Sunday, October 16, 2011

Cinta Yang Tak Mampu Termiliki

http://haziq-cerdik.blogspot.com

Hati selalu berbisik. Bahwa sunyi selalu ada. Cinta tidak pernah ada. Sepi sentiasa menyelubungi. Diri sentiasa sendiri. Bagai malam tanpa bulan dan bintang yang sentiasa menerangi alam. Menemani angin menjadi kemestian bagi menjana diri ini untuk terus hidup. Tetapi diri tetap sentiasa terasa sunyi. Doa ku sepanjang malam, agar Tuhan menurunkan seorang insan untuk menghapus sepi di hari ku.

Akuuu… Aku adalah seorang lelaki yang sedang menuntut di sebuah pengajian di Kuala Lumpur. Aku menyewa rumah bersama rakan-rakan ku. Pada suatu hari, aku ada dengar berita yang ada seorang pensyarah baru di kolej aku. Pensyarah perempuan. Rupanya pensyarah perempuan ni, sepupu kepada rakan serumah aku. Patutlah kawan-kawan serumah aku selalu bercerita tentang penysarah ni. Aku pun tak ambil tahu sangat lah, sebab aku ni orangnya tak suka bercampur sangat. Nama penysarah tu, Ayu. Ayu Faezah. Umur dia atas aku setahun je. 24. Tapi aku dengar, kawan-kawan aku pangil dia Ayu je. Aku pun tak pernah tengok muka dia macam mana. Jadi kalau lalu sebelah memang tak kenal la kan.

Tiba suatu hari ni, pensyarah Ayu ni,buat rumah terbuka la kan. Tapi aku malas nak datang. Aku tak suka keluar rumah sangat bila dekat rumah sewa kolej aku ni. Waktu tu, aku tengah tengok tv dan tak siap apa-apa lah. Kawan-kawan aku semua dah siap dekat luar rumah untuk bergerak. Entah macam mana lah, kawan-kawan aku ni boleh paksa aku untuk pergi rumah si pensyarah Ayu ni. Tak boleh buat apa-apa, aku ikut je la sekali.

Sampai je dekat rumah dia,baru aku tahu rupanya dia Cik Ayu yang budak-budak ni selalu sebut. Waktu tu aku ingt lagi, dia pakai baju jubah. Jubah ke?? Ye kot. Pertama kali aku pandang dia, aku betul-betul tertarik dia. Seorang pun tak tahu. Aku diam je dan aku pun berbual macam biasa. Setiap perkataan perbualan yang aku bualkan seperti menjadi tidak stabil. Jantung sentiasa berdegup pantas seakan debaran menanti sang bidadari dari kayangan. Hati berpuitis mengata kata diri mu tidak lagi sepi.

Selepas daripada hari tu, aku terus cuba merapatkan diri dekat dia. Hati aku seperti terikat. Jauh mana dia terbang pasti aku terikut. Aku dapat no telefon dia. Aku sentiasa perhatikan dia bila aku di kolej. Memandang wajahnya adalah menjadi nafas bagi diri ku. Tapi aku tak berani nak telefon dia. Aku ni pemalu sikit bila dengan perempuan. Aku rasa semua orang dekat kolej kenal aku, yang aku ni pemalu. Aku msg je la dengan dia. Hari ke hari aku mangkin rapat dengan dia.

Sehinggalah aku tamat pengajian di kolej aku. Hari terakhir aku nampak dia ialah hari jumaat. Waktu tu, dia tengah lepak dekat cafĂ© kolej. Oh…Itu lah hari terkahir aku tengok dia dekat kolej ni. Huh.. Aku sedih sangat… Kerana dalam diam, hati ku telah menimbulkan satu perasaan yang tak pasti kepada dia. Sehingga diri ini berbisik, memiliki dia adalah menjadi kewajipan untuk hidup ku . Walaupun aku seorang yang ada perasaan ini,. Tetapi aku sentiasa berharap agar dia memiliki perasaan yang sama seperti aku.

Walaupun aku dah habis belajar, hubungan kami tak pernah terputus. Malah semangkin rapat. Perasaan atau bayangan??? Aku sentiasa merasa hubungan kami semangkin rapat. Sedangkan hakikatnya itu adalah pandangan dari aku seorang. Oh angin, tolong sampaikan rasa cinta ini kepadanya. Aku tidak mampu melakukan semua ini seorang diri. Tidur ku sentiasa di selubungi bayangan wajahnya. Sedangkan dia seperti tidak tahu menahu apa-apa. Lakukan sesuatu untuk diriku, tetapi aku tidak sanggup. Aku tidak mampu. Oh dunia, tolong lah diriku ini untuk mengubah mimpi atau angan-angannya menjadi realiti.

Suatu hari, aku menerima berita dari dia, dia cakap yang dia nak berkahwin. Hancur remuk, hatiiiii, perasaan, jiwaaa.. Tatkala membaca ucapannya untuk berkahwin. Termenung aku seorang diri dengan perasaan hampa. Peluang untuk ku memiliki dia telah tertutup. Angan-angan dan mimpiku tetap sentiasa menjadi mimpi dan tidak akan pernah berubah walau sedetik angin berjalan laju sekalipun. Berair mata ku. Tak seorang pun tahu. Banyak pasal dia yang aku simpan dekat diri ni. Aku ingat lagi, waktu datang rumah dia, makan nasi lemak dengan air oren. Dia cakap nasi lemak tu bukan dia yang buat tapi air oren tu je yang dia buat. Aku tak kan lupa perkataan yang benar-benar membuat aku ingin mengenali dirinya.

Saat aku menulis semua ini, di hadapan pintu masjid. Menunggu tibanya dia untuk dinikahkan dengan pasangan hidupnya. Mungkin sebentar lagi akan berakhir semua kisah ku ini. Walaupun perkenalan aku terhadap dia tidak begitu lama, tapi aku akan kenang semua kenangan ni sampai bila-bila. Di depan pintu masjid ini akan menjadi saksi kesedihan ku ini.

Ok laa.. Sekejap lagi dia mesti dah nak sampai. Aku nak pergi basuh muka dulu. Nanti dia nampak pulak yang aku menangis bila tengok dia nikah. Biar aku sendiri yang menyimpan semua ini. Ok. Assalamualaikum…


Mohd khuzarul haziq… (nukilan di malam hari)
Aku, Dia dan Kamu….
http://haziq-cerdik.blogspot.com



Monday, October 10, 2011

"Fae Faezah" Cinta Mimpiku


..Aduiii… Penat sungguh petang nieee…adat la kn…kerja bnyk dekat ofis.. biase nye petang-petang macam nie, blik kerja je aku terus balik rumah. Biasa lah orang bujang. Awek pun xde. Dah sampai rumah tu biasa la, mandi, solat, tengok tv dan tido. Biasa lah kalau dah penat. Tak payah tunggu pukul 10  pun dah boleh tido. K aku pun tido lah..

Cerita nya bermula apabila aku terbangun daripada tidur. .. “huhhh…dah siang rupenyeee….blOm puas lagi aku nak rehat”..aku terus mandi dan pergi kerja..sampai je kt tempat kerja ni, ada seorang awek ni, aku memang minat gile lah dekat dia, walaupun aku baru pertama kali pandang dia.. Entah cam mana perasaan aku jadi lain tau.. Aku pun bagi tahu lah kawan kat tempat kerja aku nie, yang aku minat dekat awek nie.. kawan aku pun cakap la, “aku kenal budak nie, die bahagian marketing.. aku ada no hp die klau kO nk brOoo”.. aku pun amek la no hp dia dekat kawan aku nie.. balik kerja je aku terus cal dia.. berani-berani ayam je aku nie. Aku pun tak yakin sangat nak call perempuan niee…tpi dah minat, so nak buat macam mana..

Pertama kali call dia, aku tak bebual panjang pun.. Masing-masin tengah malu-malu lagi.. Lagi pun dia tak kenal aku lagi. Tapi aku dah bagi tahu dah aku kerja dekat bahagian akaun.. Sama lah dengan syarikat dia, Cuma department lain jee..Hari berikut nya aku ada jugak pelawa dia pergi lunch. Beruntung nya aku waktu tu, sebab dia sudi nak ikut aku pergi lunch.. Excited gile aku hari tu sbb dapat jumpa orang yang minat dan suka.. Walaupun aku tak pernah jumpa dia, tapi perasaan aku memang yakin dengan dia. Aku pun tak tahu kenapa, sebab aku tak pernah rasa benda-benda nie semua.

Hari-hari seterusnya pun macam tu jugak… aku selalu keluar lunch dengan dia. Kadang-kadang dinner pun sama-sama. Aku rasa, mungkin dia dah percaya dengan aku kottt…lgi pun memang aku ikhlas nak kawan dengan dia.. Dengan nama dia yang unik tu, memang betul-betul buat aku tertarik “Fae Faezah”.. Hari berlalu hari, minggu berlalu minggu dan bulan berlalu bulan..

Aku semangkin rapat dengan dia, sudah sampai masa untuk aku melunaskan hutang kata-kata ku kepada dia.. Yerr..aku tidak bertepuk sebelah tangan. Kerana dia bersetuju menjadi cinta hidup dan mati ku.. Aku bercadang untuk mengahwini nya tidak lama lagi. Huhh..best nya masa ni.. Tuhan je yang tahu… Ada satu hari tu, aku janji dengan kau dekat depan tasek yang ada pokok kembar, yang aku nak hidup dengan kau sampai bila-bila walaupun dekat alam lainnnn… Kau pun turut janji dengan aku macam tu..

Planning aku nak kahwin dengan dia dan cinta dekat dia sampai bila. Aku dah kenal kan dia dengan family aku.. Bab-bab macam nie family aku jenis ok jeww.. So aku pun plan yang kite org kawin bulan depan jelaa…sempena dengan genap setahun kite org kenalll.. Tak sangka betul yang aku nak kahwin..
Tersentak akau seketika dari kepejaman mataku… Aku perhatikan keadaan sekeliling.. Aku perhatikan kedaan aku sekarang nie.. Ya Allah… rupa nya aku hanya bermimi… Aku balik kerja dan terus tidur, dan mimpi kan dia… betul ke ni?? Jadi selama ini cinta aku pada “Fae Faezah” hanyalah cinta dalam mimpi..tak ada satu pun yang betul dan menjadi realiti… huhhh….. sedikit pun aku tak percaya ini mimpi.. aku rasa memang betul-betul aku jumpa dia, dan aku dah nak kawin pun dengan dia… Tapi kenapa mimpi??? Aku dah cinta sangat dekat diaa…bunyi macam kisah dongeng, tak masuk akal dan apa-ape je lahhh…tapi ini memang reality pengalaman yang betul-betul tak pernah aku lalui sebelum niee…berair mata aku dengan sentakan dari cinta mimpi ku…

Perkenalan aku yang berusia setahun bersama nya, hanylah satu malam jee… tetapi aku berharap nak merungkai mimpi aku itu… Aku nak cari orang nya, orang yang aku cinta pada nya didalam mimpi ku ini… aku sentiasa kenang nama unik ini “ Fae Faezah”..sampai bila-bila aku kenang nama ni… aku tekad nak cari cinta mimpi ku ini, meski makan abad dan usia ku… semua tak kan faham dan pernah faham apa yang aku rasa, tapi ini tetap betul-betul rasa walaupun ini hanya satu mimpiiii….



Aku, Dia dan Kamu
Hhtp://haziq-cerdik.blogspot.com








Thursday, September 29, 2011

Aku Hanya Sang Perindu Kamu

http://haziq-cerdik.blogspot.com

Benar kata orang cinta itu tak selalu memiliki. Cinta itu juga tak selalu indah. Hanya yang bercinta sahaja tahu betapa siksanya cinta apabila dipersiakan. Seharusnya cinta itu indah. Tapi megapa cinta menjadi penyiksaan. Aku ingin dia dan aku mahu dia menemani hidupku. Tapi aku hanyalah sang pencinta yang hanya terbang sendiri di langit biru yang tak bertepi.
Mulanya indah tetapi akhirnya penyiksaan. Mampukah aku melawan arus perasaan cinta yang muncul tanpa diduga. Siapakah aku untuk membuang cintaku sendiri.

Aku hanyalah pemerhati sendiri. Awalnya ceritaku, apabila gadis itu muncul di hadapan ku. Muka ku tersusun ketat kerana malu akannya. Tetapi sebutir perkataan tidak mampu ku ucapkan kerana kehadirannya adalah sepintas lalu. Aku tahu namanya. Aku tahu semua akannya, walaupun ku yakin dia tidak pernah mengenaliku.

Sejak pandangan ku dikaburkan oleh kehadirannya, aku mula menjadi sang pemerhatinya. Dari hari ke hari, aku tidak pernah terputus untuk memerhati wajahnya dan memahatkan di dalam mindaku. Hatiku sering menyebut namanya. Mataku sering memperlihatkannya. Tidurku hanyalah memimpinya semata-mata. Aku menyimpan perasaan ini sendiri ku, walaupun amat berat jika aku tidak mampu untuk meluahkannya. Realitinya memang aku tidak mampu untuk menyatakan hasratku ini untuk memilikinya.

Setelah sekian lama aku mengikuti jejak gadis itu, hatiku menjadi sering gila akannya. Mengapa tidak sangup untuk aku meluahkan semua ini. Berat aku untuk memikirkannya. Cinta. Adakah apa yang kurasakan ini adalah cinta???.. Tetapi mungkin kah?? Kerana cinta biasanya mesti Adam dan Hawa yang saling mencintai. Tetapi gadis itu tidak pernah tahu akan sekian lama bahawa aku memendam perasaaan akannya.

Aku terlambat. Aku memang terlambat untuk menunggu aku bersedia menyatakan hasrat perasaanku kepadanya. Sehingga suatu hari aku menerima berita akan penikahannya. Sunguh kecewa hati ini kerana aku tidak sempat menyatakan hasratku. Biarpun dia tidak pernah mengenali diri ku, namun aku akan sentiasa mengenalinya untuk seumur hidupku. Aku tidak boleh lagi seperti dulu memerhatikan mu. Namun, pandagan ku tidak akan pernah kabur untuk menyimpan wajahmu di setiap sudut walaupun hidupmu sudah dimiliki oleh orang lain. Doa ku adalah untuk kebahagiaan mu sentiasa.

Tetapi aku rindu akannya sepanjang hidupku….huhhhhhhhhh


Aku, Dia dan Kamu,
http://haziq-cerdik.blogspot.com








Monday, September 19, 2011

Surat Untuk Dia


Perjalanan ku menuju dewasa kini hanyalah bersama teman sahaja.
Tetapi, sejak hadirnya dikau, kau telah memberi nafas baru bagi ku,
Kau telah mengajar erti cinta bagi ku,
Erti rindu dan juga erti sayanggggg.

Kepercayaan yang aku curahkan,
Seakan tidak pernah putus atas dasar kasih dan sayang.
Namun hanyalah sia-sia di mata ku,
Kerana hadirmu hanyalah bersandiwara di hadapan ku.

Aku hanyalah insan yang terpaksa menerima kekalahan.
Kekalahan ku dalam percintaan yang baru sahaja diselami ini.
Namun jauh disudut hati,
Masih menanam persaan seribu cinta, kasih sayang, serta rindu.

Jika bagi mu aku hanyalah sandaran,
Kau memang telah menang memperdayakan ku.
Aku benar-benar tidak menduga,
Bahawa di dalam percintaan harus berlaku semua ini.

Ku pinta satu dari mu,supaya menghalalkan kasih sayang
 yang pernah aku rasai dari mu sebelum ni.
Aku juga memohon seribu kemaafan kerana tidak berdaya untuk,
Melupakan mu dengan mudah.

Akhir kata, izinkan aku menyimpan mu,
Dalam hati kecil ku ini.

Selamat jalan sayanggggggggggggggg…


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com

Monday, September 12, 2011

Kisah Cinta Aku



Suatu pagi yang hening. Teringat cerita cinta aku pada mu. Perkenalan kita walau tidak sampai sedetik bagi mu, tetapi amat bermakna bagi ku. Memang sedih bila teringat kenangan kita ni. Namun kenangan ni semua tetap akan berlalu seperti angin sahaja. Sekali pun aku menangis air mata darah sekali pun, kau tetap tidak akan memperdulikan aku. Tetapi kenapa aku?? Cinta memang menyakitkan. Aku memang tak reti bercinta dan tak pernah bercinta. Tetapi bila aku melihat mu, aku benar-benar percaya bahawa kamu adalah jodoh aku.

Teringat saat pertama kali kita berjumpa. Tak silap aku bulan puasa. Waktu tu kolej aku buat lawatan ke asrama kau dan buka puasa di sana. Tak sangka dengan senyuman dan mata kau, telah benar-benar mencairkan hati ku. Tak sangka betul. Tapi itu lah realiti. Aku tak pernah rasa segila ini. Ternyata aku benar-benar telah jatuh cinta. Mungkin ini yang dipanggil cinta pandang pertama. Aku terus memandang kau sehinggalah aktivit berbuka puasa di tempat kau telah tamat. Tapi sempat jugaklah aku bergambar dengan kau. Hermmmm… Hapy sangat-sangat sebab ada jugak gambar yang boleh dibuat kenangan kita bersama walau sekejap sahaja. Tapi waktu tu sempat jugak aku mintak no telefon kau untuk dijadikan medan komunikasi kita kelak.

Hari demi hari, kita semangkin rapat. Kita tak pernah terputus komunikasi. Teringat lagi waktu pertama kali kita nak keluar sama-sama. Waktu tu aku memang semangat gila lah. Sangup pinjam kereta kawan tu. Huhu. Tak silap aku jugak, waktu tu dah nak cuti raya. Kawan-kawan aku semua dah balik kampong halaman, tapi aku tetap tunggu sampai kau cuti. Ingat lagi hari yang sama jugak, kau tunggu aku kat terminal sampai aku naik bas. Waktu tu petang dan hujan. Aku ingat lepas tu kita susah nak jumpa lagi. Sebab masing-masing ada keluarga kan. Tapi tak sangka, kita berjumpa lagi. Dan semangkin kerap kita berjumpa. Walau jauh untuk bertemu, tapi aku tetap akan datang.

Tak lupa jugak waktu aku bawak kau jumpa keluarga besar aku. Sampai nenek aku pun kenal kau. Mak aku memang dah bagi “Green Light” dah.. Saat tak pernah lupa bila aku suap kek dekat kau depan keluarga aku. Pertama kali aku buat macam tu dekat perempuan. Huhhh..

Tapi sejak akhir-akhir ni, masalah sering datang dalam hubungan kita. Kadang-kadang memang kita tak mampu nak menangani semua masalah ini. Tapi aku tetap cuba, sebab aku memang sayang sangat dekat kau. Aku percaya sangat hubungan kita akan kekal. Tapi ternyata kepercayaan aku terhadap kau hanyalah sia-sia. Sayang dan janji kau terhadap ku hanyalah rekaan semata-mata. Semuanya berakhir bila kau memutuskan untuk kembali kepada teman lama mu. Hancurnya hati ni.

Menangis aku tulis cerita ni. Tergamak kau buat aku macam ni. Mungkin ini lah pengajaran dalam percintaan. Aku memang dah sayang, cinta dan percaya gila dekat kau. Hakikat tetap hakikat. Realiti juga tetap realiti. Tapi aku tetap tak kan melupakan hubungan kita ni. Rupanya, aku adalah tongkat yang kau jadikan tempat bergantung sehinga kau sembuh dan boleh berjalan semula. Aku tak pernah nangis sebab perempuan. Tetapi tak sangka kau lah orang pertama yang buat aku macam ni. Ermmmmmmmm


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com

Sunday, August 14, 2011

Perhatian Penting!!!!!


Perhatian Pentingggggggg!!!!


http://haziq-cerdik.blogspot.com


1. Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C)
2. Klik Program Files (x86) 
3. Cari folder Microsoft Office --> MEDIA --> CAGCAT10
4. Cari gmbr b'nama J0285926.

*Anda akan temukan
gambar Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (sama dengan warna aslinya)
dengan lilin (sarana ibadah mereka).-Seperti Gambar Diatasssss

Sebaiknya korang DELETE gmbar tersebut!
Gambar tersebut ada di seluruh PC & Laptop seluruh dunia.


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com

Tuesday, August 2, 2011

Ujian-Ujian Bulan Puasa


Puasa = Ramadhan….
http://haziq-cerdik.blogspot.com

Memang sinonim atau menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk melakukan Ibadah puasa tidak kira di mana kita berada. Kalau dah nama wajib tu, maknanya kalau tidak melakukannya maka dosa akan menemui kita lah kan..

Bila masuk je bulan puasa, banyak betul ujian yang melanda kepada diri kita, sama ada kita pandai mengatasinya atau tidak sahaja. Walau macam mana besarpun ujian yang diturunkan kepada kita, kita tetap menjalankan kewajipan dalan rukun Islam yang ketiga ini.

Ujiian Bulan Pose (kanak2)                                                                   

1. Cepat dahaga dan lapar
2. Tak banyak pengalam dalam bulan Ramadhan
3. Pengaruh kawan2
4. Dan banyak lagi...huhu

Ujian Bulan Pose (dewasa)

1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu

Sebenarnya apa pun yang berlaku, kewajipan tetap dilaksanakan lah. Aku suka mengambil contoh daripada keluarga aku lah. Daripada ayah aku. Ayah aku berkerja bukannya duduk dekat dalam air cont atau bawah bumbung yang ada kipas. Ayah aku berkerja sebagai pemandu lori, kerja dia bukan setakat memandu lori, tapi dia juga turut terpaksa angkat besi, benda-benda berat dan sebagainya di tengah panas. Namun belum pernah aku nampak dia ponteng puasa.

Tuntasnya, aku nak simpulkan dekat sini, cabaran apa pun yang datang kepada kita, kewajipan kita tetap diutamakan. Kalau puasa je pun tak cukup. Jangan lupa sembahyang juga ya.

“Selamat Berpuasa Dari Aku, Dia dan Kamu”

Aku, Dia dan Kamu

Thursday, July 7, 2011

Belanjawan Fleksibel


Forum: Anda Rasa Anda Bijak

MOHD KHUZARUL HAZIQ BIN MOHD SALAM         : PENGERUSI (Perlakon)
MUHAMMAD HAFIQ BIN ABDUL TALIB                   : PANEL 1 (Usahawan Perkilangan)
MUHAMMAD AKHMAL BIN SHAFEE                      : PANEL 2 (Pensyarah Akaun)
NORAINI BINTI ISHAK                                            : PANEL 3 (Penceramah Politik)

            Situasi berada di sebuah studio di tv6. Siaran ini dilancarkan secara langsung pada pukul 9 malam. Rancangan ini di beri tajuk “ Anda Rasa Anda Bijak”. Seperti biasa, pengerusi majlis akan memulakan mukadimahnya terlebih dahulu kepada penonton di studio dan di rumah serta memperkenalkan tiga orang panel yang hadir di dalam rancangan ini.

Haziq   : Assalamualaikum… Salam 1 Malaysia kepada anda semua penonton di rumah    mahupun di studio. Terima kasih kerana setia untuk menonton rancangan bual bicara serta pendapat yang dapat dikongsikan bersama. Bagi penonton di studio, selamat datang kerancangan ini iaitu rancangan no 1 di Malaysia, rancangan “Anda Rasa Anda Bijak. Bersama dengan saya sekarang ini, tiga orang ahli panel yang dijemput khas ke studio ini khas untuk anda semua. Saya memperkenalkan ahli panel kita yang pertama iaitu seorang usahawan muda dalam bidang perkilangan yang telah mendapat gelaran Dato pada baru-baru ini dan beliau adalah, Dato Muhammad Hafiq Bin Abdul Talib. Apa khabar Dato?
Hafiq   : Ya, Khabar baik.
Haziq   : Terima kasih Dato kerana dapat hadir kerancangan ini. Saya akan memperkenalkan ahli panel kita yang kedua, seorang pensyarah akaun dari UITM Segamat Johor dan beliau pernah menerima anugerah pensyarah akaun terbaik. Selain daripada subjek akaun, beliau juga ada mengajar beberapa subjek lain. Seorang yang berpengalaman iaitu,  Encik Muhammad Akhmal Bin Shafee.
Akhmal : Ya, Terima Kasih kerana menjemput saya datang ke rancangan ini.
Haziq   : Sama-sama Encik Akhmal. Dan yang terakhir ialah seorang penceramah politik yang kita jemput khas dari Kelantan. Beliau juga pernah berkerja di sebuah organisasi di ibu kota sebelum menjadi penceramah. Beliau juga berpengalam dalam pelbagai bidang. Puan Noraini Binti Ishak. Selamat datang ya puan ke rancangan ini.
Noraini : (mengangguk kepala sambil senyum) yerr
Haziq   : Penonton dan hadirin yang dikasihi sekalian. Pada hari ini kita akan membincangkan mengenai sebuah isu semasa yang bertajuk belanjawan fleksibel. Encik Akhmal. Saya ingin mempertanyakan satu soalan terlebih dahulu. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan? Secara ringkas.
Akhmal : Terima kasih tuan pengerusi majlis. Belanjawan. Belanjawan adalah satu kaedah penting dalam perakaunan pengurusan yang digunakan secara meluas oleh perniagaan, jabatan, organisasi mahupun individu. Selain itu, segelintir masyarakat juga ada menggatakan bahawa belanjawan ini merupakan satu alat untuk menjimatkan wang. Mengikut teorinya, terdapat banyak pendapat yang boleh ditafsirkan mengenai belanjawan. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah, belanjawan adalah berbelanja sehingga satu tahap yang dibenarkan.
Haziq : Terima kasih ya Encik Akhmal diatas pandangan beliau mengenai belanjawan.  Dengan rasa rendah dirinya, saya ingin meminta pandangan daripada ahli panel kita yang seterusnya iaitu, Dato Hafiq mengenai kegunaan belanjawan ini. Apa itu kegunaan belanjawaan yang boleh Dato terangkan kepada penonton di rumah mahupun di studio?
Hafiq : Bismillahirahmanirrahim.. Terima kasih tuan pengerusi majlis. Terdapat banyak pandangan yang mengatakan tentang kegunaan belanjawan oleh masyarakat. Saya ingin mengambil sikit sahaja daripada pandangan-pandangan masyarakat kita untuk dikongsikan bersama. Kegunaan belanjawan yang pertamanya adalah untuk merancang dan mengawal kos dan hasil atau sumber perniagaan lain.  Selain itu, belanjawan juga digunakan sebagai kayu pengukur untuk mengukur prestasi organisasi. Kebiasaannya, kedua-dua kegunaan belanjawan ini diterapkan pada masa sekarang. Walaupun banyak lagi kegunaan belanjawan yang penting mengikut pendapat, tetapi, antara dua yang telah saya sebutkan tadi banyak yang diamalkan pada zaman moden kita ini. Begitulah serba sedikit pandangan daripada saya. Terima Kasih.
Haziq : Sama-sama Dato Hafiq. Demikian pendapat yang telah disampaikan oleh Dato Hafiq tadi. Sekarang ini, ingin saya menanyakan kepada ahli panel kita yang terakhir iaitu seorang penceramah politik seperti yang saya katakan tadi. Puan Noraini. Boleh puan terangkan beberapa ciri sistem kawalan belanjawan yang sentiasa berlaku pada abad ini. Mengikut pendapat Puan.
Noraini : Assalamualaikum. Terima kasih tuan pengerusi. Ingin saya kaitkan didalam organisasi kerana organisai akan lebih tahu mengenai belanjawan ini. Ciri sistem kawalan belanjawan yang pertama adalah, menetapkan matlamat dan objektif organisasi yang dapat dicapai dan munasabah. Antara yang lain pula adalah, memberi dan mengagihkan tanggungjawab kepada pegawai.
Haziq   : Terima kasih diatas pandangan oleh Puan Noraini itu. Sungguh ringkas tapi padat dengan isinya yang dinyatakan oleh Puan Noraini. Terima Kasih sekali lagi ya Puan.
Noraini : Sama-sama
Haziq   : Ingin saya menanyakan satu soalan lagi kepada salah seorang daripada ahli panel kita mengenai belanjawan bahan mentah. Boleh salah seorang dari ahli panel kita untuk memberi pandangan tentang belanjawan bahan mentah ini.
Hafiq : Izin kan saya
Haziq: Sila kan Dato.
Hafiq : Belanjawan penggunaan bahan mentah dapat membantu pihak pengurusan untuk membuat ramalan mengenai kuantiti bahan mentah yang diperlukan bagi memenuhi keperluan jabatan pengeluaran. Mengikut daripada pengalaman saya selama menguruskan kilang saya yang terletak di Batu Pahat, kebiasaannya, perkerja saya akan membuat ramalan terlebih dahulu dalam belanjawan penggunaan bahan mentah. Hal ini kerana, kejadian seperti keperluan bahan mentah tidak mencukupi akibat tidak menguruskan belanjawan syarikat dengan betul. Selain itu, ramalan terhadap kuantiti bahan mentah yang diperlukan harus dibuat agar bahan mentah sedia ada untuk digunakan apabila diperlukan.
Haziq   : Terima kasih Dato. Pandangan yang Dato huraikan tadi dapat diambil isinya kepada semua usahawan supaya mereka lebih teliti dalam penggunaan belanjawan bahan mentah ini. Seterusnya, saya ingin mengajukan satu soalan kepada Encik Akhmal. Apakah pendapat Encik Akhmal mengenai belanjawan buruh langsung?
Akhmal : Belanjawan buruh langsung. Mengikut dari pengalaman saya selama saya mengajar dalam subjek buruh, belanjawan buruh ini lebih tertumpu kepada penyediaan bagi mengenalpasti kuantiti buruh yang akan terlibat dan jumlah jam buruh yang digunakan untuk menyiapkan sesuatu unit pengeluaran seperti yang dirancangkan oleh organisasi. Selain itu, kategori pekerja sama ada mahir atau tidak mahir perlu berganding untuk mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, untuk menyediakan belanjawan buruh langsung pihak pengurusan perlu mencadangkan jumlah jam buruh yang diperlukan untuk menyiapkan setiap unit keluaran. Itu sahaja pandangan saya berdasarkan pengetahuan saya.
Haziq   : Demikianlah pandangan daripada seorang pensyarah yang berpengalaman dalam mengajar pelbagai subjek dan terutamanya  adalah subjek perakaunan. Soalan saya yang terakhir, ingin saya tujukan kepada penceramah politik kita iaitu Puan Noraini. pandangan Puan mengenai belanjawan belian bahan.
Noraini : Berdasarkan pengalaman saya semasa saya berkerja disebuah organisasi dahulu, belanjawan belian bahan mentah mempunyai tujuannya tersendiri. Tujuan utama dalam penyediaan belanjawan belian bahan adalah, untuk menunjukkan kuantiti bahan mentah yang perlu dibeli bagi memenuhi keperluan bahan oleh jabatan pengeluran. Apa yang saya tahu, belanjawan ini biasanya akan disediakan oleh jabatan belian.
Haziq   : Demikianlah pandangan daripada semua ahli panel kita yang hadir pada hari ini. Apa yang dapat saya tuntaskan disini belanjawan yang positif amat penting terhadap masyarakat, organisasi dan banyak lagi. Ia bagi menjamin masa yang akan datang jika belanjawan ini diuruskan sebaik mungkin. Baiklah. Hadirin yang dihormati sekalian, kita sudahpun sampai di penghujung rancangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel kita pada hari ini.
Hafiq, Noraini, Akhmal : (senyum sambil mengangguk)..
Haziq : Tidak lupa juga kepada penonton-penonton dirumah mahupun di studio. Jangan lupa pada hari dan waktu yang sama dalam rancangan “Anda Rasa Anda Betul”… Assalamualaikum… Terima Kasih
            Semua ahli panel dan pengerusi masih duduk di kerusi sambil berbual, tetapi suara tidak dapat didengar oleh penonton dan dalam pada masa yang sama lagu tema untuk akhir rancangan dimainkan.

                             THE END
Aku, Dia dan Kamu

Wednesday, June 8, 2011

Kesedaran Diri







Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!



Aku, Dia dan Kamu,
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Sunday, May 29, 2011

Anti Polis




nama aku mohd khuzarul haziq bin mohd salam berjanji akan anti pOlis sampai bile2.... nak tahu x knpe aku anti pOlissss...???? cm ni crite nyeeeeee....

sempena cuti sem yg lepas, aku kerja kt sebuah kilangg... kejadian ni berlaku dalam pukOl 7 dan keatas... mksOd nye waktu maghrib la nii... sebiji kereta perOnda pOlis parking kt depan kilang aku sambil membunyikan suara2 anjing kereta nyeeee... lepas 2, de seorang uncle ni pergi jumpe pOlis 2 bagi duit kOpi. uncle ni de la bapak bOs aku.. tak lama lepas 2 de lagi sebuah kereta perOnda pOlis parking kt depan kilang lagi n membunyikan suara2 anjing krete nye jugak lahhhhhh....cm biase la uncle 2 pOn pergi jumpe pOlis 2 n bagi duit kOpiiii...satu hari 2 kadang2 aku tengOk sampai 5 atau 6 biji tau yg datangggg... memalukan btOll... pulak 2 yg mintak rasuah2 cm 2 org kite tauuuuu...pe pOn x bOlehhhhh... dalam hati aku, nak je ambik gambar2 anjing yg mintak rasuah 2..tpi aku t'pk jugak, aku nak bagi kt spe gambar 2??? cOs yg amek rasuah 2 de la org yg akan mempertahan negara drpd kejahatannnnn....ermmmmm... hancO negara kite lau cm niii...

itu yg parking depan kilanggg...blOm lagi aku cerite yg tengah buat sekatannn jalan raya... ni cerita drpd bapak aku.. bapak aku ni seorang pemandu lori... setiap kali sekatan je, setiap kali 2 lah die kne pau ngan anjing2 bOdoh niiiiiii...apa bangang lah die org nk mintak rasuah dekat org yg makan gaji macam bapak aku.. bapak aku pOn buat bOdoh laaaa...mungkin si anjing 2 ingt bapak aku ni takOt keeee....eleh die org silap org lah nk mintak rasuah niiii cOs bapak aku ni bekas askarrrrr,,,,

sO klau cm ni lah gaye nye, negara kita x kn aman lahhhh...selagi rasuah berleluasa kt negara kita.. nk cegah kt badan pencegah rasuah (BPR) pon, die pOn makan rasuahhhh...lagi pOn mestilah die org nk lindOng pOlis cOs pOlis 2 kn kakitangan kerajaannnnn....biasa nye kalau bukak kes pasal rasuah pOn xkn lame punyeee... last2 skali diam cm 2 jeeeeeee.....kalau nk bOngkar pasal die org nye cite mmg banyak laaaaaaa.... klau kO org tngOk 999 kt tv3, kO org try perhatikan btOl2 stiap kali pOlis buat serbuan dekat kelab2 pe yg die org x dpt tangkapppppp????

renung2 kn lah erhhhhhh...sumpah kalau aku habis belajar t x kn skali aku nk mOhon kerja pOlis n aku mintak2 lah dijauhkan perkerjaan iniiiiiiii....aku xkn berani buat cerita ni kalau cerita ni tipu kkkkkkk....


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/








Saturday, May 21, 2011

Hati Saya Ada Awak...+...




mengisah tentang perasaan aq terhadap die...n aq akan kenang hubungan kami untuk selama nye walau sekadar adik dan akak....ermmmm

Tuesday, May 10, 2011

Coretan Aku

Salam satu Malaysia semua... hari ni aq rse nk singgah jp kt blOg aq sendiri, setelah sekian lme x menulis ni.. Semenjak balik ke Kluang ni, aq rse jadual aq cm penuh sangat. Minggu lepas je dah dua kali aq pergi daki gunong. Bukan pe, aq cume nk jadikan riadah 2 suatu hObi je. Aq ni mmg lah x kje n thu ketOk duit bapak aq jeee...Tpi aq still cm x sempat nk online untuk update blOg yg aq cyg nii... Nk thu sebab pee???


10:30am : bru bangOn tdOoo

1045am: dalam keadaan mamainye, aq g amek tuala n trOs mandii...

11.30am : dah siap mndi n pe semua, aq g sarapan sambil layan cite P'Ramlee kt astrO prima..

12.50pm : aq g amek adik aq blik dari skOlahh..

01.50 pm: aq antO adik aq g skOla agame pulak...

02.30pm : aq dpt menarik lafas lega n berbaring didepan tv.

03.45pm : aq amek adik aq blik dari skOlah agama. ps 2 trOs antO die pergi ngaji n kne tunggu sampai die habis mengajiiiii....

04.30pm : biase nye wktu2 cm ni lah aq lunch sambil tngOk cite mate ayer kt tv3..huhu..lmbt btOl aq lunchh

05.30pm : Aq msOk bilik.. bukak l'tOp n online jppp.. (just sempat tngOk2 cOment kt fb je).. ps 2 aq trOs          men gitarrrrrr....

06.30 pm : aq lepak tngOk tv balik... layan je la cite pe2..

08.30pm : bru aq nk mndiiiii...n smbOng balik tngOk tv...

09.30 pm : budak2 dtg uma n ajak klua lepakkk...

12.30am : biase time2 cm ni bru aq blikk..n ni antara yg paling awal aq blik lah erhhhhh...

01.00 am : o9 jp n ps 2 de lah rse ngantOk2 ayam knnn...

01.00 aq : aq pOn melabOh kan tirai untOk tidOr...

sO nampak nye aq mmg x sempat pOn nk update blOgg....ni pOn aq curi2 time je nk menulis pnjg2 cm nii.. jp g nk tngOk bOla jp sblOm kluaaaaa...Pe2 hal, aq akan kembali menulis balik cerita2 karut marut aq 2 x lama lagi yerrrrrrr....

Aku, Dia, dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Thursday, April 28, 2011

Sentuhan Terakhir Mu


Sentuhan Terakhir Mu

Suatu ketika dahulu, aku pernah mengenali seorang perempuan yang bernama Huda. Diketika itu, aku berusia 6 tahun. Dia adalah sahabat baik ku disekolah mahu pun dirumah. Selama kami berkawan, dia memang sangat baik dengan ku. Rumahnya juga adalah bersebelahan sahaja dengan rumah aku. Keluarganya juga mengenali diriku kerana kami sering keluar bermain bersama.

Pada suatu hari, satu khabar berita aku telah terima daripada teman baik ku itu. Dia ingin berpindah ke Kelantan. Pada ketika ini kami diusia 10 tahun. Sebelum kami berpisah, dia sempat menyerahkan gambar kami bersama supaya kami menyimpan setiap satu seorang untuk dijadikan kenangan sepanjang perpisahan kami. Akhirnya aku keseorangan ditemani cahaya sepi di sini.

Hubungan kami ternyata memberi impak besar dalam kehidupan ku. Aku merinduinya sebagai teman baikku yang pernah aku kenal dan membesar bersama-sama dengannya walaupun di suatu ketika usia muda ku. Aku tanam sedalam mungkin kenangan kami supaya sentiasa bersemadi didalam hati ini.

Kini aku telah memasuki alam perkerjaan. Aku berusia  26 tahun sekarang dan aku berkerja di Kuala Lumpur sebagai juru audit. Pada suatu hari aku telah singgah disuatu kedai makan bersama rakan-rakanku. Selesai sahaja makan, aku telah pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Ketika aku sedang ingin mengeluarkan duit daripada beg duit aku, gambar aku bersama teman baikku iaitu Huda telah terjatuh diatas kaunter bayaran tadi. Seorang pekerja perempuan yang bekerja sebagai cashier di restoran itu telah menyambut gambar aku yang terjatuh itu.

Tiba-tiba dengan nada perlahan perempuan itu bertanyakan kepada ku sambil ingin menyerahkan gambar aku tadi: “ Ni Haziq erh???....Ni Huda lahh… Ingat lagi tak?? Ni restoran Huda…” Tersentak seketika aku. Selama 16 tahun kami berpisah akhirnya kami bertemu kembali. Syukur ku kepada Nya kerana menemukan ku kembali bersama teman lama ku yang sungguh aku rindu telatahnya. Sejak daripada itu, kami berdua kembali rapat seperti 16 tahun yang dulu. Kami sering menghabiskan masa bersama-sama.  Kami juga telah membuat keputusan untuk berkahwin.

Tiada lagi halangan perpisahan untuk kami lagi kerana kami sudah pun diikat sebagai pasangan suami dan isteri. Kini hidup ku sangat bahagia bersama teman yang dahulunya menghilang dari hidup ku dan muncul kembali. Tidak pernah terlintas olehku untuk mendirikan rumah tangga sebahagia ini. Guraun senda ku ukirkan tatkala bersamanya. Ini kerana, senyuman yang dia lukiskan dari pipi telah memberiku sejuta keyakinan hidupku.

Kini isteriku Huda telah mengandung dan memasuki bulan yang terakhirnya. Sungguh pantas masa berlalu. Tidak lama lagi aku akan menjadi seorang ayah. Pada suatu hari, isteri telah mengadu sakit perut. Mungkin saat yang ditunggu-tunggu untuk menjadi seorang ayah telah sampai ke masanya. Aku memaut isteriku yang sudah semangkin lemah itu ke kereta. Sifat ku yang kelam kabut telah membuatkan ku sendiri lupa untuk mengambil kunci kereta didalam. Aku masuk kembali ke dalam rumah untuk mengambil semula kunci kereta ku. Aku menyuruh isteriku tunggu ditepi kereta dahulu sambil ku melepaskan tangannya dan terus mengambil kunci.

Sebaik sahaja aku selesai mengambil kunci kereta, aku terus pergi ke kereta semula. Sesampai aku dikereta, aku melihat isteri ku sudah terbaring di atas jalan dengan berlumuran darah. Dia juga sudah tidak sedarkan diri. Aku terus memapahnya masuk kedalam kereta dan terus pergi ke hospital. Aku mula cemas dan risau akan keadaan isteriku. Sampai dihospital, doktor menyuruh aku menunggu diluar wad, kerana dia bimbang dengan keadaanku yang sedang lemah.

Sedang aku duduk terdiam dibangku kerusi sambil menunggu, tiba-tiba seorang doktor memanggilku. Dia berbisik kepadaku: “ En Haziq, kami berjaya menyelamatkan anak awak, tetapi maaf isteri anda tidak dapat diselamatkan”… Rebah ke bumi seluruh anggota tubuh badan ku apabila mendengar kenyataan yang  diberikan oleh doktor itu tadi. Sungguh tak sangka kebahagian yang aku miliki tidak kekal lama. Aku ditinggalkan dengan seorang anak perempuan yang aku namakannya sebagai mana yang aku dan arwah isteri ku telah rancangkan, iaitu Suhana.

Aku telah menjaga anak perempuan ku itu iaitu Suhana sampai lah dia dewasa tanpa ditemani oleh ibunya. Sering sayu dihatiku kerana mengenangkan arwah isteriku. Mungkin sudah itu takdir yang terjadi kepada diriku. Hampir setiap hari aku menangis kerana merindui arwah isteriku. Segala yang berlaku dalam hidupku, pasti akan terbayang wajah isteriku. “ Sayang… Kenapa kau biarkan aku seorang disini untuk menjaga anak kita ni??? .. Kenapa kau tidak bersama ku tatkala aku sepi seperti dulu???... dulu saat aku hendak tidur, kau selalu menyanyikan lagu untukku…tapi sekaranggggggg….ermmm… Hanya Tuhan yang tahu betapa siksanya diri ini dihujani dengan kenangan kita sewaktu diusia kanak-kanak dan sehinggalah kita kahwin”…. Raut wajah anakku diusia remajanya mirip dengan arwah isteriku dan sering mengingatkan aku akan arwah isteriku.

Kini aku telah pun diperingkat umur hujungku. Segala kenangan didunia ini akan bersemadi diatas tanahnya. Aku hanyalah manusia yang menghitung hari untuk bersama dengan arwah isteri ku Huda. “Tunggu saya erh sayangggggg…”

Sekilas cahaya bintang itu aku terpandang, terpikir oleh ku juga bahawa tercapaikah aku ke bintang itu. Mimpi ku hanyalah dongengan disiang hari. Angan-anganku adalah seperti titisan air yang pahit. Bintang yang aku pandang, yang aku mimpi dan yang aku angan-angankan telah menjelma dan menjadi hak halalku. Tetapi tidak kusangka persinggahan mu hanyalah sementara disisiku…..

Aku, Dia dan Kamu



                

Tuesday, April 12, 2011

Nasyid Sekarang Untuk Dakhwah Atau Duit????


Semalam petang aku saja-saja berbual dengan budak bilik aku. Saja cerita-cerita pasal lagu nasyid ni, sebab aku memang minat lagu-lagu nasyid ni. Tak kira apa jenis lagu nasyid yang dibawa, aku tetap suka. Kerana lagu nasyid ni masing-masingnya ada nilai dan mesej yang tersendiri. Tapi pernah tak ko orang semua terfikir siapa yang nyanyi lagu nasyid tu dan apa mesej yang dia cuba sampaikan???

Tak pernah kannnn????

Ok. Aku ambil yang pertama lah. “Siapa yang nyanyi lagu nasyid” dulu.

1) Lagu nasyid sekarang ramai yang telah dinyanyikan oleh perempuan. Kalau lelaki tu tak jadi masalah tapi perempuan yang nyanyi ni. Tahu tak apa hukum perempuan menyanyi???

                                                      “HARAM”
Sebab apa aku cakap haram?? Sebab kite semua tahu kan yang suara perempuan itu aurat. Maksudnya dekat sini, kalau kite mendedahkan aurat kite kepada orang yang bukan mahram kite maknanya dosa la kan. Aku ambik contoh penyanyi dari Indonesia lah erh.
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Nama: Marshanda                                       
Lagu: Ketulusan Hati
Ciri2: Tak pakai tudung dan seksi…
(sekarang ko orang menilai lah erh)

2) Yang tadi tu penyanyi yang menyanyi lagu nasyid perempuan. Sekarang ni aku nak ambik bagi lelaki yang nyanyi lagu ketuhanan pulak. Apa yang aku tak suka dengan dia orang ini sebab dia orang ini bertindik. Tapi boleh pulak tu nyanyi lagu ketuhanan. Macam mana lah dia orang rasa masyarakat boleh terima dia orang.
Nama: ST12
Lagu : Kebesarannmu
Ciri2: Bertindik, buat video clip sambil pegang-pegang perempuan, +t+…
(macam mana nak cerita ni???)

Yang kedua ialah “apa mesej yang dia cuba sampaikan dalam nyanyian nasyid” tu.

http://haziq-cerdik.blogspot.com/
1) Sekarang ni banyak kita dengar orang nyanyi lagu nasyid berunsurkan percintaan. Pernah tak baca artikel dekat surat khabar kea tau dekat mana-mana je lah yang mempersoalkan nasyid ni untuk lagu dakhwah atau lagu cinta. Sebab sekarang ini dah kurang sangat dah lagu nasyid yang berunsurkan dakwah. Semuanya berunsurkan cinta.

                                         “Apa cerita nii????”
Baik dia orang yang nyanyi lagu nasyid ni, main band ke, masuk akademik fantasia ke. Macam ni baru lah boleh main lagu cinta. Tak ada siapa nak halang.

*Tujuan aku ni adalah untuk mendapatkan kepastian. Ini semua bergantung dengan apa yang aku tengok jugak. Kalau tak, aku pun tak berani nak cakap. Kalau ko orang dah baca artikel ni, pandai-pandai lah menilai k. Sekarang ini dunia dah macam terbalik je kan???. Semua orang sibok nak cari kekayaan, nak jadi artis lah dan macam-macam lagi lah. Tapi bukan macam ini caranya.

Betulkan Lah Apa Yang Tak Betul Sebelum Terlambat k.

Aku, Dia dan Kamu





Monday, April 11, 2011

Ketulusan Hati

http://haziq-cerdik.blogspot.com/

Setinggi langit, tinggi lagi cintaku pada mu. Seterang matahari, terang lagi cintaku padamu. Kepingan-kepingan bunga sentiasa mengelilingi ku tetapi ku tetap pilih kamu. Malam siang ku akan menjadi suram tanpa kamu disisi. Lantas aku memutuskan untuk sentiasa bersamamu dalam buka dan tutup mataku kerana aku akan sentiasa menyangimu.

Janjiku padamu akan sentiasa ku ingati bahawasanya aku akan mencintai dan menyangimu. Ku kunci janji ku ini sekuat-kuatnya supaya aku akan sentiasa menyangimu. Aku benar-benar menyangimu dan mencintaimu. Sumpahku juga menyujud kepada bumi untuk membuktikan besarnya cinta dan sayang ku padamu.

Benar aku takkan boleh hidup tanpamu kerana kamu adalah ibarat nyawaku yang memberi ku kesempurnaan untuk hidup. Realiti atau fantasinya cinta dan sayang mu padaku tidak aku ketahui. Hati aku kuat mengatakan bahawa kejujuran mu tidak memihak kepadaku. Aku kuatkan semangat untuk terus memberi kamu peluang untuk mengubahnya. Namun jauh disudut hati ku amat perit untuk meminta kejujuran mu.

Penghujung solatku sentiasa berdoa agar kamu dapat menghantar sepenuh kejujuran dirimu padaku. Namun memang mudah bunga ditiup oleh sang angin. Tinggal lah aku seorang diri bagai malam tanpa bintang. Tulusnya cintaku padamu berpenghujung seperti ini. Ribuan keperitan dihati memandang hina hati ini. Ya Allah berikan aku ketabahan.

Hati ini sentiasa berbisik jujur sendiri kerana ia adalah ketulusan hati. Teringat janjimu padaku dan sentiasa aku teringat. Bila kamu jauh dari sisiku sentiasa lah mengingati ku. Bila ku disamping mu peluklah tubuhku. Bila kamu merindui aku, panggil lah nama ku kerana aku akan menemui mu.

“Ketulusan Hati” ini sentiasa bermain di minda ini. Persoalannya, maka akan kembali bunga yang ku sanjung itu??. Ya Allah redhai ketulusan hati. Ya Allah, beri aku ketabahan.


Aku, Dia dan Kamu











Tuesday, April 5, 2011

Semalam Ku -4/04/ 2011


Pagi-pagi dah bangun dalam pukul 6.45am. Dah lama tak bangun pagi-pagi macam ni. Ye la nak kejar bas pergi jb pukul 8am, t takut tertinggal pulak. Dah bangun dan siap mandi, sarapan telah disediakan oleh ibu ku iaitu mee goreng.  Aku tinggal makan je la kn.

Da siap makan pe semua, salam-salam dengan family aku tapi aku tak dapat jumpa adik aku dua orang yang lain sebab dia orang dah pergi sekolah. Awal nyee???..hahaha.. Pas 2 aku dihantar oleh ayah ku ke bus stand dan terus naik bas. Aku sampai dekat larkin dalam pukul 9.30 am. Aku pun terus pergi beli tiket nak balik penawar pukul 10.30. Nasib baik ada lagi. Sementara nak tunggu kira-kira lagi satu jam nak naik bas, aku pergi lah lepak kt mcd japp… Aku memang jarang lepak dekat mcd. So aku memang x tahu la pe yg sedap n apa yg x sedap. Aku order lah satu burger n air kopi. Selain tu dia bagi aku jugak gula n susu. Aku ingt da xde kegunaan benda tu, mungkin kalau x cukup manis baru taruk gula tu.

Dengan penuh keyakinan di diri, aku pun minum kopi tu. Nak tersembur balik air tu keluar sebab pahit sangat. Rupanya baru aku tahu gula n susu 2 de kegunaan. Segan aku sebab ramai tengok aku. Hehe.. Itu lah nama nya pengalaman. Nampak ciot yang aku ni budak kampong. Lepas lepak mcd aku pun tunggu lah bas. Lama jugak aku tunggu bas sebab dia cakap jalan sesak.. Nampak no bohong.. Sebenarnya dia saja nak tunggu bas penuh dulu baru jalan. Bayangkan la, tiket bas pukul 10.30am tapi basnya jalan pukul 11.30.. Bengang je.. Dah lah panas kt larkin 2. Sementara tunggu bas nak jalan tu, sambil-sambil lepak dekat larkin, aku tengok lak cleaner kt larkin tu semua orang tua.

Kesian aku tengok dia org. Nak buat cam ne kn, dah namanya cari rezeki. Umur dia org pun dah paras-paras umur nenek aku.  Tapi still berkerja lagi. Orang awam pulak, kaki sepahkan dan tak jaga kebersihan tempat-tempat macam tu n termasuklah aku sekali. Hisap rokok n ps 2 buang abuk rokok merata-rata. Yang jadi mangsa nya cleaner-cleaner tu lah.

Apa-apa pun itu semua kehidupan. Masing-masing ada kehidupan masing-masing. Bas dari larkin pun gerak ke penawar. Sampai penawar pukul satu. Penat gila. Tak ada cakap banyak. Sampai rumah je, aku terus baca buku sebab petang tu ada test makro. Dah lah tak study pe2 lagii.. Penat gila ciot waktu tu. Nak buat macam mana, gagahkan je lah.

Inilah serba sedikit kisah tentang semalam ku. Penat sentiasa menyelubungi ku. Sambil memerhatikan dunia sekeliling.

Aku, Dia dan Kamu




Tuesday, March 29, 2011

Mimpi Ku

http://haziq-cerdik.blogspot.com/
                                                            
Balik daripada jamming aku terus kemas gitar n barang-barang aku semua. Lepas tu aku terus lah baring ke katil. Waktu baru menunjukkan pukul 11.15pm. Tapi oleh kerana dah terlampau penat, aku pun baring je la. Ada jugak lah aku berbual dengan budak bilik aku. Sedari tak sedar je dah pukul 12 lebih. Lanpu bilik memang dah matikan dah. Tak lama lepas tu aku pun tidur.

Ceritanya bermula setelah aku tidur. Aku dikejutkan dengan satu peristiwa yang terjadi kepada diri aku. Aku mimpi yang aku telah mati. Dan aku sekarang hanyalah roh yang tidak berada di jasadku lagi. Aku hanya dapat menatap mayatku sendiri. Aku takut gila waktu tu. Aku nampak orang sekeliling aku sedang tunggu untuk proses memandikan jenazahku. Dah lah rasa takut, aku menangis sekali kerana aku tak sangka yang aku mati di usia remaja. Tak sempat nak berubah, mintak maaf dengan family, kawan-kawan dan orang yang dekat dengan aku. Perasaan takut tu tak hilang lagi. Aku belum bersedia lagi untuk menghadapi semua ni. Tetapi takdir telah menentukan. Waktu aku sedang perhatikan jenazah ku, banyak kali aku gosok mataku, untuk membuktikan itu semua adalah mimpi. Tetapi kematianku adalah realiti. Perasaan aku takut aku memang tak terkata.

Bayangkan, aku boleh nampak orang-orang disekeliling jenazah aku, tetapi mereka tak nampak roh aku. Aku memang takut gila. Menangis aku seorang-seorang. Lepas ni aku akan dihantar untuk mengadap Allah punya. Amalan tak cukup, dosa berlambak-lambak. Dalam hatiku, kalau lah aku diberi kesempatan untuk hidup balik, mesti aku akan berubah. Tapi sayangnya, semua itu tak kan berlaku kerana kita hidup didunia ini adalah sekali sahaja.

Tiba-tiba aku terjaga. Dan sekeliling aku gelap. Perlahan-lahan aku bukak mata dan aku nampak tempat tidur aku lagi. Aku toleh kanan untuk pastikan yang kawan-kawan aku ada. Ternyata mereka masih ada dibangku katil. Rupanya aku hanya mimpi. Terima kasih Allah kerana kau telah berikan ku kesempatan untuk mengubah hidupku dimasa akan datang. Perasaan takut aku masih tak hilang lagi setelah aku terjaga daripada mimpi ku. Tak lama kemudian aku terus sambung tidurku kembali kerana disekeliling ku menampakkan pagi ku masih di usia mentah.

Seumur hidup aku, inilah pertama kali aku mimpi dan mimpinya benar-benar menguji aku. Ingatlah kita sebagai manusia, sesungguhnya kita akan dipanggil oleh Allah pada bila-bila masa sahaja. Tak kira kita ada dosa, tak ada dosa ke n apa-apa je lah. Aku kongsikan mimpi aku ni untuk kebaikkan keatas diri anda semua dan bukan lah untuk menunjukkan yang diri aku bagus sangat. Sesungguhnya manusia semua adalah sama. Semua kehendak kita untuk jadi baik atau jahat.



Aku, Dia dan Kamu


Sunday, March 27, 2011

Tulisan Hati



Bisikkan sayu terdengar dari sudut hatiku. Dari perlahan suaranya hinggalah tertinggi suara dibisiikan keatas diriku. Ketika aku masih lagi tidak sedar akan diri ini, bahwa aku adalah aku dan dia adalah dia.  Puitis cinta selalu melalui pendengaran dari diriku dan menyatakan kebesarannya kepadaku.

Aku sentiasa sedar bahwa cinta harus ada dan cinta harus pergi. Adanya cinta ketika aku selalu lupe akan hadnya sayang ku kepada dia. Perginya cinta ketika roh berpisah badan sama ada aku atau dia.
Janji tidak ditepati juga membuatkan akan cinta tetap pergi. Sepi mencuit hati tatkala dia pergi meninggalkan aku. Kejujuran tidak lagi bersemadi dihati dia. Hatiku berbisik sayu lagi bahawa aku telah dilukakan.

Dia juga telah meminta kepada sang hujan untuk menghapus jejakku didunia ini. Aku telah dilupakan dan yang hanya ada, adalah dia didalam hati aku. Aku dibuang bagai sampah tiada lagi gunanya. Sejuta titisan air mata sentiasa membasahi bumi tatkala aku memikirkan dia.

Hatiku tidak mampu untuk menyimpan semua kesedihan yang dianugerahkan kepadaku. Tulisan hati memberi pengertian yang amat tinggi tatkala aku mengingati dia. Hatiku menulis cerita akan aku dan dia. Setiap saat berlalu dan setiap itu lah hatiku merindu akan dia.

Aku selalu berbisik kepada hatiku, bahawa sesungguh cinta tak harus memiliki dan harus lah menerima kenyataan akan itu. Hati ku tetap berkeras akan tidak melupakan dia kerana cintanya adalah cinta sejati akan dia. Tulisan hati sentiasa memikirkan akan dia….Ermmmm


Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/








Jom Lawat Page Lain...+...

Nak FOlo ikOt cni pOn bOleh laaa...Klik Jewwww