Sunday, August 8, 2010

Surat Cinta Kelakar

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu. Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Definisi Kelakuan Lucah Perlu Ikut 'Budaya Timur'


        Laporan akhbar hari ini berkenaan dengan PBT dihalang menjadi 'polis akhlak' kepada masyarakat begitu menyinggung kembali perasaan saya selepas mendapat berita gembira dua minggu yang lalu setelah PBT diberi kuasa oleh mahkamah menghalang perbuatan tidak berakhlak di khalayak awam. Sekiranya PBT hanya boleh menghalang mereka yang melakukan hubungan seks atau membuka baju untuk tujuan lucah di khalayak awam, maka ramailah pemuda-pemudi kita yang akan bercium-ciuman dalam LRT, bas, dan taman-taman rekreasi. Bagi saya, kementerian perlu peka dengan sensitiviti dan budaya timur masyarakat kita. Masyarakat timur, tidak kira apa jua bangsa, tidak boleh menerima perilaku yang mencetuskan naluri seksual di khalayak umum seperti memeluk keterlaluan, meraba-raba, bercium dan bercumbu, sekalipun dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin.
       Kita bukan Amerika yang sudah hilang ciri asli ketamadunan. Kita bangsa timur yang masih berpegang kepada nilai murni dan adab-adab dalam bermasyarakat.  Saya bersetuju jika anggota PBT tidak boleh mengekori atau mengintip pasangan yang ingin membuat 'dajal' di kawasan awam. Tetapi kita tidak boleh menghalang PBT daripada membuat rondaan di kawasan-kawasan awam untuk memastikan kawasan kita bebas daripada unsur-unsur asing yang mencemari adab dan tatasusila budaya timur. Saya pasti, rakyat Malaysia yang bermoral tinggi akan jelik melihat pasangan remaja sekolah berpelukan, memeluk pinggang, mengusap-usap badan antara lelaki dan perempuan. Fitrah kita rakyat timur jelik melihat perkara itu. Sudahlah dalam TV pun didedah dengan pelbagai ancaman sosial, kini PBT pun dihalang pula untuk menjamin suasana harmoni masyarakat Malaysia.
       Sekalipun kita mahu pelancong asing masuk ke negara kita, ini tidak bermakna kita menghalalkan apa jua yang bertentangan dengan budaya timur. Apa uniknya negara timur tanpa adab-adab di khalayak awam? Apa yang pelancong asing dapat rasai jika mereka boleh melakukan perbuatan yang sama di negara mereka. Pelancong sebenarnya melancong untuk melihat keunikan sesebuah negara, bukan sama dengan negara mereka. Mereka ingin melihat bagaimana masyarakat timur mengamalkan cara hidup mereka, adab-adab dan tatasusila harian dalam berinteraksi dengan khalayak. Saya bersetuju jika terdapat draf yang memperincikan perlakuan lucah di hadapan awam dibentuk, serta prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh pegawai penguatkuasa PBT juga perlu diperincikan sama. Namun, perlakuan yang lucah wajar ditafsirkan sebagaimana 'common sense' rakyat timur yang sebenarnya, bukan pemikiran yang telah dijajah oleh arus globalisasi yang sedang menghancurkan tamadun dunia.

Kord Gitar Hati Yang Kau Sakiti

    Em             D               C        Bm
Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku

      Am             B       Em
Karena kini kau telah membaginya

     Em            D                   C                Bm
Maafkan jika memang kini harus ku tinggalkan dirimu

      Am            B       Em
Karena hatiku selalu kau lukai

       C                  D
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu

      C                    B 
Ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa






Reff :

        Am          D
Ku menangis membayangkan

       G            B        Em
betapa kejamnya dirimu atas diriku

            Am                     B           Em
Kau duakan cinta ini, kau pergi bersamanya

    Am             D
Ku menangis melepaskan

         G         B          Em
Kepergian dirimu dari sisi hidupku

             Am               B                     C          B

Harus selalu kau tau akulah hati yang telah kau sakiti

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww