Thursday, September 29, 2011
Monday, September 19, 2011
Surat Untuk Dia
Perjalanan ku menuju dewasa kini hanyalah bersama teman
sahaja.
Tetapi, sejak hadirnya dikau, kau telah memberi nafas baru
bagi ku,
Kau telah mengajar erti cinta bagi ku,
Erti rindu dan juga erti sayanggggg.
Kepercayaan yang aku curahkan,
Seakan tidak pernah putus atas dasar kasih dan sayang.
Namun hanyalah sia-sia di mata ku,
Kerana hadirmu hanyalah bersandiwara di hadapan ku.
Aku hanyalah insan yang terpaksa menerima kekalahan.
Kekalahan ku dalam percintaan yang baru sahaja diselami ini.
Namun jauh disudut hati,
Masih menanam persaan seribu cinta, kasih sayang, serta
rindu.
Jika bagi mu aku hanyalah sandaran,
Kau memang telah menang memperdayakan ku.
Aku benar-benar tidak menduga,
Bahawa di dalam percintaan harus berlaku semua ini.
Ku pinta satu dari mu,supaya menghalalkan kasih sayang
yang pernah aku rasai
dari mu sebelum ni.
Aku juga memohon seribu kemaafan kerana tidak berdaya untuk,
Melupakan mu dengan mudah.
Akhir kata, izinkan aku menyimpan mu,
Dalam hati kecil ku ini.
Selamat jalan sayanggggggggggggggg…
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Monday, September 12, 2011
Kisah Cinta Aku
Suatu pagi yang hening. Teringat cerita cinta aku pada mu.
Perkenalan kita walau tidak sampai sedetik bagi mu, tetapi amat bermakna bagi
ku. Memang sedih bila teringat kenangan kita ni. Namun kenangan ni semua tetap
akan berlalu seperti angin sahaja. Sekali pun aku menangis air mata darah
sekali pun, kau tetap tidak akan memperdulikan aku. Tetapi kenapa aku?? Cinta
memang menyakitkan. Aku memang tak reti bercinta dan tak pernah bercinta.
Tetapi bila aku melihat mu, aku benar-benar percaya bahawa kamu adalah jodoh
aku.
Teringat saat pertama kali kita berjumpa. Tak silap aku
bulan puasa. Waktu tu kolej aku buat lawatan ke asrama kau dan buka puasa di
sana. Tak sangka dengan senyuman dan mata kau, telah benar-benar mencairkan
hati ku. Tak sangka betul. Tapi itu lah realiti. Aku tak pernah rasa segila
ini. Ternyata aku benar-benar telah jatuh cinta. Mungkin ini yang dipanggil
cinta pandang pertama. Aku terus memandang kau sehinggalah aktivit berbuka
puasa di tempat kau telah tamat. Tapi sempat jugaklah aku bergambar dengan kau.
Hermmmm… Hapy sangat-sangat sebab ada jugak gambar yang boleh dibuat kenangan
kita bersama walau sekejap sahaja. Tapi waktu tu sempat jugak aku mintak no
telefon kau untuk dijadikan medan komunikasi kita kelak.
Hari demi hari, kita semangkin rapat. Kita tak pernah
terputus komunikasi. Teringat lagi waktu pertama kali kita nak keluar
sama-sama. Waktu tu aku memang semangat gila lah. Sangup pinjam kereta kawan
tu. Huhu. Tak silap aku jugak, waktu tu dah nak cuti raya. Kawan-kawan aku semua
dah balik kampong halaman, tapi aku tetap tunggu sampai kau cuti. Ingat lagi
hari yang sama jugak, kau tunggu aku kat terminal sampai aku naik bas. Waktu tu
petang dan hujan. Aku ingat lepas tu kita susah nak jumpa lagi. Sebab
masing-masing ada keluarga kan. Tapi tak sangka, kita berjumpa lagi. Dan
semangkin kerap kita berjumpa. Walau jauh untuk bertemu, tapi aku tetap akan
datang.
Tak lupa jugak waktu aku bawak kau jumpa keluarga besar aku.
Sampai nenek aku pun kenal kau. Mak aku memang dah bagi “Green Light” dah..
Saat tak pernah lupa bila aku suap kek dekat kau depan keluarga aku. Pertama
kali aku buat macam tu dekat perempuan. Huhhh..
Tapi sejak akhir-akhir ni, masalah sering datang dalam
hubungan kita. Kadang-kadang memang kita tak mampu nak menangani semua masalah
ini. Tapi aku tetap cuba, sebab aku memang sayang sangat dekat kau. Aku percaya
sangat hubungan kita akan kekal. Tapi ternyata kepercayaan aku terhadap kau
hanyalah sia-sia. Sayang dan janji kau terhadap ku hanyalah rekaan semata-mata.
Semuanya berakhir bila kau memutuskan untuk kembali kepada teman lama mu.
Hancurnya hati ni.
Menangis aku tulis cerita ni. Tergamak kau buat aku macam
ni. Mungkin ini lah pengajaran dalam percintaan. Aku memang dah sayang, cinta
dan percaya gila dekat kau. Hakikat tetap hakikat. Realiti juga tetap realiti.
Tapi aku tetap tak kan melupakan hubungan kita ni. Rupanya, aku adalah tongkat
yang kau jadikan tempat bergantung sehinga kau sembuh dan boleh berjalan
semula. Aku tak pernah nangis sebab perempuan. Tetapi tak sangka kau lah orang
pertama yang buat aku macam ni. Ermmmmmmmm
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Sunday, August 14, 2011
Perhatian Penting!!!!!
Perhatian Pentingggggggg!!!!
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
1. Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C)2. Klik Program Files (x86)
3. Cari folder Microsoft Office --> MEDIA
--> CAGCAT10
4. Cari gmbr b'nama J0285926.
4. Cari gmbr b'nama J0285926.
*Anda akan temukan
gambar Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (sama dengan warna aslinya)
dengan lilin (sarana ibadah mereka).-Seperti Gambar Diatasssss
Sebaiknya korang DELETE gmbar tersebut!
Gambar tersebut ada di seluruh PC & Laptop seluruh dunia.
gambar Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (sama dengan warna aslinya)
dengan lilin (sarana ibadah mereka).-Seperti Gambar Diatasssss
Sebaiknya korang DELETE gmbar tersebut!
Gambar tersebut ada di seluruh PC & Laptop seluruh dunia.
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Tuesday, August 2, 2011
Ujian-Ujian Bulan Puasa
Puasa = Ramadhan….
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Memang sinonim atau menjadi kewajipan kita sebagai umat
Islam untuk melakukan Ibadah puasa tidak kira di mana kita berada. Kalau dah
nama wajib tu, maknanya kalau tidak melakukannya maka dosa akan menemui kita
lah kan..
Bila masuk je bulan puasa, banyak betul ujian yang melanda
kepada diri kita, sama ada kita pandai mengatasinya atau tidak sahaja. Walau
macam mana besarpun ujian yang diturunkan kepada kita, kita tetap menjalankan
kewajipan dalan rukun Islam yang ketiga ini.
Ujiian Bulan Pose (kanak2)
1. Cepat dahaga dan lapar
2. Tak banyak pengalam dalam bulan Ramadhan
3. Pengaruh kawan2
4. Dan banyak lagi...huhu
Ujian Bulan Pose (dewasa)
1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu
1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu
Sebenarnya apa pun yang berlaku, kewajipan tetap
dilaksanakan lah. Aku suka mengambil contoh daripada keluarga aku lah. Daripada
ayah aku. Ayah aku berkerja bukannya duduk dekat dalam air cont atau bawah
bumbung yang ada kipas. Ayah aku berkerja sebagai pemandu lori, kerja dia bukan
setakat memandu lori, tapi dia juga turut terpaksa angkat besi, benda-benda
berat dan sebagainya di tengah panas. Namun belum pernah aku nampak dia ponteng
puasa.
Tuntasnya, aku nak simpulkan dekat sini, cabaran apa pun
yang datang kepada kita, kewajipan kita tetap diutamakan. Kalau puasa je pun
tak cukup. Jangan lupa sembahyang juga ya.
“Selamat Berpuasa Dari Aku, Dia dan Kamu”
Aku, Dia dan Kamu
Thursday, July 7, 2011
Belanjawan Fleksibel
Forum:
Anda Rasa Anda Bijak
MOHD KHUZARUL
HAZIQ BIN MOHD SALAM : PENGERUSI
(Perlakon)
MUHAMMAD HAFIQ
BIN ABDUL TALIB : PANEL 1
(Usahawan Perkilangan)
MUHAMMAD AKHMAL
BIN SHAFEE : PANEL 2
(Pensyarah Akaun)
NORAINI BINTI
ISHAK :
PANEL 3 (Penceramah Politik)
Situasi
berada di sebuah studio di tv6. Siaran ini dilancarkan secara langsung pada
pukul 9 malam. Rancangan ini di beri tajuk “ Anda Rasa Anda Bijak”. Seperti
biasa, pengerusi majlis akan memulakan mukadimahnya terlebih dahulu kepada
penonton di studio dan di rumah serta memperkenalkan tiga orang panel yang
hadir di dalam rancangan ini.
Haziq : Assalamualaikum… Salam 1 Malaysia kepada
anda semua penonton di rumah mahupun
di studio. Terima kasih kerana setia untuk menonton rancangan bual bicara serta
pendapat yang dapat dikongsikan bersama. Bagi penonton di studio, selamat
datang kerancangan ini iaitu rancangan no 1 di Malaysia, rancangan “Anda Rasa
Anda Bijak. Bersama dengan saya sekarang ini, tiga orang ahli panel yang
dijemput khas ke studio ini khas untuk anda semua. Saya memperkenalkan ahli
panel kita yang pertama iaitu seorang usahawan muda dalam bidang perkilangan
yang telah mendapat gelaran Dato pada baru-baru ini dan beliau adalah, Dato
Muhammad Hafiq Bin Abdul Talib. Apa khabar Dato?
Hafiq : Ya, Khabar baik.
Haziq : Terima kasih Dato kerana dapat hadir
kerancangan ini. Saya akan memperkenalkan ahli panel kita yang kedua, seorang pensyarah
akaun dari UITM Segamat Johor dan beliau pernah menerima anugerah pensyarah
akaun terbaik. Selain daripada subjek akaun, beliau juga ada mengajar beberapa
subjek lain. Seorang yang berpengalaman iaitu, Encik Muhammad Akhmal Bin Shafee.
Akhmal : Ya,
Terima Kasih kerana menjemput saya datang ke rancangan ini.
Haziq : Sama-sama Encik Akhmal. Dan yang terakhir
ialah seorang penceramah politik yang kita jemput khas dari Kelantan. Beliau
juga pernah berkerja di sebuah organisasi di ibu kota sebelum menjadi
penceramah. Beliau juga berpengalam dalam pelbagai bidang. Puan Noraini Binti
Ishak. Selamat datang ya puan ke rancangan ini.
Noraini :
(mengangguk kepala sambil senyum) yerr
Haziq : Penonton dan hadirin yang dikasihi
sekalian. Pada hari ini kita akan membincangkan mengenai sebuah isu semasa yang
bertajuk belanjawan fleksibel. Encik Akhmal. Saya ingin mempertanyakan satu
soalan terlebih dahulu. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan? Secara
ringkas.
Akhmal :
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Belanjawan. Belanjawan adalah satu kaedah
penting dalam perakaunan pengurusan yang digunakan secara meluas oleh
perniagaan, jabatan, organisasi mahupun individu. Selain itu, segelintir
masyarakat juga ada menggatakan bahawa belanjawan ini merupakan satu alat untuk
menjimatkan wang. Mengikut teorinya, terdapat banyak pendapat yang boleh
ditafsirkan mengenai belanjawan. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah,
belanjawan adalah berbelanja sehingga satu tahap yang dibenarkan.
Haziq : Terima
kasih ya Encik Akhmal diatas pandangan beliau mengenai belanjawan. Dengan rasa rendah dirinya, saya ingin meminta
pandangan daripada ahli panel kita yang seterusnya iaitu, Dato Hafiq mengenai
kegunaan belanjawan ini. Apa itu kegunaan belanjawaan yang boleh Dato terangkan
kepada penonton di rumah mahupun di studio?
Hafiq :
Bismillahirahmanirrahim.. Terima kasih tuan pengerusi majlis. Terdapat banyak
pandangan yang mengatakan tentang kegunaan belanjawan oleh masyarakat. Saya
ingin mengambil sikit sahaja daripada pandangan-pandangan masyarakat kita untuk
dikongsikan bersama. Kegunaan belanjawan yang pertamanya adalah untuk merancang
dan mengawal kos dan hasil atau sumber perniagaan lain. Selain itu, belanjawan juga digunakan sebagai
kayu pengukur untuk mengukur prestasi organisasi. Kebiasaannya, kedua-dua
kegunaan belanjawan ini diterapkan pada masa sekarang. Walaupun banyak lagi
kegunaan belanjawan yang penting mengikut pendapat, tetapi, antara dua yang
telah saya sebutkan tadi banyak yang diamalkan pada zaman moden kita ini. Begitulah
serba sedikit pandangan daripada saya. Terima Kasih.
Haziq :
Sama-sama Dato Hafiq. Demikian pendapat yang telah disampaikan oleh Dato Hafiq
tadi. Sekarang ini, ingin saya menanyakan kepada ahli panel kita yang terakhir
iaitu seorang penceramah politik seperti yang saya katakan tadi. Puan Noraini. Boleh
puan terangkan beberapa ciri sistem kawalan belanjawan yang sentiasa berlaku
pada abad ini. Mengikut pendapat Puan.
Noraini :
Assalamualaikum. Terima kasih tuan pengerusi. Ingin saya kaitkan didalam
organisasi kerana organisai akan lebih tahu mengenai belanjawan ini. Ciri
sistem kawalan belanjawan yang pertama adalah, menetapkan matlamat dan objektif
organisasi yang dapat dicapai dan munasabah. Antara yang lain pula adalah, memberi
dan mengagihkan tanggungjawab kepada pegawai.
Haziq : Terima kasih diatas pandangan oleh Puan
Noraini itu. Sungguh ringkas tapi padat dengan isinya yang dinyatakan oleh Puan
Noraini. Terima Kasih sekali lagi ya Puan.
Noraini :
Sama-sama
Haziq : Ingin saya menanyakan satu soalan lagi
kepada salah seorang daripada ahli panel kita mengenai belanjawan bahan mentah.
Boleh salah seorang dari ahli panel kita untuk memberi pandangan tentang
belanjawan bahan mentah ini.
Hafiq : Izin
kan saya
Haziq: Sila
kan Dato.
Hafiq :
Belanjawan penggunaan bahan mentah dapat membantu pihak pengurusan untuk
membuat ramalan mengenai kuantiti bahan mentah yang diperlukan bagi memenuhi
keperluan jabatan pengeluaran. Mengikut daripada pengalaman saya selama
menguruskan kilang saya yang terletak di Batu Pahat, kebiasaannya, perkerja
saya akan membuat ramalan terlebih dahulu dalam belanjawan penggunaan bahan
mentah. Hal ini kerana, kejadian seperti keperluan bahan mentah tidak mencukupi
akibat tidak menguruskan belanjawan syarikat dengan betul. Selain itu, ramalan
terhadap kuantiti bahan mentah yang diperlukan harus dibuat agar bahan mentah
sedia ada untuk digunakan apabila diperlukan.
Haziq : Terima kasih Dato. Pandangan yang Dato
huraikan tadi dapat diambil isinya kepada semua usahawan supaya mereka lebih
teliti dalam penggunaan belanjawan bahan mentah ini. Seterusnya, saya ingin
mengajukan satu soalan kepada Encik Akhmal. Apakah pendapat Encik Akhmal
mengenai belanjawan buruh langsung?
Akhmal :
Belanjawan buruh langsung. Mengikut dari pengalaman saya selama saya mengajar
dalam subjek buruh, belanjawan buruh ini lebih tertumpu kepada penyediaan bagi
mengenalpasti kuantiti buruh yang akan terlibat dan jumlah jam buruh yang
digunakan untuk menyiapkan sesuatu unit pengeluaran seperti yang dirancangkan
oleh organisasi. Selain itu, kategori pekerja sama ada mahir atau tidak mahir
perlu berganding untuk mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Sehubungan
dengan itu, untuk menyediakan belanjawan buruh langsung pihak pengurusan perlu
mencadangkan jumlah jam buruh yang diperlukan untuk menyiapkan setiap unit
keluaran. Itu sahaja pandangan saya berdasarkan pengetahuan saya.
Haziq : Demikianlah pandangan daripada seorang
pensyarah yang berpengalaman dalam mengajar pelbagai subjek dan
terutamanya adalah subjek perakaunan.
Soalan saya yang terakhir, ingin saya tujukan kepada penceramah politik kita
iaitu Puan Noraini. pandangan Puan mengenai belanjawan belian bahan.
Noraini :
Berdasarkan pengalaman saya semasa saya berkerja disebuah organisasi dahulu,
belanjawan belian bahan mentah mempunyai tujuannya tersendiri. Tujuan utama
dalam penyediaan belanjawan belian bahan adalah, untuk menunjukkan kuantiti
bahan mentah yang perlu dibeli bagi memenuhi keperluan bahan oleh jabatan
pengeluran. Apa yang saya tahu, belanjawan ini biasanya akan disediakan oleh
jabatan belian.
Haziq : Demikianlah pandangan daripada semua ahli
panel kita yang hadir pada hari ini. Apa yang dapat saya tuntaskan disini
belanjawan yang positif amat penting terhadap masyarakat, organisasi dan banyak
lagi. Ia bagi menjamin masa yang akan datang jika belanjawan ini diuruskan
sebaik mungkin. Baiklah. Hadirin yang dihormati sekalian, kita sudahpun sampai
di penghujung rancangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel
kita pada hari ini.
Hafiq,
Noraini, Akhmal : (senyum sambil mengangguk)..
Haziq : Tidak
lupa juga kepada penonton-penonton dirumah mahupun di studio. Jangan lupa pada
hari dan waktu yang sama dalam rancangan “Anda Rasa Anda Betul”…
Assalamualaikum… Terima Kasih
Semua
ahli panel dan pengerusi masih duduk di kerusi sambil berbual, tetapi suara
tidak dapat didengar oleh penonton dan dalam pada masa yang sama lagu tema
untuk akhir rancangan dimainkan.
THE
END
Aku, Dia dan Kamu
Wednesday, June 8, 2011
Kesedaran Diri
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah
Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!
Aku, Dia dan Kamu,
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Sunday, May 29, 2011
Anti Polis
nama aku mohd khuzarul haziq bin mohd salam berjanji akan anti pOlis sampai bile2.... nak tahu x knpe aku anti pOlissss...???? cm ni crite nyeeeeee....
sempena cuti sem yg lepas, aku kerja kt sebuah kilangg... kejadian ni berlaku dalam pukOl 7 dan keatas... mksOd nye waktu maghrib la nii... sebiji kereta perOnda pOlis parking kt depan kilang aku sambil membunyikan suara2 anjing kereta nyeeee... lepas 2, de seorang uncle ni pergi jumpe pOlis 2 bagi duit kOpi. uncle ni de la bapak bOs aku.. tak lama lepas 2 de lagi sebuah kereta perOnda pOlis parking kt depan kilang lagi n membunyikan suara2 anjing krete nye jugak lahhhhhh....cm biase la uncle 2 pOn pergi jumpe pOlis 2 n bagi duit kOpiiii...satu hari 2 kadang2 aku tengOk sampai 5 atau 6 biji tau yg datangggg... memalukan btOll... pulak 2 yg mintak rasuah2 cm 2 org kite tauuuuu...pe pOn x bOlehhhhh... dalam hati aku, nak je ambik gambar2 anjing yg mintak rasuah 2..tpi aku t'pk jugak, aku nak bagi kt spe gambar 2??? cOs yg amek rasuah 2 de la org yg akan mempertahan negara drpd kejahatannnnn....ermmmmm... hancO negara kite lau cm niii...
itu yg parking depan kilanggg...blOm lagi aku cerite yg tengah buat sekatannn jalan raya... ni cerita drpd bapak aku.. bapak aku ni seorang pemandu lori... setiap kali sekatan je, setiap kali 2 lah die kne pau ngan anjing2 bOdoh niiiiiii...apa bangang lah die org nk mintak rasuah dekat org yg makan gaji macam bapak aku.. bapak aku pOn buat bOdoh laaaa...mungkin si anjing 2 ingt bapak aku ni takOt keeee....eleh die org silap org lah nk mintak rasuah niiii cOs bapak aku ni bekas askarrrrr,,,,
sO klau cm ni lah gaye nye, negara kita x kn aman lahhhh...selagi rasuah berleluasa kt negara kita.. nk cegah kt badan pencegah rasuah (BPR) pon, die pOn makan rasuahhhh...lagi pOn mestilah die org nk lindOng pOlis cOs pOlis 2 kn kakitangan kerajaannnnn....biasa nye kalau bukak kes pasal rasuah pOn xkn lame punyeee... last2 skali diam cm 2 jeeeeeee.....kalau nk bOngkar pasal die org nye cite mmg banyak laaaaaaa.... klau kO org tngOk 999 kt tv3, kO org try perhatikan btOl2 stiap kali pOlis buat serbuan dekat kelab2 pe yg die org x dpt tangkapppppp????
renung2 kn lah erhhhhhh...sumpah kalau aku habis belajar t x kn skali aku nk mOhon kerja pOlis n aku mintak2 lah dijauhkan perkerjaan iniiiiiiii....aku xkn berani buat cerita ni kalau cerita ni tipu kkkkkkk....
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Saturday, May 21, 2011
Hati Saya Ada Awak...+...
mengisah tentang perasaan aq terhadap die...n aq akan kenang hubungan kami untuk selama nye walau sekadar adik dan akak....ermmmm
Tuesday, May 10, 2011
Coretan Aku
10:30am : bru bangOn tdOoo
1045am: dalam keadaan mamainye, aq g amek tuala n trOs mandii...
11.30am : dah siap mndi n pe semua, aq g sarapan sambil layan cite P'Ramlee kt astrO prima..
12.50pm : aq g amek adik aq blik dari skOlahh..
01.50 pm: aq antO adik aq g skOla agame pulak...
02.30pm : aq dpt menarik lafas lega n berbaring didepan tv.
03.45pm : aq amek adik aq blik dari skOlah agama. ps 2 trOs antO die pergi ngaji n kne tunggu sampai die habis mengajiiiii....
04.30pm : biase nye wktu2 cm ni lah aq lunch sambil tngOk cite mate ayer kt tv3..huhu..lmbt btOl aq lunchh
05.30pm : Aq msOk bilik.. bukak l'tOp n online jppp.. (just sempat tngOk2 cOment kt fb je).. ps 2 aq trOs men gitarrrrrr....
06.30 pm : aq lepak tngOk tv balik... layan je la cite pe2..
08.30pm : bru aq nk mndiiiii...n smbOng balik tngOk tv...
09.30 pm : budak2 dtg uma n ajak klua lepakkk...
12.30am : biase time2 cm ni bru aq blikk..n ni antara yg paling awal aq blik lah erhhhhh...
01.00 am : o9 jp n ps 2 de lah rse ngantOk2 ayam knnn...
01.00 aq : aq pOn melabOh kan tirai untOk tidOr...
sO nampak nye aq mmg x sempat pOn nk update blOgg....ni pOn aq curi2 time je nk menulis pnjg2 cm nii.. jp g nk tngOk bOla jp sblOm kluaaaaa...Pe2 hal, aq akan kembali menulis balik cerita2 karut marut aq 2 x lama lagi yerrrrrrr....
Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Thursday, April 28, 2011
Sentuhan Terakhir Mu
Sentuhan Terakhir Mu
Suatu ketika dahulu, aku pernah mengenali seorang perempuan
yang bernama Huda. Diketika itu, aku berusia 6 tahun. Dia adalah sahabat baik
ku disekolah mahu pun dirumah. Selama kami berkawan, dia memang sangat baik
dengan ku. Rumahnya juga adalah bersebelahan sahaja dengan rumah aku.
Keluarganya juga mengenali diriku kerana kami sering keluar bermain bersama.
Pada suatu hari, satu khabar berita aku telah terima
daripada teman baik ku itu. Dia ingin berpindah ke Kelantan. Pada ketika ini
kami diusia 10 tahun. Sebelum kami berpisah, dia sempat menyerahkan gambar kami
bersama supaya kami menyimpan setiap satu seorang untuk dijadikan kenangan
sepanjang perpisahan kami. Akhirnya aku keseorangan ditemani cahaya sepi di
sini.
Hubungan kami ternyata memberi impak besar dalam kehidupan
ku. Aku merinduinya sebagai teman baikku yang pernah aku kenal dan membesar
bersama-sama dengannya walaupun di suatu ketika usia muda ku. Aku tanam sedalam
mungkin kenangan kami supaya sentiasa bersemadi didalam hati ini.
Kini aku telah memasuki alam perkerjaan. Aku berusia 26 tahun sekarang dan aku berkerja di Kuala
Lumpur sebagai juru audit. Pada suatu hari aku telah singgah disuatu kedai
makan bersama rakan-rakanku. Selesai sahaja makan, aku telah pergi ke kaunter
untuk membuat bayaran. Ketika aku sedang ingin mengeluarkan duit daripada beg
duit aku, gambar aku bersama teman baikku iaitu Huda telah terjatuh diatas
kaunter bayaran tadi. Seorang pekerja perempuan yang bekerja sebagai cashier di
restoran itu telah menyambut gambar aku yang terjatuh itu.
Tiba-tiba dengan nada perlahan perempuan itu bertanyakan
kepada ku sambil ingin menyerahkan gambar aku tadi: “ Ni Haziq erh???....Ni
Huda lahh… Ingat lagi tak?? Ni restoran Huda…” Tersentak seketika aku. Selama
16 tahun kami berpisah akhirnya kami bertemu kembali. Syukur ku kepada Nya
kerana menemukan ku kembali bersama teman lama ku yang sungguh aku rindu
telatahnya. Sejak daripada itu, kami berdua kembali rapat seperti 16 tahun yang
dulu. Kami sering menghabiskan masa bersama-sama. Kami juga telah membuat keputusan untuk
berkahwin.
Tiada lagi halangan perpisahan untuk kami lagi kerana kami
sudah pun diikat sebagai pasangan suami dan isteri. Kini hidup ku sangat
bahagia bersama teman yang dahulunya menghilang dari hidup ku dan muncul
kembali. Tidak pernah terlintas olehku untuk mendirikan rumah tangga sebahagia
ini. Guraun senda ku ukirkan tatkala bersamanya. Ini kerana, senyuman yang dia
lukiskan dari pipi telah memberiku sejuta keyakinan hidupku.
Kini isteriku Huda telah mengandung dan memasuki bulan yang
terakhirnya. Sungguh pantas masa berlalu. Tidak lama lagi aku akan menjadi
seorang ayah. Pada suatu hari, isteri telah mengadu sakit perut. Mungkin saat
yang ditunggu-tunggu untuk menjadi seorang ayah telah sampai ke masanya. Aku
memaut isteriku yang sudah semangkin lemah itu ke kereta. Sifat ku yang kelam
kabut telah membuatkan ku sendiri lupa untuk mengambil kunci kereta didalam.
Aku masuk kembali ke dalam rumah untuk mengambil semula kunci kereta ku. Aku
menyuruh isteriku tunggu ditepi kereta dahulu sambil ku melepaskan tangannya
dan terus mengambil kunci.
Sebaik sahaja aku selesai mengambil kunci kereta, aku terus
pergi ke kereta semula. Sesampai aku dikereta, aku melihat isteri ku sudah
terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Dia juga sudah tidak sedarkan
diri. Aku terus memapahnya masuk kedalam kereta dan terus pergi ke hospital.
Aku mula cemas dan risau akan keadaan isteriku. Sampai dihospital, doktor
menyuruh aku menunggu diluar wad, kerana dia bimbang dengan keadaanku yang
sedang lemah.
Sedang aku duduk terdiam dibangku kerusi sambil menunggu,
tiba-tiba seorang doktor memanggilku. Dia berbisik kepadaku: “ En Haziq, kami
berjaya menyelamatkan anak awak, tetapi maaf isteri anda tidak dapat
diselamatkan”… Rebah ke bumi seluruh anggota tubuh badan ku apabila mendengar
kenyataan yang diberikan oleh doktor itu
tadi. Sungguh tak sangka kebahagian yang aku miliki tidak kekal lama. Aku
ditinggalkan dengan seorang anak perempuan yang aku namakannya sebagai mana
yang aku dan arwah isteri ku telah rancangkan, iaitu Suhana.
Aku telah menjaga anak perempuan ku itu iaitu Suhana sampai
lah dia dewasa tanpa ditemani oleh ibunya. Sering sayu dihatiku kerana
mengenangkan arwah isteriku. Mungkin sudah itu takdir yang terjadi kepada
diriku. Hampir setiap hari aku menangis kerana merindui arwah isteriku. Segala
yang berlaku dalam hidupku, pasti akan terbayang wajah isteriku. “ Sayang…
Kenapa kau biarkan aku seorang disini untuk menjaga anak kita ni??? .. Kenapa
kau tidak bersama ku tatkala aku sepi seperti dulu???... dulu saat aku hendak
tidur, kau selalu menyanyikan lagu untukku…tapi sekaranggggggg….ermmm… Hanya
Tuhan yang tahu betapa siksanya diri ini dihujani dengan kenangan kita sewaktu
diusia kanak-kanak dan sehinggalah kita kahwin”…. Raut wajah anakku diusia
remajanya mirip dengan arwah isteriku dan sering mengingatkan aku akan arwah
isteriku.
Kini aku telah pun diperingkat umur hujungku. Segala
kenangan didunia ini akan bersemadi diatas tanahnya. Aku hanyalah manusia yang
menghitung hari untuk bersama dengan arwah isteri ku Huda. “Tunggu saya erh
sayangggggg…”
Sekilas cahaya bintang itu aku terpandang, terpikir oleh ku
juga bahawa tercapaikah aku ke bintang itu. Mimpi ku hanyalah dongengan disiang
hari. Angan-anganku adalah seperti titisan air yang pahit. Bintang yang aku
pandang, yang aku mimpi dan yang aku angan-angankan telah menjelma dan menjadi
hak halalku. Tetapi tidak kusangka persinggahan mu hanyalah sementara disisiku…..
Aku, Dia dan Kamu
Tuesday, April 12, 2011
Nasyid Sekarang Untuk Dakhwah Atau Duit????
Semalam petang aku saja-saja berbual dengan budak bilik aku.
Saja cerita-cerita pasal lagu nasyid ni, sebab aku memang minat lagu-lagu
nasyid ni. Tak kira apa jenis lagu nasyid yang dibawa, aku tetap suka. Kerana
lagu nasyid ni masing-masingnya ada nilai dan mesej yang tersendiri. Tapi
pernah tak ko orang semua terfikir siapa yang nyanyi lagu nasyid tu dan apa
mesej yang dia cuba sampaikan???
Tak pernah kannnn????
Ok. Aku ambil yang pertama lah. “Siapa yang nyanyi lagu
nasyid” dulu.
1) Lagu nasyid sekarang ramai yang telah dinyanyikan oleh
perempuan. Kalau lelaki tu tak jadi masalah tapi perempuan yang nyanyi ni. Tahu
tak apa hukum perempuan menyanyi???
“HARAM”
Sebab apa aku cakap haram?? Sebab kite semua tahu kan yang
suara perempuan itu aurat. Maksudnya dekat sini, kalau kite mendedahkan aurat
kite kepada orang yang bukan mahram kite maknanya dosa la kan. Aku ambik contoh
penyanyi dari Indonesia lah erh.
Nama: Marshanda
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com/ |
Lagu: Ketulusan Hati
Ciri2: Tak pakai tudung dan seksi…
(sekarang ko orang menilai lah erh)
2) Yang tadi tu penyanyi yang menyanyi lagu nasyid perempuan. Sekarang ni aku nak ambik bagi lelaki yang nyanyi lagu ketuhanan pulak. Apa yang aku tak suka dengan dia orang ini sebab dia orang ini bertindik. Tapi boleh pulak tu nyanyi lagu ketuhanan. Macam mana lah dia orang rasa masyarakat boleh terima dia orang.
Nama: ST12
Lagu : Kebesarannmu
Ciri2: Bertindik, buat video clip sambil pegang-pegang
perempuan, +t+…
(macam mana nak cerita ni???)
Yang kedua ialah “apa mesej yang dia cuba sampaikan
dalam nyanyian nasyid” tu.
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com/ |
1) Sekarang ni banyak kita dengar orang nyanyi lagu nasyid
berunsurkan percintaan. Pernah tak baca artikel dekat surat khabar kea tau dekat
mana-mana je lah yang mempersoalkan nasyid ni untuk lagu dakhwah atau lagu
cinta. Sebab sekarang ini dah kurang sangat dah lagu nasyid yang berunsurkan
dakwah. Semuanya berunsurkan cinta.
“Apa cerita nii????”
Baik dia orang yang nyanyi lagu nasyid ni, main band ke,
masuk akademik fantasia ke. Macam ni baru lah boleh main lagu cinta. Tak ada
siapa nak halang.
*Tujuan aku ni adalah untuk mendapatkan kepastian. Ini semua
bergantung dengan apa yang aku tengok jugak. Kalau tak, aku pun tak berani nak
cakap. Kalau ko orang dah baca artikel ni, pandai-pandai lah menilai k.
Sekarang ini dunia dah macam terbalik je kan???. Semua orang sibok nak cari
kekayaan, nak jadi artis lah dan macam-macam lagi lah. Tapi bukan macam ini
caranya.
Betulkan Lah Apa Yang Tak Betul Sebelum Terlambat k.
Aku, Dia dan Kamu
Monday, April 11, 2011
Ketulusan Hati
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com/ |
Setinggi langit, tinggi lagi cintaku pada mu. Seterang
matahari, terang lagi cintaku padamu. Kepingan-kepingan bunga sentiasa
mengelilingi ku tetapi ku tetap pilih kamu. Malam siang ku akan menjadi suram
tanpa kamu disisi. Lantas aku memutuskan untuk sentiasa bersamamu dalam buka
dan tutup mataku kerana aku akan sentiasa menyangimu.
Janjiku padamu akan sentiasa ku ingati bahawasanya aku akan
mencintai dan menyangimu. Ku kunci janji ku ini sekuat-kuatnya supaya aku akan
sentiasa menyangimu. Aku benar-benar menyangimu dan mencintaimu. Sumpahku juga
menyujud kepada bumi untuk membuktikan besarnya cinta dan sayang ku padamu.
Benar aku takkan boleh hidup tanpamu kerana kamu adalah
ibarat nyawaku yang memberi ku kesempurnaan untuk hidup. Realiti atau
fantasinya cinta dan sayang mu padaku tidak aku ketahui. Hati aku kuat
mengatakan bahawa kejujuran mu tidak memihak kepadaku. Aku kuatkan semangat
untuk terus memberi kamu peluang untuk mengubahnya. Namun jauh disudut hati ku
amat perit untuk meminta kejujuran mu.
Penghujung solatku sentiasa berdoa agar kamu dapat
menghantar sepenuh kejujuran dirimu padaku. Namun memang mudah bunga ditiup
oleh sang angin. Tinggal lah aku seorang diri bagai malam tanpa bintang. Tulusnya
cintaku padamu berpenghujung seperti ini. Ribuan keperitan dihati memandang
hina hati ini. Ya Allah berikan aku ketabahan.
Hati ini sentiasa berbisik jujur sendiri kerana ia adalah
ketulusan hati. Teringat janjimu padaku dan sentiasa aku teringat. Bila kamu
jauh dari sisiku sentiasa lah mengingati ku. Bila ku disamping mu peluklah
tubuhku. Bila kamu merindui aku, panggil lah nama ku kerana aku akan menemui
mu.
“Ketulusan Hati” ini sentiasa bermain di minda ini. Persoalannya,
maka akan kembali bunga yang ku sanjung itu??. Ya Allah redhai ketulusan hati.
Ya Allah, beri aku ketabahan.
Aku, Dia dan Kamu
Tuesday, April 5, 2011
Semalam Ku -4/04/ 2011
Pagi-pagi dah bangun dalam pukul 6.45am. Dah lama tak bangun
pagi-pagi macam ni. Ye la nak kejar bas pergi jb pukul 8am, t takut tertinggal
pulak. Dah bangun dan siap mandi, sarapan telah disediakan oleh ibu ku iaitu
mee goreng. Aku tinggal makan je la kn.
Da siap makan pe semua, salam-salam dengan family aku tapi
aku tak dapat jumpa adik aku dua orang yang lain sebab dia orang dah pergi
sekolah. Awal nyee???..hahaha.. Pas 2 aku dihantar oleh ayah ku ke bus stand
dan terus naik bas. Aku sampai dekat larkin dalam pukul 9.30 am. Aku pun terus
pergi beli tiket nak balik penawar pukul 10.30. Nasib baik ada lagi. Sementara nak
tunggu kira-kira lagi satu jam nak naik bas, aku pergi lah lepak kt mcd japp…
Aku memang jarang lepak dekat mcd. So aku memang x tahu la pe yg sedap n apa yg
x sedap. Aku order lah satu burger n air kopi. Selain tu dia bagi aku jugak
gula n susu. Aku ingt da xde kegunaan benda tu, mungkin kalau x cukup manis
baru taruk gula tu.
Dengan penuh keyakinan di diri, aku pun minum kopi tu. Nak
tersembur balik air tu keluar sebab pahit sangat. Rupanya baru aku tahu gula n
susu 2 de kegunaan. Segan aku sebab ramai tengok aku. Hehe.. Itu lah nama nya
pengalaman. Nampak ciot yang aku ni budak kampong. Lepas lepak mcd aku pun
tunggu lah bas. Lama jugak aku tunggu bas sebab dia cakap jalan sesak.. Nampak
no bohong.. Sebenarnya dia saja nak tunggu bas penuh dulu baru jalan. Bayangkan
la, tiket bas pukul 10.30am tapi basnya jalan pukul 11.30.. Bengang je.. Dah lah
panas kt larkin 2. Sementara tunggu bas nak jalan tu, sambil-sambil lepak dekat
larkin, aku tengok lak cleaner kt larkin tu semua orang tua.
Kesian aku tengok dia org. Nak buat cam ne kn, dah namanya
cari rezeki. Umur dia org pun dah paras-paras umur nenek aku. Tapi still berkerja lagi. Orang awam pulak,
kaki sepahkan dan tak jaga kebersihan tempat-tempat macam tu n termasuklah aku
sekali. Hisap rokok n ps 2 buang abuk rokok merata-rata. Yang jadi mangsa nya
cleaner-cleaner tu lah.
Apa-apa pun itu semua kehidupan. Masing-masing ada kehidupan
masing-masing. Bas dari larkin pun gerak ke penawar. Sampai penawar pukul satu.
Penat gila. Tak ada cakap banyak. Sampai rumah je, aku terus baca buku sebab
petang tu ada test makro. Dah lah tak study pe2 lagii.. Penat gila ciot waktu
tu. Nak buat macam mana, gagahkan je lah.
Inilah serba sedikit kisah tentang semalam ku. Penat
sentiasa menyelubungi ku. Sambil memerhatikan dunia sekeliling.
Aku, Dia dan Kamu
Tuesday, March 29, 2011
Mimpi Ku
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com/ |
Balik daripada jamming aku terus kemas gitar n barang-barang aku semua. Lepas tu aku terus lah baring ke katil. Waktu baru menunjukkan pukul 11.15pm. Tapi oleh kerana dah terlampau penat, aku pun baring je la. Ada jugak lah aku berbual dengan budak bilik aku. Sedari tak sedar je dah pukul 12 lebih. Lanpu bilik memang dah matikan dah. Tak lama lepas tu aku pun tidur.
Ceritanya bermula setelah aku tidur. Aku dikejutkan dengan
satu peristiwa yang terjadi kepada diri aku. Aku mimpi yang aku telah mati. Dan
aku sekarang hanyalah roh yang tidak berada di jasadku lagi. Aku hanya dapat
menatap mayatku sendiri. Aku takut gila waktu tu. Aku nampak orang sekeliling
aku sedang tunggu untuk proses memandikan jenazahku. Dah lah rasa takut, aku
menangis sekali kerana aku tak sangka yang aku mati di usia remaja. Tak sempat
nak berubah, mintak maaf dengan family, kawan-kawan dan orang yang dekat dengan
aku. Perasaan takut tu tak hilang lagi. Aku belum bersedia lagi untuk
menghadapi semua ni. Tetapi takdir telah menentukan. Waktu aku sedang
perhatikan jenazah ku, banyak kali aku gosok mataku, untuk membuktikan itu semua
adalah mimpi. Tetapi kematianku adalah realiti. Perasaan aku takut aku memang
tak terkata.
Bayangkan, aku boleh nampak orang-orang disekeliling jenazah
aku, tetapi mereka tak nampak roh aku. Aku memang takut gila. Menangis aku
seorang-seorang. Lepas ni aku akan dihantar untuk mengadap Allah punya. Amalan tak
cukup, dosa berlambak-lambak. Dalam hatiku, kalau lah aku diberi kesempatan
untuk hidup balik, mesti aku akan berubah. Tapi sayangnya, semua itu tak kan
berlaku kerana kita hidup didunia ini adalah sekali sahaja.
Tiba-tiba aku terjaga. Dan sekeliling aku gelap.
Perlahan-lahan aku bukak mata dan aku nampak tempat tidur aku lagi. Aku toleh
kanan untuk pastikan yang kawan-kawan aku ada. Ternyata mereka masih ada
dibangku katil. Rupanya aku hanya mimpi. Terima kasih Allah kerana kau telah
berikan ku kesempatan untuk mengubah hidupku dimasa akan datang. Perasaan takut
aku masih tak hilang lagi setelah aku terjaga daripada mimpi ku. Tak lama
kemudian aku terus sambung tidurku kembali kerana disekeliling ku menampakkan
pagi ku masih di usia mentah.
Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku mimpi dan mimpinya
benar-benar menguji aku. Ingatlah kita sebagai manusia, sesungguhnya kita akan
dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa sahaja. Tak kira kita ada dosa, tak
ada dosa ke n apa-apa je lah. Aku kongsikan mimpi aku ni untuk kebaikkan keatas
diri anda semua dan bukan lah untuk menunjukkan yang diri aku bagus sangat.
Sesungguhnya manusia semua adalah sama. Semua kehendak kita untuk jadi baik
atau jahat.
Aku, Dia dan Kamu
Sunday, March 27, 2011
Tulisan Hati
Bisikkan sayu terdengar dari sudut hatiku. Dari perlahan
suaranya hinggalah tertinggi suara dibisiikan keatas diriku. Ketika aku masih
lagi tidak sedar akan diri ini, bahwa aku adalah aku dan dia adalah dia. Puitis cinta selalu melalui pendengaran dari
diriku dan menyatakan kebesarannya kepadaku.
Aku sentiasa sedar bahwa cinta harus ada dan cinta harus
pergi. Adanya cinta ketika aku selalu lupe akan hadnya sayang ku kepada dia.
Perginya cinta ketika roh berpisah badan sama ada aku atau dia.
Janji tidak ditepati juga membuatkan akan cinta tetap pergi.
Sepi mencuit hati tatkala dia pergi meninggalkan aku. Kejujuran tidak lagi
bersemadi dihati dia. Hatiku berbisik sayu lagi bahawa aku telah dilukakan.
Dia juga telah meminta kepada sang hujan untuk menghapus
jejakku didunia ini. Aku telah dilupakan dan yang hanya ada, adalah dia didalam
hati aku. Aku dibuang bagai sampah tiada lagi gunanya. Sejuta titisan air mata
sentiasa membasahi bumi tatkala aku memikirkan dia.
Hatiku tidak mampu untuk menyimpan semua kesedihan yang
dianugerahkan kepadaku. Tulisan hati memberi pengertian yang amat tinggi
tatkala aku mengingati dia. Hatiku menulis cerita akan aku dan dia. Setiap saat
berlalu dan setiap itu lah hatiku merindu akan dia.
Aku selalu berbisik kepada hatiku, bahawa sesungguh cinta
tak harus memiliki dan harus lah menerima kenyataan akan itu. Hati ku tetap
berkeras akan tidak melupakan dia kerana cintanya adalah cinta sejati akan dia.
Tulisan hati sentiasa memikirkan akan dia….Ermmmm
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Sunday, March 13, 2011
Selamat Malam Sayang
Realiti cinta aku terhadap mu tidak dapat dinilai oleh
sesiapa kerana betapa agungnya dirimu didalam diriku.. Ku kunci hatiku buat mu,
seorang insan yang bernama wanita.. Engkau tidak pegang pada kata-kata mu pada
suatu ketika dahulu. Aku hanya dijadikan persinggahan. Bulan yang dahulunya sentiasa menemani kita
disaat berdua, kini dapat diperhatikan
olehnya aku seorang sahaja.
Selamat pagi cinta. Aku seorang yang sayang pada cintaku.
Cintaku pada seorang insan yang bernama wanita, seorang insan yang aku sayangi.
Titik permulaan sayang dan cintaku masih sehinga kini kerana dijaga erat
olehku. Aku sentiasa mengenangmu dalam doaku sayang. Sedalam lautan, dalam lagi
cintaku padamu. Walau engkau telah pergi meninggalkan ku.
Aku masih menyimpan kenangan kita berdua. Waktu itu engkau
bagai bunga yang masih belum disentuh kuntumnya, dan aku hanyalah bagaikan
kumbang yang kepatahan sayapnya kerana tersangkutkan oleh bunga-bunga yang
lain. Walaupun hatiku pernah dilukai, engkau tidak kisah untuk mengubatinya.
Kelihatan wajahmu memperlihatkan ku sejuta keikhlasan untuk sentiasa
menemaniku.
Ketika itu, terasa bahagianya diriku ketika bersamamu.
Ketika matahari ingin menyelasaikan
tugas terakhirnya dan kita pula
menyusuri pantai dengan disaksikan oleh matahari yang membuatkan sang petangku
menjadi bahagia. Tidak mampu kubayangkan saat itu. Kerana kesedihan akan
mengundang dirku.
Inginku jeritkan kepada dunia, aku lah sang setia pada
cintaku padamu sayang. Namun apakan daya, engkau tetap tidak akan muncul
dihadapan ku kembali. Mungkin Tuhan lebih menyangimu sayang. Tetapi kenapa
disaat aku merasakan cinta yang sebenar oleh mu, aku hilang kembali cinta itu.
Selepas aku disahkan memilikimu untuk perjalanan hidupku, kau hanya menjadikan
ku persinggahan hidupmu.
Engkau tidak lagi diduniaku sayang. Titisan demi titisan air
mata ku jatuh di pusara mu. Kesedihan ini sangat teruji hidupku didunia ini.
Mampukah aku mengharungi hidupku tanpa mu sayang???. Kerinduan sering terpancar
olehku terhadap dirimu, namun tidak ada sesiapa yang mempedulikannya.
Sentiasa aku mengingati saat manis kita bersama, saat malam
mengakhiri hariku. Aku ingin mengucapkan selamat malam padamu sayang. Aku tidak
akan pernah lupa akan kenangan kita bersama sayang.. Ermmm.. Salam dariku
lelaki yang benar menyangimu…
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Sunday, March 6, 2011
Realiti Hati Seorang Lelaki
Aku seorang lelaki. Kerana aku lelaki, aku menulis cerita
ini. Realiti cerita ku ini ku paparkan bukan untuk tontonan, tetapi untuk
menyampaikan kesedaran.
Aku seorang lelaki yang mudah disentuh perasaannya oleh
wanita. Namun tidak semua wanita ku izinkan
untuk menyentuh hati dan perasaanku.
Aku seorang lelaki, tetapi kenapa dengan kelemahan yang aku
ada wanita sering mempergunakan aku. Tetapi kenapa aku seorang lelaki, aku juga
sering diperbodohkan seperti sampahhhhhhhhhhhhh.
Aku seorang lelaki, aku sangat setia pada cinta ku. Aku juga
seorang lelaki, sangat sayang pada cintaku. Aku seorang lelaki yang mudah
memahami cintaku…..
Aku seorang lelaki, tetapi kenapa hati ku sering dilukakan.
Aku seorang lelaki, tetapi kenapa wanita sering mempergunakan ku tatkala
kebosanannya.
Aku seorang lelaki, aku sayang pada wanitaku. Aku seorang
lelaki, tetapi kenapa wanita yang aku sayang tidak mudah untuk setia sayang
padaku.
Aku seorang lelaki, seringku berdoa kepada Tuhan supaya
menunjukkan jalan bahagia ku. Kerana aku seorang lelaki juga, aku meminta
supaya wanita tidak permainkan setiaku padanya…..
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Friday, March 4, 2011
Inilah Hariku
Dengan berbekalkan sarung tangan, helmet pinjam n jaket
hitam yg sudah kOyak, aku pOn panaskan enjin mOto sambil bakar rOkokkk…jam
menunjukkan pkOl 12 lebih dengan niat dihati x pergi sembahyang jumaat kerana
balik kluangg… Aku ditemani dua tiga orang budak-budak lain yang masing-masing
nak balik jb dan mersing… Kesimpulannya separuh jalan je la aku dengan dia org
semuaaa..
Yang aku nak cerita ni, start perjalanan aku dari kota ke
kluang la ni… Dari petronas kota tinggi, aku dah kelihatan awan hitam yang
berarak… Sejenak ku berdoa didalam hati supaya dilindungi Tuhan daripada hujan
diturunkan kepada orang yang ingkar akan arahannya. Aku tekad untuk meneruskan
perjalan. Masjid kota tinggi yang nak mengala ke kluang penuh sangat orang…hehehe..
Terok betOl aku ni.. 5 minit aku lepas dari masjid 2, hujan pun turun dengan
lebatnya… Tak pasal-pasal kena patah balik aku dan terus cari kedai yang
terdekat. Tujuan aku cari kedai sebab aku nak mintak plastic untuk bungkus
leptOp aku daripada kena hujan..Nak dipendikkan cerita, ada satu kedai india
ni, aku nak mintak plastic dengan dia, aku menggunakan cara politik dengan
membeli jajan dulu dari kedai dia n baru lah aku mintak plastic… Sedang aku
bungkus leptOp aku, de pulak seorang apek tua ni pau rOkok aku sebatang… perhhh….
Tak pasal-pasal rokok aku melayang sebatang… Tak pe lah cOs apek 2 pOn cm x
sihat je knnn…
Hujan masih belOm berhenti, aku tekad untuk redah hujan, cOs
aku memang da basah ckit da pOnnn… Tak lama lepas 2, da nk sampai sempang air
terjun kota tinggi, kelihatan orang ramai baru balik dari sembahyang. Tiba-tiba
pulak kawasan 2 tak hujan. Nampak sangat Tuhan nak uji aku cOs x pergi
sembahyang. Aku teruskan lah perjalanan aku, tak lama kemudian, hujan sekali
lagi membasahkan ku.. Belom sempat aku nak rasa panas, sekarang dah sejuk
balik. Mengigil aku atas motor tadi. Oleeh kerana terlampau sejuk, target aku
sekarang nak sampai rumah dengan cepat la knnnn…. Aku perah motor aku
habis-habis tadi walaupun hujan-hujan… Bayangkan paling slow aku bawah da dekat
110k/m dan paling laju pulak aku bawak tadi dekat la jugak meter motor aku
dekat 160k/m..
Dah laju macam 2, tentu-tentulah aku banyak memotong
kenderaan-kenderaan dekat depan aku. Ada lori la, kereta la, pancuan 4 roda la…
Yang paling aku ingat sekali, waktu aku potong lori tadi lah.. Dah lah hujan,
gelap pulak 2, jalan tak rata lagi, lopak air pun banyak la kn… Aku potong lori
ni, lori ni pulak ikut suka dia je nk elak-elak lobang, yang aku dekat tepi dia
tengah memotong ni dah takut, dengan air percikkan dari tayar dia semua
terpelanting dekat aku. Yang paling aku risau adalah, ramai kereta tak bukak
lampu time-time hujan macam ni. Takut jugak aku, manalah tahu tiba-tiba ada
kereta muncul waktu aku belOm selesai memotong lagi. Banyak kali jugak aku
terkena tadi dengan lori-lori ni… Hati mesti kental kan cOs 2 la aku sangup
bawak motor walaupun hujan. Banyak jugak lah aku hampir berhadapan dengan maut
tadi. Mujurlah umur aku masih panjang.
Selesai berhadapan dengan jalan kelapa sawit antara kota
tinggi dan kluang. Kini aku dah nampak Bandar kluang. Kesejukkan aku masih
belOm hilang walaupun waktu aku sampai kawasan kluang tadi hujan dah berhenti.
Tekad sangat nak cepat sampai, semua lampu isyarat aku langgar. Walaupun
kawasan Bandar 2 banyak kenderaan, itu sama sekali tidak mematahkan semangatku
untuk membawa laju.
Kini hampir lima minit lagi aku nak sampai rumah, ada satu
kerata depan aku ni tiba-tiba berhenti tengah jalan cOs kereta depan dia nak
masuk simpang secara mengejut. Yang aku pulak dah dekat sangat dengan kereta
depan aku 2. Aku apa lagi la, dengan menggunakan sepenuh tenaga, aku tekan la
brek kaki.. Nampaknya still x berjaya memberhentikan motor aku, cOs tayar
belakang aku still terserit. Aku pun tekan brek tangan pulak tanpa melepaskan
brek kaki. Hasilnya tetap x berjaya cOs jalan licin. Sikit lagi aku nak
tersondol dengan kereta depan aku 2, aku pun elak teros ke kanan dengan
banganya tanpa memikir kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Sedang aku
dengan banganya sambil menggelak dalam keadaan mengejut, hampir jugak aku jatuh
tadi, mujur kaki kiri sempat tahan dari jatuh. Sakit ibu jari kaki aku cOs
terhentak dekat jalan. Lepas aku menggelak ke kanan je, kenderaan yang
bertentangan dengan aku pun kena mengelak sikit, cOs klau tidak nanti aku yang
terbang.
Kini aku dah selamat sampai dirumah aku. Kalau aku tak
selamat sampai aku rasa ramai jugak yang akan rindu aku mengupdate blog kn…
Maklumlah aku ni kan pandai buat cerita karut.. Ok lah.. Kalau aku ada masa
nanti aku update blog aku dengan cerita-cerita yang best punye kkk…..Salammmmmm
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)




















