Jeritan ayam di pagi hari…. “Kok Kok Kokkkkkkk….”…
Benar-benar menyetap mimpi indah ku di malam hari..huhu.. Jeritan ayam tadi
memang sudah memadai untuk aku tahu waktu untuk bangun tidur dan ke pejabat..
-“Huhhhhh.. ngantOk nyeeeee… bising betol lah ayam niiii..”-
Aku capai tuala dekat depan pintu bilik air dan terus pergi
mandi.. –“ Erggggggg… sejOk nyeeee…”- ..
Macam ni lah rutin aku tiap-tiap pagi… Dah siap semua, aku pergilah
panaskan enjin kereta yang belum habis bayar tu kejap sebelum nak gerak pergi
pejabat… Huhu.. Beli kereta “SECONDHAND”
je… Tak mampu lagi nak beli kereta baru sebab aku pun baru je mula kerja… Ok
lahh… Panas punya panas, aku pun terus gerak pergi pejabat… Rumah aku nak pergi
pejabat memang tak jauh pun… Biasanya aku ambil masa 15 minit untuk sampai ke
pejabat..
Sedang layan lagu “Lemak Manis” dekat radio kereta ni,
tiba-tiba kereta aku buat hal lah pulak… -“Aduiiiiiiiiiii…. Dah la lambat nak
pergi kerja ni..bOleh pulak engkau buat hal..aduii…”- .. Aku tengok jam kat
tangan ni, lagi 10 minit lagi pukul lapan.. Adui dah la masok kerja pukul lapan..
Plan aku nak tingal dulu kereta dekat tepi jalan ni.. Pastu pergi kerja dulu..
Tapi tungu teksi pulak tak sampai-sampai.. Erhhh… Mati aku macam ni kena marah dengan boss..
Tak lama lepas tu, ada sebuah kereta “BMW” berhenti dan parking kat depan
kereta aku ni.. Pintu keretanya terbuka.. Seorang wanita berbangsa Inggeris
keluar dari keretanya..
-“Encik.. ada apa-apa yang saya boleh tolong???”-..
Perhhh… Perempuan Inggeris ni pandai cakap bahasa Melayu
tu.. Gugup jugak aku nak berdepan dengan dia ni.. Hehe..
-“ Saya nak ke pejabat ni.. Saya dah lambat… Boleh cik
_____???”-
-“Cik Alisya.. Nama saya Alisya..”-
-“ k nama saya Fuad.. Boleh cik Alisya tolong hantar saya ke
pejabat tak?? Sebab kereta saya ni rosak laaa…….”-
-“ Boleh..Bolehhhh… jOm lah naik kereta saya ni..”-
Wahhhh…. Best nya kalau semua orang baik macam dia.. Dia pun
hantar aku pergi tempat kerja.. Kebetulan tempat kerjanya pun tak jauh dengan
tempat kerja aku.. Sampai je tempat kerja, langkah seperti sedang di susun
perlahan untuk keluar dari keretanya..
-“ Terima kasih yer cik Alisya..”-
-“Sama-sama…ni kad saya.. apa-apa hal boleh hubungi no ni
yerr…”-
Bergetar tangan aku capai kad niii… Huhu.. Aku terus sumbat
kad Alisya ni dekat poket aku, sambil aku berlari mengejar masa yang sangat
pantas pada masa nii.. Nasib baik aku sempat sampai pejabat dengan bantuan
Alisya ni.. Sedang aku duduk di ruangan meja pejabat aku ni, aku pun keluarkan
balik kad yang Alisya bagi kat aku ni.. Baca dengan penuh ketilitian di setiap
huruf di atas kad… Rupanya Alisya seorang pemilik restoran makanan yang sangat
terkenal di kawasan ni.. Ohh.. Baru lah aku tahu.. Restoran tu pon dah lebih
kurang lima tahun di bangunkan.. Tapi tak pernah tahu pulak pemilik restoran
tu.. Rupa-rupanya Alisya ni pemilik restoran ni yang sudah berusia lima tahun
ni.. Patut lah dia pandai berbahasa “MELAYU”.. Sebab dia dah lama jugak duduk
Malaysia ni.. Walaupun bahasa “Melayu” dia tak berapa jelas, tetapi masih boleh
difahami..
Restoran yang dimiliki oleh Alisya memang sangat terkenal..
Kerana restorannya menyediakan menu dari pelbagai jenis makanan.. “RESTORAN
FAEFOOD”.. Ia sangat menjadi tumpuan ramai masyarakat yang berada di kawasan
ini…Termasuk lah aku…
Kerja punya kerja, sekarang dah pukul lima petang dah..
Wahh… Masa untuk balikk.. Hehe.. Tetapi kepala masih pening memikirkan kereta
aku yang masih tersadai di tepi jalan tadi.. Tapi aku dah telefon bengkil dah,
untuk “MERAWAT” kereta aku yang “TERTIDUR” tiba di tepi jalan tadi.. So
jawapnya aku kena balik menggunakan teksi la kann…Tengah tungu teksi, tiba-tiba
aku ternampak kereta Alisya melintas depan aku.. Cepat-cepat dia patah balik
sebab dia dah nampak aku.. Adui malunyaaaaa…. Erhhh.. Dia membuka tingkapnya
seperti hendak mengatur bicara ringkas dengan ku…
-“ Hai Fuadd.. Jumpa lagi kita.. jOm lah kalau nak
tumpang..”-
-“Erh tak pe ke?? Tak menyusahkan kee??”-
-“Tak pOnnn… jOm lahhh…”-
Dah dia pelawa macam tu, aku pun tumpang lah kereta dia
untuk balik ke rumah.. Segan memang
segan… Tapi Alisya ni memang peramah.. Kalau tengok dia berbual, walaupun tak
sampai satu hari kenal, tapi dah macam lebih 10 tahun kenal.. Mungkin dia dah
biasa berhadapan dengan ramai orang kot…
Huhu.. Soalan berbagai di tanyakan Alisya dekat aku untuk menjadikan
topik berbual semasa perjalanan Alisya menghantar aku balik.. “DAH SAMPAI”..
Berbual punya berbual membuatkan masa itu bergerak pantas.. Sampai je rumah,
Alisya pun terus balik.. Raut wajahnya menampakkan sejuta kepenatan.. Walaupun
bicaranya disusun baik dan tidak melambangkan kepenatan seseorang ponn..
Biasanya sampai rumah, aku terus mandiii… Nak hilang kan
penat tu sikit…Sebab tu lah kena mandi.. Tapi tak lama lepas tu, aku dapat
berita dari bengkil yang betulkan kereta aku ni.. Dia cakap kereta aku tak
boleh disiapkan malam ni.. Mungkin besok petang baru lah siap.. Aduiiiiiii…
“Mengomel” aku seorang-seorang.. Kena naik teksi lah macam ni besok. Malasnya
naik teksi sebab aku kena bangun awal sikit nanti… “Aduiiiiiiiiiiiiiii”…
“Gringggggggggggggggggggggggggggggg”(jam lOceng lama)..
hahhhh… dah pukul tujuh pagi… Alamakk… Aku dah lambat ni… Nak-nak kereta pulak
tak ada… “GELABAH AYAM” aku dibuatnya… Siap-siap semua, aku tutup dan kunci
pintu rumah… Bila aku tengok luar geril rumah aku, aku nampak kereta Alisya
dengan Alisya… Dia seoalah-olah macam tengah tungu aku je.. Mungkin lahhh..
-“mOrning fuad..jOm tumpang kereta saya sekali..”-
-“mOrninggggg…huhhh..buat susah-susah awak jew tungu saya..”-
Macam biasalah… Kalau dah naik kereta dia, memang kena buang
lah sifat segan aku ni.. Sebab kalau
berbual dengan Alisya ni, memang yang segan pon boleh terbuang segan dia…
Termasuklah aku.. Sampai kat tempat kerja aku.. Dia sempat juga titipkan
beberapa point penting untuk aku…
-“…t malam saya ada buat dinner untuk staf di Restoran
saya.. awak jempot datang yer..”-..
Alisya memelawa aku untuk pergi Dinner di Restoranya.. Aku
tidak mengeluarkan sebarang perkataan tetapi hanya “Mengenyit” mata kiri ku kepada
Alisya dan terus berjalan memasuki pejabatt.. Dalam pejabat… Harapan aku,
kereta aku nanti petang siap.. Petang ni aku balik kerja naik kereta.. Yahooo….
Aku tak payah lah nak tumpang Alisya lagii.. Tetapi dia ada pelawa aku untuk
pergi restorannya malam ni.. Tak kan aku tak pergi pulakkk.. Alisya dah banyak
tolong aku… Huhh… Malam ni aku kena pergi “Dinner” tu… Kalau tak nanti Alisya
mesti kecil hati..
Waktu pergi dinner yang diadakan untuk meraikan kakitangan
restorannya, aku rasa aku tak ada kena mengena pon dengan majlis ni.. Malu jee…
Tetapi malam tu Alisya memang selalu tarik aku je untuk ikut ke mana dia
pergi.. Aduiii… Aku dah macam “BALAK” dia dahhh.. Aku ikut je la.. Sebab dekat
restoran dia tu, aku bukannya kenal siapa-siapa pun.. Makan pun sama-sama..
Malam tu memang “Hapy Gile” di buatnyaa… Alisya memang pandai berkawan dan
melayan kawan.. Huh.. Walaupun baru kenal Alisya, tetapi jadi seorang kawan
Alisya memang seronok..
Hari berlalu terlalu cepat… Alisya dengan aku semangkin
rapat… Ada suatu hari pejabat aku mengadakan sebuah hari keluarga dekat “Port
Dikson”.. Aku ajak Alisya sekali sebab dia “MERENYANG” nak ikut aku.. Aku
kenalkan la Alisya ni dengan rakan-rakan sekerja aku… Habis satu pejabat perli
aku “BECINTA DENGAN ORANG PUTIH”…Dengan bos aku pon masuk “Line” sekali perli
aku… Nak buat macam mana… Sebab aku rasa bila aku bersama Alisya, hidup aku
bahagia sangat.. Aku ni jenis tak banyak cakap sangat.. Bila berhadapan dengan
dengan orang atau sebagainya, Alisya yang dahulunya mengeluarkan
“SUARANYA”..Hehe..
“Bila hati berbicara, memilikinya adalah satu kewajipan
untuk diri ku.. satu hari tidak bersamanya seperti merasa rindu setengah mati
hidupku”…
Alisyaa… Walaupun aku dengan Alisya berlainan budaya,
berlainan negara dan yang paling penting berlainan agama, ia tidak menghalang
semangat kami untuk sentiasa bersama.. Aku pun kerja tak lah tinggi mana...
Kalau nak dibandingkan dengan Alisya, dia usahawan muda.. Dia ada perniagaan
restorannya sendiri yang terkenal… Tetapi itu pun tidak menjadi penghalang
hubungan kami yang semangkin rapatttt…. Cinta kami adalah segalanya.. Jiwa kami
adalah satu.. Hati kami perlu bersama…
Minggu ni aku aku dapat cuti dua hari.. Sabtu dan ahad.. Aku
dah buat “Plan” nak kenalkan Alisya dengan keluarga aku di Johor Bahru.. Apa
yang dirancang semua berjalan dengan lancar.. Alisya memang tak ada masalah pun
kalau nk ikut aku balik Johor.. Sebab dia penah cakap yang dia pun teringin nak
jumpa keluarga aku jugak.. Dekat Johor aku duduk rumah kawasan kampung.. Aku ni
anak sulong.. Adik beradik ada tiga orang je…
Hari yang dinanti telah tiba.. Hari Sabtu.. Kelihatan “BMW”
Alisya sudah “Parking” di halaman rumah aku.. Waktu ni baru pukul lapan pagi..
Aku masih “Terkial-Kial” lagi nak pakai kasut..
Dia dah tunggu dekat dalam kereta.. Maklumlah… Kalau jalan jauh-jauh
macam ni, memang aku biasa naik kereta Alisya je.. Lepas dah siap semua,
bergerak lah kami ke kampung aku di Johor Bahru.. Perjalanan dari Kuala Lumpur
ke Johor Bahru mengambil masa empat jam.. Kalau balik seorang-seorang memang
“TEPU” lah jawabnya aku.. Nasib baik ada Alisya.. Dalam perjalan menuju ke
Johor Bahru, aku berhenti di perhentian Pagoh.. Haha.. Aku dah tak tahan nak ke
tandas.. So Alisya tungu je lah dekat dalam kereta.. Bila aku keluar dari
tandas je, aku tengok Alisya dah tak ada dekat dalam kereta…
-“Aikkkkkk…. Mana pulak dia nie pergii?????”-
Tak lama lepas tu aku nampak dia tengah bermain dengan anak
kucing dekat belakang kereta.. Huhu..
Entah apa-apa je Alisya ni.. Aku dah risau dah…Huhh… Kami pun meneruskan
perjalanan ke Johor Bahru..
Huhhh… Sampai jugak ke Johor Bahru ni.. Jam menunjukkan 12
lebih.. Waktu-waktu makan tengah hari dah ni.. Memang dah baik da tu.. Sampai
je rumah, semua ada… Memang best la kannn.. Ye laaa… Dah lama tak jumpa
keluarga.. Jadi bila balik “Jarang-Jarang” macam ni, memang harapan nak jumpa
semua lah kan.. Aku pun kenalkan juga Alisya dengan keluarga aku.. Semua
“OK” dengan Alisya.. Tetapi tengok
reaksi muka salah seorang dari keluarga aku, mak aku tiba-tiba macam berpaling
muka je dengan Alisya… Mak aku “PANDANG TAK PANDANG” je Alisya…
Tak sedap hati jugak aku macam ni.. Ye la… Aku tengok mak
layan Alisya macam tu.. Tetapi keluarga aku yang lain semua tak ada masalah..
Nak-nak adik aku yang bongsu.. Ayu… Walaupun baru jumpa, Ayu cukup senang
dengan Alisya.. Berbual punya berbual dengan keluarga, hari dah petangg… Masa
memang cepat berlalu.. Petang ni aku rancang nak pergi berjalan-jalan pusing
kampung.. Nak ajak Alisya sekali.. Ye
laa… Asik duduk Bandar je.. Apa salahnya kalau “HIRUP” udara kampung
sikitt… Kami berjalan-jalan di tepi
sungai.. Makan ais krim (memang “KEGEMARAN” kami).. Antara yang seronok di
kampung ialah, suasananya yang di Bandar seperti Kuala Lumpur tak ada..Suasana
yang aman, tenteram, hidup bermasyarakat dan lain-lain lagiii….
Hari dah pun maghrib.. Kami balik rumah.. Siap mandi,
sembahyang dan makan apa semua.. Alisya terus masuk bilik.. Mungkin terlampau
penat agaknya.. Tak lama lepas Alisya masuk bilik, mak aku pangil aku dari
ruang tamu.. Aku rasa mak mesti ada
sesuatu yang mahu dibualkannya.. Maklumlah dah lama aku tak balik Johor ni….
-“ Fuadddd… mak nak cakap sikitt… mak tak suka kau berkawan
dengan budak Alisya tuu.. mak tahu kau rapat..tetapi mak memang tak suka
menantu mak berdarah lain dari kita.. kau kena ingat tu.. banyak lagi perempuan
lain dekat kampung ni yang mak boleh minangkan.. tak payah kau pilih si Alisya
tu.. kau pun tak kenal keluarga dia.. entah dari mana dia.. kalau kau tetap nak
pilih dia, kau jangan balik kampung ni lagi….keputusan mak muktamad….”-
Tak sempat aku nak cakap sepatah perkataan sekali pun.. Mak
terus bangun dari “KERUSI MALAS” dan pergi dari ruang tamu.. Waktu tu kami
berdua je yang berbual.. Ayah lepak dengan kawan-kawannya di warung hujung
simpang rumah aku ni.. Adik-adik semua dalam bilik.. Waktu tu aku memang cukup
“BUNTU” dengan keputusan yang mak telah buat… Mak tak pernah bersikap macam
ni.. Mungkin dia tak suka perbezaan kami dengan Alisya agaknya..
Aku serba salah.. Aku serba salah dengan Mak.. Aku serba
salah dengan Alisya.. Tetapi Alisya langsung tak tahu menahu apa yang mak cakap
dengan aku.. Sebab dia pun dah tidur.. Aku nak rahsiakan dulu perkara ni dengan
Alisya.. Aku takut kalau dia tahu
perkara ni, “SEDIKIT SEBANYAK” akan “MEMBANTUTKAN” rancangan dia untuk memeluk
Islam..
Hari dah hari ahad.. Besok dah kerja. Kena pergi kursus
pulak tuuu. Huhh.. “Penatnyaaa…” Aku bertolak dari Johor tengah hari.. Lepas
makan.. Aku tak nak lambat sampai Kuala Lumpur.. Aku takut penat.. Sebab besok
aku dah mula kursus di Kuala Kubu selama dua mingu.. Sampai je di Kuala Lumpur,
Alisya sempat cakap jugak –“Terima kasih kerana kenalkan saya dengan keluarga
awak..”-.. Dengan muka penat dia, walaupun perkataan yang dikeluarkannya dengan
muka yang tersenyum tetapi aku tahu dia penat sangat..Huhu.. Dia masih belum
tahu lagi yang mak tak bagi kami berkahwin.. Selagi aku mampu, aku akan terus
merahsiakan perkara ni..
Ahhhh… Dah pagii… Hari ni aku kena gerak awal sikit, sebab
aku nak kena pergi kursus… Alisya yang hantar aku pergi tempat kerja, sebab aku
malas tingal kereta di pejabat nanti.. Sebab dari pejabat pergi ke Kuala Kubu
aku naik kereta syarikat.. Lepas sampai di kawasan pejabat aku sempat jugak
cakap serangkap ayat…
-“Awakk…jage diri erhh…saya nak awak tahu yang saya sayang
awakk..”-
Sambil muka tersenyum, dia pun balas la dialog aku dengan
nada sayu…
-“Awak pon sama tau.. Kalau saya tak ada, awak kena pandai
jaga diri dan pergi kerja sendiri tau..”-
Berat rasanya aku nak meninggalkan Alisya… Walaupun tempoh
dua mingu ni tak lah berapa lama.. Tetapi aku merasa agak berat untuk
meninggalkannya.. Tidak seperti sebelum-sebelum ni.. Aku takut sangat aku akan
kehilangan dia suatu hari nanti… Aku sangat sayang pada dia…. Sepanjang aku di
Kuala Kubu, aku terputus hubungan komunikasi dengan dia.. Sebab jadual aku di
Kuala Kubu memang sangat padat… Kadang-kadang aku rasa tidak cukup tidur.. Nak
buat macam mana.. Nama pun kursus..
Akhirnya… Dua minggu tempoh menjalankan kursus sudah pun
selesai… Orang pertama yang aku nak jumpa bila sampai Kuala Lumpur nanti ialah,
Alisya… Tak sabar rasanya nak sampai Kuala Lumpur.. Tapiii….. Semasa perjalan
pulang ke Kuala Lumpur aku cuba hubungi Alisya untuk ambil aku pulang dari
tempat kerja… Tapi tak dapat.. –“ Adui sapa nak amek aku ni kalau telefon dia
tak dapat”-.. Huhh.. Banyak kali aku telefon dia tapi tak dapat… Aku biar je la
dulu.. Sampai pejabat nanti baru telefon balik lahh…
Sampai je pejabat, kawan aku bagi sejambak bunga… Aku ingat
bunga dia untuk raikan aku sebab dah habis kursus… Rupanya salah.. Bunga tu
daripada Alisya.. Alisya yang bagi bunga tu.. Di dalam jambangan bunga itu,
terselit sepucuk surat daripada Alisya..
-“ Awak… Saya minta maaf kerana pemergian saya balik ke kota
Londan tidak mengkhabarkan terlebih dahulu kepada awak.. Saya tahu awak mesti
marah.. tetapi apa kan daya.. takdir tidak menyebelahi kita.. Awakk… Saya tahu
mak awak tak suka dekat saya… Saya dah dengar semua.. Walaupun saya tak jadi kahwin dengan awak,
tetapi saya tetap ingin memeluk Islam.. Saya dah peluk Islam sekarang.. tak
perlu untuk awak merasa serba salah kepada saya, kerana ini semua bukan salah
awak.. saya yang masuk ke dalam hidup awakkk… saya membuat keputusan untuk
mengundur diri.. Cari lah penganti yang lagi baik dan bagus dari saya.. Saya
berjanji tidak akan menjejak kaki di bumi Malaysia ini kerana khuatir akan
mengangu hidup awak semula… Restoran saya telah saya jualkan nya… akhir kata..
Cinta saya kepada awak tidak akan pernah mati dalam hidup saya..
Assalamualaikum sayangggg…”-
Terjatuh bunga yang diberi kepada aku… Tidak pernah
terlintas di fikiran ku bahawa dia akan meninggalkan ku.. Banyak kenangan yang
Alisya tingalkan kepada aku.. Aku tak kan pernah lupa.. Mungkin konflik yang
melanda kami amat mencabar dan dia sedia mengalah dan undur diri.. Oh betapa
mulianya hatimu.. Cinta yang kami miliki terpaksa di ketepikan.. Mungkin disini
bukan jodoh kami.. Mungkin disini semuanya berakhir…
-“ Pernah dulu aku berjanji untuk menjagamu.. Tetapi belum
sempat untuk ku melunaskan janji kepada mu wahai kekasihku.. Di saat aku luka,
kau sentiasa merawati ku.. Walaupun kamu tidak lagi bersama ku, aku akan tetap
pilih kamu jodoh yang terbaik yang pernah bertakhta di hati ini.. Walaupun kita
berbeza, namun ia bukan penghalang cinta kita untuk terus bersatu.. Mungkin
sudah tertulis bahawa cinta kita sampai di sini.. tetapi tidak pernah aku
melupakan mu di setiap saat ku bergerak.. Kamu lah Alisya bidadariku yang
paling terbaik yang pernah aku jumpa…”-
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
p/s...nak buat sambungan cerita nie untuk part 2..pe pendapat??? huhu...
sebuah novel yg bagus,tapi cover novel tu cm xbpe cantek la,terlalu simple,hehehe..:D
ReplyDeletehuuu
ReplyDeletesedihhh je
emm3
tapi dkat dunia reliti ade ke cm ni
tapi alhamdulillah alisya masuk ISlam
sekali pun dia x bersama dgn laki tu, tapi sedikit sebnyak laki dh bawa alisya kenal islam kan..emm3
huhu..btOl 2..
ReplyDeletebc citer gini kompom meleleh..
ReplyDeletefollow u
awk karang sendiri ye?best :)
ReplyDeletejalan cerita menarik. sayu..... lagi2 ngan background music cmni, lagi la sayu. emm... mungkin perlu perbaiki cara penulisan, mesti cerita ni lagi menusuk hati :)
ReplyDeletebest ni, sambung lagi please,
ReplyDeleteInsyaAllah..klau ade yg sudi membaca nye, sye akan menulis nyeeee....huhu.:)
ReplyDeleteteruskan penulisan yg kreatif camnie ek...nanti rajin le sy dtg sini bce..huhu
ReplyDelete~best2..menarik..teruskan bkarya :)
ReplyDeletehuhu..tq
ReplyDeleteu memang ada bakat mengarang. bagus =)
ReplyDeletebest...best....ada bakat tau dia......
ReplyDeletesalam..nice blog..jom tukar2 link..sy dah link blog anda di blog pilihan saya.
ReplyDelete