Suatu pagi yang hening. Teringat cerita cinta aku pada mu.
Perkenalan kita walau tidak sampai sedetik bagi mu, tetapi amat bermakna bagi
ku. Memang sedih bila teringat kenangan kita ni. Namun kenangan ni semua tetap
akan berlalu seperti angin sahaja. Sekali pun aku menangis air mata darah
sekali pun, kau tetap tidak akan memperdulikan aku. Tetapi kenapa aku?? Cinta
memang menyakitkan. Aku memang tak reti bercinta dan tak pernah bercinta.
Tetapi bila aku melihat mu, aku benar-benar percaya bahawa kamu adalah jodoh
aku.
Teringat saat pertama kali kita berjumpa. Tak silap aku
bulan puasa. Waktu tu kolej aku buat lawatan ke asrama kau dan buka puasa di
sana. Tak sangka dengan senyuman dan mata kau, telah benar-benar mencairkan
hati ku. Tak sangka betul. Tapi itu lah realiti. Aku tak pernah rasa segila
ini. Ternyata aku benar-benar telah jatuh cinta. Mungkin ini yang dipanggil
cinta pandang pertama. Aku terus memandang kau sehinggalah aktivit berbuka
puasa di tempat kau telah tamat. Tapi sempat jugaklah aku bergambar dengan kau.
Hermmmm… Hapy sangat-sangat sebab ada jugak gambar yang boleh dibuat kenangan
kita bersama walau sekejap sahaja. Tapi waktu tu sempat jugak aku mintak no
telefon kau untuk dijadikan medan komunikasi kita kelak.
Hari demi hari, kita semangkin rapat. Kita tak pernah
terputus komunikasi. Teringat lagi waktu pertama kali kita nak keluar
sama-sama. Waktu tu aku memang semangat gila lah. Sangup pinjam kereta kawan
tu. Huhu. Tak silap aku jugak, waktu tu dah nak cuti raya. Kawan-kawan aku semua
dah balik kampong halaman, tapi aku tetap tunggu sampai kau cuti. Ingat lagi
hari yang sama jugak, kau tunggu aku kat terminal sampai aku naik bas. Waktu tu
petang dan hujan. Aku ingat lepas tu kita susah nak jumpa lagi. Sebab
masing-masing ada keluarga kan. Tapi tak sangka, kita berjumpa lagi. Dan
semangkin kerap kita berjumpa. Walau jauh untuk bertemu, tapi aku tetap akan
datang.
Tak lupa jugak waktu aku bawak kau jumpa keluarga besar aku.
Sampai nenek aku pun kenal kau. Mak aku memang dah bagi “Green Light” dah..
Saat tak pernah lupa bila aku suap kek dekat kau depan keluarga aku. Pertama
kali aku buat macam tu dekat perempuan. Huhhh..
Tapi sejak akhir-akhir ni, masalah sering datang dalam
hubungan kita. Kadang-kadang memang kita tak mampu nak menangani semua masalah
ini. Tapi aku tetap cuba, sebab aku memang sayang sangat dekat kau. Aku percaya
sangat hubungan kita akan kekal. Tapi ternyata kepercayaan aku terhadap kau
hanyalah sia-sia. Sayang dan janji kau terhadap ku hanyalah rekaan semata-mata.
Semuanya berakhir bila kau memutuskan untuk kembali kepada teman lama mu.
Hancurnya hati ni.
Menangis aku tulis cerita ni. Tergamak kau buat aku macam
ni. Mungkin ini lah pengajaran dalam percintaan. Aku memang dah sayang, cinta
dan percaya gila dekat kau. Hakikat tetap hakikat. Realiti juga tetap realiti.
Tapi aku tetap tak kan melupakan hubungan kita ni. Rupanya, aku adalah tongkat
yang kau jadikan tempat bergantung sehinga kau sembuh dan boleh berjalan
semula. Aku tak pernah nangis sebab perempuan. Tetapi tak sangka kau lah orang
pertama yang buat aku macam ni. Ermmmmmmmm
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
sdey ny..bla org xmghargai cinta kita kt die kn....
ReplyDeletehurm btOl sngttttttt2....
ReplyDeleteinsyaAllah kalau ade jodoh ade..tapi kena usaha..nak dapat sesuatu bukan mudah..mugkin perit pada mulanya..tp insyaAllah pengakhiran yg baik..:)
ReplyDeletebtOlllllllll2
ReplyDeleteok ni sedih hm
ReplyDeletesedey glew ble cinta x dihargai...sy faham sbb sy penah rase ape yang awk rase...sy sayangkan dye..sy serahkan cinta sy 100% utk dye..taruh kepercayaan..sanggup habiskan byk duet beli topup semata2 nk dengar suara dye...tp semuanya hancur...sy redha..sy berdoa pada tuhan..."ya Allah berikan ak kesabaran..tenangkan jiwa ini...tunjukkan ak jalan yang benar...tabahkan hatiku..ya rabb..." ape2 pown terjadi...kuatkan semangat yer...bersabarlah saudara :)
ReplyDeletesy prnh ditinggalkn tnpa reason even die sygkn sy... skrg juz kwn tp kwn tu ssh..it takes time to heal it.
ReplyDelete