(di petik dari video hati saya ada awak... http://www.youtube.com/watch?v=npxtMOcekUE..)
Thursday, November 3, 2011
Hati Saya Ada Awak.....
(di petik dari video hati saya ada awak... http://www.youtube.com/watch?v=npxtMOcekUE..)
Thursday, October 27, 2011
"Bayangan Rindu"
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Hari ni cuaca sangat redup.. Angin bertiup merdu.. Rumah aku
pun berhampiran dengan pantai.. Seronok kalau petang-petang macam ni kalau
pergi pantai.. Aku pun tak berlengah lah untuk lepak kat tepi pantai walaupun
seorang-seorang.. Habis duduk kat rumah pun bosan jugak.. Sampai je dekat
pantai, aku pun duduk dekat bawah satu pondok.. Pondok pulak memang betul-betul
bawah satu pokok yang rendang...Pokok ni pokok lama. Dari aku kecik memang
pokok ni dah ada. Memang seronok layan perasaan dekat sini.. Tiba-tiba, aku
ternampak satu ukiran di pokok sebelah pondok yang aku duduk ni.. “ Alif Dan
Nurul”.. Alif dan Nurul??? Nama yang aku
pernah ukirkan suatu ketika dulu di sebuah pokok.. Baru aku teringattt… Memang
aku yang tulis nama aku ni dengan nama bekas kekasih aku.. “Alif Dan Nurul”…
Seketika aku memandang langit yang cerah dan biru..
Termenung aku seketika.. Di ketika aku termenung seorang diri, teringat aku
saat 20 tahun yang lepas.. Aku pernah berkenalan dengan seorang perempuan yang
bernama Nurul.. Waktu tu usia kami dalam lingkungan 10 tahun kalau tak silap..
Yer 10 tahunn.. Aku ingat..Nurul ni jiran aku… Keluarga dia baru berpindah dari
Bandar ke sebelah rumah aku. Kampung yang tenang dengan kehijaun dan keluasan
laut ciptaan Ilahi… Yang sentiasa terdengar deruan ombak yang seakan menandakan
keriuhan angin yang sentiasa bertiup.. Suasana harmoni di kampong ni, memang
menarik minat orang Bandar seperti Nurul ni untuk berpindah ke sini..
Aku ni seorang yang peramah.. Dari hari pertama Nurul pindah
di sebelah rumah aku je, aku dah tegur dia.. Aku pergi sekolah sama-sama.. Aku
ingat lagi, waktu tu aku bonceng dia naik basikal pergi sekolah.. Balik sekolah
pun aku bonceng dia jugak.. Tapi yang malangnya, balik dari sekolah, basikal
aku, dengan aku dan Nurul sekali tercampak dalam parit.. Kami terjatuh.. Aku
luka dekat siku, tapi Nurul tak luka apa-apa pun.. Cuma badan dia basah dengan
kotor jee… Tapi sampai je rumah, aku kena belasah dengan mak aku guna getah
paip, sebab bawak basikal sampai jatuh parit.. Melalak aku kena pukul.. Tapi
tak lama lepas tu, mak Nurul pulak sampai rumah.. Takut-takut jugak aku.. Ye
laaa… Aku takut, mak Nurul pulak marah aku..Tapi tanggapan aku silap.. Mak
Nurul tak marah pun.. Dia cuma sabarkan mak aku je, dari terus pukul aku guna
getah paip tu.. Tapi aku hairan jugak, kenapa Nurul menangis bila tengok aku
kena pukul dengan mak aku..??? Padahal aku yang kena pukull…
Dua tahun kemudian, aku dan Nurul bakal menduduki
peperiksaan UPSR..Huhh.. Kami selalu belajar sama-sama.. Hari ni, Nurul belajar
dekat rumah aku, dan besok dekat rumah dia pulak.. Tukar-tukar rumah la kata
kan.. So adil laa.. Ala rumah kami pun sebelah menyebelah jee.. Hari yang
ditunggu-tunggu telah tiba.. Kami bakal menduduki UPSR.. Pagi pertama
peperiksaan UPSR tu, aku tengok Nurul, gementar semacam jee… Aku tak ada rasa
gementar macam dia pun.. Mungkin aku lelaki kot.. Aku tengok Nurul ni gementar
dari hari pertama sampai la hari kelima UPSR.. Hahaha.. Aku selalu gelakkan dia
bila nak pergi periksa tu.. Bila habis je periksa UPSR ni, aku dengan Nurul
terus belari pergi pantai.. Itu lah tempat pertama kami selepas balik dari
sekolah untuk paper last UPSR tadi.. Sampai dekat pantai ni, aku dengan Nurul
lepak bawah satu pokok… Bosan jugak lama-lama.. Aku apa lagi, amek pisau lipat
dari beg sekolah aku, aku toreh pokok tu dengan ukiran yang berbunyi “Alif dan
Nurul”.. Sempena nama aku dan Nurul..
Hari berganti hari.. Bulan berganti bulan.. Tahun berganti
tahun.. Pejam celik, pejam celik, aku dan Nurul dah hampir untuk menduduki
peperiksaan SPM.. Seperti sebelom ni juga, kami tetap belajar sama-sama.. Aku
dengan Nurul memang tak pernah terpisah kelas.. Dari darjah empat, sampai lah
tingkatan lima ni, tak pernah pun aku rasa jauh dengan Nurul.. Dia je sahabat
baik yang aku ada.. Selesai sudah SPM.. Semua berjalan dengan lancar.. Seperti
biasa, memang kami akan terus ke pantai… Jauh mana pun umur kami melangkah,
tapi perangai kami tetap sama.. Waktu paling bermakna ialah, waktu aku cakap
sesuatu dekat dia “Nurullll….. Saya perlukan awak sampai bila-bilaaa...” Aku
pun tak tahu apa yang aku cakap ni… Mungkin aku cakap ikot apa yang aku rasa
dari hati kot… Tercengang Nurul tu..
Selama ni aku tak pernah cakap macam tu… Ye la, mungkin selama ni kami
masih bersekolah, dan mungkin aku segan nak cakap.. Tapi hari ni aku dah
lunaskan perasaan yang aku sendiri rasa dekat Nurul, di bawah pokok yang pernah
aku ukirkan nama aku dan Nurul dulu… Huhhh….
Kini keputusan SPM telah pun keluar.. Tapi keputusan aku tak
lah berapa baik sangat macam Nurul.. Dia pandai.. Aku ni apa lah sangattt… Tapi
walau macam mana pun, dapat jugak lah aku menyambung pelajaran ke peringkat
seterusnya… Begitu juga dengan Nurul… Aku dapat tawaran di Johor Bahru.. Nurul
pula dapat tawaran, di Segamat.. Huh.. Sedih rasanya untuk berpisah dengan
Nurul, walaupun seketika… Selama ni, aku tak pernah rasa jauh pun dengan
Nurulll… Tapi sekarang, kami terpaksa berpisah untuk mengejar cita-cita
masing-masing… Aku belajar dalam bidang Perakaunan.. Nurul pulak, ambil bidang
Perniagaan…
Belajar jauh ni, teringat la jugak, kampong halaman di
Pengkalan Balak, Melaka.. Teringat dekat keluarga.. Setiap kali nak balik
kampung, Nurul mesti tunggu aku dekat terminal “Melaka Sentral”.. Dia naik bas
dari Segamat pergi Melaka.. Aku pulak naik bas dari Johor Bahru pergi Melaka..
Nanti bila sama-sama dah ada dekat terminal, baru lah kami naik bas tambang
pergi balik rumah… Sampai simpang, kena lah jalan kaki sama-sama… Sampai lah
kerumah masing-masing…Walaupun kami belajar jauh, hubungan kami tak pernah
rengangg… Kami semangkin rapatt.. Saat jauh, pasti akan terasa rindu yang
sangat tajam.. Biasa kalau cuti je, ke mana lagi kami nak pergi, kalau bukan ke
pantaiii… Memang tu lah tempat aku lepak dengan Nurul.. Dari dulu sampai lah
sekarangg… Kalau petang-petang, tetap naik basikal pusing kampong… Kadang aku jadi pembonceng dan kadang-kadang
Nurul.. Kadan-kadang memang terasa kembali ke zaman kanak-kanak pun ada..Tapi
tu lah perangai kami yang dari dulu sampai sekarang tak pernah berubahhh….
Perasaan tertanya-tanya.. Hati ingin berbicara.. Aku rasa
memang aku dah suka dekat dia… Kini setelah sekian lamanya, kami belajarrr…
Kami pun telah menamatkan pengajian dengan jayanya.. Umur kami sudah memasuki
ke 24 tahun.. Selepas habis belajar ni, aku dah cakap dengan keluarga aku untuk
merisik Nurul, dan bertunang dengan dia.. Mak aku bagi “green light” sebab aku
dengan Nurul pun dah kenal lama… Keluarga aku dengan keluarga Nurul pun memang
dah rapat.. Maklumlah hidup berjiran dengan suasana kampong… Memang harmoni…
Perjalanan dan segala urusan merisik dan bertunang, keluarga aku telah
uruskan.. Semuanya berjalan dengan lancarr…Kami ikat tunang selama satu tahun…
Sebab masing-masing masih nak kerja dulu untuk cari duit kawin sendiri… Macam
tak percaya je,yang aku adalah tunang Nurul… Kawan yang aku kenal dari kecikk…
Aku dapat kerja dekat Kuala Lumpur.. Nurul kerja dekat
kawasan Melaka jee…Ye laa.. Dia kan perempuan.. Lagi pun, dia malas nak jauh
daripada keluarga dia sangattt… Lagi-lagi dia dah jadi tunang aku
sekarangg…Bahagia memang tak terasa lahh… Rasa nak kumpul duit cepat-cepat dan
terus kawin je dengan Nurul.. Cinta pertama aku… Saat manis aku bersama Nurul..
Aku janji dengan dia untuk jaga dia, seumur hidup aku.. Aku yakin yang aku akan
berpegang pada janji… Sebab dia lah satu-satunya kawan wanita aku di dunia dan
InsyaAllah di akhirat kelak yang benar-benar memikat hati aku..
Tapiiii… Semenjak aku kerja dekat Kuala Lumpur ni, aku dah
jarang telefon Nurul… Siang aku sibuk kerja, malam pulak penatt… Nak telefon
pun, kadang tunggu hujung minggu lah.. Sibuk satu hari berkerja, kadang-kadang
sampai terlupa tujuan utama aku berkerja ni.. Hidup dekat Kuala Lumpur memang
bising dan riuhhh… Macam-macam suasana aku jumpa di sini.. Kalau nak di
bandingkan dengan di Melaka, memang sangat berbeza.. Semenjak aku duduk di
Kuala Lumpur jugak, baru sekali je aku balikk.. Itu pun selang empat bulan dari
aku duduk di Kuala Lumpur.. Memang tak
sempatt..Aku balik pun, tak sempat nak jumpa tunang aku sendiri…Nurul..
Selepas dekat hampir setahun aku duduk di Kuala Lumpur ni,
kehidupan aku memang dah banyak berubah… Aku selalu lepak keluar dengan rakan
pejabat aku malam-malam. Aku bukan Alif yang dulu.. Yer memang aku tak boleh
nafikan perubahan yang berlaku ke atas diri aku.. Aku ada kawan perempuan di
sini.. Hampir setiap malam aku lepak
dengan dia.. Kadang bersama rakan pejabat… Kadang-kadang dengan dia
seorang je… Budak perempuan ni memang bersosial… Aku seronok layan dia..
Nak-nak aku ni selalu stress dengan kerja… Nama dia Syika.. Syika ni tahu aku dah bertunagg…. Tapi dia
jenis tak kisahh.. Dia tetap lagi nak teman diri aku… Hidup aku dengan Syika,
kadang-kadang dah macam suami isteri… Sampai suatu hari Syika cal tunang aku
dekat kampong, Nurul, cakap yang aku ni dah bahagia dengan dia.. Aku tahu Syika
tu cal, tapi aku buat-buat dek jee… Sebab aku rasa Syika banyak membantu hidup
aku di Kuala Lumpur ni..
Suatu hari, keluarga aku cal aku… Mak aku tanya… Dah lima bulan tertangguh ni.. Ikat tunang
setahun jee…Tapi sekarang dah jadi setahun setengah… Padahal duit yang aku
kumpul, memang dah betul-betul cukup dahhh.. Aku pun berdalih lah dengan mak
aku.. Sebab aku suka dengan kehidupan aku di Kuala Lumpur sekarangg… Aku dah
ada segalanya… AKu minta keluarga aku untuk memutuskan tunang aku dengan Nurul…
Mak aku bising dengan aku.. Satu hari aku dengar mak aku membebil dekat aku…
Mungkin itu keputusan aku, dan mak aku ikut jee… Memang mak aku tak bersetuju
pun dengan keputusan aku… Tapiiiiiiii…. Mungkin mak aku dah tak tahan dengan
perangai aku agaknya…
Sebulan selepas pertunangan aku dengan Nurul diputuskan… Aku
dapat berita dari kampung, yang Nurul dah meninggal dunia.. Tersentak aku.. Aku
terus mengambil keputusan untuk pulang ke Melaka.. Dengan hati yang tak
tenteram, perasaan gundah dan diri yang tiba-tiba terasa serba salahh.. Hari tu
hari jumaat, mak aku bagi tahu yang Nurul meninggal dunia petang… Tu yang balik
kerja aku terus balik Melaka.. Sampai je di Melaka, mayat Nurul telah selamat di
kebumi kann... Terduduk aku di halaman rumahhh….
“ Ya Allah… apa yang telah aku lakukan ni..??? aku telah
mungkir janji…aku langgar janji akuu… aku lupa segalanyaa…aku tenggelam dalam
kemewahan dunia yang aku ada… aku lupa Nurul.. Aku lupa persahabatan yang
pernah terjalin bersama sekian lamanya… Aku patut hidup dan menjaganya selama
hidup akuuu… tapi aku tak sempat nak melakukan semua tuu…malah aku berdosa
padanya kerana meninggalkan nya dengan sejuta harapannya untuk berkahwin dan
hidup bersama aku… aku tak patut lakukan
semua ni… Aggggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…. Ya
Allah.. kenapa??? Kenapa kau lakukan semua ini, sebelum aku meminta maaf dari
kesilapan ku padanya??? Mungkin ini lah balasan akuuu…balasan yang harus aku
terima kerana mengkhianati orang yang aku sayanggggg”………………….. Menangis aku…
Menjerit akuu… Aku sangat memerlukan Nurul aku… Nurul akuuu….
Malam tu tahlil dekat rumah Nurul… Tapi aku tak pergi..
Keluarga aku pergi lahh.. Aku masih belum dapat terima hakikat yang Nurul dah
tiada di dunia nii… Tiba-tiba mak aku masuk bilik, dan bagi sepucuk suratt…
Surat tu dari Nurullll…. Aku pun membukanya dan membaca dengan nada yang sedih
dan air mata yang mengalirrr…..
Assalamualaikummm….
Sayanggg….,
Di kesempatan ini, saya ingin
memohon maaf,
sekiranya mempunyai salah terhadapmu..
salah yang mungkin membuatkan
awak meninggalkan saya begitu sahaja…
Saya redha sayanggg….
Saya redha dengan apa yang awak
lakukan kepada saya,
dan tidak pernah sedikit pun,
saya menyimpan perasaan dendam
terhadap awak sayangg…
Saya sentiasa berdoa untuk awak
berubah..
Saya tidak pernah putus-putus berdoa,
untuk melihat awak menjadi Alif
yang saya kenal dulu…
Alif yang pernah menyangi saya
suatu ketika dulu..
Saya berjanji akan tunggu awak
sayangg….
Mungkin jika bukan jodoh kita di
sini, mungkin di atas sana kelak…
Saya tunggu awak sayanggg…
Sebab saya dah tak kuat melawan
sakit saya ni…
Saya suruh keluarga awak untuk
merahsiakan sakit saya ini…
Jangan pula awak menyalahkan
mereka,
kerana tidak mengkhabarkan kepada awak
terlebih awal sayanggg, tentang
diri saya ni..
Saya sengaja tidak mahu menganggu perkerjaan awak, yang sibuk di Kuala Lumpur…
Akhir kata… Jaga diri elok-elok
yer… Bila saya tiada nanti,
selalu doa kan saya tau sayangg… Simpan lah saya di hati awak walaupun cikit sahaja…
Salam dari saya :insan yang
sentiasa menyangimu….. -Nurul-
|
Terjatuh surat daripada Nurul tu.. Tak mampu aku untuk
melawan kesedihan yang mangkin terasa.. Mungkin sampai bila-bila… Tak mampu
juga aku untuk berhadapan dengan hari mendatangg… Sakit sangat jiwa ni… Kalau
lah dapat ku undur kan masa… Mungkin aku sempat untuk menjaga Nurul sebaik
mungking… Sebaik yang pernah aku janjikan kepadanya, di waktu aku ingin
memiliki nya… Mak aku memberitahu, Nurul
sakit barah otak, selepas dia putus tunang dengan aku… Rasa bersalah sentiasa
membelenggu… Tidak dapat aku untuk memaafkan diri aku sendiri… Kini semua nya
musnahh… Impian untuk mebina mahligai, ketika di bangku sekolah lagi telah
musnahhh… Telah hancur…..
Aku memutuskan untuk tidak lagi berkerja di Kuala Lumpur…
Syika juga telah menghilangkan diri… Aku telah kerja di kampung sahaja…. Semuanya telah berlaku empat tahun lepas…
Macam semalam je Nurul meninggal dunia… Kini aku seorang, memerhatikan ukiran
di pokok yang menulis nama “Alif dan Nurul”.. Kenangan manis aku dan nurul kini
menjadi air mataku… Kini usia aku 30 tahunn… Aku menjadi seorang yang murung…
Kenangan ku terhadap Nurul tidak akan pernah aku lupa, walau di mangkan usia
sekalipun… Aku tidak akan pernah memaafkan diri aku sampai bila-bila…..
“Nurull….. maafkan saya kerana tidak dapat menjaga awak
dengan sempurna selama hidup saya.. dan membiarkan awak menderita kesakitan
seorang diri…sedangkan saya, melupakan awak…saat ini saya seorang yang
memandang ukiran nama kitaa…dulu kita memandang ukiran “Alif dan Nurul” ni
bersama-sama…tapi sekarangg????saya tidak akan pernah melupakan awak sampai
bila-bilaa…dalam hidup saya…..ini lah janji terakhir saya untuk awak yang
bernama Nurul yang telah pergi dari hidup saya….”
Semoga Allah menempatkan awak di kalangan orang beriman…
Aminnn….
Aku, Dia dan Kamu
(jOm share2 kn nye kkk)
Monday, October 24, 2011
Cinta Saya Hanya Untuk Awakkkk
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Awakkkkk…..
Malam ni saya rasa sunyi sangattt..
Biasanya malam-malam macam ni, awak ada untuk jawab panggilan sayaaa..
Biasa malam-malam macam ni, saya akan dengar gelak ketawa awakk.. Ermmm…
Malam ni saya rasa sunyi sangattt..
Biasanya malam-malam macam ni, awak ada untuk jawab panggilan sayaaa..
Biasa malam-malam macam ni, saya akan dengar gelak ketawa awakk.. Ermmm…
Awakkkkk…
Saya rindu sangat dengan awakkkk…
Malam ni, saya rasa setengah mati rindu dekat awak tauuu….
Malam ni, saya rasa setengah mati rindu dekat awak tauuu….
Biasanya bila awak dah tidur,
saya dapat jugak hantar msg untuk menghilangkan sikit rindu niii..
Tapi sekarangg?????
Ermmmmmmmm….. L
Awakkk…
Malam ni, saya nak cakap yang saya cinta sampai bila-bila dekat awak..
Saya nak awak tahu, walaupun awak dah selalu dengar saya cakap macam ni kannn???
Malam ni, saya nak cakap yang saya cinta sampai bila-bila dekat awak..
Saya nak awak tahu, walaupun awak dah selalu dengar saya cakap macam ni kannn???
Walaupun awak dah bosan dengarrrr…
Tapi saya tetap nak cakap jugak dekat awakkkkkk…
Tapi saya tetap nak cakap jugak dekat awakkkkkk…
Awakkkkk…
Awak tahu tak yang awak cinta pertama sayaa…???
Dan saya berharap bahawa awak lah cinta terakhir sayaa..
Saya janji, tak kan pernah tinggal kan awak untuk selamanya…
Saya pun dah cerita pasal awak dekat keluarga saya untuk membuktikan keikhlasan saya dekat awakkk…
Tapiiiiiii???
Awak tahu tak yang awak cinta pertama sayaa…???
Dan saya berharap bahawa awak lah cinta terakhir sayaa..
Saya janji, tak kan pernah tinggal kan awak untuk selamanya…
Saya pun dah cerita pasal awak dekat keluarga saya untuk membuktikan keikhlasan saya dekat awakkk…
Tapiiiiiii???
Awakkkkkk…
Saya sangat berharap untuk memiliki awakkk…
Saya sangat berharap untuk hidup selamanya dengan awakkk…
Saya sangat berharap bahawa awak pun ada niat yang sama macam sayaa…
Saya yakin dengan diri sayaa…..
Tapiiii??? Ermmmmmm
Saya sangat berharap untuk hidup selamanya dengan awakkk…
Saya sangat berharap bahawa awak pun ada niat yang sama macam sayaa…
Saya yakin dengan diri sayaa…..
Tapiiii??? Ermmmmmm
Awakkkk…
Malam ni saya rasa sangat kehilangan awakkk…
Saya rasa sangat-sangat kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup niii…
Sayaaaaaaaaaa………………Ermmmmmm….
Malam ni saya rasa sangat kehilangan awakkk…
Saya rasa sangat-sangat kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup niii…
Sayaaaaaaaaaa………………Ermmmmmm….
Awakkk……..
Tadi waktu saya keluar jumpa kawann…
Saya penat berpura-pura ketawa sedangkan hati saya menangissss….
Hati saya menangis kerana awakkkk…
Hati saya hancur sangat dengan apa yang awak bagi tahu saya tadiii…
Tadi waktu saya keluar jumpa kawann…
Saya penat berpura-pura ketawa sedangkan hati saya menangissss….
Hati saya menangis kerana awakkkk…
Hati saya hancur sangat dengan apa yang awak bagi tahu saya tadiii…
Awakkkk…
Walaupun bila bangun esok, saya bukanlah siapa-siapa lagi dihati awakkk,
Walaupun bila bangun esok, saya bukanlah siapa-siapa lagi dihati awakkk,
Tetapi, awak lah orang yang paling saya kenang dalam hati
sayaa…
Awak lah orang yang akan tunggu sampai bila-bilaaa…
Saya janji akan tunggu awak untuk terima saya semulaaa…
Percaya lah awakkkkk…..
Awak lah orang yang akan tunggu sampai bila-bilaaa…
Saya janji akan tunggu awak untuk terima saya semulaaa…
Percaya lah awakkkkk…..
Saya akan tunggu awak walau memakan usia hidup sayaaa…
Saya rela sakit begini jika saya dapat memiliki awakkk…
Tidak akan pernah terlintas di hati ini untuk melupakan
awakkk…
Jika ini takdirnyaaaaaaaaaaa…..
Saya redha awakkk…
Saya redha, walaupun hati saya menjerit memangil nama awakkk…
Walaupun hati saya menangis merindui awakkkkk…
Saya redha awakkk…
Saya redha, walaupun hati saya menjerit memangil nama awakkk…
Walaupun hati saya menangis merindui awakkkkk…
Saya janji akan tunggu awak untuk kembali kepada saya…..
Saya janji dekat awakkkkkkkkkk!!!....
Untuk awak : “si cute sayaaaa….”
Dari insan yang sentiasa mengingati muuu…
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Sunday, October 16, 2011
Cinta Yang Tak Mampu Termiliki
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Hati selalu berbisik. Bahwa sunyi selalu ada. Cinta tidak
pernah ada. Sepi sentiasa menyelubungi. Diri sentiasa sendiri. Bagai malam
tanpa bulan dan bintang yang sentiasa menerangi alam. Menemani angin menjadi
kemestian bagi menjana diri ini untuk terus hidup. Tetapi diri tetap sentiasa
terasa sunyi. Doa ku sepanjang malam, agar Tuhan menurunkan seorang insan untuk
menghapus sepi di hari ku.
Akuuu… Aku adalah seorang lelaki yang sedang menuntut di
sebuah pengajian di Kuala Lumpur. Aku menyewa rumah bersama rakan-rakan ku.
Pada suatu hari, aku ada dengar berita yang ada seorang pensyarah baru di kolej
aku. Pensyarah perempuan. Rupanya pensyarah perempuan ni, sepupu kepada rakan
serumah aku. Patutlah kawan-kawan serumah aku selalu bercerita tentang
penysarah ni. Aku pun tak ambil tahu sangat lah, sebab aku ni orangnya tak suka
bercampur sangat. Nama penysarah tu, Ayu. Ayu Faezah. Umur dia atas aku setahun
je. 24. Tapi aku dengar, kawan-kawan aku pangil dia Ayu je. Aku pun tak pernah
tengok muka dia macam mana. Jadi kalau lalu sebelah memang tak kenal la kan.
Tiba suatu hari ni, pensyarah Ayu ni,buat rumah terbuka la
kan. Tapi aku malas nak datang. Aku tak suka keluar rumah sangat bila dekat
rumah sewa kolej aku ni. Waktu tu, aku tengah tengok tv dan tak siap apa-apa
lah. Kawan-kawan aku semua dah siap dekat luar rumah untuk bergerak. Entah
macam mana lah, kawan-kawan aku ni boleh paksa aku untuk pergi rumah si
pensyarah Ayu ni. Tak boleh buat apa-apa, aku ikut je la sekali.
Sampai je dekat rumah dia,baru aku tahu rupanya dia Cik Ayu
yang budak-budak ni selalu sebut. Waktu tu aku ingt lagi, dia pakai baju jubah.
Jubah ke?? Ye kot. Pertama kali aku pandang dia, aku betul-betul tertarik dia.
Seorang pun tak tahu. Aku diam je dan aku pun berbual macam biasa. Setiap
perkataan perbualan yang aku bualkan seperti menjadi tidak stabil. Jantung
sentiasa berdegup pantas seakan debaran menanti sang bidadari dari kayangan.
Hati berpuitis mengata kata diri mu tidak lagi sepi.
Selepas daripada hari tu, aku terus cuba merapatkan diri
dekat dia. Hati aku seperti terikat. Jauh mana dia terbang pasti aku terikut.
Aku dapat no telefon dia. Aku sentiasa perhatikan dia bila aku di kolej.
Memandang wajahnya adalah menjadi nafas bagi diri ku. Tapi aku tak berani nak
telefon dia. Aku ni pemalu sikit bila dengan perempuan. Aku rasa semua orang
dekat kolej kenal aku, yang aku ni pemalu. Aku msg je la dengan dia. Hari ke
hari aku mangkin rapat dengan dia.
Sehinggalah aku tamat pengajian di kolej aku. Hari terakhir
aku nampak dia ialah hari jumaat. Waktu tu, dia tengah lepak dekat café kolej.
Oh…Itu lah hari terkahir aku tengok dia dekat kolej ni. Huh.. Aku sedih sangat…
Kerana dalam diam, hati ku telah menimbulkan satu perasaan yang tak pasti kepada
dia. Sehingga diri ini berbisik, memiliki dia adalah menjadi kewajipan untuk
hidup ku . Walaupun aku seorang yang ada perasaan ini,. Tetapi aku sentiasa
berharap agar dia memiliki perasaan yang sama seperti aku.
Walaupun aku dah habis belajar, hubungan kami tak pernah
terputus. Malah semangkin rapat. Perasaan atau bayangan??? Aku sentiasa merasa
hubungan kami semangkin rapat. Sedangkan hakikatnya itu adalah pandangan dari
aku seorang. Oh angin, tolong sampaikan rasa cinta ini kepadanya. Aku tidak
mampu melakukan semua ini seorang diri. Tidur ku sentiasa di selubungi bayangan
wajahnya. Sedangkan dia seperti tidak tahu menahu apa-apa. Lakukan sesuatu
untuk diriku, tetapi aku tidak sanggup. Aku tidak mampu. Oh dunia, tolong lah
diriku ini untuk mengubah mimpi atau angan-angannya menjadi realiti.
Suatu hari, aku menerima berita dari dia, dia cakap yang dia
nak berkahwin. Hancur remuk, hatiiiii, perasaan, jiwaaa.. Tatkala membaca
ucapannya untuk berkahwin. Termenung aku seorang diri dengan perasaan hampa.
Peluang untuk ku memiliki dia telah tertutup. Angan-angan dan mimpiku tetap
sentiasa menjadi mimpi dan tidak akan pernah berubah walau sedetik angin
berjalan laju sekalipun. Berair mata ku. Tak seorang pun tahu. Banyak pasal dia
yang aku simpan dekat diri ni. Aku ingat lagi, waktu datang rumah dia, makan
nasi lemak dengan air oren. Dia cakap nasi lemak tu bukan dia yang buat tapi
air oren tu je yang dia buat. Aku tak kan lupa perkataan yang benar-benar
membuat aku ingin mengenali dirinya.
Saat aku menulis semua ini, di hadapan pintu masjid.
Menunggu tibanya dia untuk dinikahkan dengan pasangan hidupnya. Mungkin sebentar
lagi akan berakhir semua kisah ku ini. Walaupun perkenalan aku terhadap dia
tidak begitu lama, tapi aku akan kenang semua kenangan ni sampai bila-bila. Di
depan pintu masjid ini akan menjadi saksi kesedihan ku ini.
Ok laa.. Sekejap lagi dia mesti dah nak sampai. Aku nak
pergi basuh muka dulu. Nanti dia nampak pulak yang aku menangis bila tengok dia
nikah. Biar aku sendiri yang menyimpan semua ini. Ok. Assalamualaikum…
Mohd khuzarul haziq… (nukilan di
malam hari)
Aku, Dia dan Kamu….
http://haziq-cerdik.blogspot.com
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Monday, October 10, 2011
"Fae Faezah" Cinta Mimpiku
..Aduiii… Penat sungguh petang nieee…adat la kn…kerja bnyk
dekat ofis.. biase nye petang-petang macam nie, blik kerja je aku terus balik
rumah. Biasa lah orang bujang. Awek pun xde. Dah sampai rumah tu biasa la,
mandi, solat, tengok tv dan tido. Biasa lah kalau dah penat. Tak payah tunggu
pukul 10 pun dah boleh tido. K aku pun
tido lah..
Cerita nya bermula apabila aku terbangun daripada tidur. ..
“huhhh…dah siang rupenyeee….blOm puas lagi aku nak rehat”..aku terus mandi dan
pergi kerja..sampai je kt tempat kerja ni, ada seorang awek ni, aku memang
minat gile lah dekat dia, walaupun aku baru pertama kali pandang dia.. Entah
cam mana perasaan aku jadi lain tau.. Aku pun bagi tahu lah kawan kat tempat
kerja aku nie, yang aku minat dekat awek nie.. kawan aku pun cakap la, “aku
kenal budak nie, die bahagian marketing.. aku ada no hp die klau kO nk brOoo”..
aku pun amek la no hp dia dekat kawan aku nie.. balik kerja je aku terus cal
dia.. berani-berani ayam je aku nie. Aku pun tak yakin sangat nak call perempuan
niee…tpi dah minat, so nak buat macam mana..
Pertama kali call dia, aku tak bebual panjang pun..
Masing-masin tengah malu-malu lagi.. Lagi pun dia tak kenal aku lagi. Tapi aku
dah bagi tahu dah aku kerja dekat bahagian akaun.. Sama lah dengan syarikat dia,
Cuma department lain jee..Hari berikut nya aku ada jugak pelawa dia pergi
lunch. Beruntung nya aku waktu tu, sebab dia sudi nak ikut aku pergi lunch..
Excited gile aku hari tu sbb dapat jumpa orang yang minat dan suka.. Walaupun
aku tak pernah jumpa dia, tapi perasaan aku memang yakin dengan dia. Aku pun
tak tahu kenapa, sebab aku tak pernah rasa benda-benda nie semua.
Hari-hari seterusnya pun macam tu jugak… aku selalu keluar
lunch dengan dia. Kadang-kadang dinner pun sama-sama. Aku rasa, mungkin dia dah
percaya dengan aku kottt…lgi pun memang aku ikhlas nak kawan dengan dia..
Dengan nama dia yang unik tu, memang betul-betul buat aku tertarik “Fae
Faezah”.. Hari berlalu hari, minggu berlalu minggu dan bulan berlalu bulan..
Aku semangkin rapat dengan dia, sudah sampai masa untuk aku
melunaskan hutang kata-kata ku kepada dia.. Yerr..aku tidak bertepuk sebelah
tangan. Kerana dia bersetuju menjadi cinta hidup dan mati ku.. Aku bercadang
untuk mengahwini nya tidak lama lagi. Huhh..best nya masa ni.. Tuhan je yang
tahu… Ada satu hari tu, aku janji dengan kau dekat depan tasek yang ada pokok
kembar, yang aku nak hidup dengan kau sampai bila-bila walaupun dekat alam
lainnnn… Kau pun turut janji dengan aku macam tu..
Planning aku nak kahwin dengan dia dan cinta dekat dia
sampai bila. Aku dah kenal kan dia dengan family aku.. Bab-bab macam nie family
aku jenis ok jeww.. So aku pun plan yang kite org kawin bulan depan
jelaa…sempena dengan genap setahun kite org kenalll.. Tak sangka betul yang aku
nak kahwin..
Tersentak akau seketika dari kepejaman mataku… Aku
perhatikan keadaan sekeliling.. Aku perhatikan kedaan aku sekarang nie.. Ya
Allah… rupa nya aku hanya bermimi… Aku balik kerja dan terus tidur, dan mimpi
kan dia… betul ke ni?? Jadi selama ini cinta aku pada “Fae Faezah” hanyalah
cinta dalam mimpi..tak ada satu pun yang betul dan menjadi realiti… huhhh…..
sedikit pun aku tak percaya ini mimpi.. aku rasa memang betul-betul aku jumpa
dia, dan aku dah nak kawin pun dengan dia… Tapi kenapa mimpi??? Aku dah cinta sangat
dekat diaa…bunyi macam kisah dongeng, tak masuk akal dan apa-ape je lahhh…tapi
ini memang reality pengalaman yang betul-betul tak pernah aku lalui sebelum
niee…berair mata aku dengan sentakan dari cinta mimpi ku…
Perkenalan aku yang berusia setahun bersama nya, hanylah
satu malam jee… tetapi aku berharap nak merungkai mimpi aku itu… Aku nak cari
orang nya, orang yang aku cinta pada nya didalam mimpi ku ini… aku sentiasa
kenang nama unik ini “ Fae Faezah”..sampai bila-bila aku kenang nama ni… aku
tekad nak cari cinta mimpi ku ini, meski makan abad dan usia ku… semua tak kan
faham dan pernah faham apa yang aku rasa, tapi ini tetap betul-betul rasa
walaupun ini hanya satu mimpiiii….
Aku, Dia dan Kamu
Hhtp://haziq-cerdik.blogspot.com
Thursday, September 29, 2011
Aku Hanya Sang Perindu Kamu
Monday, September 19, 2011
Surat Untuk Dia
Perjalanan ku menuju dewasa kini hanyalah bersama teman
sahaja.
Tetapi, sejak hadirnya dikau, kau telah memberi nafas baru
bagi ku,
Kau telah mengajar erti cinta bagi ku,
Erti rindu dan juga erti sayanggggg.
Kepercayaan yang aku curahkan,
Seakan tidak pernah putus atas dasar kasih dan sayang.
Namun hanyalah sia-sia di mata ku,
Kerana hadirmu hanyalah bersandiwara di hadapan ku.
Aku hanyalah insan yang terpaksa menerima kekalahan.
Kekalahan ku dalam percintaan yang baru sahaja diselami ini.
Namun jauh disudut hati,
Masih menanam persaan seribu cinta, kasih sayang, serta
rindu.
Jika bagi mu aku hanyalah sandaran,
Kau memang telah menang memperdayakan ku.
Aku benar-benar tidak menduga,
Bahawa di dalam percintaan harus berlaku semua ini.
Ku pinta satu dari mu,supaya menghalalkan kasih sayang
yang pernah aku rasai
dari mu sebelum ni.
Aku juga memohon seribu kemaafan kerana tidak berdaya untuk,
Melupakan mu dengan mudah.
Akhir kata, izinkan aku menyimpan mu,
Dalam hati kecil ku ini.
Selamat jalan sayanggggggggggggggg…
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Monday, September 12, 2011
Kisah Cinta Aku
Suatu pagi yang hening. Teringat cerita cinta aku pada mu.
Perkenalan kita walau tidak sampai sedetik bagi mu, tetapi amat bermakna bagi
ku. Memang sedih bila teringat kenangan kita ni. Namun kenangan ni semua tetap
akan berlalu seperti angin sahaja. Sekali pun aku menangis air mata darah
sekali pun, kau tetap tidak akan memperdulikan aku. Tetapi kenapa aku?? Cinta
memang menyakitkan. Aku memang tak reti bercinta dan tak pernah bercinta.
Tetapi bila aku melihat mu, aku benar-benar percaya bahawa kamu adalah jodoh
aku.
Teringat saat pertama kali kita berjumpa. Tak silap aku
bulan puasa. Waktu tu kolej aku buat lawatan ke asrama kau dan buka puasa di
sana. Tak sangka dengan senyuman dan mata kau, telah benar-benar mencairkan
hati ku. Tak sangka betul. Tapi itu lah realiti. Aku tak pernah rasa segila
ini. Ternyata aku benar-benar telah jatuh cinta. Mungkin ini yang dipanggil
cinta pandang pertama. Aku terus memandang kau sehinggalah aktivit berbuka
puasa di tempat kau telah tamat. Tapi sempat jugaklah aku bergambar dengan kau.
Hermmmm… Hapy sangat-sangat sebab ada jugak gambar yang boleh dibuat kenangan
kita bersama walau sekejap sahaja. Tapi waktu tu sempat jugak aku mintak no
telefon kau untuk dijadikan medan komunikasi kita kelak.
Hari demi hari, kita semangkin rapat. Kita tak pernah
terputus komunikasi. Teringat lagi waktu pertama kali kita nak keluar
sama-sama. Waktu tu aku memang semangat gila lah. Sangup pinjam kereta kawan
tu. Huhu. Tak silap aku jugak, waktu tu dah nak cuti raya. Kawan-kawan aku semua
dah balik kampong halaman, tapi aku tetap tunggu sampai kau cuti. Ingat lagi
hari yang sama jugak, kau tunggu aku kat terminal sampai aku naik bas. Waktu tu
petang dan hujan. Aku ingat lepas tu kita susah nak jumpa lagi. Sebab
masing-masing ada keluarga kan. Tapi tak sangka, kita berjumpa lagi. Dan
semangkin kerap kita berjumpa. Walau jauh untuk bertemu, tapi aku tetap akan
datang.
Tak lupa jugak waktu aku bawak kau jumpa keluarga besar aku.
Sampai nenek aku pun kenal kau. Mak aku memang dah bagi “Green Light” dah..
Saat tak pernah lupa bila aku suap kek dekat kau depan keluarga aku. Pertama
kali aku buat macam tu dekat perempuan. Huhhh..
Tapi sejak akhir-akhir ni, masalah sering datang dalam
hubungan kita. Kadang-kadang memang kita tak mampu nak menangani semua masalah
ini. Tapi aku tetap cuba, sebab aku memang sayang sangat dekat kau. Aku percaya
sangat hubungan kita akan kekal. Tapi ternyata kepercayaan aku terhadap kau
hanyalah sia-sia. Sayang dan janji kau terhadap ku hanyalah rekaan semata-mata.
Semuanya berakhir bila kau memutuskan untuk kembali kepada teman lama mu.
Hancurnya hati ni.
Menangis aku tulis cerita ni. Tergamak kau buat aku macam
ni. Mungkin ini lah pengajaran dalam percintaan. Aku memang dah sayang, cinta
dan percaya gila dekat kau. Hakikat tetap hakikat. Realiti juga tetap realiti.
Tapi aku tetap tak kan melupakan hubungan kita ni. Rupanya, aku adalah tongkat
yang kau jadikan tempat bergantung sehinga kau sembuh dan boleh berjalan
semula. Aku tak pernah nangis sebab perempuan. Tetapi tak sangka kau lah orang
pertama yang buat aku macam ni. Ermmmmmmmm
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Sunday, August 14, 2011
Perhatian Penting!!!!!
Perhatian Pentingggggggg!!!!
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
1. Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C)2. Klik Program Files (x86)
3. Cari folder Microsoft Office --> MEDIA
--> CAGCAT10
4. Cari gmbr b'nama J0285926.
4. Cari gmbr b'nama J0285926.
*Anda akan temukan
gambar Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (sama dengan warna aslinya)
dengan lilin (sarana ibadah mereka).-Seperti Gambar Diatasssss
Sebaiknya korang DELETE gmbar tersebut!
Gambar tersebut ada di seluruh PC & Laptop seluruh dunia.
gambar Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (sama dengan warna aslinya)
dengan lilin (sarana ibadah mereka).-Seperti Gambar Diatasssss
Sebaiknya korang DELETE gmbar tersebut!
Gambar tersebut ada di seluruh PC & Laptop seluruh dunia.
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com
Tuesday, August 2, 2011
Ujian-Ujian Bulan Puasa
Puasa = Ramadhan….
![]() |
| http://haziq-cerdik.blogspot.com |
Memang sinonim atau menjadi kewajipan kita sebagai umat
Islam untuk melakukan Ibadah puasa tidak kira di mana kita berada. Kalau dah
nama wajib tu, maknanya kalau tidak melakukannya maka dosa akan menemui kita
lah kan..
Bila masuk je bulan puasa, banyak betul ujian yang melanda
kepada diri kita, sama ada kita pandai mengatasinya atau tidak sahaja. Walau
macam mana besarpun ujian yang diturunkan kepada kita, kita tetap menjalankan
kewajipan dalan rukun Islam yang ketiga ini.
Ujiian Bulan Pose (kanak2)
1. Cepat dahaga dan lapar
2. Tak banyak pengalam dalam bulan Ramadhan
3. Pengaruh kawan2
4. Dan banyak lagi...huhu
Ujian Bulan Pose (dewasa)
1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu
1. Tak tahan dengan situasi kerja yang penat
2. Pengaruh Kawan2
3. Dan banyak lagi...huhu
Sebenarnya apa pun yang berlaku, kewajipan tetap
dilaksanakan lah. Aku suka mengambil contoh daripada keluarga aku lah. Daripada
ayah aku. Ayah aku berkerja bukannya duduk dekat dalam air cont atau bawah
bumbung yang ada kipas. Ayah aku berkerja sebagai pemandu lori, kerja dia bukan
setakat memandu lori, tapi dia juga turut terpaksa angkat besi, benda-benda
berat dan sebagainya di tengah panas. Namun belum pernah aku nampak dia ponteng
puasa.
Tuntasnya, aku nak simpulkan dekat sini, cabaran apa pun
yang datang kepada kita, kewajipan kita tetap diutamakan. Kalau puasa je pun
tak cukup. Jangan lupa sembahyang juga ya.
“Selamat Berpuasa Dari Aku, Dia dan Kamu”
Aku, Dia dan Kamu
Thursday, July 7, 2011
Belanjawan Fleksibel
Forum:
Anda Rasa Anda Bijak
MOHD KHUZARUL
HAZIQ BIN MOHD SALAM : PENGERUSI
(Perlakon)
MUHAMMAD HAFIQ
BIN ABDUL TALIB : PANEL 1
(Usahawan Perkilangan)
MUHAMMAD AKHMAL
BIN SHAFEE : PANEL 2
(Pensyarah Akaun)
NORAINI BINTI
ISHAK :
PANEL 3 (Penceramah Politik)
Situasi
berada di sebuah studio di tv6. Siaran ini dilancarkan secara langsung pada
pukul 9 malam. Rancangan ini di beri tajuk “ Anda Rasa Anda Bijak”. Seperti
biasa, pengerusi majlis akan memulakan mukadimahnya terlebih dahulu kepada
penonton di studio dan di rumah serta memperkenalkan tiga orang panel yang
hadir di dalam rancangan ini.
Haziq : Assalamualaikum… Salam 1 Malaysia kepada
anda semua penonton di rumah mahupun
di studio. Terima kasih kerana setia untuk menonton rancangan bual bicara serta
pendapat yang dapat dikongsikan bersama. Bagi penonton di studio, selamat
datang kerancangan ini iaitu rancangan no 1 di Malaysia, rancangan “Anda Rasa
Anda Bijak. Bersama dengan saya sekarang ini, tiga orang ahli panel yang
dijemput khas ke studio ini khas untuk anda semua. Saya memperkenalkan ahli
panel kita yang pertama iaitu seorang usahawan muda dalam bidang perkilangan
yang telah mendapat gelaran Dato pada baru-baru ini dan beliau adalah, Dato
Muhammad Hafiq Bin Abdul Talib. Apa khabar Dato?
Hafiq : Ya, Khabar baik.
Haziq : Terima kasih Dato kerana dapat hadir
kerancangan ini. Saya akan memperkenalkan ahli panel kita yang kedua, seorang pensyarah
akaun dari UITM Segamat Johor dan beliau pernah menerima anugerah pensyarah
akaun terbaik. Selain daripada subjek akaun, beliau juga ada mengajar beberapa
subjek lain. Seorang yang berpengalaman iaitu, Encik Muhammad Akhmal Bin Shafee.
Akhmal : Ya,
Terima Kasih kerana menjemput saya datang ke rancangan ini.
Haziq : Sama-sama Encik Akhmal. Dan yang terakhir
ialah seorang penceramah politik yang kita jemput khas dari Kelantan. Beliau
juga pernah berkerja di sebuah organisasi di ibu kota sebelum menjadi
penceramah. Beliau juga berpengalam dalam pelbagai bidang. Puan Noraini Binti
Ishak. Selamat datang ya puan ke rancangan ini.
Noraini :
(mengangguk kepala sambil senyum) yerr
Haziq : Penonton dan hadirin yang dikasihi
sekalian. Pada hari ini kita akan membincangkan mengenai sebuah isu semasa yang
bertajuk belanjawan fleksibel. Encik Akhmal. Saya ingin mempertanyakan satu
soalan terlebih dahulu. Apakah yang dimaksudkan dengan belanjawan? Secara
ringkas.
Akhmal :
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Belanjawan. Belanjawan adalah satu kaedah
penting dalam perakaunan pengurusan yang digunakan secara meluas oleh
perniagaan, jabatan, organisasi mahupun individu. Selain itu, segelintir
masyarakat juga ada menggatakan bahawa belanjawan ini merupakan satu alat untuk
menjimatkan wang. Mengikut teorinya, terdapat banyak pendapat yang boleh
ditafsirkan mengenai belanjawan. Apa yang boleh saya simpulkan disini adalah,
belanjawan adalah berbelanja sehingga satu tahap yang dibenarkan.
Haziq : Terima
kasih ya Encik Akhmal diatas pandangan beliau mengenai belanjawan. Dengan rasa rendah dirinya, saya ingin meminta
pandangan daripada ahli panel kita yang seterusnya iaitu, Dato Hafiq mengenai
kegunaan belanjawan ini. Apa itu kegunaan belanjawaan yang boleh Dato terangkan
kepada penonton di rumah mahupun di studio?
Hafiq :
Bismillahirahmanirrahim.. Terima kasih tuan pengerusi majlis. Terdapat banyak
pandangan yang mengatakan tentang kegunaan belanjawan oleh masyarakat. Saya
ingin mengambil sikit sahaja daripada pandangan-pandangan masyarakat kita untuk
dikongsikan bersama. Kegunaan belanjawan yang pertamanya adalah untuk merancang
dan mengawal kos dan hasil atau sumber perniagaan lain. Selain itu, belanjawan juga digunakan sebagai
kayu pengukur untuk mengukur prestasi organisasi. Kebiasaannya, kedua-dua
kegunaan belanjawan ini diterapkan pada masa sekarang. Walaupun banyak lagi
kegunaan belanjawan yang penting mengikut pendapat, tetapi, antara dua yang
telah saya sebutkan tadi banyak yang diamalkan pada zaman moden kita ini. Begitulah
serba sedikit pandangan daripada saya. Terima Kasih.
Haziq :
Sama-sama Dato Hafiq. Demikian pendapat yang telah disampaikan oleh Dato Hafiq
tadi. Sekarang ini, ingin saya menanyakan kepada ahli panel kita yang terakhir
iaitu seorang penceramah politik seperti yang saya katakan tadi. Puan Noraini. Boleh
puan terangkan beberapa ciri sistem kawalan belanjawan yang sentiasa berlaku
pada abad ini. Mengikut pendapat Puan.
Noraini :
Assalamualaikum. Terima kasih tuan pengerusi. Ingin saya kaitkan didalam
organisasi kerana organisai akan lebih tahu mengenai belanjawan ini. Ciri
sistem kawalan belanjawan yang pertama adalah, menetapkan matlamat dan objektif
organisasi yang dapat dicapai dan munasabah. Antara yang lain pula adalah, memberi
dan mengagihkan tanggungjawab kepada pegawai.
Haziq : Terima kasih diatas pandangan oleh Puan
Noraini itu. Sungguh ringkas tapi padat dengan isinya yang dinyatakan oleh Puan
Noraini. Terima Kasih sekali lagi ya Puan.
Noraini :
Sama-sama
Haziq : Ingin saya menanyakan satu soalan lagi
kepada salah seorang daripada ahli panel kita mengenai belanjawan bahan mentah.
Boleh salah seorang dari ahli panel kita untuk memberi pandangan tentang
belanjawan bahan mentah ini.
Hafiq : Izin
kan saya
Haziq: Sila
kan Dato.
Hafiq :
Belanjawan penggunaan bahan mentah dapat membantu pihak pengurusan untuk
membuat ramalan mengenai kuantiti bahan mentah yang diperlukan bagi memenuhi
keperluan jabatan pengeluaran. Mengikut daripada pengalaman saya selama
menguruskan kilang saya yang terletak di Batu Pahat, kebiasaannya, perkerja
saya akan membuat ramalan terlebih dahulu dalam belanjawan penggunaan bahan
mentah. Hal ini kerana, kejadian seperti keperluan bahan mentah tidak mencukupi
akibat tidak menguruskan belanjawan syarikat dengan betul. Selain itu, ramalan
terhadap kuantiti bahan mentah yang diperlukan harus dibuat agar bahan mentah
sedia ada untuk digunakan apabila diperlukan.
Haziq : Terima kasih Dato. Pandangan yang Dato
huraikan tadi dapat diambil isinya kepada semua usahawan supaya mereka lebih
teliti dalam penggunaan belanjawan bahan mentah ini. Seterusnya, saya ingin
mengajukan satu soalan kepada Encik Akhmal. Apakah pendapat Encik Akhmal
mengenai belanjawan buruh langsung?
Akhmal :
Belanjawan buruh langsung. Mengikut dari pengalaman saya selama saya mengajar
dalam subjek buruh, belanjawan buruh ini lebih tertumpu kepada penyediaan bagi
mengenalpasti kuantiti buruh yang akan terlibat dan jumlah jam buruh yang
digunakan untuk menyiapkan sesuatu unit pengeluaran seperti yang dirancangkan
oleh organisasi. Selain itu, kategori pekerja sama ada mahir atau tidak mahir
perlu berganding untuk mencapai objektif organisasi yang ditetapkan. Sehubungan
dengan itu, untuk menyediakan belanjawan buruh langsung pihak pengurusan perlu
mencadangkan jumlah jam buruh yang diperlukan untuk menyiapkan setiap unit
keluaran. Itu sahaja pandangan saya berdasarkan pengetahuan saya.
Haziq : Demikianlah pandangan daripada seorang
pensyarah yang berpengalaman dalam mengajar pelbagai subjek dan
terutamanya adalah subjek perakaunan.
Soalan saya yang terakhir, ingin saya tujukan kepada penceramah politik kita
iaitu Puan Noraini. pandangan Puan mengenai belanjawan belian bahan.
Noraini :
Berdasarkan pengalaman saya semasa saya berkerja disebuah organisasi dahulu,
belanjawan belian bahan mentah mempunyai tujuannya tersendiri. Tujuan utama
dalam penyediaan belanjawan belian bahan adalah, untuk menunjukkan kuantiti
bahan mentah yang perlu dibeli bagi memenuhi keperluan bahan oleh jabatan
pengeluran. Apa yang saya tahu, belanjawan ini biasanya akan disediakan oleh
jabatan belian.
Haziq : Demikianlah pandangan daripada semua ahli
panel kita yang hadir pada hari ini. Apa yang dapat saya tuntaskan disini
belanjawan yang positif amat penting terhadap masyarakat, organisasi dan banyak
lagi. Ia bagi menjamin masa yang akan datang jika belanjawan ini diuruskan
sebaik mungkin. Baiklah. Hadirin yang dihormati sekalian, kita sudahpun sampai
di penghujung rancangan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ahli panel
kita pada hari ini.
Hafiq,
Noraini, Akhmal : (senyum sambil mengangguk)..
Haziq : Tidak
lupa juga kepada penonton-penonton dirumah mahupun di studio. Jangan lupa pada
hari dan waktu yang sama dalam rancangan “Anda Rasa Anda Betul”…
Assalamualaikum… Terima Kasih
Semua
ahli panel dan pengerusi masih duduk di kerusi sambil berbual, tetapi suara
tidak dapat didengar oleh penonton dan dalam pada masa yang sama lagu tema
untuk akhir rancangan dimainkan.
THE
END
Aku, Dia dan Kamu
Wednesday, June 8, 2011
Kesedaran Diri
Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah
Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....
Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!
Aku, Dia dan Kamu,
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Sunday, May 29, 2011
Anti Polis
nama aku mohd khuzarul haziq bin mohd salam berjanji akan anti pOlis sampai bile2.... nak tahu x knpe aku anti pOlissss...???? cm ni crite nyeeeeee....
sempena cuti sem yg lepas, aku kerja kt sebuah kilangg... kejadian ni berlaku dalam pukOl 7 dan keatas... mksOd nye waktu maghrib la nii... sebiji kereta perOnda pOlis parking kt depan kilang aku sambil membunyikan suara2 anjing kereta nyeeee... lepas 2, de seorang uncle ni pergi jumpe pOlis 2 bagi duit kOpi. uncle ni de la bapak bOs aku.. tak lama lepas 2 de lagi sebuah kereta perOnda pOlis parking kt depan kilang lagi n membunyikan suara2 anjing krete nye jugak lahhhhhh....cm biase la uncle 2 pOn pergi jumpe pOlis 2 n bagi duit kOpiiii...satu hari 2 kadang2 aku tengOk sampai 5 atau 6 biji tau yg datangggg... memalukan btOll... pulak 2 yg mintak rasuah2 cm 2 org kite tauuuuu...pe pOn x bOlehhhhh... dalam hati aku, nak je ambik gambar2 anjing yg mintak rasuah 2..tpi aku t'pk jugak, aku nak bagi kt spe gambar 2??? cOs yg amek rasuah 2 de la org yg akan mempertahan negara drpd kejahatannnnn....ermmmmm... hancO negara kite lau cm niii...
itu yg parking depan kilanggg...blOm lagi aku cerite yg tengah buat sekatannn jalan raya... ni cerita drpd bapak aku.. bapak aku ni seorang pemandu lori... setiap kali sekatan je, setiap kali 2 lah die kne pau ngan anjing2 bOdoh niiiiiii...apa bangang lah die org nk mintak rasuah dekat org yg makan gaji macam bapak aku.. bapak aku pOn buat bOdoh laaaa...mungkin si anjing 2 ingt bapak aku ni takOt keeee....eleh die org silap org lah nk mintak rasuah niiii cOs bapak aku ni bekas askarrrrr,,,,
sO klau cm ni lah gaye nye, negara kita x kn aman lahhhh...selagi rasuah berleluasa kt negara kita.. nk cegah kt badan pencegah rasuah (BPR) pon, die pOn makan rasuahhhh...lagi pOn mestilah die org nk lindOng pOlis cOs pOlis 2 kn kakitangan kerajaannnnn....biasa nye kalau bukak kes pasal rasuah pOn xkn lame punyeee... last2 skali diam cm 2 jeeeeeee.....kalau nk bOngkar pasal die org nye cite mmg banyak laaaaaaa.... klau kO org tngOk 999 kt tv3, kO org try perhatikan btOl2 stiap kali pOlis buat serbuan dekat kelab2 pe yg die org x dpt tangkapppppp????
renung2 kn lah erhhhhhh...sumpah kalau aku habis belajar t x kn skali aku nk mOhon kerja pOlis n aku mintak2 lah dijauhkan perkerjaan iniiiiiiii....aku xkn berani buat cerita ni kalau cerita ni tipu kkkkkkk....
Aku, Dia dan Kamu
http://haziq-cerdik.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)











