Azi adalah seorang jurukamera yang berjaya. Dia sering
mengambil gambar model-model dan sebagainya. Azi biasanya melakukan kerjanya
diluar set dan didalam set. Sebagai jurukamera yang berjaya, dia sangat teliti
akan kerjanya. Selain itu, dia juga sering menyimpan sendiri kesemua peralatan
untuk menghasilkan sesuatu gambar dirumah. Termasuklah pencetak gambar dan
sebagainya.
Pada suatu hari Azi telah ditugaskan untuk menjalankan
kerjanya disuatu tempat. Sebaik tiba dilokasi kerjanya, Azi seperti biasa
menyiapkan peralatan-peralatan yang mahu digunakannya. Setelah siap kesemuanya,
Azi tidak akan membuang masa dengan terus mengambil gambar model –model yang
akan disiarkan dimajalah. Sedang dia tekun melakukan kerjanya, tiba-tiba ada
seorang gadis tempatan yang melintas dibelakang model itu. Gadis itu kelihatan
terkejut. Dengan rasa penuh serba salah, gadis itu terus meminta maaf kepada
Azi. Azi hanya senyum kecil dan memaafkan kejadian yang tidak disengajakan itu.'
Tetapi disebalik senyuman Azi itu mengambarkan sejuta
harapan bahawa dia akan bertemu dengan gadis itu lagi. Pada hari berikutnya,
Azi telah merancang untuk pergi kedai salon rambut untuk mengunting rambutnya.
Seperti biasa pelanggan yang ingin mengunting rambut biasanya akan duduk
dikerusi dahulu sebelum rambutnya digunting. Sedang asyik Azi duduk dikerusi,
seorang gadis telah datang untuk mencuci rambutnya terlebih dahulu sebelum
digunting. Gadis itu mencuci rambut Azi dengan penuh ke ikhlasannya atas dasar
kerja. Tetapi suatu kejadian tidak disengajakan berlaku kepada Azi sekali lagi.
Gadis yang mencuci rambut Azi tadi telah melakukan kesilapannya apabila mata
Azi terkena sabun daripada tangannya. Azi amat terkejut kerana gadis yang
mencuci rambutnya itu adalah gadis yang dijumpainya di suatu set pengambarannya
ketika gadis itu melintas dibelakang model majalah itu. Sekali lagi gadis itu
meminta maaf kepada Azi dengan rasa penuh kesalnya. Azi terketawa kecil kerana
kelihatan dia amat suka sekali apabila dapat berjumpa dengan gadis itu semula.
Sejak daripada kejadian itu, Azi telah berkawan bersama
gadis yang dikenalinya itu. Nama gadis itu adalah Heliza. Dia sering keluar
bersama dengan Heliza terutamanya waktu makan dan sebagainya. Mereka memang
kelihatan mudah mesra. Pada suatu hari, Azi telah membuat suatu sesi
pengambaran dengan menjadikan Heliza sebagai modelnya. Tujuan pengambaran itu
dilakukan adalah tanpa pengetahuan Heliza. Kemesraan hubungan antara Azi dan
Heliza telah diketahui oleh seorang adik lelaki Azi yang tinggal bersama dengan
Azi. Selama mereka berkawan juga tidak ada masalah besar yang timbul keatas
hubungan mereka. Selain itu, Azi mempunyai hobi membawa motor diatas litar. Dan
dia juga sering mengajak Heliza ke litar motor itu.
Pada suatu hari, Azi telah menjemput Heliza daripada tempat
kerjanya dengan berjalan kaki. Rumah Azi dengan tempat kerja Heliza tidak
terlalu jauh dan hanya mengambil masa selama 15 minit sahaja. Hari dimana Azi
hendak mengambil Heliza itu adalah hujan. Azi hanya membawa satu payung sahaja
dan terpaksa dikongsikan juga kepada Heliza. Setelah sampai dirumah Azi, Heliza
menukar pakaiannya yang terkena hujan sebelum pulang dengan dihantar oleh Azi
dengan menaiki kereta. Kerana terlampau minat mendalam kepada kamera, Azi tidak
pernah terlepas untuk menangkap gambar Heliza, ketika Heliza berada didepan
matanya. Ketika Azi sedang asyik menangkap gambar Heliza, kameranya terkena
sedikit habuk. Azi telah meminta tolong kepada Heliza untuk mengambil kain
untuk mengelap kameranya diatas rak. Rak itu biasanya penuh dengan peralatan
kamera Azi. Ketika Heliza ingin mengambil kain untuk mengelap kamera Azi itu,
tiba-tiba tangannya terlanggar sebuah botol yang berisi cecair pemadam gambar
dan lalu tumpah keatas matanya.
Kesakitan itu membuatkan Heliza menjerit dan membuatkan Azi
tersedar bahawa Heliza seakan-akan tertimpa kemalangan. Setelah Azi sedar
kejadian yang menimpa Heliza, dia terus membawa Heliza ke hospital. Alangkah terkejutnya
bahawa doktor mengatakan kedua belah mata Heliza tidak dapat diselamatkan. Hal
ini bermakna, kejadian yang menimpa Heliza telah menyebabkan dia buta. Kecuaian
itu juga telah dilakukan oleh Azi kerana tidak menutup botol yang berisi cecair
pemadam gambar itu.
Kerana merasakan dirinya terlampau bersalah terhadap Heliza,
dia membuat keputusan untuk mendermakan kedua belah matanya kepada Heliza.
Keputusan yang Azi buat itu itu tidak berapa disokong oleh adiknya. Namun
begitu, Azi tetap berkeras dengan keputusannya yang juga tidak diketahui oleh
Heliza. Tanpa membuang masa, Azi menetapkan tarikh untuk proses pembedahan pemindahan
matanya kepada Heliza. Masa yang ditetapkan untuk proses pembendahan pemindahan
mata itu telah pun tiba. Namun, tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini
berlaku dan pembedahan yang dilakukan itu pun telah berjaya dengan lancar.
Selepas 4 hari proses pembedahan pemindahan mata itu
dilakukan, kini telah tiba hari untuk Heliza membuka balutan pada matanya. Setelah
balutan itu dibuka, alangkah sedihnya kerana Azi tidak berada didepannya. Tanggapan
Heliza bahawa Azi telah meninggalkannya kerana Heliza adalah seorang buta,
namun Heliza tidak tahu kejadian yang sebenar. Setelah sebulan berlalu, Heliza
sudah mula berkerja semula dan menjalankan rutin hariannya seperti biasa.
Walaupun Azi telah lama meninggalkannya, Heliza sentiasa meningati Azi, dan
kadang-kadang dia menangis seorang diri kerana tidak menyangkakan bahawa Azi
sangup meninggalkannya kerana dia sedang sakit iaitu ketika disaat Heliza tidak
dapat melihat.
Pada suatu hari, Heliza telah ternampak mukanya disuatu
majalah. Dia amat teruja dan patut berterima kasih kepada Azi. Rupanya ini
adalah satu hadiah kepada dirinya yang dilakukan oleh Azi sebelum Azi pergi
meninggalkannya.
Hal ini menguatkan semangatnya untuk mencari Azi yang telah
lama meninggalkannya. Heliza telah mengambil keputusan untuk
berjalan-jalan seorang diri ke tempat
yang selalu dipergi olehnya bersama Azi, contohnya adalah seperti litar motor
yang juga adalah satu antara hobi yanh Azi sentiasa lakukan. Sedang Heliza
berjalan-jalan, alangkah terkejutnya dia kerana dia ternampak Azi sedang duduk
seorang diri dengan ditemani sekeping gambar mereka berdua. Tiba-tiba pula
gambar itu terbang dan Azi tidak dapat mencapainya. Hal ini kerana, Azi tidak
dapat melihat kerana matanya sudah didermakan kepada Heliza dan dia juga tidak
sedar akan kehadiran Heliza. Setelah kelihatan gambar mereka terbang, dengan
mata yang hampir menitiskan air mata itu, Heliza mengambil gambar itu dan
memulangkannya kepada tangan Azi. Azi mencapainya dan mengucapkan terima kasih
kepada Heliza, lalu meninggalkan tempat itu selain ditemani dengan tongkatnya
juga. Sebenarnya Azi tidak mengetahui identi siapa sebenarnya yang menolongnya
mengambil gambarnya itu. Heliza hanya mampu menangis dan tidak mempu berkata
apa-apa, kerana pengorbanan Azi terhadap dirinya adalah begitu besar. Malah ia
juga berasa bersalah kepada Azi, kerana tanggapannya bahawa Azi telah meninggalkannya kerana dia
tidak dapat melihat adalah salah.
*sebarang cOment2 atau apa-apa cadangan yang nk diketengahkan boleh lah dihantarkan kepada Aku, Dia dan Kamu...
hak cipta: Aku, Dia dan Kamu
bcoz im a girl...........
ReplyDeletehahhaha...bgOS2... aq suke org cm kOooo....kO da tngOk kn video nyeeeeee????
ReplyDeletedahhhhhh.......
ReplyDelete1st tme ak tgk time uh form4 mse kem kepimpinan.....
blk je dr kem truzz ak nyarik video ny....
best nyeeeeee....aq ingt aq s'org ug minat tdiiiiii.....
ReplyDeletebnyk r ko sowg je.........
ReplyDeleteak poooooonnnnnn......
lgu dye ak hafal auw
bgOs2....stu cOp diberikan untuk kOoo..bak kata cik rahilaaa
ReplyDelete