Monday, February 6, 2012

Pesanan Untuk Bidadari Ku

http://haziq-cerdik.blogspot.com

Assalamualaikum….
Kehadapan bidadari ku yang jauh di sana. Dengan lafaz Bismillah pembuka bicara. Aku sujud kepadaNya atas kesyukuran nikmat yang diberikan olehNya..

Bidadari Ku..
Pulanglah beradu di pangkuan ku.. Seorang insan yang sentiasa menanti mu sejak pertama kali bertemu dan sehingga kini… Tidak pernah jemu memerhati mu dari bingkai kaca yang kau tingalkan dulu… Aku merindui wajah asli mu di balik mata ku…..


Bidadari Ku…
Ingat kah dikau diwaktu remaja kitaa.???.. Betapa indahnya hari ku bila sentiasa bersamamu.. Mata ku sekan tidak pernah terpejam kerana ingin menatapi setiap ukiran senyuman di wajahmu.. Alangkah indahnya sekarang jika itu mampu ku lakukan….


Bidadari Ku..
Ingat kah dikau sewaktu kita mengikat janji akan bersama selamanya.. Kerana aku sudah jatuh hati pada sifat dan diri mu yang sentiasa indah buat ku.. Mata mu juga sentiasa mencoret kejujuran yang jelas terpancar untuk aku sendiri menilainya…


Bidadari Ku…
Saat kita lalui usia muda bersama, tidak pernah sekali aku jemu untuk sentiasa menjadi penghibur mu.. Tidak pernah sekali juga aku untuk sentiasa menjauh dari mu tika masalah menyelebungi mu.. Kerana aku tahu yang “ Aku Sayang Kamu”…


Bidadari Ku…
Jika cinta ini milik kita, aku akan sentiasa menjaga mu walau disaaat senang mahu pun susah.. Aku percaya bahawa cinta kita tiada nilainya jika dibandingkan dengan harta benda.. Antara kita sudah cukup juga untuk saling melengkapi…


Bidadari Ku…
Kerana cinta juga, kita telah mengikat dan menjadikan suatu perhubungan yang halal di sisiNya.. Raja bersama Permaisuri kesayangannya diijabkabulkan..  Diketika itu, air mata kegembiraan penuh mengalir di pipi kita berdua… Tidak lupa juga ku lakukan sujud kesyukuran kepadaNya kerana menjodohkan kita bersama… Walau kita menempuhi banyak duri tajam, kita tetap boleh bersama dan menjadi halal ketika kini….


Bidadari Ku,
Saat berlari kamu, aku akan sentias mengejar mu.. Saat tidur kamu, aku akan sentiasa mebelai mata jujur mu…  Saat makan kamu, aku akan sentiasa menemani mu.. Dan tidak lupa juga tatkala solat, aku akan sentiasa mengimamkan mu.. Aku besyukur kerana aku ada kamu wahai “ Bidadari KU”..

Bidadari Ku…
Atas kerana cinta dan sayang, kita bakal dianugerahkan orang baru dalam hidup kita.. Kebahgian jelas terpancar disaat menerima berita seperti itu.. Kini usia kandungan mu menghitung hari.. Aku bakal digelar “Ayah” dan kau bakal digelar “Ibu”..Huhu..

Bidadari Ku…
Setelah kita menunggu, akhirnya kita dianugerah zuriat yang sempurna olehNya.. Terlahirnya seorang puteri atas berkat doa yang sentiasa dimakbulkan olehNya.. Puteri Nurdayana Syafiqah..

Bidadari Ku…
Kenapa setelah kita mencapai kejayaan kau pergi meninggalkan ku.??. Kenapa setelah kita mencapai kebahgiaan, kau pergi meninggalkan ku..??.. Kenapa setelah kita mempunyai anugerah olehNya kau pergi meninggalkan ku..??.. Kenapa semua ini boleh berlaku??..

Bidadari Ku..
Aku percaya ini semua ujian buat ku.. Walaupun diketika, aku tidak kuat untuk mengharunginya, tetapi aku terpaksa kerana dasar cinta aku memelihara hidup ku dan anak kita dengan sebaiknya.. Andai dapat ku undurkan masa, aku tidak mahu untuk melepaskan peluang untuk sentiasa memelukmu wahai “ Bidadari Ku”…

Bidadari Ku..
Aku angap keperigan mu adalah suatu perngorbanan untuk aku.. Walaupun ianya membuatkan aku sedih tetapi aku tetap bangga dengan pengorbanan mu.. Saat kamu melawan kesakitan melahirkan puteri kita, di situ juga nafas terakhir mu terhembus…

Bidadari Ku…
Puteri Dayana Syafiqah, adalah anugerah mu kepada ku… Puteri Nurdayana Syafiqah juga lah lambang pengorabanan mu buat ku.. Kini apa yang mampu aku lakukan adalah berdoa supaya kebahgiaan mu di sana lebih terjamin…

Bidadari Ku…
Ketahuilah bahawa aku rindu akan kamu… Aku rindu akan senyum kamu… Aku rindu akan gurau dan senda mu… Tangis ku kini sendiri.. Pelukan ku hanya bersama puteri kita sahaja dan bukan kita bertiga.. Aku redha…  

Ya Allah.. tolong sampaikan pesanan ku ini kepada bidadari ku… 


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com











9 comments:

kOmen laa...haa..tulis jee...walaupOn anda bukan seorang blOgger pOn, tapi anda pOn bOleh cOment jugakk..dah tulis??? ok..klau dah tq.cOment anda tidak akan dipaparkan sehinga sye membaca nyee dan sye akan membalas nyeee.... Aku, Dia dan Kamu.. >si blOgger yg supOrtingg....<

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww