Sunday, March 13, 2011

Selamat Malam Sayang


Realiti cinta aku terhadap mu tidak dapat dinilai oleh sesiapa kerana betapa agungnya dirimu didalam diriku.. Ku kunci hatiku buat mu, seorang insan yang bernama wanita.. Engkau tidak pegang pada kata-kata mu pada suatu ketika dahulu. Aku hanya dijadikan persinggahan.  Bulan yang dahulunya sentiasa menemani kita disaat berdua,  kini dapat diperhatikan olehnya aku seorang sahaja.

Selamat pagi cinta. Aku seorang yang sayang pada cintaku. Cintaku pada seorang insan yang bernama wanita, seorang insan yang aku sayangi. Titik permulaan sayang dan cintaku masih sehinga kini kerana dijaga erat olehku. Aku sentiasa mengenangmu dalam doaku sayang. Sedalam lautan, dalam lagi cintaku padamu. Walau engkau telah pergi meninggalkan ku.

Aku masih menyimpan kenangan kita berdua. Waktu itu engkau bagai bunga yang masih belum disentuh kuntumnya, dan aku hanyalah bagaikan kumbang yang kepatahan sayapnya kerana tersangkutkan oleh bunga-bunga yang lain. Walaupun hatiku pernah dilukai, engkau tidak kisah untuk mengubatinya. Kelihatan wajahmu memperlihatkan ku sejuta keikhlasan untuk sentiasa menemaniku.

Ketika itu, terasa bahagianya diriku ketika bersamamu. Ketika  matahari ingin menyelasaikan tugas terakhirnya  dan kita pula menyusuri pantai dengan disaksikan oleh matahari yang membuatkan sang petangku menjadi bahagia. Tidak mampu kubayangkan saat itu. Kerana kesedihan akan mengundang dirku.

Inginku jeritkan kepada dunia, aku lah sang setia pada cintaku padamu sayang. Namun apakan daya, engkau tetap tidak akan muncul dihadapan ku kembali. Mungkin Tuhan lebih menyangimu sayang. Tetapi kenapa disaat aku merasakan cinta yang sebenar oleh mu, aku hilang kembali cinta itu. Selepas aku disahkan memilikimu untuk perjalanan hidupku, kau hanya menjadikan ku persinggahan hidupmu.

Engkau tidak lagi diduniaku sayang. Titisan demi titisan air mata ku jatuh di pusara mu. Kesedihan ini sangat teruji hidupku didunia ini. Mampukah aku mengharungi hidupku tanpa mu sayang???. Kerinduan sering terpancar olehku terhadap dirimu, namun tidak ada sesiapa yang mempedulikannya.

Sentiasa aku mengingati saat manis kita bersama, saat malam mengakhiri hariku. Aku ingin mengucapkan selamat malam padamu sayang. Aku tidak akan pernah lupa akan kenangan kita bersama sayang.. Ermmm.. Salam dariku lelaki yang benar menyangimu…


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com



7 comments:

  1. nak tanya jugak la.macamana kalau seseorang leleki tu dah kawin tapi masih lagi berniat untuk mencari cinta dari wanita lain? sedangkan isterinye memang sayangkan dia dan sanggup buat apa saja untuk dia...hehehehe..sila jawab ek

    ReplyDelete
  2. itu adalah hak suami dia... kalau betOl isteri dia sayangkan dia, isteri dia kena lah redha kkkk....tapi suami dia pOn perlu lah timbang rasa sikitttttt...ingt lah org yg t'cyggggg... ok??? da menjawab sOalan cik suhana ni ke blOmmm????lalalala

    ReplyDelete
  3. Sampai Masa Tibanya Waktu,
    Redup Hati Kau Berdua,
    Bila Dua Jasad Bersatu,
    Dua Hati Menjadi Satu...hahaha

    ReplyDelete
  4. sape kata tu hak suami? tu maknanya suami dia tu MENTELLL... x bersyukur la dengan apa yang ada. tanggungjawab tu adalah amanah, unless suami dia MAMPU. kalau tak mampu, lupakan jelah niat yang tak suci tu kwang3

    ReplyDelete
  5. mentelllllll???hahaha...da lme x dngO ayat niiiiiiii

    ReplyDelete
  6. sy suke... menusuk ke hati sy..

    _khairiah_

    ReplyDelete
  7. best la blog ni :) like.like.like.

    ReplyDelete

kOmen laa...haa..tulis jee...walaupOn anda bukan seorang blOgger pOn, tapi anda pOn bOleh cOment jugakk..dah tulis??? ok..klau dah tq.cOment anda tidak akan dipaparkan sehinga sye membaca nyee dan sye akan membalas nyeee.... Aku, Dia dan Kamu.. >si blOgger yg supOrtingg....<

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww