Sunday, August 8, 2010

Definisi Kelakuan Lucah Perlu Ikut 'Budaya Timur'


        Laporan akhbar hari ini berkenaan dengan PBT dihalang menjadi 'polis akhlak' kepada masyarakat begitu menyinggung kembali perasaan saya selepas mendapat berita gembira dua minggu yang lalu setelah PBT diberi kuasa oleh mahkamah menghalang perbuatan tidak berakhlak di khalayak awam. Sekiranya PBT hanya boleh menghalang mereka yang melakukan hubungan seks atau membuka baju untuk tujuan lucah di khalayak awam, maka ramailah pemuda-pemudi kita yang akan bercium-ciuman dalam LRT, bas, dan taman-taman rekreasi. Bagi saya, kementerian perlu peka dengan sensitiviti dan budaya timur masyarakat kita. Masyarakat timur, tidak kira apa jua bangsa, tidak boleh menerima perilaku yang mencetuskan naluri seksual di khalayak umum seperti memeluk keterlaluan, meraba-raba, bercium dan bercumbu, sekalipun dilakukan oleh pasangan yang sudah berkahwin.
       Kita bukan Amerika yang sudah hilang ciri asli ketamadunan. Kita bangsa timur yang masih berpegang kepada nilai murni dan adab-adab dalam bermasyarakat.  Saya bersetuju jika anggota PBT tidak boleh mengekori atau mengintip pasangan yang ingin membuat 'dajal' di kawasan awam. Tetapi kita tidak boleh menghalang PBT daripada membuat rondaan di kawasan-kawasan awam untuk memastikan kawasan kita bebas daripada unsur-unsur asing yang mencemari adab dan tatasusila budaya timur. Saya pasti, rakyat Malaysia yang bermoral tinggi akan jelik melihat pasangan remaja sekolah berpelukan, memeluk pinggang, mengusap-usap badan antara lelaki dan perempuan. Fitrah kita rakyat timur jelik melihat perkara itu. Sudahlah dalam TV pun didedah dengan pelbagai ancaman sosial, kini PBT pun dihalang pula untuk menjamin suasana harmoni masyarakat Malaysia.
       Sekalipun kita mahu pelancong asing masuk ke negara kita, ini tidak bermakna kita menghalalkan apa jua yang bertentangan dengan budaya timur. Apa uniknya negara timur tanpa adab-adab di khalayak awam? Apa yang pelancong asing dapat rasai jika mereka boleh melakukan perbuatan yang sama di negara mereka. Pelancong sebenarnya melancong untuk melihat keunikan sesebuah negara, bukan sama dengan negara mereka. Mereka ingin melihat bagaimana masyarakat timur mengamalkan cara hidup mereka, adab-adab dan tatasusila harian dalam berinteraksi dengan khalayak. Saya bersetuju jika terdapat draf yang memperincikan perlakuan lucah di hadapan awam dibentuk, serta prosedur-prosedur yang perlu diikuti oleh pegawai penguatkuasa PBT juga perlu diperincikan sama. Namun, perlakuan yang lucah wajar ditafsirkan sebagaimana 'common sense' rakyat timur yang sebenarnya, bukan pemikiran yang telah dijajah oleh arus globalisasi yang sedang menghancurkan tamadun dunia.

No comments:

Post a Comment

kOmen laa...haa..tulis jee...walaupOn anda bukan seorang blOgger pOn, tapi anda pOn bOleh cOment jugakk..dah tulis??? ok..klau dah tq.cOment anda tidak akan dipaparkan sehinga sye membaca nyee dan sye akan membalas nyeee.... Aku, Dia dan Kamu.. >si blOgger yg supOrtingg....<

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww