Thursday, October 27, 2011

"Bayangan Rindu"


http://haziq-cerdik.blogspot.com





Hari ni cuaca sangat redup.. Angin bertiup merdu.. Rumah aku pun berhampiran dengan pantai.. Seronok kalau petang-petang macam ni kalau pergi pantai.. Aku pun tak berlengah lah untuk lepak kat tepi pantai walaupun seorang-seorang.. Habis duduk kat rumah pun bosan jugak.. Sampai je dekat pantai, aku pun duduk dekat bawah satu pondok.. Pondok pulak memang betul-betul bawah satu pokok yang rendang...Pokok ni pokok lama. Dari aku kecik memang pokok ni dah ada. Memang seronok layan perasaan dekat sini.. Tiba-tiba, aku ternampak satu ukiran di pokok sebelah pondok yang aku duduk ni.. “ Alif Dan Nurul”.. Alif dan Nurul???  Nama yang aku pernah ukirkan suatu ketika dulu di sebuah pokok.. Baru aku teringattt… Memang aku yang tulis nama aku ni dengan nama bekas kekasih aku.. “Alif Dan Nurul”…


Seketika aku memandang langit yang cerah dan biru.. Termenung aku seketika.. Di ketika aku termenung seorang diri, teringat aku saat 20 tahun yang lepas.. Aku pernah berkenalan dengan seorang perempuan yang bernama Nurul.. Waktu tu usia kami dalam lingkungan 10 tahun kalau tak silap.. Yer 10 tahunn.. Aku ingat..Nurul ni jiran aku… Keluarga dia baru berpindah dari Bandar ke sebelah rumah aku. Kampung yang tenang dengan kehijaun dan keluasan laut ciptaan Ilahi… Yang sentiasa terdengar deruan ombak yang seakan menandakan keriuhan angin yang sentiasa bertiup.. Suasana harmoni di kampong ni, memang menarik minat orang Bandar seperti Nurul ni untuk berpindah ke sini..

Aku ni seorang yang peramah.. Dari hari pertama Nurul pindah di sebelah rumah aku je, aku dah tegur dia.. Aku pergi sekolah sama-sama.. Aku ingat lagi, waktu tu aku bonceng dia naik basikal pergi sekolah.. Balik sekolah pun aku bonceng dia jugak.. Tapi yang malangnya, balik dari sekolah, basikal aku, dengan aku dan Nurul sekali tercampak dalam parit.. Kami terjatuh.. Aku luka dekat siku, tapi Nurul tak luka apa-apa pun.. Cuma badan dia basah dengan kotor jee… Tapi sampai je rumah, aku kena belasah dengan mak aku guna getah paip, sebab bawak basikal sampai jatuh parit.. Melalak aku kena pukul.. Tapi tak lama lepas tu, mak Nurul pulak sampai rumah.. Takut-takut jugak aku.. Ye laaa… Aku takut, mak Nurul pulak marah aku..Tapi tanggapan aku silap.. Mak Nurul tak marah pun.. Dia cuma sabarkan mak aku je, dari terus pukul aku guna getah paip tu.. Tapi aku hairan jugak, kenapa Nurul menangis bila tengok aku kena pukul dengan mak aku..??? Padahal aku yang kena pukull…

Dua tahun kemudian, aku dan Nurul bakal menduduki peperiksaan UPSR..Huhh.. Kami selalu belajar sama-sama.. Hari ni, Nurul belajar dekat rumah aku, dan besok dekat rumah dia pulak.. Tukar-tukar rumah la kata kan.. So adil laa.. Ala rumah kami pun sebelah menyebelah jee.. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Kami bakal menduduki UPSR.. Pagi pertama peperiksaan UPSR tu, aku tengok Nurul, gementar semacam jee… Aku tak ada rasa gementar macam dia pun.. Mungkin aku lelaki kot.. Aku tengok Nurul ni gementar dari hari pertama sampai la hari kelima UPSR.. Hahaha.. Aku selalu gelakkan dia bila nak pergi periksa tu.. Bila habis je periksa UPSR ni, aku dengan Nurul terus belari pergi pantai.. Itu lah tempat pertama kami selepas balik dari sekolah untuk paper last UPSR tadi.. Sampai dekat pantai ni, aku dengan Nurul lepak bawah satu pokok… Bosan jugak lama-lama.. Aku apa lagi, amek pisau lipat dari beg sekolah aku, aku toreh pokok tu dengan ukiran yang berbunyi “Alif dan Nurul”.. Sempena nama aku dan Nurul.. 

Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Tahun berganti tahun.. Pejam celik, pejam celik, aku dan Nurul dah hampir untuk menduduki peperiksaan SPM.. Seperti sebelom ni juga, kami tetap belajar sama-sama.. Aku dengan Nurul memang tak pernah terpisah kelas.. Dari darjah empat, sampai lah tingkatan lima ni, tak pernah pun aku rasa jauh dengan Nurul.. Dia je sahabat baik yang aku ada.. Selesai sudah SPM.. Semua berjalan dengan lancar.. Seperti biasa, memang kami akan terus ke pantai… Jauh mana pun umur kami melangkah, tapi perangai kami tetap sama.. Waktu paling bermakna ialah, waktu aku cakap sesuatu dekat dia “Nurullll….. Saya perlukan awak sampai bila-bilaaa...” Aku pun tak tahu apa yang aku cakap ni… Mungkin aku cakap ikot apa yang aku rasa dari hati kot… Tercengang Nurul tu..  Selama ni aku tak pernah cakap macam tu… Ye la, mungkin selama ni kami masih bersekolah, dan mungkin aku segan nak cakap.. Tapi hari ni aku dah lunaskan perasaan yang aku sendiri rasa dekat Nurul, di bawah pokok yang pernah aku ukirkan nama aku dan Nurul dulu… Huhhh….

Kini keputusan SPM telah pun keluar.. Tapi keputusan aku tak lah berapa baik sangat macam Nurul.. Dia pandai.. Aku ni apa lah sangattt… Tapi walau macam mana pun, dapat jugak lah aku menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya… Begitu juga dengan Nurul… Aku dapat tawaran di Johor Bahru.. Nurul pula dapat tawaran, di Segamat.. Huh.. Sedih rasanya untuk berpisah dengan Nurul, walaupun seketika… Selama ni, aku tak pernah rasa jauh pun dengan Nurulll… Tapi sekarang, kami terpaksa berpisah untuk mengejar cita-cita masing-masing… Aku belajar dalam bidang Perakaunan.. Nurul pulak, ambil bidang Perniagaan…

Belajar jauh ni, teringat la jugak, kampong halaman di Pengkalan Balak, Melaka.. Teringat dekat keluarga.. Setiap kali nak balik kampung, Nurul mesti tunggu aku dekat terminal “Melaka Sentral”.. Dia naik bas dari Segamat pergi Melaka.. Aku pulak naik bas dari Johor Bahru pergi Melaka.. Nanti bila sama-sama dah ada dekat terminal, baru lah kami naik bas tambang pergi balik rumah… Sampai simpang, kena lah jalan kaki sama-sama… Sampai lah kerumah masing-masing…Walaupun kami belajar jauh, hubungan kami tak pernah rengangg… Kami semangkin rapatt.. Saat jauh, pasti akan terasa rindu yang sangat tajam.. Biasa kalau cuti je, ke mana lagi kami nak pergi, kalau bukan ke pantaiii… Memang tu lah tempat aku lepak dengan Nurul.. Dari dulu sampai lah sekarangg… Kalau petang-petang, tetap naik basikal pusing kampong…  Kadang aku jadi pembonceng dan kadang-kadang Nurul.. Kadan-kadang memang terasa kembali ke zaman kanak-kanak pun ada..Tapi tu lah perangai kami yang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubahhh….

Perasaan tertanya-tanya.. Hati ingin berbicara.. Aku rasa memang aku dah suka dekat dia… Kini setelah sekian lamanya, kami belajarrr… Kami pun telah menamatkan pengajian dengan jayanya.. Umur kami sudah memasuki ke 24 tahun.. Selepas habis belajar ni, aku dah cakap dengan keluarga aku untuk merisik Nurul, dan bertunang dengan dia.. Mak aku bagi “green light” sebab aku dengan Nurul pun dah kenal lama… Keluarga aku dengan keluarga Nurul pun memang dah rapat.. Maklumlah hidup berjiran dengan suasana kampong… Memang harmoni… Perjalanan dan segala urusan merisik dan bertunang, keluarga aku telah uruskan.. Semuanya berjalan dengan lancarr…Kami ikat tunang selama satu tahun… Sebab masing-masing masih nak kerja dulu untuk cari duit kawin sendiri… Macam tak percaya je,yang aku adalah tunang Nurul… Kawan yang aku kenal dari kecikk…

Aku dapat kerja dekat Kuala Lumpur.. Nurul kerja dekat kawasan Melaka jee…Ye laa.. Dia kan perempuan.. Lagi pun, dia malas nak jauh daripada keluarga dia sangattt… Lagi-lagi dia dah jadi tunang aku sekarangg…Bahagia memang tak terasa lahh… Rasa nak kumpul duit cepat-cepat dan terus kawin je dengan Nurul.. Cinta pertama aku… Saat manis aku bersama Nurul.. Aku janji dengan dia untuk jaga dia, seumur hidup aku.. Aku yakin yang aku akan berpegang pada janji… Sebab dia lah satu-satunya kawan wanita aku di dunia dan InsyaAllah di akhirat kelak yang benar-benar memikat hati aku..

Tapiiii… Semenjak aku kerja dekat Kuala Lumpur ni, aku dah jarang telefon Nurul… Siang aku sibuk kerja, malam pulak penatt… Nak telefon pun, kadang tunggu hujung minggu lah.. Sibuk satu hari berkerja, kadang-kadang sampai terlupa tujuan utama aku berkerja ni.. Hidup dekat Kuala Lumpur memang bising dan riuhhh… Macam-macam suasana aku jumpa di sini.. Kalau nak di bandingkan dengan di Melaka, memang sangat berbeza.. Semenjak aku duduk di Kuala Lumpur jugak, baru sekali je aku balikk.. Itu pun selang empat bulan dari aku duduk di Kuala Lumpur..  Memang tak sempatt..Aku balik pun, tak sempat nak jumpa tunang aku sendiri…Nurul..

Selepas dekat hampir setahun aku duduk di Kuala Lumpur ni, kehidupan aku memang dah banyak berubah… Aku selalu lepak keluar dengan rakan pejabat aku malam-malam. Aku bukan Alif yang dulu.. Yer memang aku tak boleh nafikan perubahan yang berlaku ke atas diri aku.. Aku ada kawan perempuan di sini.. Hampir setiap malam aku lepak  dengan dia.. Kadang bersama rakan pejabat… Kadang-kadang dengan dia seorang je… Budak perempuan ni memang bersosial… Aku seronok layan dia.. Nak-nak aku ni selalu stress dengan kerja… Nama dia Syika..  Syika ni tahu aku dah bertunagg…. Tapi dia jenis tak kisahh.. Dia tetap lagi nak teman diri aku… Hidup aku dengan Syika, kadang-kadang dah macam suami isteri… Sampai suatu hari Syika cal tunang aku dekat kampong, Nurul, cakap yang aku ni dah bahagia dengan dia.. Aku tahu Syika tu cal, tapi aku buat-buat dek jee… Sebab aku rasa Syika banyak membantu hidup aku di Kuala Lumpur ni..

Suatu hari, keluarga aku cal aku… Mak aku tanya…  Dah lima bulan tertangguh ni.. Ikat tunang setahun jee…Tapi sekarang dah jadi setahun setengah… Padahal duit yang aku kumpul, memang dah betul-betul cukup dahhh.. Aku pun berdalih lah dengan mak aku.. Sebab aku suka dengan kehidupan aku di Kuala Lumpur sekarangg… Aku dah ada segalanya… AKu minta keluarga aku untuk memutuskan tunang aku dengan Nurul… Mak aku bising dengan aku.. Satu hari aku dengar mak aku membebil dekat aku… Mungkin itu keputusan aku, dan mak aku ikut jee… Memang mak aku tak bersetuju pun dengan keputusan aku… Tapiiiiiiii…. Mungkin mak aku dah tak tahan dengan perangai aku agaknya…

Sebulan selepas pertunangan aku dengan Nurul diputuskan… Aku dapat berita dari kampung, yang Nurul dah meninggal dunia.. Tersentak aku.. Aku terus mengambil keputusan untuk pulang ke Melaka.. Dengan hati yang tak tenteram, perasaan gundah dan diri yang tiba-tiba terasa serba salahh.. Hari tu hari jumaat, mak aku bagi tahu yang Nurul meninggal dunia petang… Tu yang balik kerja aku terus balik Melaka.. Sampai je di Melaka, mayat Nurul telah selamat di kebumi kann... Terduduk aku di halaman rumahhh…. 

“ Ya Allah… apa yang telah aku lakukan ni..??? aku telah mungkir janji…aku langgar janji akuu… aku lupa segalanyaa…aku tenggelam dalam kemewahan dunia yang aku ada… aku lupa Nurul.. Aku lupa persahabatan yang pernah terjalin bersama sekian lamanya… Aku patut hidup dan menjaganya selama hidup akuuu… tapi aku tak sempat nak melakukan semua tuu…malah aku berdosa padanya kerana meninggalkan nya dengan sejuta harapannya untuk berkahwin dan hidup bersama aku…  aku tak patut lakukan semua ni… Aggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…. Ya Allah.. kenapa??? Kenapa kau lakukan semua ini, sebelum aku meminta maaf dari kesilapan ku padanya??? Mungkin ini lah balasan akuuu…balasan yang harus aku terima kerana mengkhianati orang yang aku sayanggggg”………………….. Menangis aku… Menjerit akuu… Aku sangat memerlukan Nurul aku… Nurul akuuu….

Malam tu tahlil dekat rumah Nurul… Tapi aku tak pergi.. Keluarga aku pergi lahh.. Aku masih belum dapat terima hakikat yang Nurul dah tiada di dunia nii… Tiba-tiba mak aku masuk bilik, dan bagi sepucuk suratt… Surat tu dari Nurullll…. Aku pun membukanya dan membaca dengan nada yang sedih dan air mata yang mengalirrr…..


Assalamualaikummm….

Sayanggg….,
Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf,
sekiranya mempunyai salah terhadapmu..
salah yang mungkin membuatkan awak meninggalkan saya begitu sahaja…

Saya redha sayanggg….
Saya redha dengan apa yang awak lakukan kepada saya,
dan tidak pernah sedikit pun,
saya menyimpan perasaan dendam terhadap awak sayangg…
Saya sentiasa berdoa untuk awak berubah..
Saya tidak pernah putus-putus berdoa,
untuk melihat awak menjadi Alif yang saya kenal dulu…
Alif yang pernah menyangi saya suatu ketika dulu..

Saya berjanji akan tunggu awak sayangg….
Mungkin jika bukan jodoh kita di sini, mungkin di atas sana kelak…
Saya tunggu awak sayanggg…
Sebab saya dah tak kuat melawan sakit saya ni…

Saya suruh keluarga awak untuk merahsiakan sakit saya ini…
Jangan pula awak menyalahkan mereka,
kerana tidak mengkhabarkan kepada awak
terlebih awal sayanggg, tentang diri saya ni..

Saya sengaja tidak mahu menganggu perkerjaan awak,
yang sibuk di Kuala Lumpur…
Akhir kata… Jaga diri elok-elok yer… Bila saya tiada nanti,
selalu doa kan saya tau sayangg…
Simpan lah saya di hati awak walaupun cikit sahaja…

Salam dari saya :insan yang sentiasa menyangimu….. -Nurul-



Terjatuh surat daripada Nurul tu.. Tak mampu aku untuk melawan kesedihan yang mangkin terasa.. Mungkin sampai bila-bila… Tak mampu juga aku untuk berhadapan dengan hari mendatangg… Sakit sangat jiwa ni… Kalau lah dapat ku undur kan masa… Mungkin aku sempat untuk menjaga Nurul sebaik mungking… Sebaik yang pernah aku janjikan kepadanya, di waktu aku ingin memiliki nya…  Mak aku memberitahu, Nurul sakit barah otak, selepas dia putus tunang dengan aku… Rasa bersalah sentiasa membelenggu… Tidak dapat aku untuk memaafkan diri aku sendiri… Kini semua nya musnahh… Impian untuk mebina mahligai, ketika di bangku sekolah lagi telah musnahhh… Telah hancur…..

Aku memutuskan untuk tidak lagi berkerja di Kuala Lumpur… Syika juga telah menghilangkan diri… Aku telah kerja di kampung sahaja….  Semuanya telah berlaku empat tahun lepas… Macam semalam je Nurul meninggal dunia… Kini aku seorang, memerhatikan ukiran di pokok yang menulis nama “Alif dan Nurul”.. Kenangan manis aku dan nurul kini menjadi air mataku… Kini usia aku 30 tahunn… Aku menjadi seorang yang murung… Kenangan ku terhadap Nurul tidak akan pernah aku lupa, walau di mangkan usia sekalipun… Aku tidak akan pernah memaafkan diri aku sampai bila-bila…..

“Nurull….. maafkan saya kerana tidak dapat menjaga awak dengan sempurna selama hidup saya.. dan membiarkan awak menderita kesakitan seorang diri…sedangkan saya, melupakan awak…saat ini saya seorang yang memandang ukiran nama kitaa…dulu kita memandang ukiran “Alif dan Nurul” ni bersama-sama…tapi sekarangg????saya tidak akan pernah melupakan awak sampai bila-bilaa…dalam hidup saya…..ini lah janji terakhir saya untuk awak yang bernama Nurul yang telah pergi dari hidup saya….”

Semoga Allah menempatkan awak di kalangan orang beriman… Aminnn….


Aku, Dia dan Kamu

(jOm share2 kn nye kkk)









6 comments:

  1. background sound sangat sesuai dgn cerita...;)

    dah follow awak...wah, macam x percaya nih blog lelaki~

    ReplyDelete
  2. aku dia dan kmu..heheh,anis suka blog awk cm blog pmpuan.pnulisan yg mnrik:)

    ReplyDelete
  3. sedih2
    ca sama ngn fara je cte die
    hehe

    ReplyDelete

kOmen laa...haa..tulis jee...walaupOn anda bukan seorang blOgger pOn, tapi anda pOn bOleh cOment jugakk..dah tulis??? ok..klau dah tq.cOment anda tidak akan dipaparkan sehinga sye membaca nyee dan sye akan membalas nyeee.... Aku, Dia dan Kamu.. >si blOgger yg supOrtingg....<

Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww