Dengan berbekalkan sarung tangan, helmet pinjam n jaket
hitam yg sudah kOyak, aku pOn panaskan enjin mOto sambil bakar rOkokkk…jam
menunjukkan pkOl 12 lebih dengan niat dihati x pergi sembahyang jumaat kerana
balik kluangg… Aku ditemani dua tiga orang budak-budak lain yang masing-masing
nak balik jb dan mersing… Kesimpulannya separuh jalan je la aku dengan dia org
semuaaa..
Yang aku nak cerita ni, start perjalanan aku dari kota ke
kluang la ni… Dari petronas kota tinggi, aku dah kelihatan awan hitam yang
berarak… Sejenak ku berdoa didalam hati supaya dilindungi Tuhan daripada hujan
diturunkan kepada orang yang ingkar akan arahannya. Aku tekad untuk meneruskan
perjalan. Masjid kota tinggi yang nak mengala ke kluang penuh sangat orang…hehehe..
Terok betOl aku ni.. 5 minit aku lepas dari masjid 2, hujan pun turun dengan
lebatnya… Tak pasal-pasal kena patah balik aku dan terus cari kedai yang
terdekat. Tujuan aku cari kedai sebab aku nak mintak plastic untuk bungkus
leptOp aku daripada kena hujan..Nak dipendikkan cerita, ada satu kedai india
ni, aku nak mintak plastic dengan dia, aku menggunakan cara politik dengan
membeli jajan dulu dari kedai dia n baru lah aku mintak plastic… Sedang aku
bungkus leptOp aku, de pulak seorang apek tua ni pau rOkok aku sebatang… perhhh….
Tak pasal-pasal rokok aku melayang sebatang… Tak pe lah cOs apek 2 pOn cm x
sihat je knnn…
Hujan masih belOm berhenti, aku tekad untuk redah hujan, cOs
aku memang da basah ckit da pOnnn… Tak lama lepas 2, da nk sampai sempang air
terjun kota tinggi, kelihatan orang ramai baru balik dari sembahyang. Tiba-tiba
pulak kawasan 2 tak hujan. Nampak sangat Tuhan nak uji aku cOs x pergi
sembahyang. Aku teruskan lah perjalanan aku, tak lama kemudian, hujan sekali
lagi membasahkan ku.. Belom sempat aku nak rasa panas, sekarang dah sejuk
balik. Mengigil aku atas motor tadi. Oleeh kerana terlampau sejuk, target aku
sekarang nak sampai rumah dengan cepat la knnnn…. Aku perah motor aku
habis-habis tadi walaupun hujan-hujan… Bayangkan paling slow aku bawah da dekat
110k/m dan paling laju pulak aku bawak tadi dekat la jugak meter motor aku
dekat 160k/m..
Dah laju macam 2, tentu-tentulah aku banyak memotong
kenderaan-kenderaan dekat depan aku. Ada lori la, kereta la, pancuan 4 roda la…
Yang paling aku ingat sekali, waktu aku potong lori tadi lah.. Dah lah hujan,
gelap pulak 2, jalan tak rata lagi, lopak air pun banyak la kn… Aku potong lori
ni, lori ni pulak ikut suka dia je nk elak-elak lobang, yang aku dekat tepi dia
tengah memotong ni dah takut, dengan air percikkan dari tayar dia semua
terpelanting dekat aku. Yang paling aku risau adalah, ramai kereta tak bukak
lampu time-time hujan macam ni. Takut jugak aku, manalah tahu tiba-tiba ada
kereta muncul waktu aku belOm selesai memotong lagi. Banyak kali jugak aku
terkena tadi dengan lori-lori ni… Hati mesti kental kan cOs 2 la aku sangup
bawak motor walaupun hujan. Banyak jugak lah aku hampir berhadapan dengan maut
tadi. Mujurlah umur aku masih panjang.
Selesai berhadapan dengan jalan kelapa sawit antara kota
tinggi dan kluang. Kini aku dah nampak Bandar kluang. Kesejukkan aku masih
belOm hilang walaupun waktu aku sampai kawasan kluang tadi hujan dah berhenti.
Tekad sangat nak cepat sampai, semua lampu isyarat aku langgar. Walaupun
kawasan Bandar 2 banyak kenderaan, itu sama sekali tidak mematahkan semangatku
untuk membawa laju.
Kini hampir lima minit lagi aku nak sampai rumah, ada satu
kerata depan aku ni tiba-tiba berhenti tengah jalan cOs kereta depan dia nak
masuk simpang secara mengejut. Yang aku pulak dah dekat sangat dengan kereta
depan aku 2. Aku apa lagi la, dengan menggunakan sepenuh tenaga, aku tekan la
brek kaki.. Nampaknya still x berjaya memberhentikan motor aku, cOs tayar
belakang aku still terserit. Aku pun tekan brek tangan pulak tanpa melepaskan
brek kaki. Hasilnya tetap x berjaya cOs jalan licin. Sikit lagi aku nak
tersondol dengan kereta depan aku 2, aku pun elak teros ke kanan dengan
banganya tanpa memikir kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Sedang aku
dengan banganya sambil menggelak dalam keadaan mengejut, hampir jugak aku jatuh
tadi, mujur kaki kiri sempat tahan dari jatuh. Sakit ibu jari kaki aku cOs
terhentak dekat jalan. Lepas aku menggelak ke kanan je, kenderaan yang
bertentangan dengan aku pun kena mengelak sikit, cOs klau tidak nanti aku yang
terbang.
Kini aku dah selamat sampai dirumah aku. Kalau aku tak
selamat sampai aku rasa ramai jugak yang akan rindu aku mengupdate blog kn…
Maklumlah aku ni kan pandai buat cerita karut.. Ok lah.. Kalau aku ada masa
nanti aku update blog aku dengan cerita-cerita yang best punye kkk…..Salammmmmm
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
....
ReplyDeleteitula kekuasaan TUHAN.....
bila TUHAN kata kun fa ya kun..
maka jadilah....
secara tuntasnye, jangan tinggalkan solat hehe
pOyo ketika berkata-kataaaaaa....lalalala
ReplyDeletelain kaly jgn lupe solat . . solat 2 wajib . . best bce cite2 kat blog nie . . best jgk video yg menyayat aty 2 . . hehe . .
ReplyDeletethanksss....
ReplyDelete