatnyaaa…” Aku bertolak dari Johor tengah hari.. Lepas makan.. Aku tak nak lambat sampai Kuala Lumpur.. Aku takut penat.. Sebab besok aku dah mula kursus di Kuala Kubu selama dua mingu.. Sampai je di Kuala Lumpur, Alisya sempat cakap jugak –“Terima kasih kerana kenalkan saya dengan keluarga awak..”-.. Dengan muka penat dia, walaupun perkataan yang dikeluarkannya dengan muka yang tersenyum tetapi aku tahu dia penat sangat..Huhu.. Dia masih belum tahu lagi yang mak tak bagi kami berkahwin.. Selagi aku mampu, aku akan terus merahsiakan perkara ni.. 

Ahhhh… Dah pagii… Hari ni aku kena gerak awal sikit, sebab aku nak kena pergi kursus… Alisya yang hantar aku pergi tempat kerja, sebab aku malas tingal kereta di pejabat nanti.. Sebab dari pejabat pergi ke Kuala Kubu aku naik kereta syarikat.. Lepas sampai di kawasan pejabat aku sempat jugak cakap serangkap ayat…

-“Awakk…jage diri erhh…saya nak awak tahu yang saya sayang awakk..”-

Sambil muka tersenyum, dia pun balas la dialog aku dengan nada sayu…

-“Awak pon sama tau.. Kalau saya tak ada, awak kena pandai jaga diri dan pergi kerja sendiri tau..”-

Berat rasanya aku nak meninggalkan Alisya… Walaupun tempoh dua mingu ni tak lah berapa lama.. Tetapi aku merasa agak berat untuk meninggalkannya.. Tidak seperti sebelum-sebelum ni.. Aku takut sangat aku akan kehilangan dia suatu hari nanti… Aku sangat sayang pada dia…. Sepanjang aku di Kuala Kubu, aku terputus hubungan komunikasi dengan dia.. Sebab jadual aku di Kuala Kubu memang sangat padat… Kadang-kadang aku rasa tidak cukup tidur.. Nak buat macam mana.. Nama pun kursus..

Akhirnya… Dua minggu tempoh menjalankan kursus sudah pun selesai… Orang pertama yang aku nak jumpa bila sampai Kuala Lumpur nanti ialah, Alisya… Tak sabar rasanya nak sampai Kuala Lumpur.. Tapiii….. Semasa perjalan pulang ke Kuala Lumpur aku cuba hubungi Alisya untuk ambil aku pulang dari tempat kerja… Tapi tak dapat.. –“ Adui sapa nak amek aku ni kalau telefon dia tak dapat”-.. Huhh.. Banyak kali aku telefon dia tapi tak dapat… Aku biar je la dulu.. Sampai pejabat nanti baru telefon balik lahh…

Sampai je pejabat, kawan aku bagi sejambak bunga… Aku ingat bunga dia untuk raikan aku sebab dah habis kursus… Rupanya salah.. Bunga tu daripada Alisya.. Alisya yang bagi bunga tu.. Di dalam jambangan bunga itu, terselit sepucuk surat daripada Alisya..

-“ Awak… Saya minta maaf kerana pemergian saya balik ke kota Londan tidak mengkhabarkan terlebih dahulu kepada awak.. Saya tahu awak mesti marah.. tetapi apa kan daya.. takdir tidak menyebelahi kita.. Awakk… Saya tahu mak awak tak suka dekat saya… Saya dah dengar semua..  Walaupun saya tak jadi kahwin dengan awak, tetapi saya tetap ingin memeluk Islam.. Saya dah peluk Islam sekarang.. tak perlu untuk awak merasa serba salah kepada saya, kerana ini semua bukan salah awak.. saya yang masuk ke dalam hidup awakkk… saya membuat keputusan untuk mengundur diri.. Cari lah penganti yang lagi baik dan bagus dari saya.. Saya berjanji tidak akan menjejak kaki di bumi Malaysia ini kerana khuatir akan mengangu hidup awak semula… Restoran saya telah saya jualkan nya… akhir kata.. Cinta saya kepada awak tidak akan pernah mati dalam hidup saya.. Assalamualaikum sayangggg…”-

Terjatuh bunga yang diberi kepada aku… Tidak pernah terlintas di fikiran ku bahawa dia akan meninggalkan ku.. Banyak kenangan yang Alisya tingalkan kepada aku.. Aku tak kan pernah lupa.. Mungkin konflik yang melanda kami amat mencabar dan dia sedia mengalah dan undur diri.. Oh betapa mulianya hatimu.. Cinta yang kami miliki terpaksa di ketepikan.. Mungkin disini bukan jodoh kami.. Mungkin disini semuanya berakhir…

-“ Pernah dulu aku berjanji untuk menjagamu.. Tetapi belum sempat untuk ku melunaskan janji kepada mu wahai kekasihku.. Di saat aku luka, kau sentiasa merawati ku.. Walaupun kamu tidak lagi bersama ku, aku akan tetap pilih kamu jodoh yang terbaik yang pernah bertakhta di hati ini.. Walaupun kita berbeza, namun ia bukan penghalang cinta kita untuk terus bersatu.. Mungkin sudah tertulis bahawa cinta kita sampai di sini.. tetapi tidak pernah aku melupakan mu di setiap saat ku bergerak.. Kamu lah Alisya bidadariku yang paling terbaik yang pernah aku jumpa…”-


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com




p/s...nak buat sambungan cerita nie untuk part 2..pe pendapat??? huhu...


Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww