Sentuhan Terakhir Mu
Suatu ketika dahulu, aku pernah mengenali seorang perempuan
yang bernama Huda. Diketika itu, aku berusia 6 tahun. Dia adalah sahabat baik
ku disekolah mahu pun dirumah. Selama kami berkawan, dia memang sangat baik
dengan ku. Rumahnya juga adalah bersebelahan sahaja dengan rumah aku.
Keluarganya juga mengenali diriku kerana kami sering keluar bermain bersama.
Pada suatu hari, satu khabar berita aku telah terima
daripada teman baik ku itu. Dia ingin berpindah ke Kelantan. Pada ketika ini
kami diusia 10 tahun. Sebelum kami berpisah, dia sempat menyerahkan gambar kami
bersama supaya kami menyimpan setiap satu seorang untuk dijadikan kenangan
sepanjang perpisahan kami. Akhirnya aku keseorangan ditemani cahaya sepi di
sini.
Hubungan kami ternyata memberi impak besar dalam kehidupan
ku. Aku merinduinya sebagai teman baikku yang pernah aku kenal dan membesar
bersama-sama dengannya walaupun di suatu ketika usia muda ku. Aku tanam sedalam
mungkin kenangan kami supaya sentiasa bersemadi didalam hati ini.
Kini aku telah memasuki alam perkerjaan. Aku berusia 26 tahun sekarang dan aku berkerja di Kuala
Lumpur sebagai juru audit. Pada suatu hari aku telah singgah disuatu kedai
makan bersama rakan-rakanku. Selesai sahaja makan, aku telah pergi ke kaunter
untuk membuat bayaran. Ketika aku sedang ingin mengeluarkan duit daripada beg
duit aku, gambar aku bersama teman baikku iaitu Huda telah terjatuh diatas
kaunter bayaran tadi. Seorang pekerja perempuan yang bekerja sebagai cashier di
restoran itu telah menyambut gambar aku yang terjatuh itu.
Tiba-tiba dengan nada perlahan perempuan itu bertanyakan
kepada ku sambil ingin menyerahkan gambar aku tadi: “ Ni Haziq erh???....Ni
Huda lahh… Ingat lagi tak?? Ni restoran Huda…” Tersentak seketika aku. Selama
16 tahun kami berpisah akhirnya kami bertemu kembali. Syukur ku kepada Nya
kerana menemukan ku kembali bersama teman lama ku yang sungguh aku rindu
telatahnya. Sejak daripada itu, kami berdua kembali rapat seperti 16 tahun yang
dulu. Kami sering menghabiskan masa bersama-sama. Kami juga telah membuat keputusan untuk
berkahwin.
Tiada lagi halangan perpisahan untuk kami lagi kerana kami
sudah pun diikat sebagai pasangan suami dan isteri. Kini hidup ku sangat
bahagia bersama teman yang dahulunya menghilang dari hidup ku dan muncul
kembali. Tidak pernah terlintas olehku untuk mendirikan rumah tangga sebahagia
ini. Guraun senda ku ukirkan tatkala bersamanya. Ini kerana, senyuman yang dia
lukiskan dari pipi telah memberiku sejuta keyakinan hidupku.
Kini isteriku Huda telah mengandung dan memasuki bulan yang
terakhirnya. Sungguh pantas masa berlalu. Tidak lama lagi aku akan menjadi
seorang ayah. Pada suatu hari, isteri telah mengadu sakit perut. Mungkin saat
yang ditunggu-tunggu untuk menjadi seorang ayah telah sampai ke masanya. Aku
memaut isteriku yang sudah semangkin lemah itu ke kereta. Sifat ku yang kelam
kabut telah membuatkan ku sendiri lupa untuk mengambil kunci kereta didalam.
Aku masuk kembali ke dalam rumah untuk mengambil semula kunci kereta ku. Aku
menyuruh isteriku tunggu ditepi kereta dahulu sambil ku melepaskan tangannya
dan terus mengambil kunci.
Sebaik sahaja aku selesai mengambil kunci kereta, aku terus
pergi ke kereta semula. Sesampai aku dikereta, aku melihat isteri ku sudah
terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Dia juga sudah tidak sedarkan
diri. Aku terus memapahnya masuk kedalam kereta dan terus pergi ke hospital.
Aku mula cemas dan risau akan keadaan isteriku. Sampai dihospital, doktor
menyuruh aku menunggu diluar wad, kerana dia bimbang dengan keadaanku yang
sedang lemah.
Sedang aku duduk terdiam dibangku kerusi sambil menunggu,
tiba-tiba seorang doktor memanggilku. Dia berbisik kepadaku: “ En Haziq, kami
berjaya menyelamatkan anak awak, tetapi maaf isteri anda tidak dapat
diselamatkan”… Rebah ke bumi seluruh anggota tubuh badan ku apabila mendengar
kenyataan yang diberikan oleh doktor itu
tadi. Sungguh tak sangka kebahagian yang aku miliki tidak kekal lama. Aku
ditinggalkan dengan seorang anak perempuan yang aku namakannya sebagai mana
yang aku dan arwah isteri ku telah rancangkan, iaitu Suhana.
Aku telah menjaga anak perempuan ku itu iaitu Suhana sampai
lah dia dewasa tanpa ditemani oleh ibunya. Sering sayu dihatiku kerana
mengenangkan arwah isteriku. Mungkin sudah itu takdir yang terjadi kepada
diriku. Hampir setiap hari aku menangis kerana merindui arwah isteriku. Segala
yang berlaku dalam hidupku, pasti akan terbayang wajah isteriku. “ Sayang…
Kenapa kau biarkan aku seorang disini untuk menjaga anak kita ni??? .. Kenapa
kau tidak bersama ku tatkala aku sepi seperti dulu???... dulu saat aku hendak
tidur, kau selalu menyanyikan lagu untukku…tapi sekaranggggggg….ermmm… Hanya
Tuhan yang tahu betapa siksanya diri ini dihujani dengan kenangan kita sewaktu
diusia kanak-kanak dan sehinggalah kita kahwin”…. Raut wajah anakku diusia
remajanya mirip dengan arwah isteriku dan sering mengingatkan aku akan arwah
isteriku.
Kini aku telah pun diperingkat umur hujungku. Segala
kenangan didunia ini akan bersemadi diatas tanahnya. Aku hanyalah manusia yang
menghitung hari untuk bersama dengan arwah isteri ku Huda. “Tunggu saya erh
sayangggggg…”
Sekilas cahaya bintang itu aku terpandang, terpikir oleh ku
juga bahawa tercapaikah aku ke bintang itu. Mimpi ku hanyalah dongengan disiang
hari. Angan-anganku adalah seperti titisan air yang pahit. Bintang yang aku
pandang, yang aku mimpi dan yang aku angan-angankan telah menjelma dan menjadi
hak halalku. Tetapi tidak kusangka persinggahan mu hanyalah sementara disisiku…..
Aku, Dia dan Kamu
sedih la cite niiiiii...best sng2
ReplyDeletecite ni sdih...tpi sweet...best lah..terbaik.....
ReplyDeletehuhu..thanksssssssss
ReplyDeleteermmm..
ReplyDeleteni kan mesti sinopsis daripada video clip selamat tinggal zizan dgn dina, kan?lalalalala
ReplyDeletebru thu keeeeeee???? org len smua dah thu laaaaa...ketinggalan btOlllllllll
ReplyDeletebukan ketinggalan ok...skang ni x sempat nak tgk tv lorh...asik bz keje jerr...laiin la u, mudah sgt terpengaruh dgn citer tv sebab asik tgk tv jer pg, ptg siang malam hahaha
ReplyDeleteala nk ngan xnk jeeeeee.....
ReplyDeleteopss...sori...citer betolke takneyh..????ngeee....^^
ReplyDeletex pOOnnnnn
ReplyDeletesedeyh cecgt....sweett...!!:')
ReplyDeletetq
ReplyDeleteigtkn cite btl td...wt penat je melelehkan air mata...hmmm
ReplyDeletehuhhhh....
ReplyDeleteeh , permulaan dy mcm dlm music vid ni lhaa . tp tak engat ape lagu dy . touchingg lagii :'(
ReplyDeleteassalamualaikum..sungguh pilu dan teamat sedih dgr rintihan anda..seseorang yg amatkita syg tp akhirya hanya tinggal kenangan..sungguh perit rasanya...ni lah masa yg ada kita membahagiakan pasangan kita dgn tunjukkan ksh sayang kita tpi bukan sebaliknya dgn bpikir hanya keseronokkan ,mencari kesengan dan kita abaikan pasangan kita kerana kita tidak thu nyawa kita bila or mati bila..hidup ni hanya sekali dalam hidup...jgn sia siakan hidup kita dan masa depan kita..sume impikan ada keluaga yg bahagia wlupun hanya seketika...
ReplyDelete